Kata pakar perbidanan, dalaman tubuh wanita yang sudah melahirkan berbeza dengan wanita yang belum pernah melahirkan anak. Masalah urat yang putus semasa proses kelahiran membuatkan tubuh wanita lebih mudah diserang angin dalam badan.
Pemakanan yang tidak tepat ditambah dengan penjagaan diri yang tidak berterusan membuatkan tubuh wanita yang sudah melahirkan anak lebih mudah diserang angin.
Menghilangkan angin dengan pemakanan seperti halia dan sebagainya antara cara yang dapat dilakukan oleh semua wanita. Pun begitu, selain halia, amalan minum air rebusan halba juga antara cara terbaik memulihkan masalah angin dalam badan. Malah baik juga untuk kesihatan dalaman tubuh.
Selain mengamalkan air rebusan atau teh halba, membuat jamu sendiri daripada halba juga antara yang disarankan untuk semua. Jamu seperti makjun yang dikongsikan oleh Sue Sera Saira di facebooknya ini menarik untuk kita cuba.
Katanya, masalah sengal bahu dan bisa badannya hilang hanya selepas dua hari mengamalkan petua ini. Menarik! Jadi jom kita cuba.
Ads
Jamu 4 Bahan
Bahan-bahan:
3 sudu besar halba
3cm halia muda -diparut
4 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Rendamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika.
2. Tumbuk halba sehingga hancur dan kemudian di campur halia, bawang putih dan lada hitam. Tumbuk sampai hancur.
Ads
3. Kemudian gentel kecil seperti maajun.
4. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan letakkan dalam satu bekas.
Ambil jamu ini 2 biji pagi dan 2 biji malam. Amalkan secara berterusan sehingga perut kempis dan nampak hasilnya.
Ads
Tips cara makan ini, selepas makan jamu ni, saya standby roti atau apa-apa kuih untuk alas perut. Minum dengan air suam. Jamu ni bagus untuk ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak.
Malah badan akan ringan dan angin akan keluar. Dua hari saya cuba, masalah sengal bahu dan bisa badan saya hilang. Badan rasa ringan.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Sera Saira
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi pasangan raja sehari, mereka ada cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia supaya dapat dikenang sehingga ke akhir hayat. Daripada pemilihan pakaian, lokasi, tarikh dan juga hantaran, segalanya mahu nampak istimewa.
Hantaran Al-Quran Tulisan Tangan
Sebut tentang hantaran, seorang jurugambar semalam memuat naik satu perkongsian di Twitter, tentang kawannya yang memberi hantaran berbentuk senaskah al-Quran yang ditulis tangan sendiri olehnya kepada isteri.
Thread yang dibuat oleh Raja Nazrin ini telah nyata menjentik perhatian netizen. rata-rata memuji kegigihan pengantin lelaki tersebut dalam memberikan sesuatu yang cukup istimewa buat pasangannya.
Menurut Raja Nazrin, al-Quran tulisan tangan itu mulai ditulis sejak tiga tahun sebelum ini, iaitu semasa pengantin lelaki masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama dengannya.
a
Rata-rata netizen berasa kagum dengan pemberian tersebut. Mereka turut berasa terpegun dengan tulisan tangan pengantin lelaki yang sangat cantik dan tersusun itu.
“Baju sekolah anak yang putih dah comot macam nak ke penghujung November. Dengan kesan makananlah, air manislah, kesan tapak kaki dan daki berjemaah pada baju yang putih. Ni yang buat dok geram rasa macam nak belikan 365 baju helai hehe”–Farah
Mungkin perasaan yang sama juga ibu-ibu rasakan pada waktu ini. Apa tidaknya, belum pun penghujung tahun, baju sekolah anak sudah nampak begitu kusam sekali. Bukannya kita tidak mencuci dengan bersih, tapi seakan warna putih baju sekolah sudah tidak dapat dikembalikan lagi seperti mana di awal-awal tahun pemakaiannya.
Untuk itu, apa kata ibu-ibu praktiskan petua untuk kembalikan semula warna putih asli baju sekolah anak-anak. Hal ini juga turut dikongsi oleh Puan Farah di akaun miliknya Farah Arfah Yusof.
Perkongsian petua oleh Farah
“Meh Farah share petua ringkas untuk kekalkan keputihan baju tanpa perlu ganti baru hanya guna resepi eo je!”
SELAIN ITU ADA 2 CARA LAIN YANG BOLEH PUTIHKAN BAJU SEKOLAH
2. RENDAM DENGAN AIR SUAM -Rendam baju putih dalam air suam, kemudian parutkan sabun mandi dan biarkan seketika sebelum dicuci seperti biasa. Kesannya baju putih menjadi lebih putih bersih!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang mahu anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.
Dalam mendidik dan mengajar mereka, kena ada caranya. Sabar adalah sangat penting terutama jika anda mempunyai anak-anak yang agak lemah dalam bab pembelajaran.
Kerana itu ada antara sesetengah ibu bapa yang jenis hilang sabar akan menganggap hukuman atau denda adalah jalan penyelesaian bagi membentuk anak-anak.
Apatah lagi jika mendapat anak yang lambat ‘pick up’ , berulang kali benda yang sama masih tidak memahami.
Walhal, dengan mengambil jalan mudah begini, anak-anak lagi memberontak dan hubungan itu akan menjadi semakin jauh.
Ikuti perkongsian guru ini Mohd Fadli Salleh kepada ibu bapa cara betul mengajar anak-anak dirumah tanpa perlu marah atau menghukum mereka.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Ramai ibu-ibu pm aku bertanya cara yang betul untuk ajar anak di rumah terutamanya mata pelajaran Matematik.
Mereka bertanya, perlukah sediakan rotan? Kebanyakan mereka bila mengajar anak akan bertukar menjadi singa secara tiba-tiba. Ada juga meluahkan tidak dapat menahan marah apabila benda yang sama dan diulang tapi anak tak faham-faham.
Maka cubitan adalah ‘hadiah’ yang anak mereka dapat akibat kesalahan dan ketidakfahaman mereka itu. Baik tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tarik nafas, dan baca perkongsian aku sampai noktah terakhir.
Mengajar ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Tekniknya ada pelbagai jenis. Teknik yang terbaik (pada aku) ialah gabungan kelembutan, ketegasan, dorongan dan juga sedikit paksaan.
Begini tuan-tuan, bila mengajar tentang sesuatu topik, kesabaran itulah paling penting. Kelembutan dalam tunjuk ajar itu perlu,memujuk mereka agar faham dengan bahasa yang lembut agar mereka bertambah minat dan suka belajar.
Bila ketegasan itu perlu?
Bila anak mula main-main dan tidak tumpu perhatian. Bila anak mula mendengar sambil mengacau adiknya atau sambil memandang kawan yang naik basikal di luar rumah.
Di sini ketegasan perlu. Perlu untuk dia menumpukan perhatian. Sebaik tumpuan dia berikan, kembali ajar dengan lembut dan sabar.
Jika dia salah, jangan dimarah. Ulanglah walau berpuluh kali. Bila dia tidak faham, jangan cepat cubit atau rotan, namun sabarlah memberi penerangan dengan cara paling mudah sesuai dengan aras pemikiran mereka.
Namun jika mereka malas, di sini kegarangan perlu. Hukuman ringan pun boleh dikenakan jika mereka malas. Kalian minta anak-anak buat 5 soalan, lepas siap satu dia mula malas dan nak main, hah, di sini perlu menjadi singa.
Menjadi singa bila mereka malas, bukan semasa memberi penerangan dan tunjuk ajar.
Bagaimana anak nak faham jika mereka belajar dalam ketakutan? Kasihan dengan mereka asyik dicubit asyik dirotan hanya kerana sesuatu perkara yang otak mereka masih tak mampu nak faham.
Apakah benar mereka tak boleh nak faham atau mereka tidak mampu faham akibat belajar di bawah tekanan?
Atau mungkin juga cara penerangan dan tunjuk ajar kita yang kurang betul membuatkan anak-anak susah nak faham.
JANGAN MENGHUKUM/MARAH-MARAH ANAK HANYA KERANA MEREKA TIDAK FAHAM.
Jangan!
Aku selalu menekankan pada murid-murid,
“Cikgu tak marah jika awak salah, namun cikgu sangat marah jika awak malas.”
Murid aku, jika 20 soalan aku beri dan mereka salah semua, tiada satu dendaan atau hukuman aku beri pada mereka.
Namun jika tidak siap kerja, nahas!
Sama juga bila aku mengajar dan memberi penerangan panjang lebar, bila ditanya mereka tak faham dan tak boleh jawab. Aku dengan lembut dan sabar akan mengulang-ulang dan ajar semula.
Namun bila aku mengajar mereka tidak tumpu perhatian, pandang luar kelas, main pemadam, bercakap dan sebagainya, nahas!
Bila masa perlu memaksa anak?
Bila tidak melibatkan pemahaman. Yakni melibatkan hafalan.
Anak tak hafal sifir dan rumus, aku sokong jika kalian dan jadi singa. Nak marah atau nak hukum sekali pun (dengan hukuman ringan sahaja).
Hat tu tak apa. Ini kerana hafalan dan kefahaman adalah dua benda berbeza. Jauh berbeza.
Hafalan memerlukan usaha untuk mengingat. Bila banyak kali diulang-ulang pasti akan ingat. Maka, murid yang tidak dapat menghafal sifir dan rumus sebenarnya bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka malas.
Orang yang malas, tiada ubat di hospital bang. Ubatnya hanya rotan. Hehe.
Kefahaman pula memerlukan mereka berfikir, menghadam setiap penerangan dan tunjuk ajar. Jika mereka tidak mampu faham, mungkin saja kerana yang mengajarnya kurang bagus. Mungkin juga topik tersebut terlalu tinggi dengan akal mereka.
Tidak semestinya kerana mereka malas. Sebab itu, di sini perlunya kesabaran yang sangat tinggi. Jangan menghukum anak yang tak faham. Jangan!
Ingat ya mak-mak semua. Jangan asyik nak menyinga saja.
Ada tempat kita perlu berkeras, ada tempat kita perlu dengan lembut dan penuh sabar memberi tunjuk ajar.
Begitulah.
#MFS – Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di