
Ajal maut dan jodoh adalah ketentuan Ilahi. Kita merancang untuk hidup bahagia sehingga akhir hayat namun akhirnya musnah. Pemergian pasangan tentunya membuat hidup makin sukar.
Begitulah yang dirasai oleh puan Lina Danish yang kehilangan suami tempat bergantung harapan.
Menerusi perkongsian di grup Kami Suri Rumah, beliau berkongsi sekeping gambar bersama 4 orang lelaki. Apa yang menarik perhatian, beliau bagaikan ‘kakak’ ketika bergambar bersama anak-anaknya yang sudah meningkat remaja.
Beliau yang berkahwin pada usia muda 19 tahun, telah kehilangan ketika anak sulungnya berusia 7 tahun dan tiga lagi anak yang masih kecil.
Demi anak-anak, beliau tabah membesarkan zuriat yang ditinggalkan suami. Kini pada usia 43 tahun, beliau mampu tersenyum apabila kesemua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Dalam pada itu, warganet memuji ketabahan beliau membesarkan anak-anak tanpa memikirkan perkahwinan kedua. Nyata begitulah kasih ibu buat anak-anak, rela bersusah payah agar kebahagian menjadi milik mereka.

Ikuti lanjut perkongsian beliau.
Ramai dak geng 40an sini?
Letak gambaq kat komen nak tgk hampaaaa
Kakak kawen umoq 19 , umoq 24 dah tutup kedai. 4 Hero semuaaaa , dlm rumah kakak lah satu² nya bungaaa 🤣
skrng umur kakak 43, si abg yg sulung tu umur 23 masih study lagi sambung degree, yg no 2 dgn no 3 sambung diploma, yg paling bongsu umur 18 tunggu results SPM kerja part-time.
Kakak lah Ibu kakak lah ayah sbb Abah deorang dah meninggal 16 tahun lepas, masa tu yg sulong baru 7 tahun, yg kecik 2 tahun.
Kakak tak kahwin lain & besarkan deorang sorang2 dgn tulang empat kerat . Jual tudung saja tapi mampu hantar anak belajar tanpa buat loan & ptptn.
Minta tolong semua suri suri dlm ni doakan kakak terus kuat, murah rezeki, baik kesihatan & semoga anak² kakak berjaya Dunia & Akhirat . Semoga doa ini berbalik pada suri suri jugak nnti yaa.. terima kasih ⚘
Sumber: Lina Danish
Tawaran kelengkapan dapur di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Kek Marjerin Buah-Buahan. Nak Kukus Atau Bakar Pun Boleh, Guna Sukatan Cawan Jer. Lebih Moist & Super Sedap!

Asyik buat biskut je kan, apa kata kali ini kita tukar buat kek pula. Kali ini admin kongsikan kek buah-buahan. Tapi bagi ibu-ibu yang nakkan kek buah biasa tapi moist dan sedap, boleh cuba resipi dari Azlina Ina Fans ini.
Asalamualaikum anak2 mak.xsudi buat pn xpe.tp sudi like kan.Tuk sama2 kite sebar kan ilmu percuma hari ini..
Rindu dgn mak ayah yg jauh kite zahir kan dgn buat kek atau cookies kesukaan dieorg je la ya.ni salah satu faveret arwah mak.kalau tgh buat kek ni die pesan siap2,jgn tambah susu jgn tambah apa2 yg bukan2 haha sbb die tau mak suke tambah pandai2 jd mcm2 hihi
Kek Marjerin Buah-Buahan
Cara Membuat:


Tip
sebelum mula resepi ni guna cawan.so tak kisah apa jenis cawan pun selagi dr awal smpai habis korg guna cawan sama. Jangan mula guna cawan tetiba tepung guna juga no3 tak jadi. so 1 cawan untuk semua sukatan.








Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Abang Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita…” -Hidayah Ziarah Kubur Arwah Suaminya, Undang Sebak!

Masa terus berlalu, pejam celik pejam celik rupanya sudah dua tahun pelawak terkenal Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam telah meninggalkan kita pulang ke negeri abadi.
Sepanjang tempuh itu jugulah kita semua melihat betapa ujian dan kecekalan hati balu arwah Abam, Hidayah membesarkan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah pun berusia 3 tahun. Sungguh berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Bawa Hamzah Ziarah Kubur
Baru-baru ini di entry di TikTok miliknya, Hidayah ada berkongsi momen memaparkan dirinya dan Hamzah menziarahi kubur arwah Abam dengan menaiki kereta Toyota Vellfire miliknya.
Abang hari ni sayang bawak anak kita datang jumpa abang.
Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada
Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar.
kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga.

Menerusi video yang mendapat tontonan hingga 1.5 juta itu, dapat dilihat betapa Hidayah rindu terhadap arwah suaminya hingga sesampai sahaja di pusara, terus diciumnya batu nisan suaminya. Jelas juga terlihat perasaan sebak dan sekali gus Hidayah menitiskan air mata ketika menyiram air di pusara arwah suaminya.
Meninjau di ruangan komen, netizen juga turut berkongsi rasa yang sama. Sedih dan turut menitipkan bacaan alfatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
@hidayah_hamzah Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg 🥲 ‘Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada’.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ❤️ kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga ❤️🤲…#alfatihah #cintasyurga #kitabaikramaisayang #dieyabeauty #anakibuayah #doakudisetiapsujudku #sabundaunsukunhidayahabam ♬ Takkan Pisah – Wali
“hamzah, nnti dh besaq org akan kenangkan ayah hg sbb ayah hg baik sngt dlu. mmbesaq dngn baik nahh hamzah☺️❤️” komen Akmal Sarijan
“satu kepuasan yang tidak terungkap bila nampak bini arwah Abam dapat beli semula Vellfire…Semoga terus sukses dan kuat untuk take care anak, Tulis Muhammad Asyraf Bin pula.
“Sedihnya.. sampai2 ja trus cium batu nisan arwah suami dia..nmpk sgt dia rindukn arwah abam😢,” luah MissZarraNadine pula.
ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini Panduan Ibu Bapa Kena Alert Bila Uruskan Anak Waktu PKP Di Lanjutkan. Boleh Follow.

Apabila perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 april 2020, ia memberi kesan kepada pelbagai pihak daripada pelbagai sektor.
Bukan sahaja ia memberi kesan kepada ekonomi negera tetapi juga kepada anak-anak kita. Pelajaran mereka ditangguhkan PKP ini. Bagaimana pun, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas online dan memberi ‘homework’ melalui grup whatsapp sekolah.
Menerusi perkongsian Rahima Dahlan menyediakan panduan kepada ibu bapa menguruskan anak dalam tempoh KPK yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Ikuti perkongsian ini.

REMAJA DAN WABAK COVID-19
Wabak COVID19 yang melanda pastinya memberi cabaran yang hebat kepada golongan remaja yang perlu berada di rumah sepanjang Perintah kawalan pergerakan (PKP). Kanak-kanak mungkin merasa gembira dan teruja kerana ibubapa sentiasa ada bersama mereka di rumah namun situasinya mungkin berbeza bagi remaja seperti yang kita tahu, sangat mementingkan aktiviti bersama kawan-kawan, sudah tentunya tempoh PKP sukar untuk dilalui oleh mereka.
Sebagai ibubapa, berikut dikongsikan sedikit panduan ringkas bagaimana menguruskan anak remaja dan dewasa yang kini berada di rumah dalam tempoh ini.
MEMAHAMI DAN MENGIKTIRAF EMOSI

1. FAHAMI – cuba memahami keresahan dan kekecewaan yang dihadapi kerana tidak dapat keluar berjumpa rakan sebaya, tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa di sekolah atau bermain bersama-sama. Sekiranya anak remaja mula mengeluh dan menunjukkan emosi dan tingkahlaku negatif kerana perlu mematuhi arahan PKP, sebaiknya cubalah untuk berkomunikasi dengan mereka secara berseorangan.
2. TERIMA EMOSI – maklumkan kepada anak remaja bahawa anda tahu dan sedar perasaan kecewa mereka kerana tidak dapat berjumpa rakan pada masa ini. Anda juga terima dan sedar bahawa situasi ini sangat mencabar bagi semua orang termasuklah mereka. Terima emosi yang dirasai, “it’s okay” untuk rasa risau, takut, kecewa atau marah pada masa ini.
3. DENGAR dan IKTIRAF EMOSI – beri ruang untuk mereka luahkan emosi, dengar apa yang ingin diluahkan, iktiraf emosi mereka dan berbincang dengan mereka bagaimana untuk jadikan situasi ini lebih baik dan bermakna.
4. BANTU MEREKA MENYEDARI DAN MEMAHAMI SITUASI WABAK (KEPENTINGAN JARAK SOSIAL & KPK) DARI PERSPEKTIF NILAI DAN TANGUNGJAWAB SOSIAL. Bantu mereka memahami proses ini dari sudut pandang yang lebih luas. Ibubapa mungkin boleh mencuba dengan bertanya kepada mereka:
• “Ibu tahu awak nak jumpa kawan. Ibu tahu awak bosan dan tiada kawan di rumah
• Ibu harap awak boleh sedar dan nampak dengan jelas yang semua orang (termasuk awak) perlu memainkan peranan dalam menghadapi wabak ini. Apa-apa tindakan (seperti keluar rumah) boleh mempengaruhi situasi ini.
• Ibu nak tahu juga, apa yang awak fikir dan risaukan dengan situasi ni?
• Siapa yang awak boleh bantu dan siapa yang mungkin terancam? Macamana awak boleh gunakan kebolehan dan kemahiran yang awak ada untuk bantu masalah wabak sekarang?
• Di masa akan datang pastinya anak-anak dan keluarga awak akan bertanya apa yang awak buat sewaktu wabak ini, jadi apa yang awak nak beritahu nanti pada mereka?”
5. BANTU TENANGKAN MEREKA – Boleh merujuk kepada link yang berkaitan.
6. FIKIRKAN ALTERNATIF – Mungkin boleh diberikan ruang menggunakan interaksi media sosial pada ketika ini, galakkan mereka untuk lebih kreatif bagaimana untuk berinteraksi dangan rakan mereka di media sosial.
CARA KOMUNIKASI

1. Gunakan ayat yang tidak berbunyi mengawal atau mengarah (non-controlling, non-directive)
2. Cara yang lebih baik ialah bertanya pada mereka soalan terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka melakukannya. Remaja akan merasa mereka masih mempunyai kawalan terhadap apa yang perlu dilakukan dan ini secara tidak langsung membantu memberikan motivasi dan semangat untuk melakukannya. Contoh:
“Apa rancangan awak hari ni?”
“Apa rancangan awak hari ni untuk siapkan kerja sekolah online tu?”
“Ada apa-apa ke yang ibu boleh bantu untuk awak buat aktiviti senaman hari ni?”
BANTU PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

1. Memberikan mereka peluang untuk menguruskan diri sendiri, kerja sekolah dan tanggungjawab mereka tanpa leteran dan bersifat kawalan. Namun perlu ditekankan bahawa ibubapa perlu mempunyai “expectation” yang jelas atau mewujudkan struktur dan sokongan bagi memastikan mereka dapat berfungsi dengan baik di rumah pada waktu ini.
2. Bincang bersama mereka dan wujudkan jadual (yang realistik) bagi memastikan proses pembelajaran berjaya dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jadual tersebut termasuklah waktu rehat, waktu bersama rakan (dimedia sosial) dan aktiviti lain seperti bersenam, menonton TV dan bermain games. Prinsip utama ialah lakukan kerja terlebih dahulu sebelum mendapat ganjaran dengan sesuatu yang disukai. Proses pembelajaran atas talian ini mungkin tidak seefektif belajar di sekolah atau kampus namun ianya sedikit sebanyak dapat membantu buat masa ini.
LIBATKAN MEREKA MEMBANTU KERJA DI RUMAH
Mereka dapat membantu dalam menyediakan makanan dan membersihkan rumah. Maklumkan kepada mereka untuk sama-sama membantu kerja rumah. Melayan adik dan bermain bersama mereka dengan baik juga sangat membantu mengurangkan tekanan di dalam rumah disamping membantu mengurangkan gangguan sewaktu ibubapa perlu bekerja dari rumah. Minta mereka fikirkan aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan seisi keluarga.
KEKALKAN CARA HIDUP SIHAT
Bantu remaja kita mengekalkan cara hidup sihat ketika waktu mencabar ini. Tidur yang mencukupi, makan makanan yang seimbang dan melakukan senaman setiap hari dapat membantu untuk menjadi lebih tenang. Rutin harian seperti waktu tidur dan bangun sangat mustahak bagi memastikan mereka memperolehi mood yang positif dan dapat meningkatkan keupayaan belajar.
Sumber: Dr Rahima Dahlan
HPUPM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

