Tentu kita terfikir kenapa hujung bulan je duit kita macam tak cukup? Nak menyimpan setiap bulan mesti tak berkesempatan. Mesti ada sebabnya kan. Bagi beragama Islam, kita tentunya diajar mengenai amalan yang baik agar rezeki tidak putus dan dilimpahkan rezeki.
Selain amalan zikir, solat dhuha yang diamalkan oleh Rasulullah, sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang kita kena tahu termasuk tidak berkira dan membahagiakan isteri, ibu bapa dan mertua.
Begitulah juga yang dilakukan oleh pasangan selebriti ini, selain berlakon dan menyanyi, mereka sudah bergelar usahawan berjaya dalam perniagaannya.
Melalui instagram milik Siti Sarah, beliau berkongsi tip menjemput rezeki. Namun, katanya lagi, sempat berpesan bahawa jangan pula isteri ambil kesempatan atas kebaikkan suami.
Ikuti perkongsiannya.
Ads
“Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga Alhamdulillah… antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!! Ibu yg melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu.”
“Jangan kedekut dengan isteri .. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami .. isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.”
Ads
“Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2. isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak. Janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.. tag your husband and pls tag your wife”
Benar apa yang diperkatakan oleh Siti Sarah, apabila sudah berkeluarga, jangan terlalu berkira dengan isteri, keluarga dan mertua. Berbuat baik itu, tanpa kita duga akan datang rezeki dari pelbagai sudut sama ada kekayaan duit, kebahagiaan dan kesihatan yang baik.
Moga perkongsian selebriti ini menjadi salah satu pencetus untuk kita menjemput rezeki dalam kehidupan kita.
Disahkan mengandung anak kembar pastinya diimpikan oleh semua wanita. Hebat rasanya malah dianggap rezeki paling hebat.
Mengimpikan sepasang anak kembar sememangnya menjadi keinginan semua pasangan suami isteri namun diberikan rezeki Allah kembar tiga pastinya terasa bagaikan satu keajaiban yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Inilah yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Nurzahirah Mohamed Ibrahim dan suaminya, Mohd Najib Fahmi Mohd Tahar. Pasangan kembar tiga mereka, Daim Haris, Danisha Huda dan Darwisy Hakim kini sudah pun berusia 2 tahun 7 bulan.
“Sungguh saya terkejut dan gembira tidak terkata apabila doktor mengesahkan saya mengandungkan anak kembar. Bukan dua tetapi tiga!
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira dan terkejut. Tidak terkata dan sangat bersyukur kerana diberikan anugerah tidak ternilai. Akhirnya penantian kami suami isteri dimakbulkan olehNya.
Lima tahun saya tunggu untuk peroleh zuriat selepas melangsungkan perkahwinan pada 3 Oktober 2009. Lama menunggu namun Allah beri kami berganda.
Semuanya selepas saya menjalani rawatan kesuburan di Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Dua tahun juga saya ambil pil kesuburan dan akhirnya saya buat suntikan hormon di perut setiap dua hari sekali. Sebulan selepas itu saya disahkan hamil. Sungguh saya bersyukur.
Sama seperti ibu hamil lain, saya juga mengalami morning sickness pada waktu pagi dan waktu tengah malam. Namun saya mula membiasakan diri.
Alhamdulillah tiada alahan yang saya alami semasa mengandung. Namun saya dinasihatkan oleh doktor untuk lebihkan pemakanan yang mengandungi zat besi seperti daging, bayam, kerang dan juga hati untuk menambah darah kerana darah saya agak rendah ketika itu.
Perut saya juga membesar dengan cepat seperti kandungan 6 atau 7 bulan, padahalnya ketika itu kandungan saya baru berusia 5 bulan.
Pernah juga saya ditahan selama 5 hari di hospital kerana mengalami kontraksi seperti mahu bersalin. Syukur setelah rawatan diberikan saya kembali pulih.
Setelah kandungan berusia 29 minggu, saya dimasukkan ke hospital dan doktor terus memberikan tarikh untuk saya bersalin iaitu pada 34 minggu.
Tiada pilihan lain kerana kedudukan 2 bayi di dalam perut yang songsang dan seorang lagi melintang di bawah perut. Saya dinasihatkan untuk berehat di hospital sahaja sepanjang tempoh itu.
Saya serta kandungan sentiasa dipantau oleh doktor pakar, manakala setiap 4 jam sekali jururawat akan memastikan ketiga-tiga bayi berada dalam keadaan selamat.
Malah saya juga terpaksa dipakaikan dengan tali pinggang sokongan untuk menjaga tulang belakang dan mengurangkan sakit pinggang yang saya alami.
2 Jun 2014 menjadi satu tarikh yang begitu dinantikan kami berdua. Walaupun sangat teruja untuk melihat anak-anak kami sendiri dalam beberapa jam lagi namun disudut hati ini juga terasa amat takut.
Untungnya bukan hanya suami malah ibu mertua saya, Hajah Shahrumbi juga dibenarkan untuk masuk ke dewan bedah kerana dia merupakan seorang staff nurse di hospital itu.
Lebih kurang 20 orang termasuklah doktor pakar bedah, doktor pakar anestetik, doktor pakar kanak-kanak, doktor pelatih serta jururawat menyambut kelahiran anak saya.
Tepat jam 9 pagi, bilik bedah yang sunyi bertukar menjadi meriah dengan suara tangisan tiga-tiga bayi saya. Anak pertama saya, Daim Haris (1.8kg) dilahirkan diikuti Danisha Huda (1.6kg) dan selang 2 minit kemudiannya barulah Darwisy Hakim (2kg) dikeluarkan.
Daim Haris dan Danisha Huda ditunjukkan terus kepada saya manakala Darwisy Hakim terpaksa dimasukkan terus ke unit rawatan rapi NICU kerana kurang oksigen.
Ketiga-tiga bayi kembar saya ini dimasukkan ke dalam inkubator kerana saiz dan berat badan mereka yang masih kecil. Keadaan saya pula sedikit lemah, dua kali juga saya pengsan ketika bangun dari katil, kerana kehilangan banyak darah.
Hari ke 9 saya dan Darwisy Hakim dibenarkan keluar hospital. Manakala Daim pada hari ke 14 diikuti Danisha pada hari ke 21. Kami sangat gembira malah seluruh keluarga teruja untuk melihat ketiga-tiga kembar ini bersama untuk kali pertama.
Memori Indah Pengalaman menjaga mereka semasa bayi amat berharga dan takkan saya lupakan. Saya berpantang di rumah ibu ketika itu. Dalam sekelip mata sahaja, rumah ibu terus bertukar seperti pusat asuhan kanak-kanak. Mana tidaknya, hampir kesemua ruang, dari ruang tamu, dapur, bilik dan bilik air semuanya terdapat peralatan bayi.
Pada peringkat awal kami memakaikan kembar 3 ini dengan baju warna yang berlainan supaya tidak tertukar. Mereka juga telah saya sediakan buku catatan masing-masing supaya perkara seperti memberi susu, menukar lampin dan memberi ubat dan sebagainya tidak tertukar.
Banyak kenangan lucu yang kami lalui ketika waktu ini. Pernah suatu hari tokwan mereka, iaitu ayah saya memakaikan Daim dengan baju berwarna merah jambu kerana dia sangkakan itu adalah Danisha.
Dan ini bukan terjadi sekali tetapi beberapa kali juga. Malah Darwisy dan Daim juga selalu tertukar. Memang sangat lucu ketika waktu itu.
Bagi saya dan suami memang kami dapat bezakan ketiga-tiga mereka kerana mereka bukanlah kembar seiras. Tidak hanya ibu dan ayah malah kami juga dibantu oleh dua orang pembantu lain yang membantu melancarkan lagi perjalanan harian kami.
Ketika itu, walaupun saya masih lemah dan sangat penat malah luka pembedahan juga masih belum sembuh sepenuhnya tetapi kehadiran mereka di dalam keluarga saya membuatkan saya lebih sempurna dan gembira.
Sejak hadirnya kesemua anak-anak ini, adakalanya saya dan suami terasa seperti selebriti. Jika kami sekeluarga keluar di hujung minggu, sebaik kereta sorong bayi ditolak, ramailah yang teruja dan bertanyakan pelbagai soalan kepada saya dan suami.
Begitulah sepanjang perjalanan kami sepanjang hari itu. Saya tidak kisah malah seronok berkongsikan cerita dan pengalaman saya kepada mereka yang ingin tahu.
Kepada mereka yang berkahwin tetapi masih belum diberikan rezeki untuk punya zuriat sendiri, janganlah berputus asa. Berusaha dan berdoalah.
-Zahirah-
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa kat sini anak-anak liat sangat nak bangun sahur, cer angkat tangan! Hehe
Lain orang lain cara nak kejutkan anak bangun sahur. Ada yang kejut dengan sentuhan, ada yang tutup kipas supaya anak rasa panas, malah ada juga yang mengetuk pintu bagai nak roboh!
Haaa lain pula dengan seorang ayah ini, tahun lalu tular gelagat seorang ayah yang berasal dari wilayah Jakarta mempunyai cara kreatif untuk mengejutkan dua orang anak daranya yang bangun sahur.
Dalam video tersebut, individu yang bernama Ali Dalimunthe mengejut anak-anaknya dengan membuat pengumuman sambil menggunakan mikrofon karaoke semata-mata untuk menyuruh mereka bangun dari katil dan bersahur.
Untuk tahun ini, siapa sangka ayah ini kembali lagi dengan cara yang lebih unik iaitu mengejut mereka dengan menggunakan speaker dan muzik yang lantang, sambil memegang mikrofon berkata ‘sahur’ ‘sahur’ ‘bangunlah kakak’ sambil menyakat kedua-dua anak gadisnya yang pasrah dengan keadaan tersebut.
Bukan sahaja anak-anak dan orang ramai yang tidak tahan lucu adegan lelaki itu, malah dia sendiri tidak dapat menahan dengan melepaskan tawa di hujung video tersebut. Meneliti di ruangan komen perkongsian anaknya itu, rata-rata berkongsi cara ayah masing-masing kejut dari tidur. Ada juga yang menambah, abadikanlah detik-detik berharga seperti ini sebelum kehilangan buat selamanya.
Bila dirinya bergelar seorang ibu pasti akan melindungi, menjaga, menyanyangi sepenuh jiwa dan raga terhadap anak-anaknya sampai bila-bila pun. Bahkan bagi pencinta haiwan juga naluri keibuan ini meresap dalam sanubari dalam menjaga anak-anak bulus yang dimiliki. Memandangkan haiwan peliharan telah pun dianggap sebagai ahli keluarga.
Malah bukan sahaja mencurahkan kasih sayang, namun hingga ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit demi membahagiakan kucing tersayang.
Perkara ini turut dilakukan oleh seorang jutawan tudung, Puan Haliza Maysuri yang baru-baru ini berkongsi di media sosial ketika majlis sambutan Hari Lahir buat kucing kesayangan keluarga mereka yang diberi nama Money.
Difahamkan Money yang kini berusia 6 tahun telah dianggap sebagai anak oleh Puan Haliza semenjak dipelihara pada tahun 2018. Nyata bukan biasa-biasa kasih sayang yang diberikan kepada Money yang juga dianggap sebagai ‘anak bongsu’ keluarga ini.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Bercerita lanjut berkenaan sambutan Hari Lahir Money, Puan Haliza juga telah menyediakan sendiri pelbagai menu yang dimasak seharian untuk merai tetamu yang bertandang. Antaranya seperti Udang Butter Milk, Rendang Ayam, Sambal Sotong, Bergedil, Kurma Daging dan bermacam-macam lagi.
“Auntie2 Money nak tanya duit £6000.00 hadiah hari jadi dari Papa, elok Money belikan apa?”
Meninjau pada soalan yang dikongsikan di tiktok miliknya, warganet memberi respon yang palbagai dan rata-rata tumpang seronok dan gembira melihat pasangan ini begitu menghargai kucing.
Bertuah Money…punye mama papa yg amat sayang pd Money
Happy birthday money.. money dpt hadiah money…😍
Money donate pd kawan2 money yg memerlukan.. Kawan2 money yg kat luar sana.. Kalau sebelum ni mama papa dah bg juga, apa salahnya bg pada kawan2 money yg lain juga.. Cat shelter ke, dog shelter ke, veterinar clinics ke..
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.