Antara perkara yang paling susah dalam menjaga anak adalah dari suduk kawalan pemakanannya. Para ibu bapa pasti tak ketinggalan dalam menghadapi masalah yang sama kan?
Namun, jangan bimbang kerana resipi yang dikongsikan kali ini pasti dijamin berkesan dalam menambahkan lagi selera anak-anak untuk makan makanan yang berkhasiat. Pesto pasta adalah antara menu yang dikatakan sesuai untuk anak-anak kerana banyak menggunakan sayur-sayuran dan kekacang sebagai bahan utama.
Menurut pengguna profil Facebook Nabila Huda Murad yang berkongsi resipi ini, pesto pasta sememangnya menjadi kegemaran anak-anak kerana rasanya yang pekat, berkrim dan berwarna hijau membuatkan mereka tertarik.
“Sebab dah naik jemu repeat pasta jenis Bolognese, Carbonara dan Aglio Oglio. Ya Rabbi, rupanya anak-anak semuanya suka makan Pesto ni. Sejak daripada situ asyik request saya buat Pesto je,” tulisnya.
Pesto Pasta
Bahan-Bahan:
Ads
Spaghetti
Daun Basil
Bawang putih
Kacang Pistachio
Kacang Gajus
Unsalted butter
Whipping cream
Mozzarella cheese
Minyak zaitun
Serbuk black pepper
Gula dan garam secukup rasa
Cara-Cara:
– Rebus pasta dan masukkan sedikit garam dan minyak zaitun supaya pasta tak melekat.
– Kisarkan bawang putih, kacang pistachio, kacang gajus, sikit mozzarella cheese, daun basil, serbuk black pepper, sikit minyak zaitun dan masukkan sikit air rebusan pasta.
Ads
– Kisar halus jadi macamni. Kalau nak warna lebih cantik lebihkan sikit daun basil.
Ads
– Panaskan unsalted butter dulu, kemudian baru masukkan bahan kisaran.
– Half cook dah boleh masukkan sikit whipping cream dan tambah lagi Mozarella cheese.
– Gaul sebati pasta. Masak dalam masa 3-5 minit. Rupa kejadian yang sempurna adalah pasta tu akan cantik warna hijau muda.
Masak Nasi Kari Kambing Makin Mudah Bila Guna Resipi Yang Satu Ni!
Menyediakan hidangan yang istimewa biasanya memerlukan bahan atau ramuan yang banyak dan agak renyah penyediaannya. Lagi-lagi hidangan yang berasaskan daging kambing. Silap cara dan ramuannya boleh menyebabkan masakan tidak enak pula dinikmati.
Malah tidak hairan juga untuk mendapatkan rasa yang fresh, pemilihan daging kambing yang segar juga menjadi keutamaan.
Pun begitu, tahukah anda dengan menyediakan hidangan menggunakan Kari Kambing dalam tin juga tidak kurang hebatnya. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah, berkongsi resipi untuk menyediakan hidangan Nasi Kari Kambing.
“Ya Allah..sumpah sedap uoolsss #nasikarikambingtinadabi ni..eh ehh…anak 5y yang cakap sedap sedap tau…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bahan-bahan
2tin kari kambing adabi
Beras faiza kashmir basmathi 5pot cawan sedang
2biji bawang besar hiris
4sekawan
2lai daun pandan
2sudu butter + 2sudu minyak masak
Tomato dadu sebiji
Garam 1sk
Akar ketumbar Makan bersama ayam rose + jelatah.. Cara masak Nasi Kari kambing adabi 2 tin(untuk 6org)
Beras faiza kashmir basmathi 5cawan sedang (di cuci /rendam 15min jika xde PC /jika ada PC or noxxa xpyh rendam)
Marjerin 2sudu + 2sudu minyak
Daun pandan 2lai
2biji Bawang besar hiris
1biji Tomato potong dadu
Rempah 4sekawan
Susu cair setengah tin
Akar ketumbar
Garam sikit ya Cara masak kari
-panas kan Marjerin + minyak (kita tumis dlm kuali asing dlu )
-tumis sampai wangi bawang besar/masok 4sekawan/tomato dadu/daun pandan
-masuk kari kambing gaul sebati
– masuk susu cair
-masuk akar ketumbar
-masuk garam sikit ja
-lepas tu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya lps tu on tak on mmg x masak ni
– masak nasi spt biasa (sukatan spt masak nasi biasa)
-masa nk kering nti tu bole la jenguk dan gaul2 rata..Masa ni bau dia 1rumah kemain sedap ooi..
-dah masak nasi jgn lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siappp
Cara masak Ayam masak merah -Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit +garam)di goreng separuh masak ..angkat tos kan minyak..
-Susu cair suku tin
-Sos cili 3sb
-perasa
-serai (Bahan A)
-Segenggam cili merah besar
-Bawang besar 2biji
-Bawang putih 4ulas
-halia sikit
Blend bahan A
– guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi + serai..masok ayam + susu cair + sos cili + perasa +garam ..masak sampai ayam empuk dan masok kan sikit bawang besar hiris
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kunyit antara bahan asas yang digunakan dalam masakan. Bukan itu je, ia memiliki khasiat tertentu, baik daripada pucuk hingga ke umbinya.
kalau ibu-ibu jenis yang suka bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri kunyit di rumah. Cukup mudah dengan cara ini.
Cara Tanam Kunyit Untuk Tuai Hasil Yang Banyak.
Kunyit, penggunaannya terhadap masyarakat Asia bukan sekadar di dalam masakan malah untuk tujuan kesihatan. Dari hujung pucuknya hingga lah ke umbisi mempunyai kegunaan yang tersendiri.
Kalau masak rendang tak ada daun kunyit, tak enak rasanya. Kalau masak lemak tak warna kuning kunyit tak menarik pula warnanya.
Tapi, ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu sebab tanaman akan menjadi terbantut. Ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Apa pun tanaman yang kita tanam dalam pasu biasanya akan berlaku situasi yang begitu. Tapi kalau kena dengan caranya tidak menjadi masalah.
Nak tahu macam mana nak tanaman kunyit dalam pasu sihat dan subur? Jom ikut langkah mudah ini.
Cara menyediakan benih untuk disemai.
Pergi pasar atau kedai runcit dan beli kunyit hidup yang nampak sudah bertunas. Lebih besar mata tunas, lebih bagus. Tapi agak susah sebenarnya nak cari kunyit yang sudah bertunas. Kebiasaannya kunyit di kedai itu dituai lebih awal dan belum matang sepenuhnya.
Nak tahu macam mana nak kenal pasti mata tunas kunyit? kalau yang sudah keluar tunas berdaun itu senang lah. Jelas-jelas dah nampak. Mata tunas lain sikit rupanya. Dekat hujung-hujung atau bucu akan keputih-putihan. Itu tanda umbisinya sudah sedia mengeluarkan tunas daun.
Medium tanaman.
Kunyit tidak memerlukan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Kalau terlalu lembap, umbisi akan mudah rosak dan tidak menggemuk. Manakala untuk dapatkan umbisi yang ‘mengemuk’, medium perlu sentiasa longgar atau peroi. Baru lah umbisi bebas bergerak.
Medium tanaman yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah campuran 1:1. 1 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah. Tanah boleh guna tanah siap campur atau tanah bakar. Tapi elak tanah liat ya.
Cara tanam
Bila dah masukkan medium tanah tadi ke dalam pasu, buat lubang berkedalaman 2-3 inci. Masukkan umbisi kunyit tadi dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Kalau diletak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam masa satu atau dua minggu lepas di tanam.
Pencahayaan.
Untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaan minimum 6 jam satu hari. Kalau tidak cukup, daun nya akan jadi kontot-kontot sahaja. Tapi pokok kunyit perlu sedikit lindungan. Letak lah berhampiran bucu-bucu bumbung.
Siraman.
Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit selepas ditanam, ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari untuk tempoh satu hingga 2 minggu.
Selepas mata tunas sudah keluarkan daun yang lebar, barulah siraman perlu dikurangkan satu kali sehari itu pun di awal pagi. Pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu. Oleh sebab itu, pasu yang dipilih untuk dijadikan bekas tanaman tadi perlu mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Kalau masih terjadi masalah air bertakung juga, tebuk lubang pada bahagian bawah dinding pasu sebagai option saliran air.
Pembajaan.
Pokok kunyit tidak memerlukan baja. Cukup sekadar tambah medium tanah tinggi organik di atas medium yang lama. Atau, anda perlu tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru untuk menggalakkan pertumbuhan umbisi.
Khasiat kurma cina juga sering disebut-disebut bagus untuk kesihatan tubuh badan dan dapat membantu memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal aktif dan sihat.
Namun begitu tidak semua antara kita biasa mengamalkan pengambilan kurma cina ini berbanding rempah atau herba seperti halba, cengkih dan sebagainya sedangkan khasiatnya cukup luar biasa.
Antara khasiat yang terkandung di dalam kurma cina menurut kajian yang dikongsikan di klikdokter adalah seperti berikut :-
Meningkatkan imuniti tubuh
Melawan pertumbuhan sel kanser
Melancarkan dan memelihara saluran pencernaan
Menibgkatkan kualiti tidur dan mencegah insomnia
Memelihara fungsi otak
Mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah
Mencegah penyalit berkaitan hati
Meningkatkan kesihatan kulit
Mengetahui betapa banyaknya kebaikkan kurma cina ini untuk kesihatan, apa kata anda amalkan untuk minum air rebusan kurma cina ini seperti mana yang diamalkan oleh Fairuz Azmi.
Menurut perkongsiannya, air rebusan ini bagus untuk membuang angin dalam badan dan sekali gus dapat menjadikan tubuh badan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.
Bagi anda yang ingin mencuba di sini di kongsikan cara untuk menyediakan air rebusan tersebut, selamat mencuba.
Resipi Air Rebusan Kurma Cina Untuk Lebih Bertenaga
Bahan-bahan:
Air 4 mug
Kurma cina segenggam
Halba 1 sudu besar
Halia ketuk 2 inci
Gula batu Secukup rasa
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sampai mendidih.
Kemudian tuang dalam cawan dan minum panas-panas.
Ekstra info : Air rebusan ini boleh guna untuk 3-4 kali minum. Contoh : Malam ini saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. Kemudian saya tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan sahaja. Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.