Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Oleh itu, jangan sesekali mendongak ke atas sampai tak kelihatan apa yang ada disekeliling kita.
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Datuk Paduka Mustapha Kamal menitipkan pesanan dan nasihat di laman Facebook miliknya yang ringkas tapi penuh makna.
“Kalau kaya jangan sombong, kalau cantik jangan tergedik-gedik dan kalau ada kuasa jangan berlagak. Itu semua hanya sementara,” tulisnya di ruangan kapsyen pada gambar dirinya bersama isteri kesayangan.
Ads
Susulan perkongsian itu, orang ramai telah memberi pelbagai reaksi dan bersetuju dengan pendapat peribadi yang diberikan oleh pelakon yang berusia 61 tahun itu meskipun hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju mesej yang disampaikan ada maksud yang sangat mendalam dan boleh dijadikan sebagai peringatan yang baik untuk umum.
Ads
Sekadar info, Mustapha Kamal telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Paduka Susan Manen yang dipercayai mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurnikan empat orang cahaya mata.
Jika sebelum ini Sherie Merlis kelihatan begitu buntu dengan situasi yang menimpa keluarganya, merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar adik perempuannya yang positif Covid-19 dibawa ke pusat kuarantin.
Ini memandangkan keadaan rumah yang mereka huni begitu sesak dan tidak sesuai untuk melakukan pengasingan kendiri. Ada hanya dua bilik tidur yang dihuni 11 ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan enam kanak-kanak.
Selepas membuat pendedahan di akaun instagram miliknya berhubung keadaan yang menimpa keluarganya, akhirnya pelakon Sherie Merlis dan keluarga mendapat bantuan segera.
Berkongsikan kisah bantuan yang telah diterima oleh keluarganya, Sherie merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang bertindak segera menyelesaikan kebuntuan dan kerisauannya berkenaan penempatan adiknya yang dijangkiti Covid-19 itu.
“Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.
“Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata rakan artis dan peminatnya mengucapkan syukur alhamdulillah dan berpesan agar Sherie jaga kesihatan dan kekal kuat untuk berdepan dengan ujian Covid-19 ini.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro dilaporkan Sherie merayu kepada pengikut media sosial di Instagram, untuk membantunya berkaitan kebuntuan yang dihadapi apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.
Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat itu, Sherie yang kelihatan sugul jelas sangat risau mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.
“Adik saya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya dia disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adik saya disuruh balik ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.
“Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.
“Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif Covid-19 dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.
“Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan. Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak,” katanya.
Di dalam rumah berkenaan, hanya Sherie, bapa dan suami adiknya, saja sudah lengkap dua dos vaksin. Justeru, dengan situasi berlaku itu Sherie seorang saja yang masih sihat dan wajar untuk dia ambil berat kepada ibu bapa dan beberapa anak kecil yang ada di dalam rumah itu.
Wajah yang kacak dan senyuman manis Faizal Hussein menjadi pujaan hati ramai peminat dulu sehingga kini.
Siapa tak kenal kan dengan hero Gila-Gila Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya.
Memulakan karier dalam bidang lakonan pada tahun 1972 dan sehingga kini Faizal Hussein masih aktif. Bahkan, namanya masih ‘laku’ dan menjadi pilihan penerbit serta pengarah drama.
Bahkan, Faizal sebelum ini pernah berkongsi petua awet muda. Menurut Faizal, dia hanya minum air masak dan tidak minum air yang berais. Selain itu, Faizal juga tidak akan tambah makan walaupun hidangan yang disediakan sangat sedap.
Biarpun sudah lebih 30 tahun di persada seni, nama Faizal Hussei masih kekal relevan dalam industri hiburan tempatan. Tidak hairanlahnya namanya disebut-sebut setelah membintangi beberapa buah filem dan juga Drama.
Hasil perkongsian hidup bersama Suhaila Sulaiman yang juga pelakon, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Fazrick Faizal,16 dan Fazryn Faizal, 13.
Baru-baru ini, Pemenang Anugerah Pelakon Drama terbaik 2019 ini berkongsi gambar anak-anaknya. Rata-rata memuji wajah anak-anak saling tak tumpah dengan ibu bapa mereka.
Si sulung Faizal, Fazryn membesar menjadi anak gad1s yang cantik dan manis orangnya. Begitu juga adik lelakinya, Fazrick yang juga telah dewasa dan juga memiliki senyuman yang manis.
Anak-anak Faizal sudahpun remaja namun Faizal dan Suhaila masih terlihat muda belia. Memetik kata Faizal di kapsyennya, tiada apa yang istimewa cuma masa berharga bersama insan tersayang.
Pelakon, Nad Zainal selesa memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta yang lebih mahal kos pendidikannya.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi pandangannya melalui TikTok mengenai keputusannya dan suami untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan.
Menurut Nad lagi, pendidikan awal sebenarnya bermula dari rumah, dan beliau percaya bahawa disiplin serta nilai yang diajar di rumah adalah perkara yang paling utama.
“Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta.
“Jawapannya mudah, jimat dan saya yakin, didikan serta disiplin awal itu bermula dari rumah,” ujar Nad.
Selain itu, Nad yang berusia 34 tahun itu juga menegaskan bahawa ramai individu yang berjaya dalam hidup mereka adalah “produk” dari sekolah kerajaan.
Tambah Nad lagi, keputusan menghantar anak ke mana-mana sekolah haruslah dibuat mengikut kemampuan keluarga masing-masing.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong pandangan Nad, dengan menekankan bahawa peranan ibu bapa di rumah adalah yang paling penting dalam mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa, mereka adalah contoh yang pertama dalam kehidupan anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.