Meskipun hidup dalam dunia serba moden, petua orang dulu-dulu tidak dinafikan masih ramai antara kita mengamalkannya.
Apatah lagi bila diri sendiri merasai perubahan atau kesan daripada petua yang diamalkan pasti sahaja ingin diperturunkan kepada yang lain.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sama kisahnya apabila seorang doktor ini yang cukup dikenali dalam bidang pakar otak, turut mengamalkan petua untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Melalui posting di facebooknya, Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsi cara bagaimana dia amalkan untuk pastikan dengan cuaca yang ketika ini tidak menentu tidak akan menjejaskan kesihatannya terutama dengan jangkitan selesema dan batuk.
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
Ads
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Ads
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.
Penat berjalan seharian mahupun berdiri terlalu lama mengakibatkan kesakitan pada tumit kaki. Sakit tumit ini seringkali terjadi pada golongan wanita kerana gemar memakai kasut bertumit tinggi ataupun memakai rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama.
Ia mengakibatkan rasa bisa, berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Rasa sakit ini pastinya membataskan segala pergerakan dan pekerjaan.
Berikut merupakan antara petua yang boleh dicuba bagi merawat sakit tumit ini dan dipercayai mampu menangani masalah ini.
Bahan-bahan:
1 kilo garam kasar
Kuali
Kain / tuala bersih
Cara membuat:
1. Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.
2. Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.
3. Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.
Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Info Ekstra!
Fisioterapi serta penggunaan kasut yang sesuai dengan ortotik juga mampu mengawal kesakitan ini daripada berterusan.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berdepan dengan pandemik Covid-19 telah bermacam-macam rawatan atau cara alternatif yang dikatakan boleh mengelakkan atau menyembuhkan daripada penyakit Covid-19. Ada yang beranggapan, tidak salah untuk mengamalkan cara atau idea-idea yang dikongsikan di media sosial selagi tidak merbahayakan kesihatan.
Umpamanya menggunakan bawang putih, menghidu wap air dari rebusan bunga cengkih dan macam-macam lagilah. Bahkan baru-baru ini tular pula, satu cara mengelakkan jangkita Covid-19 di tik tok dengan menggunakan semburan cuka yang diletakkan ditangan dan kemudian dihidu bau masam cuka tersebut.
Namun perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Dr Champz menegur dengan memberi penjelasan padu di TikToknya, petua yang viral tersebut sebenarnya membahayakan diri sendiri dan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
Apatah lagi bila Dr ini ada pengalaman sendiri merawat pesakit gara-gara mengikut petua viral tersebut.
“Ada seorang pesakit datang mengadu pening dan sesak dada kerana mengamalkan kaedah menghidu cuka daripada tapak tangan.
“Sebenarnya, kansentrasi asid yang pekat boleh menyebabkan iritasi pada hidung, paru-paru dan mata. Cara menghidu bau cuka adalah tidak akan menghilangkan atau membunuh covid -19 sama sekali,” ujarnya.
Pada masa sama, di dalam video yang dikongsikan Dr Champz ini ada memberitahu banyak langkah lain yang lebih mudah boleh dipraktikkan untuk menghindari daripada dijangkiti. Pastinya cara tersebut adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Jagalah jarak ketika berada di tempat awam, memakai double mask dan hand sanitizer. Paling penting sekali adalah kerap mencuci tangan.
Video ini mendapat tontonan hingga 133 ribu dan sebaiknya dijadikan pengajaran dan sewajarnya diambil serius apa yang cuba dikongsikan oleh doktor ini. Agar tidak ada lagi berlaku kes-kes yang boleh membahayakan diri sendiri.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya orang yang mengalami dan merasai sendiri kesukaran itu tahu bagaimana rasanya yang sebenar. Berkongsi kisah terkini berkenaan Achey dan tujuh orang keluarganya yang telah dijangkiti virus Covid-19 membuatkan seisi keluarga berasa resah. Apatah lagi mendengar perkembangan terkini keadaan ibunya yang telah ditiarapkan.
“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit. Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi.
“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” ujar pelawak Achey yang memberitahu keadaan ibunya, Ngaisah Hassan, 73, kini masih menerima rawatan sebagai pesakit C0VID-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor.
Bagaimanapun, ibunya terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit C0VID-19 tahap empat memandangkan perlu mendapatkan pemantauan rapi.
Pelanggan Jadi Punca
Jelas Achey keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
“Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak. Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital.
“Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula positif C0VID-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin. Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” jelas Achey.
Hikmah Di Sebalik Musibah
Kata Achey lagi, kemalangan yang menimpanya pada Julai lalu ada hikmah apabila kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya menjadi jurugegas menghantar barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis.
“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit. Bila semua kena (C0VID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan.
“Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng. Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu. Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif.
“Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis,” tambahnya.
Menerusi kemaskini di Instagram, keluarga Achey difahamkan mula dimasukkan ke hospital di Johor sejak minggu lalu akibat dijangkiti C0VID-19.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.