Penat berjalan seharian mahupun berdiri terlalu lama mengakibatkan kesakitan pada tumit kaki. Sakit tumit ini seringkali terjadi pada golongan wanita kerana gemar memakai kasut bertumit tinggi ataupun memakai rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama.
Ia mengakibatkan rasa bisa, berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Rasa sakit ini pastinya membataskan segala pergerakan dan pekerjaan.
Berikut merupakan antara petua yang boleh dicuba bagi merawat sakit tumit ini dan dipercayai mampu menangani masalah ini.
Bahan-bahan:
1 kilo garam kasar
Ads
Kuali
Kain / tuala bersih
Cara membuat:
Ads
1. Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.
2. Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.
3. Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.
Ads
Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Setiap apa yang masuk dalam badan kita, semestinya kita nak yang terbaik supaya tubuh badan kita sihat dan bebas dari sebarang penyakit.
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen dan lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Nak tahu air apa yang terbaik untuk tubuh badan kita? Jom tengok perkongsian Dr Noordin ini!
7 MINUMAN YANG TERBAIK DI DUNIA
Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan. Antara air minuman yang terbaik adalah:
1. Air zam zam
Air zam zam mengandungi mineral yang tinggi di mana dapat mencegah pelbagai isu kesihatan yang di alami anda. Mengikut Sains, air zam zam ini bebas daripada mikroorganisme yang boleh mengurangkan kesegaran air.
Air ini mengandungi dua mineral yang sangat penting iaitu kalsium dan magnesium. Kedua-dua kandungan mineral ini membuatkan air zamzam memberi manfaat dalam menyegarkan tubuh badan.
2. Air mineral
Air mengandungi nutrien yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan sekali gus menjadikan kulit lebih sihat dan segar. Kandungan air yang mencukupi boleh menjana sel-sel baru bagi kulit dan rambut.
3. Air kelapa muda
Umumnya, air kelapa mempunyai sedikit rasa manis, masam dan rendah gula serta kalori. Ia hanyalah air bersama kandungan elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium dan kesemua kandungan di dalam air ini membantu menggantikan nutrien yang hilang.
4. Air lemon
Buah lemon kaya dengan kandungan vitamin C. Pengambilan air kosong pula dapat membantu sistem pencernaan anda.
Amalan minum air lemon merupakan satu tabiat mudah yang sering menjadi buah mulut individu yang ingin menurunkan berat badan.
5. Air celery
Air celery ataupun saderi adalah sumber yang sangat kaya dengan antioksidan, serat, vitamin dan mineral. Ia juga mampu membuat sistem penghadaman lebih lancar.
6. Air teh hijau
Teh hijau sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan. Sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk badan dan minda.
Malah kajian yang telah dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di negara Jepun yang mengamalkan minumam air teh hijau sebanyak 5 cawan sehari telah menunjukkan jangka hayat yang lebih panjang daripada mereka yang tidak meminumnya.
7. Air coklat gelap
Coklat hitam sarat dengan nutrien dan merupakan salah satu sumber antioksidan terbaik yang boleh anda temui. Kajian menunjukkan bahawa coklat gelap boleh meningkatkan kesihatan anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bolehlah amalkan 7 jenis air ini di samping mendapat khasiatnya sekali!
Tidak ada kata yang mampu digambarkan oleh adik kepada allahyarham Abam bila mana mengetahui isterinya kini sedang hamil. Tatkala mereka sekeluarga dilanda duka, Tuhan selitkan hadiah kegembiraan dengan berita tersebut.
Syukur, gembira dan sebak. Pasti itulah yang dirasai oleh Ali yang merupakan pelawak dari kumpulan Puteh.
Dalam satu perkongsian, Ali memberitahu tidak menyangka isterinya Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.
“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya sebak.
Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali memberitahu pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur seperti biasa.
“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.
“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
Ali pada 26 November tahun lalu, kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.
Ainul meninggal dunia selepas 17 hari dirawat di hospital dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 3 bulan.
Selain Ainul, hasil perkongsian hidup bersama isterinya Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.
Siapa suka minum air barli? Mungkin kita sudah tahu barli baik untuk menyejukkan badan. Tetapi tahukah anda ia juga boleh membantu menurunkan kolesterol dan berat badan.
Menurut seorang pengguna Facebook, Sumaiyah Abdullah , amalan ini telah dilakukan sejak dahulu lagi. Namun dia tidak pernah tahu tentang khasiatnya. Cuma setiap kali membuat ujian darah, kolesterol dan tekanan darahnya berada pada tahap normal.
Di sini admin kongsikan resepi minuman air barli dari Puan Sumaiyah bagi membantu anda yang ingin menurunkan kolesterol dan berat badan. InsyaAllah.
Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.
Bahan-bahan:
3 sudu besar Biji Barli
2-3 sudu kecil Madu
3 gelas air
1 hirisan lemon
* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.
Cara membuat:
1- Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
2- Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
3- Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
4- Kemudian sejukkan.
5- Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
6- Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betul-betul menyegarkan. Phewww.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi.
Manfaat barli:
* Menyejukkan badan.
* Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
* Mengawal gula dalam darah.
* Mencegah jangkitan saluran kencing.
* Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi. Okey. Selamat mencuba. InshaAllah more resepi selepas ni.
* Penambahan sikit. Lebihan barli boleh dibuat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja. Jangan membazir tau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.