Kalau sebut tentang mi sanggul, rasanya orang dari utaqa mesti familiar dengan mi yang teksturnya nipis dan lembut ini. Bukan sahaja rasanya lebih sedap berbanding mi kuning, malah mi sanggul ini lebih tahan lama kerana ia adalah jenis kering.
Jadi bila nak makan, tinggal masak sahaja. Boleh buat stok banyak dalam almari, sedia untuk masak bila-bila masa sahaja!
Selalunya, untuk mi sanggul ini orang akan goreng seperti kita goreng mi biasa tu! Yang membezakannya, ada sesetengah orang akan masak bersama udang kering bagi menaikkan lagi rasanya.
Tapi untuk resipi ni pengguna dari facebook, Nurul Ateekah guna udang hidup! Nak tahu macam mana rasanya? Meh tengok, dan jangan lupa untuk cuba!
RESIPI MI SANGGUL GORENG BASAH
Bahan-bahannya:
2 paket mi sanggul (direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan )
Udang (dicuci bersih)
4 biji telur
4 ulas bawang putih (dikatok)
1 biji Tomato (belah 4)
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap Manis
Garam
Ads
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak , tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2 . Kemudian , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Ads
3. Masukkan udang . Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram , sos cili , sos tomato , kicap manis dan serbuk perasa. Gaulkan sekata.
5. Masukkan tomato, dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.
Ads
6. Masukkan mi sanggul, taugeh dan kucai . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika .
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Mudah je kan! Cara memasaknya sama sahaja macam menggoreng mi kuning. Anak-anak mesti suka lah mi sanggul goreng basah ini. Tak pandang mi kuning dah lepas ni. Selamat mencuba!
Ini antara menu yang mudah dan sangat menyelerakan, juga sangat cepat disediakan. Lebih-lebih lagi kalau ikan kembung tu baru dan masih segar, memang sesuai dimasak sebegini.
Kalau di kampung, menu sebegini selalu menjadi pilihan untuk dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang boleh bertambah-tambah nasi tanpa anda sedari.
Malah, menu ini juga sangat sihat kerana ikan nya cuma direbus dan bebas minyak. Jom cuba untuk hidangan berbuka petang nanti.
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api. Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh.
1/2 biji cili besar. Kalau nak letak sebiji pun boleh.
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam.
Cara membuat
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
Kes adik Siti Salmian yang melecur teruk pada bahagian muka gara-gara pressure cooker yang meletup menyedarkan kita bahawa periuk yang nampak mudah dan membantu proses memasak ini juga perlukan sedikit ilmu untuk mengendalikannya.
Bukan sekadar tekan dan makanan yang kita masak terus masak dengan cepat. Sebenarnya ada cara dan ilmu untuk mengendalikan peralatan canggih ini.
Tekanan yang dihasilkan khusus untuk mempercepatkan masakan ini bukanlah tekanan biasa-biasa. Bagi yang tidak mempunyai periuk tekanan ini mungkin tidak tahu. Bagi yang pernah memasak menggunakan periuk tekanan ini pasti mengetahui akan wap tekanan yang cukup kuat ini.
Jika anda sudah pun membeli tetapi masih tidak tahu cara menggunakannya. Ini cara dan panduan terbaik yang diajarkan oleh blog ini, www.wikicara.org. Semoga membantu dan paling penting kita menggunakan teknologi ini dengan baik disamping menjaga keselematan diri.
Masak 30 Minit Je
Kali ini saya nak kongsikan panduan asas cara menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Apa kebaikan periuk tekanan atau pressure cooker?
Kebaikan utama periuk tekanan adalah ianya dapat menjimatkan masa memasak. Sebagai contoh, jika kita merebus daging di periuk biasa, masa yang di ambil untuk daging masak dan empuk boleh mencapai 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja (bergantung kepada kuantiti dan jenis daging).
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Periuk Tekanan Elektrik Dan Dapur Gas
Guna Periuk Tekanan, Wajib Tahu!
Bagi menggunaan periuk tekanan eletrik, anda perlu baca manual penggunaan. Nak tak nak, anda perlu baca cara penggunaan periuk tekanan anda terutamanya yang menggunakan periuk tekanan elektrik kerana kebanyakan model telah datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan. Masa masakan biasanya telah ditetapkan.
Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
1. Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
2. Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
3. Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan. Jangan buka periuk dahulu!
4. Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika anda terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
5. Jika daging anda masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Mudah bukan?
Memang mudah, tetapi kita hendaklah sentiasa beritahu kepada anak dan keluarga kita tentang penggunaan periuk tekanan, kerana mungkin anda tahu cara menggunakannya tetapi keluarga anda tidak tahu cara menggunakannya.
Saya sendiri menggunakan periuk tekanan dapur gas di rumah. Dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Bulan ramadhan bakal menjelang tak lama lagi, pastinya persiapan menyambutnya bukan sekadar ibu-ibu, malah anak-anak pun teruja. Nak nak lagi yang pertama kali berpuasa.
Waktu bulan puasa ini jugalah pelbagai juadah yang memikat selera baik yang dijual di luar mahupun dimasak sendiri di rumah.
Apa kata ibu-ibu cuba pula ubah selera dengan buat butter rice sebagai pengganti nasi putih biasa? Mungkin menu ini dapat memikat selera anak-anak baik berbuka mahupun ketika bersahur.
MACAM MANA NAK BUAT BUTTER RICE?
Resipi ini dikongsikan oleh Ismi Yatie Ummu Haziq. Katanya menu ini sering dimakan bersama Kurma Telur dan juga jelatah. Jom kita lihat cara membuatnya.
1. Firstly, cairkan butter of course.. Untuk beras 6 pot (yang plastik tu) saya guna setengah buku butter anggaran 125g.
2. Masukkan bahan kisar (bawang besar 1 biji, 4-5 ulas bawang putih, 2-3cm halia) & serai yang diketuk. Boleh juga masukkan daun pandan jika suka. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan beras yang dah dibasuh & ditoskan. Lagi best guna beras Basmathi..tapi dalam gambar ni saya guna beras biasa je. Goreng selama 1-2 minit.
4. Masukkan susu segar @ krimer sejat anggaran 1 1/2 cawan (Saya prefer susu segar berbanding krimer sejat & saya hanya guna 3 brand ni shj..Farm fresh @ Marigold @ Gooday. Ada kesempatan nanti saya share kenapa saya hanya guna 3 brand tu..Insya Allah)
5. Gaul sebati & tutup api.
6. Alihkan ke dalam periuk nasi @ kalo nak guna noxxa pun boleh..set je setting macam masak nasik biasa tu.
7. Tambah air & garam secukupnya. Saya suka letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih ummph.
8. Tadaaaa…ginilah rupa kejadiannya.. Wangi semerbak bau Nasi Mentega ni.. Buat untuk anak-anak pasti dorang suka.
Hai semua! Untuk resipi hari ini, kita bersama Tya Arifin dan si kecil Arif serta si comel Zahra nak tunjuk cara buat Brownies Cake! Nak tahu buat macam mana? Agak macam mana telatah dan, ragam si comel berdua tu? Jom sama-sama kita tengok!