Malam tadi, ratusan jemaah yang rata-ratanya pelajar USAS sanggup menanti selama 2 jam sebelum solatkan 3 penuntut yang terbabit dalam nahas dekat Terowong Menora kelmarin. Konvoi mengiringi jasad Allahyarham Iqbal Hasnun Halimi, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz tiba di perkarangan universiti tersebut jam 11.15 malam selepas proses post-mortem serta pengecaman identiti dijalankan.

Perasaan hiba turut dirasai khususnya apabila bapa kepada ketiga-tiga penuntut USAS berkenaan diberi ruang untuk berucap kepada jemaah selepas sesi solat ditunaikan. Tepat jam 12 tengah malam, konvoi tersebut berlepas pula ke kampung halaman masing-masing sambil diiringi waris dan keluarga terlibat.

@mywaaruslan2802 Repost. Buat sahabat arwah atau sesiapa yg ingin ziarah utk penghormatan terakhir, boleh terus ke teratak atok arwah di Nilai. Utk alamat, boleh dm sy terus. Tt removed vid yg sy post td.. #usas #terowongmenora #ipohperak #fyp #pelajarusas ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Sekitar pagi tadi pula, Allahyarham Muhammad Nabil Haikal telah selamat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Batang Benar, Nilai. Tambah sebak, ramai waris serta penduduk tempatan mengiringi ‘perjalanan terakhir’ jasad pelajar berusia 19 tahun berkenaan dari kediaman keluarganya. Terdahulu, sebuah klip video memaparkan lambaian terakhir Nabil Haikal kepada ibunya di KL Sentral juga menjadi tular sejak semalam.

@mywaaruslan2802 Lambaian terakhir seorang anak kepada ibu dan family. Video terakhir arwah yg diambil oleh mamanya yg dikongsikan dlm group anak menantu isnin lalu. Cik mira simpan semuanya kt sini yee. Anak baik. Pendiam. Al-fatihah. #terowongmenora #ipohperak #fyp #pelajarUSAS ♬ Saat Terakhir – ST12

IKLAN

Dalam pada itu, pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz difahamkan turut sempat berkunjung ke rumah Allahyarham Nabil Haikal. Menerusi beberapa rakaman video dan gambar dikongsi oleh ahli waris, suami kepada Neelofa itu bukan saja dilihat menyertai sesi bacaan Yasin pada malam tadi. Bahkan dia turut dilihat mencangkul tanah kubur sekali gus menghadiri proses pengebumian penuntut USAS tersebut.

IKLAN
@mywaaruslan2802 Org baik ,Allah sayang. #usas #terowongmenora #ipohperak #fyp #puriz ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Sumber : mywaaruslan2802 , bernamaradio