Sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad, beberapa individu telah menerima darjah kebesaran dari Baginda termasuklah selebriti media sosial, Farhatul Fairuzah.
Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 tahun itu meluah rasa syukur dan berkongsikan beberapa gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain di laman Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan darjah dan kebesaran negeri Selangor Darul Ehsan, sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Jaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
Ads
“Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulis Qariah yang berusia 23 tahun ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Selain Farhatul, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 iaitu Sofizah Mousin turut menerima darjah kebesaran yang sama.
Ads
Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila memikirkan tentang menguruskan buku-buku sekolah anak, boleh pening kepala dibuatnya.
Mana hendak disiapkan tulis nama pada buku teks dan latihan, balut buku yang banyak itu dan hinggalah menyusun jadual harian sepanjang sesi persekolahan. Semua ini andai dapat diurus dengan baik pasti mudah dan teratur.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Liliwati mungkin boleh dipraktikkan. Jom semak caranya.
Di sini saya nak share cara saya uruskan buku anak. Selain nampak kemas, kacak dan bergaya ia juga bole mengelakkan kes tertinggal buku. Buku pun tak cepat rosak.
Tambah² untuk anak yang baru tahun 1. Ibu² mudah pantau, sambil ikut jadual waktu. Anak lebih berdisplin dan bertanggungjawab.
File ni saya beli kat DIY je. Harga pun berpatutan, lingkungan RM2 camtu ikut pada file yg kita pilih.
Setiap file di isi dengan buku teks, buku kerja dan buku tulis. Kira lengkaplah untuk satu subjek. Maka takdelah kes tertinggal buku tulislah, buku teksla dan sebagainya.
Seeloknya pilihlah yang berwarna. Satu warna mewakili satu subjek.
Yang sticker tu saya saja² je ngada² bio nampak lawo. Tulis tangan pun ok sebenarnya.
Tapi maknya ngade², sebenarnya tulisan tangan maknya tak lawo. Hahahaha… Pecah rahsia.
Yang cop² tu beli dulu masa aiman masuk darjah 1. Macam syok pulak tengok dia cop² kat buku teks.
Okey, sattle dah bab buku dengan nama anak. Yang ni penting sangat penting. Kadang² kan ada masa terlewat bangun pagi kelangkabut nak siapkan anak, nak hantar kesekolah sampai terlupa bagi duit belanja.
Apa yang saya buat, saya letak duit dalam 1 plastik dan tulis untuk kegunaan kecemasan.
Bagitau kat anak apa maksud kecemasan, digunakan waktu bila. Secara tak langsung kita ajar anak kita jujur dan bertanggungjawab.
Simpanlah di dalam beg di tempat yang sukar ditemui. Selalu saya cakap kat anak ‘tempat rahsia’. Kalau ‘rahsia’ memang rahsialah tak bole bagitau orang lain kecuali mama.
Semuga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu² disana. Lebih² ibu yang mempunyai anak yang baru melangkah kedunia baru. Alam persekolahan yang sebenarnya.
Anak kita adalah tanggungjawab kita. Guru² disekolah hanya membantu.
Bila kita sama² bekerjasama pasti hasilnya lebih baik.Insyaallah..
Selamat kembali ke sekolah anak².
sumber: Liliwati Kasdi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkara asas tentang ASB Financing ryang perlu diketahui, elak dari kena ditipu. Selain menyimpan di Tabung Haji dan beberapa institusi perbankan lain, ASB Financing juga sering disebut sebagai salah satu kaedah pelaburan.
Namun, jangan sekadar mengikuti jejak rakan tanpa memahami kesesuaiannya dengan kewangan kita.
Menyedari ramai yang belum faham tentang ASB Financing ini, penasihat kewangan Azmir Harif berkongsi lima perkara asas yang perlu diketahui.
1. Beza ASB Financing dan ASB Loan
ASB Financing adalah kaedah pelaburan yang patuh syariah (Islamik), manakala ASB Loan adalah konvensional. Bagi mereka yang beragama Islam, disarankan memilih yang patuh syariah kerana hala tuju wang dijamin mengikut prinsip Islam. Banyak bank kini menawarkan ASB Financing yang patuh syariah, jadi pilihlah yang sesuai untuk mengelakkan penyesalan di akhirat nanti.
2. Kadar Keuntungan vs Kadar Dividen
Apa bezanya?
Kadar Keuntungan: Ini adalah peratusan yang bank akan caj dari jumlah pinjaman ASB anda. Pilih kadar yang paling rendah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.
Kadar Dividen: Ini adalah peratusan keuntungan yang anda akan peroleh dari simpanan ASB, biasanya sekitar 7%. Walaupun kadar ini boleh berubah, anda masih akan mendapat keuntungan selagi tiada penurunan drastik yang jarang berlaku.
3. Jumlah dan Tempoh Pinjaman
Selalu kita lihat tawaran seperti ini:
“NAK BELI KERETA DAN KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN? AYUH MAKSIMUMKAN PINJAMAN ANDA SEHINGGA RM200K, LEPAS 3 TAHUN ANDA DAPAT KAHWIN DAN BELI RUMAH SEKALIGUS.”
Ini semua tidak praktikal! Ramai yang terpedaya akhirnya tidak mampu membayar balik kerana gaji tidak mencukupi dan komitmen terlalu tinggi.
Untuk permulaan, ambillah jumlah pinjaman yang lebih kecil seperti RM50,000 atau maksimum RM100,000, dengan bayaran bulanan sekitar RM250++ hingga RM500++. Jangan mudah terpedaya dengan muslihat untuk memaksimumkan pinjaman.
Tempoh pinjaman juga boleh ditarik panjang kerana tujuan anda adalah untuk menyimpan, bukan melabur untuk jangka pendek. Seeloknya, pilih tempoh maksimum sehingga 30 tahun.
4. Pengiraan
Pengiraan adalah aspek penting dalam ASB Financing. Terdapat tiga jenis pengiraan utama yang perlu difahami:
Bayaran Bulanan
Nilai Serahan (Surrender Value)
Kadar Dividen Tahunan
Anda boleh mencari maklumat lanjut mengenai pengiraan ini melalui Google atau YouTube untuk pemahaman yang lebih mendalam.
5. Kemampuan Kewangan
Anda perlu mengetahui tahap kewangan masing-masing. Jangan samakan dengan rakan lain. Jika anda mampu bayar RM200 sebulan, ambillah bayaran bulanan sebanyak itu. Setiap orang mempunyai komitmen bulanan yang berbeza.
Yang paling penting, jangan mudah terpedaya dengan muslihat untuk memaksimumkan pinjaman dengan harapan mendapat keuntungan besar. Ambil tahu secara keseluruhan mengenai pengiraan, keuntungan, risiko kerugian, dan maklumat terperinci sebelum membuat keputusan.
Dengan memahami lima perkara asas ini, anda akan lebih bersedia dan bijak dalam membuat keputusan mengenai ASB Financing.
Soalan “kerja apa?” nampak macam biasa, tapi bagi sesetengah orang, ia boleh jadi sesuatu yang berat nak dijawab. Terutama bila orang menilai hanya berdasarkan pekerjaan, kereta, atau penampilan luar.
Menerusi perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol memilih untuk merendah diri dan mengelak daripada membuka cerita tentang pekerjaannya. Kenapa? Sebab biarpun bergelar seorang jurutebang dia lebih selesa mengelarkan dirinya sebagai ‘drebar’ . Dia sedar, tak semua orang mampu melihat nilai sebenar seseorang di luar status dan harta benda.
Jom ikuti perkongsiannya
Semalam dalam post bila aku cakap aku kerja drebar, ramai yang tersenyum ingat aku bergurau senda.
Tapi hakikatnya camtulah bila aku ditanya oleh orang yang aku tidak berapa kenali… Siapa dia.
Bila pergi ke majlis kenduri atau open house kawan² aku atau kawan² orang rumah, antara soalan wajib yang selalu ditanya ialah “kamu kerja apa” atau “kamu kerja kat mana”…
Biasanya yang tanya ni pakcik dan makcik tapi kadang² ada juga ahli kariah surau atau masjid yang saja tanya sebab mereka nak berkenalan dengan kita.
Benda ni normal je bagi aku tapi bagi orang lain mungkin ada yang tak suka sebab rasa tak selesa.
Ada orang, mereka tak suka orang sibuk “busy body” pasal hal depa. Tanya pasal kerja apa atau kerja kat mana pun ‘sometimes’ sangat sensitif bagi mereka.
Bagi Aku yang kerja drebar ni, selalunya aku pun mengelak juga bagi tahu aku ni kerja apa…
Bukan apa, takut orang salah faham dengan kita. Maklumlah, kadang² orang menilai kita dengan pakaian atau kereta yang kita bawa.
Kalau aku jujur cakap kerja apa, mesti orang akan cakap aku menipu… Sembang tak nak jatuh kata mereka.
Yalah, aku biasanya kalau pergi ke majlis selalunya naik Axia… Kereta kecil ni senang menyelit bila nak parking.
Aku lebih suka “low profile” bila sembang dengan orang yang aku baru kenal sebab bila kita letak diri kita di bawah, baru kita nampak karektor orang yang berbual dengan kita tu camna.
Sesetengah orang bila aku cakap je kerja drebar terus dia berhenti sembang dengan kita… Perbualan terputus serta merta.
Maka layan la aku blues sorang² kat meja makan menjamu selera sambil tengok “orang kaya” bersembang sesama mereka..
“Woii sekarang duduk kat mana? Wei aku tinggal kat Mont Kiara bro”…Camtulah lebih kurang bunyinya.
Ada sesetengah orang kita ni depa lebih suka melihat pada kereta itu sebagai satu simbol kejayaan.
Sebab itulah ramai orang muda yang tersilap langkah kerana berlumba-lumba nak tunjuk siapa yang lebih berjaya.
Mereka mencari pengiktirafan dan nak tunjukkan kejayaan mereka dari orang² yang mengenali diri mereka.
Dan akhirnya hidup merana sebab sakit kepala dibelenggu hutang yang menyesakkan jiwa. Moga kita semua terselamat dari golongan “Biar Papa Asal Bergaya”…
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di