Ditegur suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata macam ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat. Mungkin?
Sebelum suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa, apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi dan segar.
Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak.
Kombinasi antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.
Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!
1. Guna Daun Sirih
Daun sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Dalam apa jenis keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk elakkan badan berbau.
1. Usahlah memakai pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara
pakaian yang tidak dibasuh.
2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.
3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.
4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.
5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.
Bagaimana Perpeluhan Berlaku?
Peluh terjadi daripada lapisan kulit kasar yang mengalami proses pengelupasan atau sel kulit mati. Sel kulit mati ini pula datangnya daripada lapisan epidermis yang mengandungi sekitar 2.4 juta kelenjar. Ia akan berlaku dalam kepelbagaian kadar kepekatan pada daerah badan yang berbeza secara purata pada 1500 hingga 3000 sentimeter.
Kelenjar peluh berada pada kawasan-kawasan yang mempunyai daya kepekatan yang tinggi biasanya pada sekitar tapak tangan, tapak kaki sebaliknya bukan pada permukaan halus pada bibir.
Kelenjar peluh yang terdiri daripada lingkaran tiub yang berbentuk saluran yang bersambung pada hujung liang roma. Dinding tiub meliputi sel-sel yang mana air dan garam berkumpul dari saluran darah dan keluar dari salur yang khusus.
Perpeluhan atau keringat normal adalah penting untuk menjaga suhu badan. Perpeluhan adalah mekanisme pengatur suhu tubuh, penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya suatu yang amat berat untuk di terima oleh ahli keluarga, bila tiba-tiba orang yang kita sayangi tidak kembali ke pangkuan asbab dikatakan hilang.
Tentunya kehilangan ini meninggalkan banyak tanda tanya dan teka teki hingga usaha untuk terus mencari tidak terhenti oleh ahli keluarga yang lain.
Hal yang sama juga cuba dilakukan oleh dua orang anak kepada Ustaz Musthafa Kamal Abdullah Jemaah umrah yang hilang di Tanah Suci Mekah sejak sebulan yang lalu. Difahamkan dua beradik ini akan berangkat menunaikan umrah Jumaat depan sekali gus berikhtiar untuk mencari ayah mereka.
Anak sulungnya, Muhammad Nabil Musthafa Kamal, 26, berkata, dia akan ke Tanah Suci bersama adiknya, Muaz, 17 sebagai mana dilaporkan media.
“Sebagai anak, naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup”
“Kebetulan ada tarikh sesuai dan slot kosong serta perbelanjaan hasil bantuan keluarga dan saudara mara juga mencukupi, jadi kami akan berangkat menunaikan umrah.
“Sudah pasti peluang ini juga akan kami gunakan untuk mencari ayah termasuk mungkin mengedarkan risalah dan gambar ayah di sana dan ini antara ikhtiar paling besar kami sebagai waris.
“Sebagai anak, naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Sejak ayah hilang 12 Disember lalu, kami sekeluarga melakukan pelbagai ikhtiar. Kami tidak putus-putus berikhtiar antaranya buat solat hajat di masjid Batu Pahat serta bacaan Yassin di sekolah tempat ayah mengajar, setiap Khamis.
“Ada juga keluarga kami merujuk beberapa pakar perubatan Islam termasuk dari Darussyifa’ untuk membantu mengesan ayah.
“Saya juga sentiasa berhubung dengan seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana yang tampil secara sukarela mencari ayah,” katanya.
Mohon Doa Semua
Selain itu, Muhammad Nabil berkata, sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk mahupun perkembangan terbaharu mengenai status ayahnya, namun keluarga mengharapkan ayahnya ditemukan dalam keadaan selamat.
“Sejak awal kehilangan ayah, kami sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Johor; Wisma Putra serta Konsulat Malaysia di Arab Saudi.
“Saya juga dimaklumkan Wisma Putra, mereka sudah membuat laporan kepada Kedutaan Malaysia di Arab Saudi manakala Konsulat pula mengeluarkan surat kepada Kementerian Luar Negeri Arab Saudi untuk bantu mencari ayah.
“Kami mohon pihak agensi kerajaan Malaysia bertindak agresif termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi supaya keberadaan ayah segera diketahui.
“Kami juga memohon doa semua rakyat Malaysia dan bantuan orang ramai yang menetap di Makkah, dalam usaha mengesan ayah saya,” katanya.
Untuk info pada 6 Disember lalu, Musthafa berangkat menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz dan dua beranak itu dijangka pulang ke tanah air, 18 Disember lalu.
Bagaimanapun guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas Muaz menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah.
Media turut melaporkan, seorang mutawwif, Mansor Khalid, mendedahkan, beg milik Musthafa ditemukan di kaunter penyambut tetamu hotel selepas tiga hari kehilangannya dilaporkan.
Anak-anak ni macam-macam karenah, itulah yang dikongsikan Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli mengenai anak sulungnya, Aqeff Anaqi.
Dalam laman Instagramnya, isteri kesayangan Amar Baharin ini memuatnaik ‘perbualannya’ bersama anaknya yang kini sudah mencecah usia lima tahun.
Amyara mengakui terharu apabila anaknya Itu walaupun belum mahir menulis, tetapi tetap berusaha menulis meskipun pelbagai abjad digunakan dan langsung tidak difahami apa yang ingin disampaikan.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting. Love you son,” kongsi Amyra Rosli menerusi kapsyennya.
Untuk rekod, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan selain Anaqi, pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya perempuan, Ayra Aryssa yang lebih setahun usianya.Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet. Ada yang memuji Amyra yang tetap melayani anaknya, tak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.