Durian kini menjadi tumpuan ramai apabila banyak ada dipasaran.
Rasa dan bau yang menyelerakan menyebabkan ramai yang sanggup beli durian biarpun harga mahal!
Ia menyebabkan ramai yang ingin menjual durian.
iSebagaimana perkongsian coach Bahar bahawa ia perniagaan yang menguntungkan!
Untung Besar Jual Durian
Ads
Ya betul durian tengah musim. sana murah kat sini murah.
Tapi semalam masa berhenti makan durian terjumpa seorang abang ni. Datang dari dungun ke tangkak beli durian.
bisik-bisik dengan dia,
Rupanya dia penjual durian. Setiap minggu tiga kali datang muar beli durian. Jual kat dungun.
Ads
Jadi saya sedut ilmu bisnes dia sikit. Katanya durian ni barang orang nak makan. Jadi jangan jual mahal-mahal. Ada untung sikit, asal lepas modal jual.
Sebulan RM24K!
Setiap kali dia ke tangkak, untungnya bersih RM2000. Mungkin lebih. Sekilo ambil untung RM2-RM3 je. Tapi setiap kali trip ambil 1000kg. Jual sehari dua boleh habis..ambil lagi.
3 kali seminggu x 2000 = RM6000 RM6000 x 4 kali = 24 ribu.
Kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah ini meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.
Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.
“Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.
“Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu,” katanya.
Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.
Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.
“Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak,” katanya.
Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” tambahnya.
Katanya, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.
“Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor,” katanya.
Kini boleh dikatakan setiap rumah mesti memasang penghawa dingin untuk keselesaan malam hari. Bukan soal berlebih-lebihan, tapi penghawa dingin kini dianggap sebagai satu keperluan untuk anak-anak tidur dengan lebih selesa.
Berdepan cuaca panas memang buat kita rasa tidak selesa, anak-anak apatah lagi. Pun begitu, soal bil elektrik yang melambung tinggi gara-gara memasang penghawa dingin setiap hari adakalanya buat mak ayah jadi pening.
Tapi tahu tak sebenarnya kalau kita pandai, bil elektrik yang melambung boleh dikurangkan dan dijimatkan sedikit berbanding sebelumnya. Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas.
Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam, fenomena PS5 melanda negara apabila sudah ada di pasaran. Ramai yang beratur seawal pagi untuk mengambil PS5 setelah membuat tempahan pada bulan awal bulan November lalu.
Produk keluaran Sony ini menjadi ‘kegilaan’ ramai peminat games setelah PS4 Pro berada di pasaran sekian lama.
Ramai yang sanggup membuat tempahan awal dan ada sanggup membuat tempahan luar kawasan setelah kehabisan stok di pusat berhampiran kediaman.
Sebagaimana perkongsian oleh seorang lelaki ini, menerusi facebooknya, Daniel Kincaid yang sebelum ini membuat tempahan luar kawasan demi mendapat stok PS5 berkenaan.
Lebih lucu, apabila gelagatnya yang sanggup membiarkan isteri duduk di belakang, sebaliknya PS5 siap dipakaikan seatbealt. Caranya ini telah menarik perhatian ramai.
Namun hakikatnya, begitulah dalam perkahwinan. Pasangan harus menghargai minat pasangannya. Itulah yang menjadi pemanis dalam sebuah rumahtangga. Biarpun isteri muncung, tetapi hati tetap menghargai minat suami.
Ikuti perkongsian sweet pasangan ini.
11/12/2020. Launch Day PS5 di Malaysia. Dari Loqstaq Ke Pulau Pinang ambek PS5.
Bini mengamok sb suruh duk belakang.
Dari zaman PS1 smp ke PS5 tak pernah miss kena beli sebab dari kecik gila game.
Bagi yang belum berkesempatan nak beli tu pelan-pelan kayuh nanti ada rezeki sampai masa hampa lak beli. Never give up gais.
Warganet turut memberi komen, nyata gelagat lucu ini mencuit hati!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.