Daun pandan adalah antara pokok yang mudah ditanam halaman rumah. Sering menjadi bahan untuk masakan.
Dalam pada itu, ia juga dijadikan untuk kecantikkan diri dan kesihatan.
Sebagaimana perkongsian ini, memperjelaskan penggunaan daun pandan yang membantu mengurangkan masalah darah tinggi dan kencing manis.
Menurut Pakar Kimia ini, Fatima Salim pengambilan jus pandan membantu mengurangkan masalah dua kesihatan terbabit namun elak pengambilan berlebiha serta perlu mendapat nasihat doktor.
Merujuk kepada ss ahli MaMa di bawah yang bertanya berkenaan dakwaan pandan yang boleh menurunkan darah tinggi dan kencing manis.
Jawapan saya, ADA benarnya. Terdapat kajian kepada tikus yang menunjukkan ada kesan penurunan terhadap diabetis dan darah tinggi apabila diberikan 10% air pandan selepas diberi makan gula. Kesan ini mungkin disebabkan oleh kandungan bahan kimia bersifat antioksida dari kumpulan flavonoid, asid phenolik dan carotenoid dalamnya, berserta vitamin (contoh vitamin A dan C) dan mineral, SAMA seperti sayuran lain. Cuma bau pandan yang wangi dan rasanya yang enak sesuai dijadikan teh untuk diminum.
Penyakit metabolik seperti darah tinggi dan kencing manis boleh berlaku disebabkan terganggungnya keseimbangan kimia badan. Makanan yang kaya dengan antioksida seperti sayuran hijau boleh membantu dalam merawat proses badan secara semulajadi. Mereka juga boleh membantu dalam menguatkan sistem pertahanan semulajadi badan melawan penyakit.
Bagi individu yang dalam rawatan, usahlah tinggalkan ubat yang diberikan. Jus pandan BUKANNYA ubat. Jadikan makanan yang mempunyai fungsi merawat (functional food) seperti daun pandan ini sebagai pelengkap. Berhati-hati juga dengan kesan interaksi ubat dan makanan. Berbincanglah dengan dietitian dan doktor yang merawat. Begitu juga dengan terus amalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat.
Kesimpulannya, boleh saja air pandan diminum sebagai teh selepas makan untuk kesihatan umum badan namun usah berlebihan. Ingat, segala yang berlebihan boleh membawa mudarat.
Kebaikkan lain pandan:
• Pati minyak pandan boleh membantu melegakan sakit-sakit sendi.
• Pes pandan boleh melegakan kesan terbakar (baca: sedikit) pada kulit.
• Bahan kimia meruap dalam pandan boleh membangkitkan selera makan. Sebab itu sesuai dicampurkan dalam masakan.
• Bahan kimia meruap daripada pandan juga boleh menghalau serangga.
Sumber: Fatima Salim via Makmal Makanan (MaMa)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kerap buang air kecil! Pastinya satu pengalaman baru bagi bakal ibu yang baru hamil anak pertama. Apa sebabnya kerap buang air kecil ini ketika hamil?
Bagi yang pernah hamil beberapa kali sebelum ini mungkin sudah tidak terkejut namun bagi mommy yang pertama kali dalam situasi ini, pastinya risau! Ini merupakan beberapa punca kenapa mommy kerap kencing.
1.Hormon
Semasa mengandung, beberapa hormon anda akan meningkat. Progesteron (hormon daripada ovari) dan hormon gonadotropin korionik manusia, juga dikenali sebagai HCG atau hormon kehamilan, menjadikan darah mengalir lebih kerap ke otot pelvis anda. Hormon mungkin melonggarkan otot lantai pelvis anda, menjadikannya sukar untuk menahan kencing.
2.Pertumbuhan rahim
Semasa trimester ketiga (enam hingga sembilan bulan), rahim anda menjadi cukup besar sehingga ia mungkin mula menekan pundi kencing. Ini mungkin menyebabkan anda mengalami keinginan yang kerap untuk pergi ke tandas. Tekanan tambahan pada pundi kencing membuatkan anda berasa seperti perlu sentiasa membuang air kecil.
3.Otot lantai pelvis yang lemah
Dalam sesetengah kes, otot yang menyokong pundi kencing, usus, dan rahim mungkin menjadi lebih lemah semasa kehamilan. Ini boleh mengakibatkan peningkatan kencing semasa kehamilan.
4.Cecair badan bertambah
Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan lebih banyak cecair berbanding sebelum kehamilan.
5.Kecekapan fungsi buah pinggang
Buah pinggang anda biasanya akan meningkatkan kecekapannya apabila anda mula membawa bayi. Ini, ditambah dengan pengeluaran cecair yang lebih banyak, menyebabkan kekerapan dan jumlah kencing anda meningkat.
6.Kebocoran Kencing
Kadang-kadang anda mungkin berasa keinginan untuk kencing, tetapi apabila anda sampai ke tandas, jumlah air kencing yang keluar adalah sedikit berbanding dengan keinginan yang anda rasakan. Kadangkala anda mungkin mengalami sedikit kebocoran air kencing apabila:
-Bersin
-Ketawa
-Batuk
-Bersenam
Cara untuk kurangkan kekerapan buang air kecil:
1.Mengurangkan pengambilan kafein.
2.Senaman yang sesuai, tidak terlampau berat dan untuk menguatkan otot pelvis.
Daun pegaga sememangnya mempunyai banyak khasiat yang tersendiri sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan diri bagi seorang wanita. Ia juga dikatakan mampu membuatkan kulit wajah jadi lebih sihat dan cantik secara semulajadi sekali gus nampak awet muda.
Lihat sahaja bagaimana tiga wanita ini setelah mengamalkan jus pegaga, tampak begitu cantikdan menarik. Jadi ayuh kita baca perkongsian sepenuhnya tentang pengalaman mereka ini. Jom semak dan semoga memberi inspirasi kepada ibu-ibu diluar sana untuk turut sama mengamalkannya. selamat mencuba.
Plain pegaga juice. Provide minerals such as iron, zinc, calcium, fibre, chlorofil, and bioactive compound asiaticoside. Free radical scavenger to reduce chronic diseases such as artherosclerosis, cancer, diabetes, neurodegenerative diseases, arthritis and others (Zainol et al, 2003).
Kesimpulannya, minum je. Beli pegaga basuh bersih2..blend and minum. Tak sampai RM1 pun.
Apa yg saya amalkan, selepas bersalin setiap pagi wajib minum ini pagi-pagi masa perut kosong. Memang rahim cepat kecut. Lagi satu awet muda.
sumber : Surainee Wahab
2. KURANGKAN ANGIN DALAM BADAN
Ini pula petua dari Norliza Mohd Salleh
“Sebenarnya ini saya mula amalkan lepas bersalin anak no dua..”
Khasiat
-Mengatasi sembelit
-Megurangkan angin dalam badan
-Mengatasi masalah dan mencantikkan kulit
-Mengurangi kadar lemak setelah di amalkan selama 2 minggu
-Menguatkan Imunisasi bagi cegah penyakit
-Mengatasi masalah kencing manis dan menurunkan kadar glukos
BAHAN-BAHAN
1) Halia
2) Pegaga bersama akarnya
3) Segelas air
4) No sugar!
Simplekan? Tapi sangat berkhasiat!!
Cara-cara:
1. Blendkan semua bahan,tapis dan minum.
2. Hampas boleh di buat scrub.
3. AWET MUDA & MILK BOOSTER
Manakala bagi puan Mardziah pula mengamalkan jus pegaga ini selepas disarankan oleh mak mertuanya. Ikuti perkongsian bermanfaat ini.
“Mak mertua saya memang pengamal makan ulam-ulaman n banyak petua dia share pada saya setiap kali kami bersama. Setiap jenis daun pasti ada khasiatnya. Antaranya daun pegaga.
“Ramai yang tahu daun pegaga banyak khasiatnya… Antaranya ialah untuk awet muda n milk booster… Tau x selain dibuat jus n ulam, daun pegaga juga boleh direbus n diminum air rebusannya?
“Hehehe… Dulu, saya pun x tau. Hari ni mak mertua share petua yang dia selalu amalkan untuk anak2 nya..,.”Mardziah
[REBUSAN DAUN PEGAGA & GULA BATU]
Bahan-bahan:
√Segenggam daun pegaga bersama akarnya
√Gula Batu secukup rasa
Cara Buat:
sumber : Mardziah Abdul Rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun kari sangat sebati dengan masyarakat di Malaysia. Selain dari berbau wangi, daun kari juga merupakan elemen masakan yang sangat penting dalam masakan kita lebih-lebih lagi dalam masakan gulai atau kari .
Namun, min percaya ramai masyarakat kita tidak mengetahui bahawa daun kari ini juga boleh dibuat sebagai perubatan. Berikut adalah khasiat daun kari untuk kesihatan :
1. Penawar Cirit Birit dan Buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan tingkatkan keupayaan serta dapat mengatasi masalah penghadaman.
Cara penggunaannya :
– Jus daun kari yang dicampur dengan madu dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir
2. Loya dan Pening
Jika sering rasa loya dan pening, min syorkan untuk guna tips ni. Ianya juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea, hilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengadung.
Cara penggunaannya :
– Campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis
3. Diabetes
Khasiat daun kari dapat membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah. Bahan mineral dalam daun kari akan mengaktifkan sel pankreatik beta yang berperanan menghasilkan insulin.
Cara penggunaannya :
– Rebus kulit batangnya yang kering dan minum air tersebut. Amalan makan 10 helai daun kari setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan keturunan dan kegemukan.
4. Rambut Panjang dan Sihat
Kajian dari Fakulti Farmasi di India melaporkan bahwa minyak herba berasaskan daun kari mampu memberi kualiti rambut yang kuat, bebas daripada kelemumur dan menghitamkan rambut.
Cara penggunaannya :
– Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ianya sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah daripada uban.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.