Kacang merah sememangnya tidak asing lagi dalam kebanyakkan sajian makanan terutamanya pencuci mulut seperti cencol, bubur kacang merah dan aiskrim. Selain khasiatnya yang bagus untuk tubuh badan, rasanya yang lemak-lemak manis itu sangat seronok untuk dinikmati.
Menurut perkongsian resipi aiskrim kacang merah oleh Siti Rohana, aiskrim ini boleh jadi snek untuk sesekali layankan karenah anak-anak di rumah. Selain itu, step yang dikongsikan ini juga sangat mudah diikut disamping boleh berjimat.
“Mudah je buat aiskrim kacang merah ni dan lebih jimat bila buat sendiri. Manis, lemak berkrim secukup rasa, anak-anak pun mesti suka”.
Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim
Bahan-bahan:
Ads
Kacang merah (lebih kurang 300grm)
1.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 satu kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
Sedikit sirap
Sedikit garam
Cara Penyediaan:
– Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek. (Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk). Kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap. Resipi diatas anggaran sahaja.
Ads
– Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.
– 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixer.
– Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.
Ads
– Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi warna cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati. Tutup api.
Tidak dinafikan mak-mak zaman sekarang dilihat lebih selesa menggunakan santan kotak dek kerana mudah untuk disimpan sebagai stok santan di rumah.
Pun begitu, jangan lupakan kelebihan santan yang diparut daripada sebiji kelapa dikatakan santannya lebih berlemak dan pekat. Ini sekali gus memberi rasa yang asli pada hidangan yang ingin disediakan.
Selain itu, keenakan pelbagai menu daripada parutan kelapa yang segar juga diperlukan untuk menghasilkan salutan pada kuih tradisi seperti kaswi, kuih sagu dan sebagainya menjadi lebih menyelerakan.
Namun tidak dinafikan parutan kelapa juga akan mudah berubah rasa menjadi masam atau dikatakan basi jika tidak disimpan dengan baik.
Pun begitu melalui perkongsian daripada Ani Zam, rupanya ada cara yang boleh dipraktikkan untuk pastikan parutan kelapa kekal segar hingga berbulan-bulan lamanya.
Nak kongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama
Langkah 1 : Letakkan kelapa parut di dalam loyang
Langkah 2 : Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
Langkah 3 : Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit
Langkah 4 : Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
Langkah 5 : Kukus semula bila hendak menggunakannya
Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut
Ekstra Tip : Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.
Rupanya Ibu Yang Super Busy, Hari-Hari Pun Boleh Masak Untuk Keluarga Dengan Cepat & Enak!
Kesibukan bekerja bagi seorang ibu yang berkerjaya diakui kerap juga memberi tekanan bila mula memikirkan untuk menyediakan menu yang enak untuk keluarga apabila setibanya di rumah setelah seharian berkerja. Apatah lagi andai terpaksa berdepan dengan kesesakan jalan raya, ini sekali gus menyebabkan waktu untuk menyediakan hidangan semakin singkat.
Sedangkan hasrat di hati mahu menyediakan menu dari air tangan sendiri. Jika tidak dapat menyediakan menu istimewa, memadai sajian yang ringkas dan cepat dimasak. Asalkan anak-anak makan berselera dan kenyang, itu pun sudah cukup membuatkan hati seorang ibu rasa bahagia.
Oleh itu, bagaimana cara untuk sediakan menu yang cepat dan sedap sedangkan anda seorang ibu yang sangat sibuk?
Sebenarnya banyak tip yang boleh dipraktikkan untuk membantu anda memasak dengan cepat dan tidak perlu lagi memperuntukkan masa yang terlalu lama berada di dapur untuk menyediakan hidangan.
Tips Masak Dengan Cepat
1.Asingkan bahan mentah
Pastikan bahan mentah seperti daging, ayam, udang dan sebagainya telah dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang diingini. Semua kerja-kerja ini dilakukan pada hari minggu.
2.Sediakan bahan masakan
Kena rajin buat stok bahan masakan pada hujung minggu, sama ada kisar bawang merah, cili kering, bawang putih dan sebagainya. Sebolehnya letakkan di dalam bekas lutsinar agar mudah untuk anda mengetahui isi kandungannya. Bila hendak digunakan, terus boleh capai dalam peti sejuk.
3.Listkan menu seminggu
Anda juga boleh tetapkan menu seminggu, jadi tidaklah perlu mengambil masa yang lama memikirkan menu setiap kali ingin memasak.
Nak Lagi Mudah, Sediakan Stok Makanan Sejuk Beku
Malah jika ingin disenaraikan berkenaan tip cepat menyediakan hidangan untuk keluarga terlalu banyak. Pun begitu diakui memerlukan pengurusan masa juga untuk melakukan semua itu terutamanya pada hujung minggu.
Jika terasa ianya agak sukar dipraktikkan dan inginkan yang lebih mudah apa kata anda pastikan di dalam peti sejuk tersedia stok makanan sejuk beku. Andai tiba-tiba terasa lapar atau teringin untuk makan, ketika dan detik itu juga anda boleh sediakan dengan begitu mudah.
FIRST PRIDE Pilihan Ramai
Tidak kira tua mahu pun muda, ramai yang menggemari produk sejuk beku jenama First Pride sebagai snek yang mengenyangkan untuk dimakan pada bila-bila masa. Selain enak rasanya dan mudah disediakan, jaminan kebersihan produk tersebut juga menjadikan produk ini terus mendapat tempat di hati orang ramai.
Justeru itu, tidak hairanlah bila dilihat pada rekod jualan ternyata sebanyak 3 juta pek telah dijual dalam setahun. Wow! Terbukti ramai menggemari produk ini.
Antara produk yang mendapat tempat paling popular dihati pengguna adalah :-
FIRST PRIDE Tempura Chicken Nugget
Dalam banyak-banyak variasi produk yang ditawarkan dengan jenama FIRST PRIDE, Tempura Chicken Nugget adalah produk ‘best seller’. Apa tidaknya, nugget dengan citarasa original yang dibuat menggunakan daging ayam berkualiti tinggi pada bahagian dada, kurang berlemak sekali gus menjadikan keenakan rasa nuget ini apabila dimakan terasa begitu lembut dan ‘juicy’. Pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja bila siap terhidang di atas meja.
FIRST PRIDE Home Spiced Tempura Chicken Nugget
Istimewanya FIRST PRIDE Home Spiced Tempura Chicken Nugget ini pula, sebelum ini pernah viral gara-gara ramai yang mengatakan bahawa rasanya yang enak. Malah dengan rasanya yang sedikit pedas amat menepati selera sesiapa jua, lebih-lebih lagi bagi peminat makanan pedas. Mamang ‘kick’ rasanya!
FIRST PRIDE Tom Yum Chicken Nugget
Tidak dinafikan nugget yang biasa dimakan adalah dengan perisa original, pedas mahu pun keju. Tetapi yang satu ini cukup unik, nugget berperisa Tom Yum! Rasa nugget pedas dan beraroma, menjanjikan kenikmatan rasa yang digemari ramai.
FIRST PRIDE Crispy Chicken Nugget
Melihat tekstur dengan salutan serbuk roti yang kuning keemasan sudah menjelaskan betapa enaknya FIRST PRIDE Crispy Chicken Nugget ini. Sekali rasa, pasti ingin terus menikmati hidangan yang tersedia.
Mungkin antara anda sudah ada yang terliur untuk mencuba sendiri keenakan nugget pelbagai variasi daripada First Pride ini bukan? Jadi tunggu apa lagi, anda boleh terus membelinya sama ada di pasaraya berdekatan atau nak lagi mudah beli sahaja melalui online di Shopee , Lazada mahu pun di Pandamart.
Setiap kali perayaan, tentu anda akan berhadapan dengan situasi ini;
Untuk merebus nasi impit ini memakan masa yang lamanya sehingga tidak sempat dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.
Bagi yang ingin mengelakkan pembaziran dan merebus nasi impit dengan kuantiti yang sedikit, adalah tidak berbaloi untuk anda memang api gas lama semata untuk merebusnya.
Kini anda tidak perlu risau kerana perkongsian dari Yuhafiqah Mohd Yunus ini boleh menjadi solusinya. Tak sangka sudah bertahun- tahun merebus nasi impit sampai berjam-jam kini masalah ini ada penyelesaiannya.
Petuanya bukan sahaja boleh menjimatkan gas dan elektrik dalam kuantiti kecil malah anda boleh aplikasikan ketika merebus ketupat nasi dengan stok yang banyak!
Ayuh kita lihat apa petua yang dikongsikan beliau, sangat simple tetapi berguna.
Petua Rebus Ketupat Nasi Jimat Gas Dan eEektrik
1-Rebus air hingga mendidih kemudian masukkan ketupat nasi.
2-Rebus selama 10 minit kemudian tutup api.
3-Biarkan ketupat nasi dalam periuk dan tutup dengan penutup periuk.
4-Biarkan ia terendam selama 30 minit.
5-Selepas 30 minit, nyalakan semula api dapur dan rebus selama lima hingga 10 minit mengikut keadaan ketupat nasi itu.
6-Bagaimanapun petua ni tak sesuai untuk anda yang menggunakan periuk tekanan atau pressure cooker.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.