Hidung berdarah atau pendarahan hidung biasanya berlaku secara tiba-tiba dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Malah masalah hidung berdarah bukanlah perkara yang ganjil lagi, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Tetapi ramai ibu bapa yang tidak sedar bagaimana nak hentikan pendarahan ini dengan segera. Ikuti sebab dan rawatan segera mengikut panduan Doktor ENT ini, Doktor Dr Ezairy M.Sallih moga menjadi panduan bersama
Ini 4 Tip berguna untuk ibu bapa dan guru-guru yang ada masalah anak dan murid yang kerap alami hidung berdarah…
1. Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku. Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca. Di usia kanak-kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal. Dah tahu punca, mudah untuk merawat.
Ads
2. Sejarah keluarga. Ini pun penting. Biasanya, apabila ibu ayah dan keluarga ada masalah sesuatu penyakit, anak-anak juga berisiko untuk alami masalah sama. Ia termasuk masalah berkaitan sistem darah atau juga masalah resdung.
3. Perlu tahu langkah kecemasan apabila pendarahan berlaku. Saya Selalu pesan amalkan langkah ini.
Ads
– posisi dalam keadaan duduk. – tundukkan kepala sedikit ke bawah. Jangan dongak ke atas. – compress bahagian luar hidung. Lakukan berterusan kira-kira 20 minit. – letak ais di bahagian dahi. – ulang langkah di atas jika masih belum berhenti sepenuhnya. – bawa ke hospital sekiranya masih mengalir tanpa ada tanda-tanda berhenti
Ads
4. Tahu langkah pencegahan. Elakkan sebarang suplemen atau produk yang tidak tahu isi kandungannya. Lebih bahaya jika tiada kelulusan KKM. Produk dan ubatan ini ada yang boleh menyebabkan masalah pendarahan. Hati-hati.
Sila kongsi tulisan ini jika anda rasa ia bermanfaat buat orang anda sayangi. Moga lebih ramai beroleh manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih Doktor telinga, hidung & tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap anak ada sahaja ‘perangainya’ yang kadang-kadang memang boleh buat kita sebagai ibu ayah marah terhadap mereka.
Pun begitu, marah kita pada asalnya untuk tujuan menegur dan mendidik. Namun penerimaan anak-anak ada sahaja dibantahnya hingga menyebabkan timbul rasa merajuk dan memberontak dalam diri mereka hingga tidak mahu bercakap, membisu seribu bahasa!
Andai situasi ini terjadi, bagaimana cara perlu kita bertindak?
Nak tahu lanjut, jadikan perkongsian ini sebagai panduannya. Semoga bermanfaat dan jika nak macam-macam info, sila Join channel Telegram keluargagader club
Ini adalah punca asal mengapa wujudnya situasi ANAK TIDAK BERTEGUR SAPA dengan ibu atau ayah selama berminggu-minggu atau setahun lamanya.
Ia bermula dengan perangai MERAJUK KECIL tetapi akhirnya anak-anak sanggup jadi DERHAKA dengan cara tidak mahu bertegur sapa dengan ibu bapa mereka.
Sudah selalu sangat saya dengar cerita tentang anak-anak remaja yang tidak bertegur sapa dengan ibu bapa walaupun tinggal sebumbung.
Malah beberapa minggu lalu, salah seorang anakanda saya sendiri bercerita tentang seorang kawannya yang sudah 2 minggu tidak bercakap langsung dengan ibunya sendiri di rumah.
Daripada sudut pandang agama, memang sudah jelaslah bahawa ini adalah satu dosa yang sangat besar. Saya tidak perlu huraikan lebih lanjut.
Namun apa yang ingin saya TIMBULKAN PERHATIAN di sini ialah bagaimana ini boleh BERMULA.
Ramai ibu bapa tidak perasan, kesanggupan tidak bertegur sapa dengan ibu bapa ini bermula dengan perangai marah atau merajuk dengan ibu bapa lalu melarikan diri dan MENGURUNGDIRI di dalam bilik.
Sebagai contoh, katakan anak buat satu kesalahan dan kemudian kena marah dengan ibu bapa.
Anak ini terus merajuk dan melarikan ke dalam bilik, tidak mahu keluar. (Atau melarikan diri dengan cara keluar dari rumah).
Bukan itu sahaja, kadang-kadang dia melarikan diri masuk ke dalam bilik sambil menghempaskan pintu bilik dengan sangat kuat.
Apa tindakan ibu bapa apabila ini berlaku? Tidak ada.
Ibu bapa biarkan sahaja dia merajuk dan berkurung diri dalam bilik. Alasannya, kalau dia dah penat atau lapar nanti, keluarlah dia.
Berapa lama sangat dia nak merajuk dan berkurung begitu kan?
Memang betul, dia akan keluar dan mungkin berhenti merajuk bila lapar atau perlukan sesuatu daripada ibu bapa.
Masalahnya, apabila tidak ada tindakan daripada ibu bapa, anak-anak RASA perangai itu adalah TIDAK SALAH. Jadi ia akan diamalkan.
Tapi, satu MASALAH yang ibu bapa tidak nampak ialah mereka telah mewujudkan satu KEBENARAN atau ‘OPTION’ untuk anak-anak
Tunjuk rasa marah dengan melarikan diri daripada ibu bapa.
Tunjuk rasa marah dengan menjauhkan diri, menjarakkan diri dan tidak bercakap dengan ibu bapa.
Lebih memburukkan keadaan, apabila anak mengurung diri tidak mahu bercakap dengan ibu bapa, si ibu bapa pun mahu ikut sama merajuk juga!
Ibu bapa pun merajuk dengan berfikir, “tak nak bercakap sudah, nak tengok berapa lama boleh bertahan tak bercakap dengan mama/papa…”
Boleh pulak Ibu bapa ikut sama merajuk tak nak bercakap dengan anak-anak macam ni.
Aduhai……
Apabila perkara ini berterusan, sampai satu masa apabila anak semakin dewasa, setiap kali mereka marah dan merajuk begini, mereka semakin kurang perlukan ibu bapa.
Mereka mengurung diri dalam bilik dan apabila lapar, mereka cari atau masak makanan sendiri di dapur. Sudah kenyang, mereka masuk dalam bilik semula.
Mereka seolah-olah sedang berlatih membina ketahanan untuk tidak perlu bertegur sapa dengan ibu bapa.
Apa tindakan ibu bapa? Tidak ada!
Malah ibu bapa pun masih layan merajuk sama dan tidak mahu bertegur sapa dengan anak-anak.
Hasilnya, akan selalu berlaku situasi tidak bertegur sapa ini.
Apabila anak-anak sudah meningkat dewasa dan pandai cari duit sendiri, semakin hilang keperluan untuk mereka bertegur sapa dengan ibu bapa mereka.
Allahu. Minta dijauhkan.
Saya percaya, perangai merajuk dan mengurung diri ini mesti dihalang atau dihentikan sejak anak-anak kecil lagi.
Anak-anak perlu tahu bahawa jika mereka marah atau merajuk dengan ibu bapa, tidak ada ‘OPTION’ atau pilihan untuk tunjuk perasaan dengan melarikan diri atau mengurung diri.
Tidak ada ‘option’ untuk mereka tunjuk perasaan dengan perangai biadab atau kurang ajar dengan kita.
Jika mereka buat juga, pasti akan ada akibat atau hukuman yang lain pula.
Teringat saya cara Emak saya mendidik anak-anak.
Kalau Emak saya suruh anak-anak buat sesuatu dan anak-anak tunjuk perasaan dengan berjalan sambil menghentakkan kaki,
…atau buat kerja sambil mengeluarkan bunyi bising (masa basuh pinggan contohnya), itu memang CARI NAHAS namanya.
Emak saya dengar cerita ada budak merajuk dan lari dari rumah, komen emak saya, “Ha pergi la lari mana nak pergi…..
Tapi kalau balik semula, merasa la aku sebat dulu dengan batang kayu ni ha sebelum masuk rumah!”
(Fuh… berderau darah bila ingat balik kata-kata tu…)
Tuan-Tuan dan Puan-Puan, fokusnya di sini, anak-anak tidak bertegur sapa atau protes dengan menjauhkan diri daripada ibu bapa adalah satu perkara yang sangat serius.
Kita mesti halang sejak mereka kecil. Jika mereka sudah biasa dengan cara begitu, mereka akan amalkan sehingga akhir hayat mereka.
Akibatnya satu hari nanti, jika ada sedikit sahaja selisih faham dengan ibu bapa, mereka dengan selesa akan memilih ‘option’ untuk menjauhkan diri dan tidak mahu pulang lagi ke rumah untuk bertemu dengan kita.
Sumber : Osman Affan
Sentiasa berdoa agar kasih sayang saya & Puan Isteri bersama anak-anak kekal hingga ke akhir hayat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak mak ayah kita dulu pesan macam ni, “Jangan baling dadu, jangan psttt.” Inilah cara santai Adid Marcello Wish Anak UPSR, Sweet Sangat! Memang diakui sana-sini dimedia sosial ibu bapa memberikan kata-kata semangat kepada anak yang menduduki peperiksaan UPSR. Peperiksaan yang berlangsung selama empat hari ini, memberikan rasa debaran kepada anak dan juga ibu bapa.
Begitu juga Adid Marcello yang memberikan kata-kata semangat kepada anak sulungnya. Lebih manis, kata-kata yang diberikan sungguh santai sehingga membuatkan anaknya ketawa. Cara ini seharusnya dipraktiskan supaya anak tidak tertekan semasa menjawab. Masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh keceriaan dan semangat. Jom kita lihat perkongsiannya.
All the best utk sayangku @nailinamarcello good luck utk exam #upsr hari ni. Dah penat dengan jadual padat kelas tambahan kan?? So this is the time utk taburkan segala knowledge yang ada. #bismillah Alyea Nai Lina = Ketinggian cita-cita ibu bapa yg tercapai. Daddy & mummy @norziepwc doa, semoga dengan exam kecil ini, menjadi permulaan langkah kejayaan yang lebih besar utk masa akan datang, insyaAllah… Kepada semua anak2 yg exam #upsr juga, saya doakan semoga semua dapat lakukan yg terbaik! Amin, insyaAllah.
Kelengkapan dapur yang berkarat sering dialami oleh kaum wanita. Nak memasak dengan kesan karat tentu membimbangkan.
Ini kerana peralatan berkarat boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan karat yang boleh dilakukan dengan mudah.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, puan Yati Eimra hanya mengunakan tiga bahan sahaja untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh suri rumah.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni.
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*untuk buat dalam kuantiti yang sikit, boleh rujuk link post lama
Kegunaan sembutan homemade serbaguna ini
2. Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
3. Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun ?
4. Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
5.Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
6. Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
7. Spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’
8.Kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Sumber: Yati Eimra
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520