Kadang kala kita sibuk mengejar duniawi, hingga lupa untuk membaca Al-Quran.
Usah culas untuk melakukan. Ikuti lanjut cara jatuh cinta dengan al-Quran
1. Pertemuan
Pernah tak kita rasa rindu dengan al-Quran? Setiap hari nak pegang, nak tatap helaiannya dan nak alunkan ayatnya. Jika itulah perasaan yang hadir, tandanya kita sudah jatuh cinta dengan al-Quran.
Bagaimana caranya?
Wajibkan diri untuk “dating” dengan al-Quran Setiap hari. Sesibuk mana kita dengan urusan kerja dan sesempit mana ruang hidup kita, mesti selitkan al-Quran di tengah-tengahnya.
Ads
Mulakan dengan selepas solat maghrib. Selesai solat, wirid dan doa, capailah al-Quran. Jika kita rasa terlalu penat, memadai dengan menyentuh, memeluk, menatap ayat-ayatnya dan membaca ayatnya sebaris dua. Lakukan setiap hari secara istiqamah. Yakin dan percayalah lama kelamaan kita akan merasai perubahan pada diri.
Kita seperti diseru-seru untuk datang mendampinginya. Ya Allah manisnya rasa bila dapat melihat dan memegang al-Quran, apatah lagi mendengar alunan ayatnya.
2. Rapatkan
Setiap hari kita mesti ulang-ulang satu ayat dari surah tertentu. Tak perlu banyak dan jangan bebankan fikiran dengan memaksa diri. Lakukan dengan santai tapi istiqamah. Kesan yang paling ketara, hati kita mulai rasa terisi dan matlamat untuk dapat lebih lagi mula menguasai diri. Mula-mula satu ayat, lepas tu jadi 2 ayat, 3 ayat, 4 ayat dan seterusnya berayat-ayat.
Ads
Kelak bertemu dengan Allah, tidaklah rasa malu dan segan. Sekurang-kurangnya ada bahagian al-Quran dalam hati yang kita bawa. Tak dapat banyak, sikitpun jadilah. Janji ada.
3. Jaga hubungan
Al-Quran satu-satunya sahabat yang kekal bersama, berdamping, membela nasib kita, menerangi barzakh kita, mengekalkan jasad kita dari membusuk. Allahu.. Banyaknya manfaat dia pada kita. Tidak ada lagi alasan untuk kita memutuskan hubungan dengannya.
Jika hari ini hubungan kita renggang, mulakan dengan langkah pertama tadi. Jangan biarkan ia berlalu dari hidup kita.
Ads
Allah… kasihilah kami dengan al-Quran.
Jadikan pimpinan hidayah kami.
Allah.. Ingatkan kami, apa yang kami lupa. Ajarkan ya Allah apa yang kami cari tentang isi al-Quran, untuk membacanya siang dan malam.
Semoga berbahagia dunia akhirat
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu ayah mana yang tak luluh bila melihat seorang anak ‘pergi’ di tangan adik beradiknya sendiri. Ini seperti insiden yang berlaku di Melaka baru-baru ini bila dilaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya berusia sembilan tahun sehingga tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Bukit Piatu.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ketika itu hanya dua beradik berkenaan berada di rumah manakala ibu dan bapa mereka bekerja.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihaknya.
“Suspek kini ditahan polis dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian.
“Ia juga bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung insiden itu,” katanya dalam kenyataan media lewat malam Rabu.
Christopher berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira 12.30 tengah hari.
Memetik berita Kosmo, saksi yang juga jiran mangsa, Qhurun Ain Johani, 31, tragedi itu disedari oleh ibu mangsa yang melihat kejadian menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) disalurkan menerusi aplikasi di telefon bimbitnya kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Ibu mereka yang ketika itu sedang bekerja telah menghubungi saya meminta bantuan memeriksa keadaan dua beradik itu kerana dia melihat abangnya sedang mencekik mangsa di aplikasi CCTV.
“Sebaik sahaja saya masuk ke dalam rumah, saya menjerit bila nampak si abang sedang mencekik leher adiknya yang telah pucat dan dipercayai tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.
Tambahnya, ketika kejadian, abang mangsa juga seakan-akan tidak menyedari perbuatannya sehingga dia terpaksa menepis kuat genggaman tangan remaja berkenaan.
Ujarnya, mangsa merupakan anak ketiga daripada empat beradik, manakala suspek adalah anak sulung keluarga tersebut.
Jelasnya, ketika kejadian dua beradik yang lain sedang bersekolah, manakala mangsa mengalami sakit mata dan tinggal bersama abangnya.
“Saya tak sangka kejadian ini berlaku di depan mata kerana abangnya sebelum ini memang budak yang baik.
“Cuma baru-baru ini dia mengalami trauma kerana mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah dan meracau, namun dikatakan telah sembuh selepas dibawa berubat,” ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketika ini ramai antara kita yang terpisah dan tidak dapat melawat orang yang tersayang angkaran pandemik ini.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP yang mengkibatkan tidak boleh merentas sempadan negeri termasuk luar negara.
Sejak tahun lepas, apabila seluruh dunia menghadapi serangan virus paling bahaya di dunia ini, banyak negera mengamalkan dasar ‘tutup pintu’ untuk mengelak penularan.
Begitulah situasi yang dialami oleh pelakon dan pelawak, Vicha Saywho yang tidak berjumpa anak-anaknya sejak tahun lepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ke hari ini.
Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohma merindui tiga orang anaknya iaitu Aurel Angelina Khezya, 11, Listya Arum Tresnasih, 10, dan Michelle Averina Calysta, 8 yang menetap di Bandung, Indonesia.
Menerusi muat naik di instagramnya awal tahun ini telah mengundang sebak dikalangan peminatnya.
Biarpun perwatakkannya dikenali sebagai seorang wanita yang lucu dan ceria, video yang dikongsikan di Instagram miliknya membuatkan ramai yang meruntun jiwa.
Ibu mana yang tak sayang anak, yang berjauhan sekian lama hanya video dan panggilan telefon mengubat rindu.
Demi rezeki buat anak-anak, jauh di sudut hati Vicha bersyukur kehadirannya di Malaysia mendapat perhatian perminat di sini.
Ikuti perkongsiannya.
Hari ini genap satu tahun lah saya tak berjumpa anak-anak.
video ni satu tahun lepas time tu saya tak bagitahu aurel yg saya balik bandung nak bagi surprise dekat dia , dia ingat birthday dia saya x dtg ke bandung sebab ada kerja , so saya cakap dekat dia tak apelah ambu tak balik ni , ambu sewakan bilik hotel ,korang pergilah swim dekat hotel so mereka happy sebab suka sangat swimming tiba2 sampai jer saya ada kat sana dia terkejut
Happy birthday my love aurael angelina khezya yg ke 12 tahun hari ini , hari ini ambu betul2 tak dapat nak dtg bandung bukan nak buat prank lagi tapi memang betul2 tak dpt datang sebabkan kondisi covid ni , tak ape doa ambu selalu ada untuk semua anak2 ambu i love u so much doa yg terbaik untuk aurel ya.
18 haribulan lalu menandakan sudah genap tiga tahun penyanyi, Bunga Citra Lestari kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Baru-baru ini, pelantun ‘Wanita Terbahagi’ ada berkongsi di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia bersama-sama ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Noah Sinclair, 14, hadir menziarahi pusara Allahyarham yang terletak di Jakarta, Indonesia.
Dalam perkongsian tersebut, Bunga yang memakai jubah berwarna merah jambu sedondon berselendang turut menghiasi kubur Allahyarham dengan kelopak bunga-bungaan segar.
“Hey you, anaknya (Noah) udah gede nih (anak kita sudah besar ni)”, tulis Bunga seakan-akan berbicara kepada arwah suaminya.
Dalam pada itu, Bunga turut memuat naik kata-kata pujangga popular yang disebutkan pakar psikatri serta aktivis kemanusiaan terkenal, mendiang Elisabeth Kubler-Ross dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dalam hidup.
“Realitinya, kamu akan sentiasa berduka cita.
“Kamu tidak akan sama sekali dapat melupakan kehilangan orang tersayang, sebaliknya kamu akan cuba belajar untuk terus kuat untuk hidup tanpa mereka.
“Kamu akan pulih dan kembali bangkit di sebalik kehilangan yang terjadi.
“Kamu akan jadi kuat semula, tapi ia tetap tidak akan sama seperti dulu lagi.
“Walaupun begitu, kamu tetap jalaninya juga demi hari-hari mendatang,” tulis Bunga memetik kata-kata Elisabeth yang menulis tentang lima peringkat kesedihan yang akan dilalui individu akibat kehilangan insan tersayang.