Umum mengetahui anak pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor baru-baru ini dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.
Dalam satu temu bual Sharnaaz memberitahu anaknya, Jebat Jayden sedang mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah saluran kencing, Urinary Tract Infection (UTI) sejak dari usia enam bulan.
Pagi tadi pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini ada memuat naik satu perkongsian mengenai anak kesayangannya.
Dalam perkongsian tersebut, dia memohon para peminat dan pengikut Instagram (IG)nya untuk sama-sama mendoakan kesihatan anaknya. Jelas Sharnaaz, anaknya kini berada dalam keadaan kurang baik.
IKLAN
“Doakan anak saya selamat…@jebatjayden dalam keadaan kurang baik. Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad dan mengharapkan doa serta keberkatan bulan Ramadan,” tulisnya.
Rata-rata netizen menghulurkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan Jebat Ayden kembali sembuh. Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Sharnaaz dan isteri supaya tidak berhenti mendoakan Jebat Jayden.
Dalam satu lagi perkongsian lain, Sharnaaz turut memuat naik luahan hati yang menyatakan kasih sayang terhadap anak lelakinya itu.
IKLAN
Melihat kepada posting tersebut, jelas menggambarkan kerisauan seorang bapa terhadap anaknya. “I love you sayang…Doakan Jebat na…I am half brave then you my boy…Your name make you so strong Insya-Allah…Strong like your name my Jebat, our Jebat…Baba love you so much,” tulisnya.
IKLAN
Walau apapun yang sedang dilalui Jebat Ayden, sama-sama kita doakan agar bayi ini diberi kesembuhan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
Kata air tangan seorang isteri itu pengikat kasih sayang dan keharmonian dalam rumah tangga. tetapi kalau tak pandai masak pun tidak bermakna rumah tangga tidak harmoni kan. Bergantung bagaimana pembawaan suami isteri dalam melayari bahtera perkahwinan bersama.
Seperti mana yang dikongsikan oleh pelakon Aeril Zafrel yang secara terbuka mengakui bahawa isterinya, Wawa Zainal tidak pandai memasak tetapi dia masih menerima Wawa sebagai suri hatinya itu.
Zaman sekarang ni tak kisah perempuan pandai masak ke tak, yang penting pandai cari duit. Orang lelaki ni kalau lapar dia boleh order je. Tapi kena juga pandai buat basic, masak air ke masak nasi ke kan. Macam Wawa pun, tak pandai masak saya terima je seadanya.
Pendedahan Aeril itu berikutan Wawa Zainal memuat naik satu perkongsian di instagramnya.
Salah seorg leader mengadu dia tak pandai masak lagi .. risau sgt sbb da nak kawin🤭 so aeril bagi la kata kata semnagat sikit hahahha.. mcm wawa dulu baru kahwin dengan dia pun tak pandai masak.
Macam2 buku masakan beli🤣 igt lagi ada 1 buku masakan tebal gila.. 365days cook nama buku tu.. hari2 dok belek😂alhamdulillah sekarang bagitahu je masak apa 🥜 je😝🤣
tapii betul ke lelaki tak kesah perempuan tak pandai masak🤭
Dianugerahkan dengan pasangan yang sanggup hidup susah senang bersama adalah rezeki yang cukup tidak ternilai dan perlulah disyukuri. Inilah juga menjadi salah satu kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.
Situasi ini turut dirasai oleh seorang suami ini berkongsi momen tersebut di TikTok. Di lihat pasangan suami isteri ini begitu bahagia menaiki motosikal berpanas terik sambil membawa banyak barangan di dalam kotak.
Menerusi perkongsian video tersebut, pasangan suami isteri ini dipercayai berasal daripada Kedah.Walau berdepan dengan cuaca panas terik, isterinya dilihat tetap memberikan kerjasama dalam membantu suami.
Bukan senang nak dapat bini susah sama-sama ni.. Bidadari syurgaku
Pasangan ini gigih mencari rezeki dan disebabkan isterinya sentiasa ada untuk membantu, si suami meluahkan rasa syukur dan bangga dianugerahkan isteri sepertinya itu. Baginya bukan mudah untuk berjumpa dengan wanita yang sanggup susah senang bersama. Dan atas sebab itu juga, suami ini menyifatkan isterinya sebagai bidadari syurga buat dirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata warganet mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan hidup bahagia selamanya. Bahkan ada juga memberi nasihat, agar suami menjaga sebaiknya isterinya kerana mengakui bukan mudah untuk mendapatkan pasangan yang sangguh hidup susah sama-sama pada masa kini.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Isteri mana yang tak bimbang bila insan tersayang dan paling rapat disahkan positif COVID 19. Saat mengetahui perkara tersebut, hanya Tuhan yang tahu akan perasaannya. Takut, gementar, sedih dan semua rasa bermain dijiwa. Itulah situasi yang dilalui Sha Dila Halid saat suaminya, Alif Satar, disahkan positif wabak berkenaan Ahad lalu
Sebagai kontak rapat, Sha Dila dan tiga anak mereka sudah melakukan ujian calitan kira kira jam 9.30 pagi tadi di kediamannya.
Sha Dila ketika dihubungi Berita Harian memaklumkan keputusan ujian berkenaan dijangka diperolehi dalam tempoh 24 jam.
“Satu pengalaman dan perasan yang selama ini saya minta dijauhkan, tapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Semoga keputusan yang diperoleh nanti menyebelahi saya serta anak.
“Sebak sampai menangis melihat tiga anak saya juga perlu melalui proses sama. Anak sulung agak okey dan hanya terkejut sedikit ketika melakukan ujian calitan di bahagian hidung dan mulut.
“Anak kedua mulanya agak takut tapi berjaya ditenteramkan. Yang paling bongsu pula menangis sekejap saja, lepas itu okey,” kata Sha Dila.
Mengenai suami tersayang, Sha Dila memaklumkan Alif dalam keadaan tenang dan enggan terlalu memikirkan apa yang dilaluinya.
“Biarpun saya tahu emosi dan fikirannya terganggu. Namun dia tak mahu larut dengan perasaan sebegitu.
“Dia cuba alih rasa tak sedap itu dengan bersenam, mengaji dan macam macam lagi. Dalam masa sama dia juga risaukan keadaan kami di sini.
“Ikutkan dia ada minta untuk dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tapi doktor di Melaka tak bagi. Saya juga berharap dan tak putus doa supaya dia terus kuat dan akan sembuh macam sedia kala,” katanya.
Sha Dila juga memohon semua mendoakan dia dan anak serta kontak rapat lain akan mencapai keputusan negatif.
“Andai kata dapat keputusan negatif, saya dan anak akan buat lagi ujian calitan buat kali kedua untuk memastikan kami benar benar selamat (negatif)
“Kerisauan yang bersarang di hati saya sangat menebal. Bila kena dekat kita sendiri, rasa risau itu lain macam sekalipun pada awalnya tak rasa ada simptom mencurigakan. Semoga dipermudahkan segala galanya,” katanya
Menurut Sha Dila kali terakhir dia bersua muka dengan suaminya selepas waktu Subuh Sabtu lalu.
“Malam Jumaat dia melunaskan tanggungjawab di separuh akhir Muzik Muzik 35 untuk lagu I Want You To Love Me.
“Selepas waktu Subuh (Sabtu) dia bergerak ke Melaka untuk melunaskan baki penggambaran drama Penjara Janji bersama JS Pictures. Sebelah tengah harinya, dia dapat tahu kontak rapat yang di temui pada Selasa lalu positif COVID 19.
“Dengan pantasnya dia melakukan saringan ujian di sebuah klinik di Melaka. Petang Ahad lalu dia dapat keputusan positif COVID 19,” kata Shadila lagi.
Alif satar semalam mengumumkan diri positif Covid-19 dan ini dalam proses kuarantin di sebuah puasat perubatan di Melaka.
“Perkara ini amat mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama yang difikirkan adalah keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak termasuk rakan di set penggambaran dan kontak rapat.
“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini. Saya mohon doa semua supaya diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT. Semoga semua rakan terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya.
Melalui perkongsian itu, Alif menyatakan sudah menyerahkan senarai nama dan butiran kontak yang dikenal pasti dalam tempoh 14 hari lalu kepada Kementerian Kesihatan.