Jeruk rambutan resipi nenek moyang, nak buatnya senang sangat. Bila musim buah rambutan tiba selalunya memang meriah peniaga menjual ditepi jalan. Buah rambutan selain dimakan begitu sahaja, sedap juga kalau dibuat jeruk.
Jeruk buah rambutan ini tahan berbulan-bulan bahkan boleh sampai ke musim berikutnya. Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan. Nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam mencipta cara menyimpan makanan.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat jeruk rambutan. Mereka yang ada pokok rambutan dan buahnya tak habis dimakan, bolehlah cuba buat jeruk rambutan. Mesti jadi kegemaran seisi keluarga.
2. Masukkan dalam balang selapis demi selapis. Setiap lapis tabur dengan garam kasar. Garam mesti lebih sebab kulit rambutan tebal.
3. Masukkan air masak menutupi rambutan.
Ads
Selepas dua minggu apabila kulit rambutan bertukar kehitaman ia menandakan jeruk buah rambutan sudah boleh dimakan. Rasa jeruk rambutan masam, masin dan sedikit rasa manis rambutan.
Ads
Kekalkan warisan nenek moyang kita. Tiada yang dulu tiada yang baru. Biasanya orang guna rambutan masam@rambutan telan. Tapi sekarang susah nak jumpa rambutan itu jadi buat sahaja rambutan apa yang ada. Rasanya tetap sedap.
Menjadi kebiasaanya bila kita bercuti ke tempat-tempat menarik pasti ada sahaja gambar yang ingin diabadikan sebagai kenang-kenangan. Lazimnya juga jika ingin dibandingkan antara suami dan isteri, orang yang paling sibuk hendak bergambar adalah isteri. Betul bukan?
Benar atau tidak, namun apa yang pasti orang perempuan ni bila bergambar akan membuatkan mereka rasa bahagia.
Jika anda tidak percaya, cubalah perhatikan gelagat isteri anda bila di bawa berjalan ke destinasi menarik. Mungkin selama ini ada yang tidak perasan. Memang itulah perangainya!
Berkongsi tentang merakam foto ketika bercuti, salah seorang pemilik akaun TikTok berkongsi video yang cukup mencuri perhatian warganet. Suria Syafiqah telah berkongsi keletah orang tuanya ketika di bawa berjalan-jalan ke tempat menarik.
Kalau bergambar dengan kawan kemain sengih, bini sendiri asyik tak nak je … nanti menyesal, orang suruh bergambar buat muka
Dapat dilihat ibunya seakan bertukar ‘garang’ dan cakap direct sahaja dengan suaminya ketika sesi bergambar.
Bukan itu sahaja, malah turut diugut dengan ayat ‘nanti menyesal’ dan kemudian selamba pula berseloroh dengan suaminya.
Ini kerana difahamkan bahawa suaminya itu bila bergambar dengan kawan-kawannya rajin pula tersenyum.
Bah Wuhuuu… nanti abang menyesal takda gambar kat beca
Manakala perkongsian video berasingan, Syafiqah juga tidak dapat menahan tawanya bila melihat gelagat spontan ayahnya yang ingin pergi ke tempat lain meskipun telah dipanggil oleh ibunya untuk bergambar.
Namun akhirnya pasrah menuruti ajakan isterinya untuk bergambar kenangan berlatarkan beca.
Secara umumnya, video yang dikongsikan ini telah tular dengan memdapat sejuta tontonan di aplikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, bermacam-macam respon diberikan dan rata-rata turut mengakui begitulah ragamnya orang lelaki.
“tp mmg betul..bila ngan kwn or saudara mara,bukan main lagi senyum.tang bila ngan Bini cam kene jatuh hukuman penjara je rupanya😂😂😂😂”
“abah sy sejak pandai buat mini love,,klu begambau asik2 ada mini love,,xkira situasi😅”
“Masalahnya betul, Ayah saya pun macam ni Makcikkk”
“biasa nyer kalau bini ckp direct mcm ni..dia caring & setia..😅”
Sumber : TikTok @suriasyafiqah
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Hujung minggu begini, pasti akan ada saudara mahupun teman yang ingin berkunjung ke rumah kan. Sambil beraya boleh menikmati air tangan tuan rumah.
Jika ibu-ibu tak tahu nak sediakan apa hari ini, apa kata cuba Bihun Soto perkongsian Rozainie Zainal yang sememangnya sangat sedap dan terbaik. Bak kata anak buahnya “Soto Mama Terbaik Di dunia”.
tip mudah untuk sediakan Bihun Soto Ini untuk Ibu-ibu. Yang penting adalah rasa kuahnya itu. Kalau kuahnya sedap maka bihun soto anda sememangnya akan sedap. Tak caya jom cuba sendiri ikut resipi ini!
Hari ni zai nak share 1 of my KILLER RESEPI iaitu Bihun Soto..bukan nak cakap apa tapi kenyataan hihi..igauan kepada sesiapa yang pernah menikmatinya .Bak kata anak buah ” Soto mama terbaik di dunia “.. Zai bagi resepi ni so ikut bulat-bulat..ikuti step by step cara nak masak ni tau..Tips nya masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan..Zai halalkan resepi ni dan semoga bermanfaat.
Resepi ni sukatan untuk 1 ekor ayam bersaiz besar
1. Potong 4 dan bersihkan.
Bahan kisar :
Bawang besar 5 ulas (pilih saiz sederhana)
Bawang putih 6 ulas
Halia lebih kurang seinci setengah
Panaskan minyak.
Dalam peket Sup Bunjut Tulang Adabi ada benda-benda dalam pic ni..kejap lagi korang mesti faham kenapa.
Goreng dulu 5 sekawan tu sampai naik bau..faham dahh
Masukkan pula serai yang dah di ketuk dan bahan-bahan kisar tadi..tumis sampai naik minyak.
Bahan kisar dah naik minyak masukkan rempah kurma dan sup Babas. Zai tak bancuh dengan air rempah-rempah tu..Kalau korang takut rempah tu cepat hangit..boleh je bancuh dengan air dulu..
Bila rempah-rempah tadi dah naik minyak.. masukkan ayam dan gaul rata-rata.
Bila ayam dah agak kecut…masukkan bunjut dan sedikit air..gaul rata-rata lagi ya.
Ayam dah kecut jadi boleh lah masukkan air..bab air berapa banyak nak taruk..terpulang pada korang..kalau nak kuah sup pekat masuklah air sikit..kalau nak kuah cair masuklah air banyak..kalau zai..zai lebih suka kuah yang tak terlalu pekat atau cair..so so je..sederhana katanya..
Terjunkan kiub pati ayam berapa ketul nak letak ikut korang lah..karang kata concent pasal kesihatan lah..terlalu banyak perisa lah..ini lah..itu lah..so korang decide sendirI
Bila ayam dah masak keluarkan.
Bila ayam kita dah keluarkan..masa ni kuah sup dah kurangkannn..so top up air semula..boleh la letak garam dan Pak Aji..perisa dah sebati dan cun..tutup api.
selain bihun korang boleh jugak makan dengan mee kasar dan nasi impit.
Bahan aksesori
Tip: Nak goreng kacang tanah..masukkan kacang dalam kuali sebelum minyak panas..make sure api kecik.
Kuah kicap power melelehhh
Bahan-bahan:
Cili padi
Bawang putih
Limau nipis
Kicap lemak manis Cap Kipas Udang
Cara-caranya:
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpikan kehadiran si kecil sebanagi lambang kasih sayang antara suami isteri.
Namun, tidak semua pasangan bertuah dan memiliki anak dalam tempoh yang singkat. Ada juga yang terpaksa menantikan bertahun-tahun, tak kurang yang harus melalui pelbagai rawatan dan ubat demi
Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.
Sumber inspirasi wanita
Sifat cekal dan tabah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar wajar dijadikan inspirasi buat wanita dan bakal ibu yang dalam usaha mendapat zuriat.
Kisah Baginda tular semalam selepas pembantunya, Saerah Ali, 85, bercerita mengenai Tunku Azizah. Dia yang sudah berkhidmat sejak 1986 hingga kini berkata, walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan baginda.
“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan baginda tidak boleh banyak bergerak, baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Tubuh TAFF
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu baginda’.
”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.
Aktiviti kebajikan
Hamimah berkongsi cerita bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Hamimah berkata Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan baginda kepada rakyat.
Tunku Azizah yang dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986 dan mempunyai sembilan cahaya mata.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di