Jika ditanya akan harapan ibu terhadap anak-anak, pasti tidak akan habis dibicarakan. Apatah lagi andai memberi fokus kepada anak lelaki tunggal. Tentu segunung harapan disandarkan kepada anak tersebut agar dapat menjaga adik beradik perempuannya yang lain dan dalam masa yang sama berharap agar dapat terus menjadi pewaris keluarga.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Vie Shantie yang juga merupakan bekas isteri pelakon Datuk Sri Eizlan Yusof baru-baru ini ada juga memuat naik satu entri yang memperkenalkan anak lelaki tunggalnya Zareef Yusof berusia 12 tahun, berketurunan Itali, Melayu, Pakistan dan Sabahan.
“Bersama pewaris tunggal (kalau mumy tak mengandung lagi la) keturunan Itali, Melayu, Pakistan dan Sabahan. Perkenalkan anak kedua dan satu-satunya anak lelaki saya, Zareef Yusof my manja boy. Budak Italian Pakistan yang paling loving ni,” tulisnya.
Perkongsian Vie ini berjaya mencuri tumpuan warganet dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Pun begitu rata-ratanya memuji ketampanan anak lelakinya itu yang mirip seperti bapanya, Eizlan Yusof.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan Zareef menjadi anak yang soleh dan taat perintah Allah serta berjasa pada kedua ibu bapa.
Info tambahan : Meskipun sudah mempunyai haluan masing-masing bagaimanapun Eizlan Yusof masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Vie Shantie.
Ads
Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Vie Santie pada Julai 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati mana yang tidak sedih apabila kehilangan ibu tercinta. Kenangan hidup bersama pasti dalam ingatan sehingga kehujung nyawa.
Bagi anak pula kehilangan ibu adalah amat memilukan buat diri. Hinggakan barang peninggalan ibu jadi pengubat rindu.
Sebagaimana yang dilakukan oleh puan Nani’s Makeover yang menjadikan kain batik tinggalan arwah ibu sebagai kenangan. Malah menjadikan ia sebagai hiasan rumah. Meletakkan kain batik millik arwah di frame gambar telah menarik perhatian ramai.
Ikuti perkongsian beliau.
Kain batik ni dah koyak2 hujungnya. Banyak bahagian yang dah dimakan lipas sbb setahun dah terperuk dalam almari mak sejak mak meninggal.
Kain ni sebenarnya kami guna waktu mandikan jenazah mak setahun yang lalu. Sejak mak takde, kami Tak usik dah almari mak sehinggalah 1 hari kami 2 beradik keluarkn baju2 mak dan asing asingkan untuk dibahagikan kepada anak cucu mak yang lain.
Macam biasa, Sekadar Ambik ‘kenangan’ yang betul2 Tak boleh padam dihati untuk diabadikan dirumah ni sebagai hiasan. Bukan sekadar hiasan, jugak sebagai ‘pengjargaan’. Lebihan Kain yang masih baik, letakkan dalam frame untuk tatapan Mata.
Dan segala kenangan yang baik, letakkan dihati sebagai kenangan yang Tak Kan kami lupa. Seram? Patah hati Tak Ada mak, lebih seram dari segala seram yang ada dalam dunia ni.
Rentetan daripada pemansuhan peperiksaan bagi kanak-kanak darjah 1 hingga 3 mencetuskan pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia. Namun disebalik isu itu, ikuti catatan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik yang pernah dipaparkan di laman facebooknya pada 17 Ogos 2015 yang sungguh menyentuh hati. Dalam catatannya beliau berkongsi cerita apabila keputusan peperiksaannya yang tidak cemerlang mengakibatkan ibu bapanya kecewa ekoran akademik menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang. Dalam pada itu, beliau juga mendedahkan bagaimana mentaliti pendidikan negara maju dalam bidang pendidikan. Ikuti perkongsian beliau yang sungguh motivasi. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa dan guru yang hebat dalam mendidik anak-anak.
Pada setiap kali hari laporan murid di kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia, seringkali banyak drama yang berlaku. Kebanyakan guru-guru mengambil peluang untuk melepaskan geram terhadap murid kepada ibubapa. Bagi anak-anak murid yang cemerlang dan baik, mereka beruntung, bergunung pujian diberikan. Nasib tidak seperti itu bagi murid-murid di kelas corot ataupun mereka yang hyper aktif atau di dalam bahasa lainnya, yang nakal.
Saya masih lagi teringat peristiwa hampir 27 tahun yang lalu apabila ibu saudara saya yang membela saya menghadiri hari laporan di sekolah Maktab Sultan Abu Bakar (English College) sebagai penjaga saya. Di hadapan saya, guru kelas mengatakan, “Maszlee ni memang pandai, tetapi dia nakal, banyak cakap dan berjiwa rebelious…”. Bukan sekadar itu sahaja, disebutkan juga kelemahan saya di dalam matematik, Geografi dan kegemaran saya hanya untuk melukis walaupun ketika guru sedang mengajar.
Apa yang menimpa saya itu jugalah selalu menimpa murid-murid lain di kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia. “Anak anda malas, anak encik suka buat bising, anak puan malas membaca, anak pakcik lemah matematik, anak makcik tak membuat kerja rumah…” dan seribu satu lagi komen negatif kehadapan ibubapa atau penjaga di hadapan anak-anak mereka. Ibubapa Melayu pulak suka bersikap dramatik dan emosional. Bukan hendak mencermin diri, malah meletakkan segala kesalahan ke atas anak-anak. Maka berlakulah babak-babak drama swasta di hari laporan. Ada yang berjujuran air mata, “Sampai hati kau buat mak macam ini, mak habiskan duit untuk kau belajar….tapi kau jadi syaitan…”, “Hah dengar tu kata cikgu!”, “Kau memang degil, tak dengar cakap mak!” dan bermacam lagi gaya yang sebenarnya hanya helah bela diri tidak mahu menyalahkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Jika para bapa pula, ada yang terlebih emosi dan menunjukkan egonya dengan memukul anaknya di hadapn guru yang melaporkan hanya kerana mendapat E ataupun kerana anaknya dikenakan tindakan disiplin di atas kesalahan yang dilakukan berdasarkan laporan-laporan negatif sang guru. Pada waktu itu cikgu menarik nafas lega, ibu bapa dapat melepaskan amarah…dan anak-anak tersiksa tanpa mendapatkan sebarang panduan apakah yang patut dilakukan untuk melalui hari-hari ke depan! Apa yang pasti, tertanam di dalam jiwa mereka, bahawa mereka adalah makhluk yang tidak berguna dan tiada secebis kebaikan mahupun harapan untuk mereka menjadi lebih baik…
Hal seumpama ini merupakan satu jenayah dan antara dosa besar untuk dilakukan di negara-negara maju. Adalah tidak berintegriti bagi seorang guru untuk memberikan komen negatif anak-anak kepada ibubapa mereka dengan kehadiran anak-anak itu. Menjadi satu sikap tidak bertanggungjawab juga untuk ibubapa memarahi apatah lagi memukul anak-anak di hadapan guru. Bagi mereka, itu merupakan sikap tidak bertamadun dan jauh sekali menyelesaikan masalah. Komen negatif guru di hadapan murid dan ibubapa hanya akan menyebabkan murid-murid hilang keyakinan diri, hilang punca dan tidak akan dapat menghargai dirinya sendiri. Sikap tersebut juga menunjukkan kegagalan guru untuk mendidik dan melihat bakat atau kebaikan dan sudut positif di dalam jiwa murid-murid. Seolah-olah pandangan mata mereka hanya kepada perkara-perkara negatif semata-mata. Ini bukannya sikap masyarakat yang maju dan masyarakat yang menang. Ini merupakan sikap orang kalah dan jiwanya lemah. Hanya kelemahan, kesalahan dan juga sudut negatif sahaja yang mereka nampak.
Di negara-negara maju, mentaliti kelas pertama mengajarkan para guru untuk bertanggungjawab untuk mencungkil kehebatan terpendam anak-anak murid. Guru juga berperanan untuk memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak mereka istimewa, dan mereka juga hebat. Maka, kerana mereka hebat dan anak-anak mereka itu istimewa, mereka perlu menggandakan usaha untuk memperbaiki satu dua kelemahan di dalam diri anak-anak mereka. Pokok pangkalnya, mereka mampu dan anak-anak mereka mampu untuk menjadi orang hebat. Tiada anak-anak murid yang tidak hebat pada mata guru-guru di engara-negara maju. Tiada ibubapa yang gagal pada mulut guru-guru negara maju. Maka, anak-anak murid, lemah manapun akademik mereka, nakal mana pun mereka, mereka akan diberikan harapan dan diberikan kepercayaan bahawa mereka istimewa di mata guru dan ibubapa.
Saya teringat lagi pertama kali menghadiri hari laporan murid di UK. Buku rekod murid tidak dihiasi dengan keputusan peperiksaan, kerana tiada peperiksaan untuk murid-murid sekolah rendah kecuali peperiksaan SAT di penghujung darjah enam sahaja. Keduanya, perkataan pertama yang diungkapkan oleh para guru kepada para penjaga ialah, “You son is such an excellent student”, atau “Your daughter is undoubtedly outstanding”, dan juga kadangkala, “Your child is a very hardworking student”…seterusnya guru akan menceritakan segala yang positif mengenai anak-anak walaupun anak-anak tersebut mempunyai 1001 masalah. Apabila sampai kepada kelemahan murid pula, para guru tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa ‘Anak kamu lemah dalam…”, atau “anak kamu malas…”, sebaliknya para guru akan mengatakan, “Pada agakan saya, anak anda akan menjadi cemerlang di dalam pelajaran sekian jika…”, ataupun “Anak anda ada potensi untuk menjadi pakar matematik jika dia berikan tumpuan yang lebih untuk menghafal sifir…”, dan lain-lain kritikan konstruktif tanpa merendahkan para pelajar. Apa yang lebih utama, semua laporan itu tidak dilakukan di hadapan para pelajar. Ianya dianggap sebagai tidak membantu para pelajar itu sendiri…
Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan guru-guru kita sepenuhnya. Para guru dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak masuk akal. Guru-guru tidak diberikan ruang rehat yang secukupnya di sekolah. Waktu mengajar mereka terlalu beban apatah lagi ditambah dengan 1001 kerja-kerja pejabat yang hanya dilakukan untuk menaikkan nama pengetua dan menteri pelajaran. Guru-guru di Malaysia hanya dijadikan alat untuk menghasilkan murid-murid yang cemerlang di dalam menjawab periksa untuk mendapatkan sebanyak mungkin A di dalam peperiksaan mereka, hatta semenjak anak-anak berada di dalam darjah satu lagi!
Maka, jika di peringkat pembentukan awal syakhsiyah anak-anak di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah lagi anak-anak sudah tidak dibina self-esteem mereka, maka apabila mereka memasuki dunia kampus, mereka hanya akan menjadi pelajar-pelajar yang average ataupun pelajar-pelajar yang pasif. Di tambah pula dengan kekangan yang pelbagai di dalam menganjurkan program-program yang membina minda dan membuka ufuk pemikiran…sistem pendidikan kita hanya melahirkan siswa dan siswi yang menjadi robot untuk pasaran pekerjaan. Jarang di dapati siswa-siswi yang berfikiran kritis, analitikal dan juga inovatif. Jika adapun, hanya seorang dua, dan amat sedikit jumlah mereka.
Sesuatu perlu dilakukan untuk merubah minda dan jiwa masyarakat kita untuk benar-benar menjadi masyarakat berminda kelas dunia. Ia harus bermula dari peringkat sekolah lagi. Ia perlu dilakukan sedari rumah lagi. Ia perlu disemaikan terlebih dahulu di dalam jiwa guru-guru yang mendidik di dalam bilik darjah dan juga ibubapa yang mencorakkan pemikiran dan minda anak-anak di rumah…
“Your worth consists in what you are and not in what you have.” Thomas A. Edison
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Betulkan kata orang, kalau nak pikat lelaki, pikat dulu perutnya. Lebih-lebih lagi kalau yang sudah berumahtangga. Takkan asyik nak makan di luar seperti waktu zaman bercinta.
Namun ada juga yang berpendapat untuk menyediakan juadah seperti di restoran atau hotel 5 bintang memerlukan kos yang tinggi. Nanti merungut pula suami kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk barang dapur.
Seperti yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki bersama 2 troli yang penuh dengan barangan dapur. Dianggarkan kesemua barangan tersebut hampir mencecah RM 1000.
Menerusi video tersebut yang dimuatnaik oleh Yyaadany yang merupakan isteri kepada lelaki tersebut telah menunjukkan masakan yang dimasaknya dari barangan dapur yang dibeli bersama suaminya itu.
Apa yang menarik perhatian, semua juadah tersebut dilihat seperti makanan yang dibeli dari hotel 5 bintang. Malah ramai yang tak sangka, ianya merupakan air tangann wanita tersebut. Ada pelbagai menu seperti Kari Kepala Ikan Merah, Wantan Cheese, Kari Ikan Duri, Koteaw Theng, Seezling Mee, Tortilla Wrap, Nasi Lemak Sambal Sotong dan macam-macam lagi.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi positif dan pujian bagi pasangan ini. Kedua-duanya memainkan peranan masing-masing dengan baik, suami menyediakan barangan dapur dan isteri pula memasak menu menarik untuk dihidangkan kepada suami.
Malah ramai yang berharap agar dapat memenuhkan barangan dapur seperti ini agar dapat membuat juadah yang menarik untuk keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.