Seiring dengan sekarang raya korban, Pelakon jelita Elisya Sandha tidak lepaskan peluang dengan meraikan majlis aqiqah anak perempuannya, Bunga Elhaq pada 10 Julai 2022.

Menerusi laman sosial Instagram, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan dan suami Uzair Haqimy berkongsi foto-foto momen sepanjang maj|lis berlangsung untuk tatapan umum.

Dalam perkongsian tersebut, menantu kepada pasangan penerbit terkenal Sheila Rusly dan Jinggo ini turut menitipkan nukilan istimewa buat anaknya di ruangan kapsyen tentang erti pengorbanan bersempena sambutan Aidiladha.

“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq.

“Pengorbanan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you.

“Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you hari ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

“Anak Mummy Sangat Bertuah, Ramai Orang Sayang.” – Elisya Sandha Kongsi Gambar Majlis Aqiqah Bunga Elhaq

Dalam perkongsian tersebut, ketiga-tiga mereka mengenakan tema serba putih sambil buaian dihiasi bunga-bungaan berona kuning cair.

Tidak hanya itu, pelakon drama Ratu Ten Pin itu mencoret beberapa nasihat untuk dibaca oleh anaknya tatkala dia sudah besar nanti.

“Anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. Bila besar nanti, boleh membaca, i nak you baca mesej ni dan ingat pesan mummy

IKLAN

“Jagalah hati orang yang sayangkan you, hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya, jangan sid-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga, betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.

“Selamat hari raya korban daripada kami bertiga,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

IKLAN

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata pujian pada wajah Bunga yang sentiasa comel dan mencuri perhatian.

“Anak Mummy Sangat Bertuah, Ramai Orang Sayang.” – Elisya Sandha Kongsi Gambar Majlis Aqiqah Bunga Elhaq

Terdahulu, Elisya dan Uzair bernikah pada 21 Ogos tahun lalu.

Bunga dilahirkan secara pembedahan pada 18 Jun lalu di sebuah hospital di Ampang.

Sumber : Instagram Elisya Sandha

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI