Menerusi akaun Instagram Shakil Aryan Shah, posting terbaru telah meraih perhatian ramai. Akaun Instagram ini merupakan akaun anak kedua kepada artis Emma Maembong dan suaminya, Shazli Azhar. Pasangan ini berkongsi pertumbuhan dan perkembangan Shakil di akaun ini untuk tatapan para peminat.
Baru sahaja diwujudkan, akaun Instagram ini sudah mempunyai sejumlah 14 ribu pengikut. Wah, nampaknya Shakil juga sepopular seperti abangnya, Shariq Gabriel. Perkongsian terbaru ini memaparkan gambar dan video Shakil bersama ibu bapanya.
Seperti abangnya, Shakil juga mempunyai kulit yang putih gebu. Apa yang nampak berbeza ialah pada bahagian mata yang mana mata Shakil kelihatan agak sepet. Sekali pandangan seperti anak orang Cina dan ada juga menggelarkan seperti anak orang Korea.
Sebenarnya, Shakil banyak mewarisi wajah di sebelah neneknya yang merupakan seorang berbangsa Cina. Jadi tidak hairanlah apabila melihat wajah Shakil seperti anak Cina. Anak-anak yang memiliki d4rah k4cukan sememangnya comel-comel belaka.
Ads
Bak kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Walaupun tidak mewarisi wajah ibu bapa sepenuhnya, ada juga yang mewarisi menerusi keturunan nenek moyang mereka. Semoga Shakil Aryan Shah membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.
Untuk rekod, Emma maembong dan Shazli Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang Putera bernama Shariq Arshan Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
Homework bagi kanak-kanak tadika, relevan atau tidak? Hakikatnya kanak-kanak suka bermain dan meneroka persekitarannya. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan aktiviti bermain memberikan minat kepada kanak-kanak. Namun pada masa yang sama mereka perlu melengkapkan diri untuk memasuki alam persekolah secara formal dan dibiasakan dengan homework. Namun persoalannya adalah ia relevan untuk anak-anak prasekolah ini.
Menurut DrSurayah Zaidon , pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Of Malaya Centre Of Continuing Education (UMCCED) dan juga jurulatih di Kanakkanak House, Bangi, homework merupakan satu isu yang telah lama berada di tadika tetapi kurang dibincangkan secara terbuka. Isu ini merupakan satu isu global sebenarnya. Bagi maksud perbincangan di sini, saya skopkan homework atau kerja sekolah sepertimana kefahaman umum khalayak di Malaysia iaitu sebagai tugasan yang diberikan guru untuk disiapkan di rumah.
Tugasan ini berbentuk latihan-latihan dalam lembaran kerja atau buku-buku aktiviti bertujuan mengukuhkan apa yang dipelajari di tadika. Umumnya terdapat tiga perspektif kepada isu ini iaitu relevan kepada ibu bapa, relevan kepada pihak tadika dan tidak relevan kepada kedua-dua pihak tadika dan ibu bapa.
Perspektif relevan kepada ibu bapa, merujuk kepada kumpulan ibu bapa yang amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Kumpulan ini beranggapan homework akan menjadikan anak mereka ‘pandai’. Istilah pandai dihadkan kepada kebolehan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Maka, bagi memenuhi citarasa pelanggan, pihak tadika akur dan menyediakan homework.
Berlainan pula dengan perspektif yang ditunjangi oleh pihak pengurusan tadika yang berkeyakinan homework akan meningkatkan kualiti tadika mereka. Dengan adanya homework, anak-anak didikan mereka akan menjadi lebih terpelajar. Sudah tentu ini akan membolehkan tadika mereka menjadi tadika pilihan kepada ibu bapa.
Manakala bagi perspektif ketiga pula adalah dari kumpulan ibu bapa dan tadika yang mempunyai takrifan ‘pandai’ yang berlainan. Semestinya semua ibu bapa dan guru tadika inginkan anak-anaknya ‘pandai’, tetapi ‘pandai’ yang dimaksudkan oleh kumpulan ini merujuk kepada kemampuan atau kebolehan anak mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.
Perspektif mana yang relevan?
Pada tahap tadika, sewajarnya istilah ‘pandai’ tidak wujud. Apa yang harus diutamakan adalah ‘perkembangan kanak-kanak’. Istilah ‘pandai’ tidak wujud dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang digubal berdasarkan input dari ramai cerdik pandai dan pelaksana dalam bidang awal kanak-kanak.
KSPK bermatlamat memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (KSPK: KPM 2016).
Matlamat tersebut yang begitu terancang dan jelas, menggariskan hala tuju tadika. Apa yang ingin dicapai adalah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek. Maka dalam hal ini, perlu disoroti apakah homework yang diberi, memenuhi matlamat yang digariskan atau tidak.
Kanak-kanak di usia tadika berada di tahap pemikiran konkrit. Ini perlu diambil cakna oleh ibu bapa dan guru.
Apa yang diperlukan untuk berkembang dengan baik adalah aktiviti yang boleh di sentuh, dilihat dan dilakukan secara langsung. Homework seperti membuat latihan menulis atau matematik melibatkan pemikiran abstrak yang belum sesuai pada usia ini. Mereka kurang faham keperluan kerja-kerja tersebut kerana ianya tidak bermakna kepada mereka. Akhirnya homework dibuat dengan rasa terbeban dan stres.
Selain itu, kajian-kajian yang dirujuk juga mendapati homework di peringkat awal kanak-kanak cenderung menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, menghadkan masa santai anak-anak juga menyebabkan gangguan tidur ke atas anak-anak. Akhirnya minat anak-anak untuk belajar berkemungkinan terjejas. Keadaan ini amat tidak membantu perkembangan kanak-kanak.
Cuba fikirkan, adakah latih tubi matematik dalam operasi menambah dan menolak dalam sehelai kertas atau latihan menulis ayat dengan betul dapat mengembangkan potensi anak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial? Adakah anak-anak (dan ibu bapa) gembira meyiapkan homework ini?
Bandingkan dengan homework yang menggunakan pendekatan home activity berikut. Tugasannya adalah untuk membanding beza pelbagai jenis daun. Untuk melengkapkan home activity ini, semestinya bantuan ibu bapa diperlukan untuk sama-sama keluar dari rumah untuk mencari pelbagai jenis dedaun. Maka, selain aspek sosial dikembangkan dari interaksi anak-ibu bapa, hubungan ibu bapa -anak juga ditingkatkan kerana berlakunya aktiviti bersama-sama.
Ini semestinya mengembirakan anak dan ibu bapa maka berlakulah perkembangan emosi dan rohani. Dalam usaha mengumpulkan dedaun, anak-anak akan membuat perbagai perbandingan seperti bentuk, saiz dan warna, di mana secara khususnya aspek intelek anak dikembangkan. Semasa mencari daun, berlakulah gerakan-gerakan otot badan yang dapat mengembangkan aspek jasmani anak pula. Dalam kata lain, satu tugasan home activity ini berupaya mencakupi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Apa itu home activity
Lantaran itu, dicadangkan istilah homework diubah kepada home activity atau aktiviti di rumah.Aktiviti ini perlu melibatkan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa mengalas peranan sebagai guru pertama kepada anak-anak mereka.
Dengan cara ini, ibu bapa dapat memantau, mengenali dan memahami perkembangan anak mereka secara langsung. Aktiviti di rumah tidak perlu dijalankan setiap hari. Ia boleh dijalankan dalam satu tempoh yang berseuaian. Pihak tadika boleh merancang aktiviti ini agar ia dapat menyokong atau memperkayakan pembelajaran di tadika.
Contoh home activity yang boleh dijalankan:
Namun sebelum aktiviti dijalankan, pihak tadika perlu merancang dengan teliti supaya aktiviti yang dijalankan benar-benar dapat mengembangkan potensi anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan. Ibu bapa pula perlu sedar bagaimana aktiviti tersebut dapat mengembangkan potensi anak mereka.
Mungkin ibu bapa boleh dibekalkan dengan check list sebagai garis panduan pelaksanaan aktiviti di rumah. Dengan cara ini kualiti aktiviti yang dijalankan dapat dikawal. Dengan perancangan dan penjelasan yang sewajarnya, semestinya ibu bapa teruja untuk beraktiviti dengan anak mereka.
Dalam keterujaaan ibu bapa memastikan anak-anak mendapat segala yang terbaik, seharusnya kita sebagai ibu bapa tidak cuba mendewasakan anak-anak kita sebelum tiba waktunya. Kembangkanlah potensi mereka. Berilah peluang untuk kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak mereka sepertimana kita pernah lalui dahulu. Let Children Be Children.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah tangga pasangan ini pernah berantakan sehingga sang isteri nekad memfailkan penceraian. Namun, ajal maut joodh pertemuan, segalanya ditentukan oleh Sang Pencipta. Pertalian suami isteri antara mereka masih utuh dan akhirnya mereka bersatu kembali.
Mendung hitam yang memayugi mereka sudah berarak dan mengembalikan sinar dalam rumah tangga dato Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida.
Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13. bersempena hari yang cukup istimewa itu, isterinya, Datin Seri Shahida melayangkan satu dedikasi khas kepadanya di Instagram miliknya. Selamat Hari Kita 10/8/2007-10/08/2020
@aliffsyukriterlajaklaris 13 tahun kita bersama..menempuh suka duka,pahit manis,walaupun kita mmg selalu bergaduh tapi jodoh kita selalu panjang….. . Semoga keluarga yg kita bina ni berkekalan selamanya…kita menjadi hamba yg taat pada Allah….menjadi contoh yg baik buat anak2 kita…
. Selama kita kahwin kita penat cari duit utk nak mengubah hidup…kita dah ada apa yg kita mahu tinggal bersyukur sahaja…andai kata apa yg Allah pinjam ni suatu hari tiada lagi,kita bersyukurlah sebab kita pernah merasa nikmat senang setelah penat kita berusaha…yg penting kita,anak2 kekal bahgia selamanya….. luv u
Kaki buli, biadap, suka melawan dan pelbagai lagi perangai anak-anak baik dulu sehingga sekarang. Bezanya zaman dahulu tiada media sosial yang melaporkan hal ini secara meluas seperti sekarang.
Apa sebenarnya punca kelakuan dan perangai mereka jadi sebegitu rupa? Jom semak 5 faktor yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif di laman facebooknya:
1. Tengah Fasa Egocentric
? Dalam umur 2-4 tahun ni anak kita dalam fasa egocentric lagi. Yang ni takpe, jangan risau. Anak kita nampak macam biadap, tapi sebenarnya dia tengah membina karakter diri. Kita kena bersabar dan tenang tapi jangan sampai tak tegur ye. Kalau anak biadap, kena tegur tapi bagi la SEBAB kenapa perbuatan dia tu salah. Jangan tegur tanpa bagitahu KENAPA perbuatan tu salah.
2. Anak Rasa Tak Selamat
? Kadang-kadang kita teremosi terlebih sangat sampai anak kecil kita rasa tak selamat. Tu la puncanya TRUST anak kita pada kita jadi hancur. Masa anak kecil ni la dia nak kena ada someone yang dia TRUST. Bila anak rasa tak selamat je memanjang, otak dia akan bertindakbalas dengan 3F :
I. Fight ▶ melawan. Ni la antara punca biadap
II. Flight ▶ dia akan jadi penakut dan pasif
III. Freeze ▶ anak jadi konfius dan pendiam
3. Pengaruh Eksternal
? Sepatutnya mak ayah la yang kena pengaruhi anak tapi bila masa kita kurang bersama anak, selalu sibuk memanjang dan hadap handphone 24 jam je maka anak akan cari sumber luar untuk dia ikuti. Tu yang anak jadi mudah terpengaruh dengan anasir jahat di luar sana.
4. Mak Ayah Pendengar Yang Teruk
? Anak biadap ni kadang-kadang sebab dia rasa tak didengari. Ye, tu salah satu cara anak kita nak berkomunikasi dan nak bagitahu kita sesuatu walaupun sebenarnya cara tu salah. Salah kita juga, sebab tak tahu nak baca emosi anak kita. Ada masanya dia perlukan penghargaan kita, ada masanya dia nak kita puji pencapaian dia. Tapi kita tak dengar, sebab kita sibuk dengan hidup kita je!
5. Mirroring
? Yes, anak kita adalah peniru yang sangat hebat. Bila dia nampak kita kurang ajar dengan atuk dan nenek dia, dia akan tiru! Bila dia nampak kira kurang hormat pada suami kita, dia akan tiru! Bila dia nampak kita tak hormat, kasar, biadap dan suka menyuruh tanpa kasih sayang pada isteri kita, anak kita pun akan ikut tiru!
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.