Hidup ini penuh dengan cabaran. Jika kita rasa kesukaran dalam hidup ada lagi yang lebih sukar.

Setiap kita akan mengadapinya dengan pelbagai dugaan.

Sebagaimana dengan perkongsian ini.

Kalau anda rasa hidup anda susah, cuba baca cerita makcik ini.

HARTA BENDA MUSNAH DEK BANJIR

Makcik bertudung pink di dalam gambar ini adalah salah seorang daripada lebih 7000 mangsa banjir di Johor.

Makcik ni bagitahu air naik terlalu laju daripada parit di depan rumah mereka. Makcik ini hanya mampu menyelamatkan diri sahaja kerana air yang menerjah masuk ke dalam rumahnya melebihi paras kepala!

Bila ditanya tadi apa je pakaian yang ada sekarang. Dia cuma melihat pada baju yang sedang dipakainya tadi tanpa mampu berkata apa apa.

IKLAN

Bila ditanya ” apa je yang masih ada makcik?”. Tiba tiba terlihat mata beliau mula digenangi air. Makcik tersebut tunduk, tidak mampu berkata apa apa lagi.

Situasi tersebut mengejutkan saya. Mujurlah ada ahli rombongan Misi Bantuan Banjir Yaminika Love saya tadi ada wanita. Beliau lah yang pergi menenangkan makcik ini.

” Suami makcik kerja apa?”

” Suami makcik sakit. Tak kerja. Strok “

Allah. Saya pula yang sebak nak menangis tadi.

IKLAN

Bayangkan rumah kecil di ceruk kampung yang dikelilingi kelapa sawit ditenggelami banjir lumpur dengan kesemua pakaian yang ada ditenggelami lumpur hamis dan habis semua perkakas rumah rosak dalam satu malam. Ditambah lagi dengan suami yang sakit.

Bayangkan apa yang sedang dilalui oleh makcik ini. Bayangkan bagaimana tidur makcik ini pada malam ini.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم
“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

UJIAN BUAT KITA

IKLAN

Teman-teman,

Kita akan diuji pada titik terlemah diri kita. Takkan terlepas walau satu diri pun daripada diuji.

Kadang kita ingat Allah cuma menguji orang yang miskin dan asnaf sahaja. Tapi tidak teman teman.

Orang kaya juga diuji. Orang senang juga diuji. Akan sampai masanya mereka juga akan ditanya tentang kesenangan mereka. Akan sampai masanya mereka akan ditanya juga tentang kekayaan mereka.

Bersyukurlah jika kita diuji dengan harta dan kesenangan kerana ramai manusia yang diuji dengan kesenangan dan kekayaan tak mampu pun melepasi ujian tersebut.

Sometimes we’re tested. Not to show our weaknesses but to discover our strengths

Sumber: Taufiq Razif 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI