Mengenalkan pemakanan sihat dan bernutrisi untuk seisi keluarga, hakikatnya perlu dijadikan keutamaan oleh kita sebagai ibu. Ini penting agar apa sahaja yang kita sajikan kepada anak-anak dan suami adalah bagus untuk mereka.
Umpamanya minum jus buah, semua tahu kebaikannya namun ada baiknya fahamkan apa yang dikongsikan oleh doktor ini tentang air jus dalam kotak.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.
JUS KOTAK
Jika anda memilih jus kotak berbanding air soda bergas supaya lebih selamat…Ketahuilah bahawa jus kotak ialah JUNKFOOD.
Jika masih ada sisa buah-buahan di dalamnya,Ia biasanya mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tambahan.
Ads
Sudahlah sangat tinggi kandungan gulanya…lebih teruk, disebabkan serat yang kebanyakannya dibuang, anda menyerap hampir kebanyakan kandungan gula didalamnya!
Bayangkan, 200ml jus kotak mengandungi hampir 20g kandungan gula ataupun 5 sudu gula…….gula yang paling TOKSIK iaitu FRUKTOSA (HFCS).
Gula fruktosa mudah :
1) Menyebabkan ketagihan gula!
2) Membebankan dan merosakkan organ hati.
3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.
4) Meningkatkan kolesterol benar2 jahat.
5) Meningkatkan stres dan kerosakan organ terutama otak dan saraf.
6) Meningkatkan risiko diabetes, masalah hormon seperti PCOS dan masalah rintangan insulin yg lain.
7) Mengurangkan kesan hormon kekenyangan (leptin) dan meningkatkan hormon sangap (ghrelin).
Ads
“Seriously” menggemukkan..itu dalam susu pekat teh tarik tu, fruktosa la tu.
Gula yang digelar “alkohol tanpa mabuk” oleh pakar obesiti terkenal yang juga pakar hormon kanak2 Dr Robert Lustig.
Sila periksa label jumlah gula di belakang jus kotak, anda akan dapati rata-ratanya mengandungi jumlah kandungan gula 15-35gram sekotak..
Ads
Maka elakkan jus kotak, usah selalu disuakan racun gula ini kepada anak-anak anda sehingga mereka ketagihan.
Selamatkan otak, saraf dan penglihatan mereka daripada bahaya kerosakan “glikasi” kesan pengambilan gula.
Jangan mengabaikan masalah batuk kerana jika dibiarkan ia akan menjejaskan kesihatan anda selain akan memudaratkan diri sendiri.
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia).
Apabila batuk menyerang segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan yang berdekatan. Sudah tentu doktor akan membekalkan ubat yang sesuai untuk anda.
Dalam pada itu, Farmasi Sabak Bernam turut berkongsi maklumat jenis batuk dan jenis ubat untuk rawatanya.
Dengan ini, anda telah mempunyai ilmu ubat-ubatan. Boleh digunakan untuk rujukan anda.
1. Batuk kering (Dry cough)
– Tanda-tanda batuk kering: tiada kahak, kegatalan pada
tekak, suara bertukar menjadi garau dan boleh
mengakibatkan hilang suara.
– Punca batuk kering: jangkitan virus di tekak, menghidapi
asma/lelah, habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok, kesan
sampingan ubat.
2. Batuk basah (Wet cough)
– Tanda-tanda batuk basah: berkahak, rasa sesak dada
(tight chest) bila batuk.
– Punca batuk basah: jangkitan bakteria di tekak,
pneumonia, post-nasal drip.
JENIS-JENIS UBAT UNTUK MERAWAT BATUK
1. Expectorant (penyingkir kahak)
– Sesuai untuk batuk berkahak
– Cth: DCM Expectorant, Mucolix
2. Antitussive (penghenti batuk)
– Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak
– Cth: Copastin, Rasitin
3. Anti-asthmatics (batuk lelah)
– Sesuai untuk batuk lelah (terutama batuk pada sebelah
malam)
– Cth: Ventolin, Salmodil
4. Mucolytics (cair kahak)
– Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang
dikeluarkan dan melegakan batuk.
– Cth: Bromhexine, Stenac
5. Decongestant (ubat selsema)
– Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh
hingus yang mengalir ke belakang tekak (post nasal drip).
– Sesuai untuk melegakan batuk, selsema dan hidung
tersumbat.
– Cth: Cough-EN, Sedilix
6. Antibiotic
– Sekiranya batuk melebihi 3 hari berserta kahak
hijau/kuning (perlu slip daripada doctor jika ingin
mendapatkan antibiotic di farmasi luar)
7. Lozenge
– Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan
batuk.
– Cth: Difflam, Strepsils, Sobenz
*Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti di atas, terdapat juga ubat batuk herba/traditional yang boleh melegakan batuk. Cth biasa seperti Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan bermacam-macam lagi yang boleh anda dapatkan di farmasi.
Memiliki tubuh badan yang sihat adalah idaman semua orang apabila dapat melakukan pelbagai aktiviti kecergasan.
Namun apabila badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga.
Biasanya jika berasa lesu dan keletihan, sudah tentu kita memohon cuti agar dapat berehat.
Tetapi jika badan tetap juga letih walaupun sudah bercuti tentu anda kena buat alternatif lain.
Sebagaimana cara lelaki ini. Menggunakan lada hitam dan garam untuk membuang angin dalam badan. Malahnya katanya, badannya berasa lebih ringan dan segar.
Ikuti perkongsiannya.
Garam Kasar 2kg + Lada Hitam 100g
Saja aku nak kongsi.Panjang sikit hari ni,sape rajin bacalah. Kalau malas abaikan je. Dah lebih seminggu aku cuba rawatan ni, jadi sambil buat rawatan ni aku tergerak nak kongsi apa yg aku rasa sepanjang aku amal rawatan ni.Ijazah rawatan ni aku dapat dr video Ustaz Hanafi,salah seorang ‘cancer survivor’.Alhamdulilah terima kasih ustaz atas ilmunya.Ok ni link videonya ya : https://youtu.be/gsnju4-C_rk Akak2 aku dah lama buat,dah selalu cerita kebaikkannya, tapi tulah..Aku punya malas nak buat..Baru ni aku buat haha. Ok ringkasnya ada beberapa kelainan yg aku dapat rasa,walaupun baru je buat secara konsisten dlm seminggu lebih ni.
Pertama,angin keluar dr badan.Sepanjang sesi rawatn ni mmg sendawa je..badan mmg rasa ringan, mmg rasa berbeza.
Kedua,haa ni best,aku rasa sistem pencernaan aku ada perubahan yang sangat ketara.Aku mmg ada masalah kencing tak lawas,alhamdulilah lps buat ni dgn izin Allah mmg rasa berbeza sangat.Lega dah takde rasa tak puas macam sebelumnya..mcm tu juga buang air besar,lawas.Kalau dipikir macam tak logik je garam + lada hitam ni ada kesan hebat macam ni..hanya dengan izinNYA..
Ok yang ketiga,lutut kanan aku ni sejak selepas PKP tu ari mmg susah sikit nak lipat.Tak tau apa hal,mmg kena paksa baru boleh lipat,tapi sakit la woi.. Tulah aku ni pulak kerja jenis banyak berjalan dan berdiri lama,jadi lutut kanan aku dan sendi2 lain kaki memang bisa2.Hari kedua aku buat je Alhamdulilah aku dah boleh rasa perubahan.Aku pun dah boleh lipat lutut macam biasa,xde rasa sakit.Rasa bisa2 pada sendi terutama bila bangun pagi pun berkurangan sangat2.. Allahu,mmg macam magik la..
Keempat,ni pun bagi aku best,tidur mmg nyenyak gila.Mmg ‘anteng’ la bak kata org jawa Awal2 buat kemarin siap terlajak2 tidur, punya la syok..hhaha..mmg berbeza sbb aku mmg jenis tidur lambat, dan susah nak tidur sebelum ni.Kadang nak dpt tidur tu sampai sejam lebih bergolek2 baru tertidur.Tapi izin Allah,lps seminggu aku amal rawatan ni mmg tidur nyenyak, dan nak tidur mmg mudah,letak kepala ke bantal sedar2 je dah pagi..Tulah bila tidur nyenyak,kemudian tidur kita berkualiti,walaupun kadang2 tidur lambat tapi bangun pagi mudah dan tak rasa macam sebelum2 ni,lemah je nak bangun.Lagi satu,rawatan ni macam urus balik masa tidur kita,aku biasa buat rawatan ni sebelah malam,lepas buat rawatan ni mata pun kelat2, terus nak tidur.Jadi otomatik aku tidur lebih awal,kalau tak mmg lewat saje tidur.Orang yang susah tidur atau penghidap insomnia,aku galakkan cuba la, mudah2an ada manfaat.
Kelima,sepanjang lebih seminggu amal rawatan ni aku perasan yang aku tak mudah letih.Sebelum ni kalau kerja dia punya penat mmg semacam.Tapi seminggu ni mmg sedap rasa badan.Rasa ringan,tak cepat letih.
LADA HITAM DAN GARAM
Ikut kata Ustaz Hanafi,rawatan menggunakan garam dan lada hitam ni juga salah satu metode perubatan islam terutama yang berkaitan gangguan jin atau sihir.Mengamalkan rawatan ni Insyallah dapat mengelakkan gangguan jin.Jadi sebelum buat tu aku mulai dengan bacaan Bismilah 5,Selawat atas junjungan Baginda Rosulallah Sollu Alann Nabiy,Ayatul kursi dan aku niatkan moga Allah sembuhkan penyakit dan gangguan yang ada dlm diri aku.Tapi tu aku la,itu je yang aku tau,bagi mana2 yang ada lebih ilmu bacalah ayat2 yang berkaitan dengan merawat gangguan,mudah2an lebih mujarab.
Ok,aku plan nak buat selama 40 hari,amik barkat kisah2 Nabi.Lepas tu aku nak jarak2 sikit la dalam beberapa kali seminggu.Aku galakkan la bagi sesiapa nak cuba,bagi yang tak sakit pun boleh cuba.
Lagipin modal tak sampai RM10. Jadi tulah serba sikit perkongsian aku,ooo sebelum terlupa,bagi yang nak cuba jangan lupa minum banyak air,sekurang2nya 8 gelas/2liter sehari.Lagi satu kesan rawatan bagi setiap orang pun mungkin berbeza2, jadi sapa2 yang nak cuba tu nanti boleh tengok apa perubahan yang berlaku selepas amal rawatan ni,nanti jangan lupa kongsi dgn aku dan org lain ya.
Adapun garam, lada hitam ni semua hanyalah asbab, hanyalah sebahagian daripada usaha kita, kesembuhan hanya datang dengan keizinan Allah Azza Wa Jall.Insyallah.
Kredit : Muhamed Azizi Nan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amalan berdiet boleh dikatakan ramai antara kita mencubanya. Maklumlah bila berat badan semakin bertambah, tentu kita rasa tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila terasa baju sedia ada pun sudah sendat untuk digayakan. Mana mungkin hal ini dibiarkan begitu sahaja.
Lalu amalan berdiet dijadikan solusi terbaik untuk mengembalikan semula bentuk badan ideal.
Sepanjang tempoh berdiet, bukan sahaja perlu mengurangkan pengambilan makanan, bahkan ada pantang larang dan panduan pemakanan yang perlu dipatuhi.
Tentu yang terbaik semasa diet adalah dengan memasak sendiri hidangan yang ingin dimakan. Ini memandangkan kita boleh kawal garam, minyak, bahan perasa dan gula dengan kuantiti yang baik.
Namun bila sudah tidak ada pilihan dan kesuntukan waktu, makan diluar pun tak ada masalah. Apa yang penting, kita perlu pandai pilih makanan yang berkualiti sahaja.
Nak tahu bagaimana, ikuti perkongsian Encik Arif Sukri ini.
“Sepanjang diet dulu hampir 60% saya makan di kedai sahaja. Memandangkan jadual kuliah yang agak padat, masa cuti je boleh masak.”
Jika ke kedai makan dan tak tahu pilih makanan apa yang jadi keutamaan semasa diet. Saya ada tipnya.
1. Nasi segenggam.
Ini kena niat dari awal-awal lagi. Sebelum masuk ke kedai walaupun kedai dia tak ada beras perang yang selalu kau makan. Beras putih pun tak ada masalah. Semasa cedok, anda ukur siap-siap dalam satu senduk setengah.
2. Protin yang bersih.
Bila dah selesai ambil nasi saya terus ke bahagian lauk pauk. Dan tentunya akan utamakan lauk-lauk yang bakar atau rebus sahaja. Ikan bakar, ayam bakar anda utamakan ini. Nak pilih ayam utamakan dada atau rusuk ayam. Sesekali jangan ambil bahagian sayap atau paha yang lebih tinggi kadar lemaknya.
3. Jika nasib tak baik lauk bakar dah habis. Tak apa, anda tenang saja. Boleh untuk ambil ikan-ikan gulai, ayam gulai dan seumpamnya. Ini saya jadikan sebagai pilihan kedua. Jika ada daging atau ayam. Saya akan utamakan daging putih yang lebih kurang lemaknya, seperti ayam.
4. Punyalah banyak cabaran masa diet. Lauk pilihan kedua dah habis. Maka teruslah ke pilihan ketiga iaitu yang bergoreng. Lauk goreng-goreng ini jadikan pilihan akhir.
5. Kuah yang baik.
Lepas dah pilih nasi dan lauk yang baik. Pemilihan kuah dalam nasi juga amat penting dalam diet. Tak boleh nak banjir-banjir dah. Harus kering-kering saja.
6. Sumber serat.
Ramai yang diet namun meninggalkan sumber serat. Sayur-sayur harus jadi keutamaan bila ke kedai makan. Ambillah dalam kuantiti segenggam. Jika berkuah saya suka sup bayam. Jika tiada saya akan pilih ulam segar seperti salad, ulam raja, pucuk janggu dan selainnya. Pastikan ada dan sayur elakkan yang bergoreng juga.
7. Sambal belacan.
Boleh tak ada masalah cuma kurangkan sedikit penggunaannya. Kerana kadar asin yang tinggi tak baik juga untuk diet. Bersederhanalah ya.
“Harap tip ini membantu dan lepas ni tak ada lagi alasan tak boleh diet bila di kedai makan. Semua atas pilihan anda. Teruskan usaha! “
sumber : Arif Sukri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
10 nyawa terkorban di Sungai Korok sejak 2018, termasuk tragedi enam sekeluarga. Sungai Korok di Jitra, Kedah terus mencatatkan angka korban apabila 10 nyawa telah terkorban sejak tujuh tahun lalu, termasuk kejadian paling memilukan pada Sabtu lalu yang meragut enam sekeluarga.