Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Syawal tiba. Segala persiapan pasti sudah disediakan. Bagi yang diperantaun pasti tak sabar untuk pulang ke kampung. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpaksa bertugas demi negara.

Namun, kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia Yang Satu. Kegembiraan keluarga ini bakal pulang ke kampung beraya musnah bila mana suami tercinta kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

TUNGGU abang,” demikian kata terakhir Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, 27, kepada isterinya sebelum maut dalam kemalangan di Jalan Persisiran Perling arah Iskandar Puteri dua hari lalu.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

Menurut Nor Adeela Mad Hashim, 26, mereka sekeluarga sepatutnya pulang berhari raya di Alor Setar, Kedah. Malah, segala perancangan sudah dibuat termasuk menyiapkan kelengkapan dua anak mereka Muhammad Adam Iskandar, 7, dan Muhammad Ishabil, 3, untuk pulang ke Kedah.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

Tetapi kegembiraan tersebut bertukar tragedi bila mana  suaminya menemui ajal akibat dirempuh motosikal ketika melakukan pemeriksaan bersama rakan setugas.

IKLAN

Katanya, suaminya teruja untuk pulang berhari raya memandangkan ia pertama kali dapat berbuat demikian selepas lima tahun bertugas di negeri ini.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

“Dia sangat bersungguh-sungguh untuk beraya di kampung tahun ini, apatah lagi sudah lima tahun kami tidak pulang beraya.

“Arwah suami juga sudah siap membeli kelengkapan kami sekeluarga ketika memperoleh gaji pada 23 Mei lalu dan tidak sangka kepulangan yang dijanjikan akan membawa jasad suami.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu suaminya itu pada 3 pagi selepas arwah menghantar dua bungkus nasi lemak untuk bersahur.

IKLAN

“Kebetulan saya teringin makan nasi lemak dan dia balik belikan saya nasi lemak itu untuk bersahur,” katanya.

Katanya, suaminya bekerja syif malam bermula jam 11.30 malam dan selesai tugas pada jam 8 pagi tadi.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

“Saya dapat tahu kemalangan itu dari rakan setugas dan tidak tahu apa yang berlaku terhadapnya lagi.

“Sebaik mengetahui kejadian itu anak sulung hanya dimaklumkan bahawa ayahnya sedang sakit, selain tidak mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Jenazah yang selesai menjalani proses bedah siasat pada jam 2 petang tadi disembahyangkan di Surau Taman Melor sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kampung Paya Tok Teh, Malau Jitra, Kedah.

IKLAN

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

Sementara itu suasana penuh emosi dapat dilihat di ruang menunggu bilik mayat HSA apabila isteri dan dua anak anggota polis itu dilihat berada di kawasan terbabit.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

Paling sebak apabila anak sulung arwah dilihat enggan melihat jenazah arwah bapanya, namun dipujuk rakan-rakan ayahnya untuk melihat kali terakhir.

“Dia Seronok Sangat Nak Beraya, Semua Telah Disiapkan.” Anggota Polis Sempat Belikan Nasi Lemak Buat Isteri Untuk Sahur Sebelum Maut Kemalangan.

Sumber: Harian Metro & Nor Adeela

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI