Bila waktu lapang begini membayangkan dapat mengunyah kacang sambil menonton tv bersama keluarga menarik juga jika direalisasikan.
Jadi usah tunggu lagi, apa kata sediakan resipi kacang goreng yang dikongsikan dari peniaga yang ingin bersedekah resipinya untuk lebih ramai dapat manfaatnya. Selamat mencuba
Saya takdak duit nak sedekah tapi saya mampu share resepi bagi hampa boleh cari makan sama-sama saya.. ada saya share baru2 nih dlm group nih.. ramai yang pm dan wasap nasihat.. kenapa bagi resepi terbuka… nanti kak ah tak boleh cari makan!!Allah…. kak ah tak sangka hampa pikir sampai macamtu… rezeki Allah kan luas… hari ni kita kongsi… esok-esok Allah ganti lagi banyak… kak ah ikhlas…. yang mana nak wat niaga pon boleh… rakyat malaysia ada berjuta-juta…. mana mampu kak ah wat untuk 1 malaysia..
Dulu Pernah Susah
Dulu kak ah pernah susah… macam-macam dugaan… sekarang pon bukan kaya… cuma senang belanja…buat kacang nih orang hina… tak kan hang buat kacang nih sampai berpuloh-puloh kilo seminggu… ??? ya… jujur kak ah cakap… seminggu kadang 30 kilo…
Hari ni kita sedekah senyum pon Allah dah catit pahala kita… tambah kita sedekah untuk orang cari makan… pahala lagi berganda-gandakan… panjang pulak kak ah taip… ok2 bai2 semua.. ambik jer resepi2 tu tau..
Ads
RESEPI KACANG CINTA KETAGEH BAHAN-BAHAN :
KACANG TANAH 1 KG
TELOR AYAM 2BIJI
GULA 2CAWAN
GARAM 2 SB
SERBUK CABAI IKUT CITARASA MASING-MASING
TEPUNG GANDUM
Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak terlalu pedas, pastinya akan digemari oleh anak-anak anda.
Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi. Jangan bimbang, Majalah Keluarga akan berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala homemade!
Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan
Bahan-bahan:
3 Ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Assalamualaikum..alhamdulillah br dpt post kat sini..dr mggu lps try xdpt. lps posting sy psl karipap giant 2mggu lps..ramai yg pm sy nk order..maaf sgt2 di luar kemampuan sy utk ambik order dr luar jb.. yg dlm.jb pun sy xmampu penuhi..oleh itu sy dgn iklas hati. share cara buat dlm video& resipi yg xseberapa dr sy..video ringkas tu utk memudahkan shbt2 tahu cara utk kelim@pintal karipap giant ni..tdk menggunakan acuan ye.. mdh2 an bole jd panduan yer shbt2.. cuma mohon doakan urusan sy di permudahkan Allah & selamat semuanya..trma ksh.
bahan2 inti
1- isi ayam
2- lada kering+bawang besar +bwg pth(blend)
3-serbuk kari
4-chicken stock/kiub ayam
5-kentang
6-garam,gula & secukup rasa (optional)
cara2 buat inti
1-tumis bhn blend
2-masuk kari + isi ayam
3-tumis sebentar
4-masukkan kentang
5-gaul sebati biarkan seketika
6-agak2 dh separuh masak masukkan bahan perasa termasuk kiub ayam.
7-tambahkan sedikit air bergantung pd kuantiti bahan ye .jgn terlalu bnyk.
– larutkan garam dlm air panas & tuangkan minyak
-uli sehingga tiada ketulan
**pastikan doh jgn terlalu lembik sbb nanti kulit akan liat..
**bile guna resipi shbt2 klu resipi sy ni agak kurang menarik ye
** tips menggoreng.. pastikan minyak btl2 panas & perlahankan api sedikit selepas masukkan karipap..sbb karipap ni berat & padat jd dia xkan timbul kalau di goreng.
tiada ruang udara di dlmnya .
** utk frozen bole bakar dlm 10-15 mnt dgn suhu 170-180(bergantung pd oven). nak goreng pun bole..bukan 1 kesalahan jenayah pun..hahahha.
Saya halalkan dunia akhirat resipi ni..utk yg nk berniaga sy doakan smga berjaya& di limpahkan rezki ye..aamin3..
Selamat mencuba..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.