Jasad Zara Qairina masih utuh, terpelihara, “Betul dan bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi…”- Imam masjid. Laungan takbir mengiringi jenazah Allahyarham Zara Qairina, 13, yang kuburnya digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi. Imam dan penduduk mendakwa jasadnya masih utuh walaupun telah dikebumikan hampir tiga minggu.
Jasad Zara Qairina Masih Utuh, Terpelihara, “Betul Dan Bukan Saya Seorang Saja Yang Menyaksikannya, Ramai Lagi…”- Imam Masjid
Suasana sayu dan pilu menyelimuti Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, malam Sabtu apabila laungan takbir “Allahuakbar” bergema mengiringi trak polis yang membawa jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, untuk dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat.
Sejak awal petang, penduduk kampung dan kawasan sekitar sudah memenuhi pekarangan tanah perkuburan setelah mendapat khabar bahawa kubur remaja itu akan digali semula. Ada yang datang kerana rasa tanggungjawab, ada juga yang hadir sebagai tanda solidariti buat keluarga Allahyarham.
Kenderaan yang membawa jenazah Zara Qairina Mahathir keluar dari kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Kampung Masapol Sipitang hari ini. FOTO Bernama.
Kenderaan yang membawa jenazah Zara Qairina Mahathir keluar dari kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Kampung Masapol Sipitang hari ini. FOTO Bernama.
Seorang penduduk Kampung Maligan, Jeffry Fauzi Rahman, 53, mengakui dia berada di lokasi sejak awal proses berlangsung.
“Sebelum proses menggali dimulakan, ada bacaan doa diadakan. Saya juga ada terhidu bau wangian harum seperti bunga lalu tadi,” katanya.
Jeffry yang mengikuti perkembangan kes ini sejak awal berkata, walaupun hanya berdiri dari jauh, dia mahu menyaksikan sendiri proses itu sebagai tanda sokongan.
Ads
“Walaupun dari jauh, tetapi kami tetap mahu menyaksikan sendiri proses itu berlangsung dan kami berharap proses bedah siasat itu telus,” ujarnya.
Di sebalik suasana penuh emosi itu, tersebar pula di media sosial rakaman video yang mendakwa jasad Allahyarham masih utuh walaupun telah dikebumikan hampir tiga minggu.
Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral, yang turut berada di lokasi, mengesahkan perkara tersebut.
Ads
“BETUL DAN BUKAN SAYA SEORANG SAJA YANG MENYAKSIKANNYA, RAMAI LAGI… ADA POLIS, PEGAWAI DARI JHEAINS SIPITANG, IMAM-IMAM DAN ADA DARIPADA JAKIM JUGA,” KATANYA KETIKA DIHUBUNGI.
Proses penggalian semula dikendalikan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan disaksikan pelbagai pihak termasuk peguam keluarga, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri. Ia bermula sekitar 5.30 petang dan selesai kira-kira jam 7.31 malam.
Jenazah kemudian dibawa menaiki trak polis menuju ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu. Menurut peguam keluarga, bedah siasat dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi esok.
Kisah ini bukan sekadar menjadi perhatian masyarakat, tetapi juga mengundang rasa keinsafan. Di sebalik dugaan berat yang menimpa keluarga Allahyarham, ada tanda-tanda yang menenangkan hati mereka yang menyaksikannya.
Ads
Semoga roh Allahyarham Zara Qairina ditempatkan di kalangan orang beriman, dan kebenaran terhadap pemergiannya dapat ditegakkan.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, murid perempuan berkenaan dilihat sedang mengikuti solat subuh secara berjemaah di saf kedua seorang diri tiba-tiba disentuh lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang.
Lebih buruk lagi apabila lelaki berkopiah putih dan berjersi warna kuning itu cuba melondehkan seluar kanak-kanak berkenaan sebelum mengangkatkan keluar ke ruang lain di dalam masjid itu.
Perbuatan terkutuknya itu bagaimana pun terhenti selepas kanak-kanak kecil itu melawan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak masjid berkenaan malah turut memaklumkan suspek telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes itu tempoh terdekat.
Pihak kerajaan Selangor pula berharap tindakan keras dilakukan terhadap pelaku yang cuba mencemarkan kesucian masjid sebagai tempat yang selamat.
Kredit: Berita Harian Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pada pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pelajar terbabit, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dikatakan telah berjaya menamatkan acara sejauh enam kilometer itu sebelum rebah tidak sedarkan diri sebaik melepasi garisan penamat di sekolah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelajar itu menyertai acara merentas desa peringkat sekolah bersama pelajar lain.
“Sebaik tiba di garisan penamat di padang sekolah, pelajar terbabit yang dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.
“Guru bertugas bersama pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) kemudian telah membawa pelajar itu ke khemah di situ dan memberikan bantuan pertolongan cemas, namun pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas,” katanya di sini hari ini.
Katanya, guru terbabit terus menghubungi ambulans Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan ke HSAH, pelajar itu meninggal dunia.
“Hasil temu bual pihak kita dengan bapa mangsa mendapati anak mereka itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit dan merupakan pelajar aktif bersukan.
“Semakan pihak kita juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis membenarkan anaknya menyertai acara sukan tersebut,” ujarnya.
Tambahnya, hasil pemeriksaan awal pihak polis ke atas mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.
Kredit: Kosmo Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Norlia Ghani buat ‘live’ TikTok kali pertama dapat sejuta tontonan. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.
Norlia Ghani Buat ‘Live’ TikTok Kali Pertama Dapat Sejuta Tontonan
Menariknya, siaran langsung pertama yang dilakukan oleh Norlia di TikTok mencatat tontonan yang luar biasa, iaitu sebanyak satu juta tontonan.
“Anak dan cucu saya yang ajar cara nak buat siaran langsung. Saya perhatikan bagaimana mereka lakukan dan dari situ saya belajar. Saya cuma berbual santai saja dengan peminat supaya hubungan lebih rapat. Generasi muda pun kenal saya sekarang,” katanya.
Tambah beliau, tujuan asal beliau bersiaran langsung bukanlah untuk meraih hadiah atau ‘gift’ daripada penonton kerana beliau sendiri tidak begitu arif tentang hal tersebut.
“SAYA CUMA BUAT SEBAB RAMAI YANG KATA LAMA TAK NAMPAK SAYA. BILA SAYA CUBA BUAT SIARAN LANGSUNG KALI PERTAMA, TAK SANGKA PULA DAPAT SEJUTA TONTONAN,” KATANYA.
Norlia turut mengakui ada menerima ‘gift’ daripada penonton ketika bersiaran langsung, namun perkara itu bukan keutamaannya.
“Kalau orang nak bagi, saya terima dengan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa. Saya pun tak ada jadual tetap, cuma kalau ada masa lapang, terutama ketika menunggu di lokasi penggambaran, saya akan buat siaran langsung sekejap. Bukan setiap hari pun,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga menerima tawaran untuk membuat ulasan produk dan kini menjadi duta kepada jenama susu.
“Sekarang saya buat review produk untuk satu jenama susu sebab saya dilantik sebagai duta. Banyak juga produk lain yang ajak saya buat ulasan,” katanya lagi.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua-tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.