Kata orang, kalau ikhlas berniaga pasti keberkatannya terasa. Allah akan permudahkan segalanya dan rezeki hadir dengan sendirinya. 

Bagi seorang peniaga di Ipoh, Perak, sepanjang Ramadan ini dia telah berniaga juadah dan kuih-muih  yang di ambil daripada 24 vendor. 

Apa yang menariknya, setiap hari lebih 3000 kuih-muih dan juadah yang dijual dengan hanya RM 1 sahaja.   Semuanya habis licin dibeli oleh para pengunjung. 

Pelbagai kuih seperti lopes, kuih ketayap, cara berlauk, tauhu bergedil, koktel  buah termasuk aneka juadah seperti nasi ayam kunyit, nasi ayam merah, makaroni goreng dan kuetiau goreng yang dijual laris kerana rasanya yang enak.

Pembantu kedai Nurul Nartisa Ishak berkata inisiatif itu dilakukan agar para pengunjung dapat merasai pelbagai kuih-muih dan juadah dengan harga yang murah iaitu RM1 untuk setiap satu paket.

Setiap satu paket kuih dan juadah ini dibungkus cukup untuk seorang makan. 

Jadi, bila ada yang berkeluarga, mereka dapat membeli dalam kuantiti yang banyak tanpa risau tentang harga yang mahal seperti sesetengah kedai di luar sana.

Gerai kami sudah dibuka sejak dua bulan lepas, setakat ini memang kuih-muih dan juadah di gerai kami akan habis dibeli oleh pengunjung dan rata-ratanya ada yang sanggup datang dari pekan Ipoh kerana mereka teruja dengan harga dan pilihan yang disediakan.

IKLAN

Nurul Nartisa yang membantu perniagaan iparnya berkata jualan agak memberangsangkan apabila mereka boleh mengekalkan hasil jualan lebih RM3,000 sehari.

Katanya lagi, dia dan pihak vendor tidaklah mendapat keuntungan yang tinggi, cukup-cukup untuk kami para peniaga mendapatkan modal pusingan daripada jualan. 

Saya lebih seronok melihat para pengunjung yang hadir dapat membeli kuih-muih dan sajian makanan kami dengan harga yang murah.

Ada seorang ayah dan beberapa anaknya hadir ke gerai, ayahnya suruh pilih sahaja apa yang mereka mahu memandangkan terdapat pelbagai pilihan dan harga yang sangat mampu dimiliki oleh setiap golongan lebih-lebih lagi B40.

Bagi vendor, Siti Nur Syazlili Mohd Shafiaie berkata dia akan menghantar beberapa kuih ke gerai itu antaranya kuih lopes, cara berlauk dan pulut inti bagi membantu meringankan beban keluarga.

IKLAN

Setakat ini, saya seronok berniaga macam ini. Bila hantar kuih, habis. Pengunjung yang datang pun gembira dan ada juga yang datang dari jauh hampir setiap hari bagi merasai keenakan kuih kami.

Walaupun dijual pada harga yang murah, kami para vendor akan memastikan kuantiti yang dijual adalah banyak. Macam satu jenis kuih, saya perlu hantar dalam 10 paket sebab ingin pastikan ada modal pusingan.

Seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai Amy berkata sudah masuk hari ketiga dia hadir membeli kuih-muih dan juadah di situ kerana banyak pilihan dan murah.

Saya datang dari Ipoh, ini sudah masuk hari yang ketiga saya hadir ke sini. Makanan di sini sedap dan banyak pilihan. Dengan harga RM1 ini saya dapat membeli macam-macam kuih, kalau saya bawa RM10, saya boleh membeli 10 paket kuih pelbagai jenis tanpa perlu berkira tentang harga.

IKLAN

Semoga setiap para peniaga yang berniaga di bulan Ramadan ini akan lebih dimurahkan rezeki dan berkongsi rezeki dengan yang lain. 

 

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jual Lebih 3000 Paket Kuih-Muih Sehari Dengan Hanya RM1 Sahaja. Tiap Hari Juadah Licin Dijual

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI