Mempunyai jiran yang baik adalah rezeki. Tidak semua dapat berasa mempunyai jiran yang mempunyai sikap begitu.
Sebagaimana perkongsian daripada akaun eikinhanipah begitu menyentu hati apabila jiran berbangsa Cina membelinya makanan lain disebabkan menghormati agamannya.
Difahamkan mereka sekeluarga tidak dijemput ke majlis sambutan hari jadi kerana menghidangkan makanan ‘non halal’. Atas dasar prihatin, jiran itu membeli di restoran makanan segera.; KFC diberikan kepadanya.
Ikuti perkongsian ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Seronok tengok macam ahli keluarga
Perkongsian murni dari Eikin Hanipah telah menarik perhatian ramai dan video terbabit sudah ditonton lebih dari dua juta viewers di aplikasi TikTok.
Rata-rata mereka juga berasa seronok melihat keharmonian dan perpaduan seperti ini kerana jiran adalah individu paling dekat dengan kita selain ahli keluarga
Siti Munirah Abdul Malik menjadi penterjemah bebas sambilan sejak 12 tahun lalu. Bermula ketika masih menuntut di universiti, siapa sangka selepas lebih satu dekad, ibu kepada seorang anak ini masih lagi terbabit secara aktif dalam bidang terjemahan sebagai pendapatan sampingan biarpun sudah bergelar pensyarah di Kolej Vokasional Kulim, Kedah.
Pada sebelah siang, Siti Munirah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pada sebelah malam pula, wanita berusia 31 tahun ini menukar ‘topinya’ menjadi penterjemah bebas.
Siti Munirah berkata, dia mula terbabit dalam bidang penterjemahan bebas pada tahun 2013 ketika masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat).
“Saya bermula dengan kerja projek memasukkan data menggunakan Microsoft Excel dan projek transkripsi Bahasa Melayu di mana saya perlu mendengar audio perbualan serta taip semula ke dalam bentuk teks.
“Kemudian, saya terjumpa kerja-kerja terjemahan Bahasa Melayu dan bayarannya lebih tinggi. Dari situlah, saya mula fokus dengan kerja-kerja terjemahan yang kemudian berkembang menjadi sumber pendapatan sehingga sekarang,” katanya.
Berkongsi rutin hariannya sebagai penterjemah bebas sambilan, kebiasaannya, pada awal pagi dia akan menyemak dan menjawab e-mel klien.
“Jika ada kelapangan saya akan melayari laman web kerja terjemahan untuk melihat iklan kerja terjemahan terkini dan akan mohon kerja terjemahan.
“Kemudian, saya teruskan dengan tugasan terjemahan yang perlu disiapkan pada hari itu. Selepas siap, hantar kepada klien dan tunggu bayaran daripada klien melalui Paypal atau laman web kerja.
Pada masa yang sama, saya juga mengambil masa untuk mengurus kelas dan bengkel yang saya jalankan,” katanya.
Siti Munirah berkata, tempoh masa untuk menyiapkan satu-satu terjemahan bergantung kepada panjang dokumen dan kerumitan teks.
“Untuk dokumen biasa seperti sijil lahir, transkrip akademik atau teks kurang daripada 1.000 patah perkataan saya boleh siapkan dalam beberapa jam sahaja.
“Namun, untuk projek yang lebih besar, mungkin memerlukan masa yang lebih lama sehingga berbulan-bulan untuk terjemahan seperti buku,” katanya.
Mengulas lanjut, dalam proses terjemahan, dia sentiasa memberi perhatian kepada beberapa aspek utama termasuk ketepatan terjemahan atau makna perkataan.
“Saya akan memastikan setiap perkataan diterjemahkan dengan betul tanpa mengubah maksud asal teks dan mengekalkan intonasi yang sama seperti teks asal. Selalunya saya akan buat rujukan di banyak tempat dan memastikan rujukan saya adalah boleh dipercayai.
“Selain itu, ketelitian juga satu aspek penting. Saya akan memastikan bahawa teks yang diterjemah bebas dari kesalahan tatabahasa, ejaan dan struktur ayat.
Katanya, dia juga membaca pruf terhadap terjemahan untuk memastikan ia berkualiti tinggi sebelum dihantar kepada klien.
“Akhir sekali, saya menitik beratkan penggunaan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Saya pastikan teks terjemahan tidak terlalu teknikal atau terlalu ‘berat’ untuk pembaca biasa, kecuali jika ia diperlukan dalam bidang tertentu seperti undang-undang atau teknikal supaya dapat menyampaikan mesej dengan tepat dan mudah difahami pembaca sasaran,” katanya.
Baginya, antara cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi adalah apabila diminta menghasilkan terjemahan bagi kandungan di luar bidang kemahiran dan pengetahuannya.
“Contohnya, terjemahan manual penggunaan mesin sedangkan bidang utama saya ialah teknologi maklumat.
Terjemahan akan mengambil masa agak lama kerana saya perlu membuat rujukan tambahan dengan membaca buku mengenai mesin dan kejuruteraan serta bertanya kepada rakan-rakan yang mahir untuk memastikan terjemahan lebih tepat,” katanya.
Selain itu, dia turut berdepan cabaran untuk membahagikan masa bagi memastikan tugas hakiki dan keluarga tidak terabai.
“Setiap petang selepas pulang dari kerja hakiki, saya hanya fokus meluangkan masa bersama keluarga dan pada sebelah malam pula saya akan memperuntukkan selama beberapa jam untuk menyiapkan tugasan penterjemahan.
“Sekiranya ada tugasan yang masih belum selesai, saya akan siapkan pada hujung minggu. Saya akan menghantar anak saya kepada pengasuh dengan bayaran tambahan,” katanya.
Menurutnya, salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang terbabit dalam bidang penterjemahan apabila diminta untuk buat terjemahan bagi aplikasi solat.
“Projek ini sangat menarik kerana saya perlu muat turun dan menggunakan aplikasi itu untuk menghasilkan terjemahan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain khususnya orang Islam.
“Ada juga saya diminta terjemah laman web kasino dan video berita semasa pro-Israel, namun saya menolak walaupun bayaran mahal,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, dia kini sedang membangunkan laman web yang akan memudahkan pelanggan menempah perkhidmatan yang disediakan dan memudahkan sesiapa yang berminat untuk belajar boleh mendaftar dan belajar.
Selain itu, saya juga ingin membina pasukan dalam kalangan peserta untuk membantu memperluaskan servis dan penatar yang berpengalaman bagi mengendalikan kelas-kelas berkaitan.
“Dengan sokongan pasukan yang komited, saya bukan sahaja boleh mempelbagaikan servis, malah akan dapat menawarkan lebih banyak peluang pembelajaran yang praktikal, membantu lebih ramai penterjemah baharu untuk menjana pendapatan,” katanya.
Istilah ‘payung emas’ yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu.
Memberi respon kepada berita yang dilaporkan di Astro Awani, Ustazah Asma’Harun berkongsi pandangannya berkenaan pencerahan yang diberikan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Alhamdulillah, semoga dengan pencerahan ini, kita lebih berhati-hati berkata atau menulis berkaitan poligami, daripada dulu saya konsisten menyatakan bahawa ia adalah palsu, namun tetap pihak-pihak guna pakai, kadang dengan nada bergurau.
Bahkan selalu diingatkan kepada lelaki yang ingin berpoligami, jangan duk paksa dengan mengingatkan isteri tentang besarnya ganjaran itu ini, paksa terima atas nama taqdir dan jodoh, jika anda sebenarnya tidak mampu, tambah pula isteri tidak mahu.. isteri mungkin dapat pahala dan syurga atas sabarnya menahan derita, kalian pula tiada di syurga atas sebab berlaku zalim. Zalim ni pula memang kena bahas lagi, ramai yang rasa dia tak buat zalim sebab isteri tak bersuara, suami seolah boleh guna kuasanya atas sebab wajib ditaati.
Ingatlah menyakiti hati saudara muslim itu perbuatan dilarang, sakitkan hati kawan-kawan pun diberi dosa, ini hati isteri yang terlalu banyak berkorban. Data kelahiran anak lelaki di Malaysia masih ramai lagi lelaki berbanding perempuan, jika nak buat alasan sebab nak berikan peluang pada wanita.
Beginilah, memang ada poligami yang harmoni, biasanya suami ni memang seorang yang luar biasa juga usaha untuk berikan yang terbaik dan merawat hati isteri pertama secara berterusan, dan benar-benar ikut sunnah dan cara nabi, kenapa setelah kewafatan Saidatina Khadijah baru Nabi mula poligami, pada usia 53 tahun dan ke atas, semua tu dihalusi. Dengan siapa yang dinikahi, atas dasar apa dan lain-lain. Memang apa yang Nabi SAW lakukan ada hikmah besar, namun ia bukan pada nikah lebih satu sahaja, tapi pada cara pelaksanaan juga diikuti. Hadis berkaitan Nabi SAW tidak setuju Anakanda Fatimah R.A untuk dimadukan adalah benar .
Tidak berdosa isteri yang menolak keinginan suami, atas sebab tertentu..
“Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:
Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka! Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sagaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya.”
Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)
Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”
Ibn Hajar juga membawa riwayat al-Zuhri yang menyebut sabda Rasulullah ﷺ:
Maksudnya: “Dan aku risau bahawa agamanya (yakni Fatimah) akan ditimpa ujian fitnah,” yakni Fatimah menjadi tidak sabar kerana cemburu lalu berlaku sesuatu yang tidak layak pada darjat beliau pada agama daripada beliau semasa marah.”
Kebanyakan pasangan muda daripada awal nikah, bermula kosong dengan kehidupan yang susah dan payah, lahirkan sorang sorang anak, diasuh didiik hingga dewasa, penat lelah tak boleh bayangkan, namun tiba saatnya dah mula dapat melepaskan penat sedikit demi sedikit, kehidupan juga dah stabil, anak dah membesar, menunggu masa untuk bermenantu dan bercucu, tiba datang ujian kasih dan perhatian perlu dikongsi, waktu dan perancangan semua perlu berbahagi, ia adalah satu ujian yang sangat berat .
Memang tidak menidakkan tentang isteri kedua juga ada hak, namun tetap tak boleh tuntut yang sama, suami yang kalian nikahi, lagi pula pada umur yang telah stabil, dia dijaga dirapi selama ini oleh sang isteri yang setia, sebab itu si suami dilihat menawan, didoakan dan diberikan sokongan tidak berbelah bagi, hingga si suami dilihat kecukupan. Kalian yang baru hadir, harus mengerti dengan sebenanrya, kenapa susahnya yang pertama ini untuk berlapang dada.
Kerana itu, bagi wanita yang tidak mampu hidup berpoligami, hingga memberikan tekanan emosi dan mental, boleh dilihat sakit pun dah bertambah, mungkin darah tinggi dan lain-lain. Maka bukan menjadi satu laknat Allah, jika wanita ini mohon dilepaskan.
Saya dulu, daripada pengalaman menguruskan pasangan poligami, isteri pertama yang ingin dilepaskan, bukan faktor utama kerana benci poligami, atau tidak redha, namun demi mencari ketenangan dan kedamaian hidup di saat hati dah tak kuat nak berperang dengan perasaan sendiri.
Allahu Akbar, memang kita akan jumpa ada isteri pertama yang sangat sabar dan tenang, yang selalu menutupi kedukaan dengan senyuman, begitu juga isteri kedua ketiga dan keempat yang begitu sabar dan redha dan keadaan dan himpitan yang perlu selalu mengalah itu dan ini.
Itulah, monogami juga tidak lepas daripada ujian demi ujian, apatahlagi poligami. Si suami jangan hanya menuntut redha daripada isteri dan anak-anak, kalian juga kena redha dengan ketidakmampuan isteri dan anak-anak untuk menerima apa yang berlaku dengan selapang dada. Sebelum meminta, berilah dulu, kerana bahagia yang dibina atas banyaknya luka orang yang banyak berkorban dalam hidup kamu.
Maaf salah silap dalam tulisan ini, isu sensitif yang sentiasa ulasannya tidak akan berakhir dengan baik untuk semua pihak.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sekarang ni ramai pasangan muda memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka dengan cepat. Mungkin sudah sampai jodoh mereka, atau mengelakkan dari berlaku sesuatu yang tak diingini atau menjadi topik bualan orang ramai.
Tapi… Dalam melayari bahtera perkahwinan, tak semuanya indah. Bila dah disatukan, masing-masing perlu terbuka hati dengan menerima seadanya segala perihal pasangan. Jom semak 5 fasa perkahwinan yang pasangan muda khususnya perlu tahu supaya tidak berlaku sebarang hal yang tidak diingini berlaku.
POWER STRUGGLE IN MARRIAGE
Rasa nak share bila tengok keratan akhbar ni. (Ya, kami masih beli surat khabar untuk pelbagai tujuan di rumah. Contoh : alas nak duduk kat dapur masa potong siput sedut😅)
Sedikit perkongsian dari sharing yg saya dgr di Youtube Aiman Azlan bersama Dr. Harlina. Mereka mengupas tentang power struggle in marriage. Secara ringkasnya, dalam perkahwinan ada 5 fasa.
1. Fasa honeymoon/fanatic
– Fasa ini kita akan nampak yg indah2 saja pada pasangan. Kentut pun wangi la nak kata time ni. Kita ni mcm fan kepada pasangan kita. Semua benda kita suka. Fasa ni akan bertahan 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja.
2. Power struggle
– Selepas fasa honeymoon, bermulalah fasa yg paling getir, iaitu power struggle ni. Fasa ni, kita mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Mereka bincangkan dalam sesi sharing tersebut, mmg kita akan tertanya pada diri sendiri “betul ke pilihan yg aku buat ni?”
– Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang paling tinggi. Maka, pasangan yang tak lepas nak tempuh ujian di fasa ini, akan berpisah.
3. Stability
– Fasa ini, kita dan pasangan lebih stabil. Sebab masa ni dah kenal habis dah. Dah tahu perangai, baik buruk masing-masing. Dan dah tahap redha dan berlapang dada.
4. Komitmen
– Fasa ni, pasangan tu bersama sebab komitmen. Nak besarkan anak-anak. Nak tunggu anak2 kerja, kahwin. Dan pelbagai lagi, semuanya atas dasar tanggungjawab. Sebab itu, ada pasangan yg bercerai, walaupun dah berpuluh tahun kahwin, sebab dah lepas fasa komitmen ni.
5. Bliss
– Fasa ni merupakan fasa terakhir, di mana inilah pengakhiran yg bahagia. Pasangan yg sampai ke fasa ini, dah mencapai kebahagiaan, di mana mereka nak hidup bersama, walaupun tanpa apa-apa sebab. They just want to live together without any particular reason. 😊
————-
Nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan:
1. Yg baru kahwin, anda baru berada di fasa pertama. Enjoy the moment. But, at the same time, jangan disangkakan perkahwinan ini manis sahaja.
2. Saya sama sekali tidak judge, urusan takdir, jodoh, ajal, maut semua ini urusan Allah. Tidaklah saya mengadili mereka yang berpisah dgn pasangan, sebab tak dpt nak cope dgn power struggle. Kerana faktor perpisahan itu banyak sebabnya. Terlalu banyak. Allah knows best. Kita ni manusia biasa je yg banyak sgt jahilnya. Banyak tak faham rahsia Allah. Tapi secara umum, saja nak share 5 fasa perkahwinan oleh Dr. Harlina bila ternampak paper ni.
3. Sungguh, jodoh ni rahsia Allah. Saya doakan sahabat-sahabat yg sedang mencari jodoh, dipermudahkan urusan. Dipertemukan jodoh yang baik baik. Lebih baik berkahwin lambat, berhati hati, daripada tergesa-gesa, dan terpilih orang yg salah. Moga dijauhkan. Nauzubillah.
Kalau ada yg nak share nasihat perkahwinan, dipersilakan. Moga dpt beri manfaat pada yang lain 😊
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.