Anak remaja selalunya jika diajak masuk ke dapur memang ‘liat’. Macam-macam alasan apabila disuruh bantu ibu di dapur.
Tak kiralah lelaki atau perempuan, sikap ‘liat’ tu memang membuatkan para ibu keseorangan memasak di dapur.
Ada juga anak yang gemar memasak tapi kekemasan dapur tidak dijaga.
Gelagat remaja lelaki ini yang menunjukkan perbezaan antara sikap ibu-ibu dan remaja di dapur raih perhatian warganet.
Mana taknya, situasi itu turut berlaku kepada diri mereka. Biasanya apabila ibu memasak, segala perkakasan dapur dibasuh dan disimpan dengan kemas. Sebaliknya apabila remaja yang memasak. Memang huru-hara dapur.
Moga jadi iktibar untuk mendidik anak-anak supaya rajin ke dapur dan mengamalkan cara kebersihan yang betul.
Perkara asas tentang ASB Financing ryang perlu diketahui, elak dari kena ditipu. Selain menyimpan di Tabung Haji dan beberapa institusi perbankan lain, ASB Financing juga sering disebut sebagai salah satu kaedah pelaburan.
Namun, jangan sekadar mengikuti jejak rakan tanpa memahami kesesuaiannya dengan kewangan kita.
Menyedari ramai yang belum faham tentang ASB Financing ini, penasihat kewangan Azmir Harif berkongsi lima perkara asas yang perlu diketahui.
1. Beza ASB Financing dan ASB Loan
ASB Financing adalah kaedah pelaburan yang patuh syariah (Islamik), manakala ASB Loan adalah konvensional. Bagi mereka yang beragama Islam, disarankan memilih yang patuh syariah kerana hala tuju wang dijamin mengikut prinsip Islam. Banyak bank kini menawarkan ASB Financing yang patuh syariah, jadi pilihlah yang sesuai untuk mengelakkan penyesalan di akhirat nanti.
2. Kadar Keuntungan vs Kadar Dividen
Apa bezanya?
Kadar Keuntungan: Ini adalah peratusan yang bank akan caj dari jumlah pinjaman ASB anda. Pilih kadar yang paling rendah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih.
Kadar Dividen: Ini adalah peratusan keuntungan yang anda akan peroleh dari simpanan ASB, biasanya sekitar 7%. Walaupun kadar ini boleh berubah, anda masih akan mendapat keuntungan selagi tiada penurunan drastik yang jarang berlaku.
3. Jumlah dan Tempoh Pinjaman
Selalu kita lihat tawaran seperti ini:
“NAK BELI KERETA DAN KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN? AYUH MAKSIMUMKAN PINJAMAN ANDA SEHINGGA RM200K, LEPAS 3 TAHUN ANDA DAPAT KAHWIN DAN BELI RUMAH SEKALIGUS.”
Ini semua tidak praktikal! Ramai yang terpedaya akhirnya tidak mampu membayar balik kerana gaji tidak mencukupi dan komitmen terlalu tinggi.
Untuk permulaan, ambillah jumlah pinjaman yang lebih kecil seperti RM50,000 atau maksimum RM100,000, dengan bayaran bulanan sekitar RM250++ hingga RM500++. Jangan mudah terpedaya dengan muslihat untuk memaksimumkan pinjaman.
Tempoh pinjaman juga boleh ditarik panjang kerana tujuan anda adalah untuk menyimpan, bukan melabur untuk jangka pendek. Seeloknya, pilih tempoh maksimum sehingga 30 tahun.
4. Pengiraan
Pengiraan adalah aspek penting dalam ASB Financing. Terdapat tiga jenis pengiraan utama yang perlu difahami:
Bayaran Bulanan
Nilai Serahan (Surrender Value)
Kadar Dividen Tahunan
Anda boleh mencari maklumat lanjut mengenai pengiraan ini melalui Google atau YouTube untuk pemahaman yang lebih mendalam.
5. Kemampuan Kewangan
Anda perlu mengetahui tahap kewangan masing-masing. Jangan samakan dengan rakan lain. Jika anda mampu bayar RM200 sebulan, ambillah bayaran bulanan sebanyak itu. Setiap orang mempunyai komitmen bulanan yang berbeza.
Yang paling penting, jangan mudah terpedaya dengan muslihat untuk memaksimumkan pinjaman dengan harapan mendapat keuntungan besar. Ambil tahu secara keseluruhan mengenai pengiraan, keuntungan, risiko kerugian, dan maklumat terperinci sebelum membuat keputusan.
Dengan memahami lima perkara asas ini, anda akan lebih bersedia dan bijak dalam membuat keputusan mengenai ASB Financing.
Siapa tak seronok kalau dapat berkotak-kotak kiriman daripada seseorang, lagi-lagi daripada orang tersayang. Inilah kegembiraan yang ingin dikongsikan oleh seorang anak yang menerima kiriman yang tidak disangka-sangka daripada ibunya di kampung.
“Yeayy dapat durian fresh dari Pahang 🤍 terima kasih ibu n family pahang ❤️🥰 setelah sekian lama tak dapat balik pahang 🥲 RINDUUUUU 😭🥺”
Demikian kapsyen yang ditulis pada video yang dikongsikan di aplikasi TikTok
Sehingga kini video tersebut telah mendapat perhatian hingga ditonton 242.7K jumlahnya.
Memetik perkongsian cerita Nur Amirah Afiqah Hamdan bersama mStar, buah durian yang dikirim ibunya adalah durian kampung hasil daripada kebun milik keluarganya di Chenor, Pahang.
“Sebenarnya ada beberapa pokok dekat kebun tapi musim-musim sebelum ini tak menjadi. Kalau balik kampung, kami selalu pergi kebun ibu saudara sahaja dekat Jerantut, Temerloh.
“Tiba-tiba beberapa bulan lalu, ibu beritahu pokok-pokok durian kami keluarkan bunga. Hari-hari juga ibu update pasal pokok durian, siap bagi gambar tunjuk buah yang tengah lebat.
“Bila dah mula gugur baru-baru ini, ibu pun cuba pos. Mula-mula dia tanya satu syarikat kurier tapi mereka tidak terima. Ibu cuba lagi tanya kurier lain dan mereka terima sebab ibu bungkus elok tak ada bau.
“Alhamdulillah, baru sahaja sampai tiga hari lalu… ibu kirim tiga parcel. Bukan buah durian sahaja, siap ada petai lagi. Hari pertama semua lima biji durian habis dimakan bersama keluarga mentua yang tinggal di sini,” jelas anak bongsu daripada tiga beradik ini yang menetap jauh berbanding dua abangnya yang tinggal berdekatan dengan ibunya di kampung.
Tambahnya lagi,”Ibu tetap nak anak dia yang duduk jauh ni merasa hasil durian dari kebun sendiri. Maklumlah saya pun dah hampir lima bulan tak balik Chenor. Kali terakhir balik kampung adalah ketika majlis pernikahan saya.
“Siapa tak rindu…tapi tak balik pun tak apalah sebab dapat durian yang ibu kirim. Terubat juga rindu.
“Ibu kirim lagi buah-buahan trip kedua. Ada durian, rambutan dan buah mesta,” ujarnya dan turut berkongsi video menerima parcel kali kedua yang istimewa daripada ibunya.
Meninjau di ruangan komen, ramai turut berkongsi rasa rindu untuk pulang ke kampung untuk menikmati durian di kebun sendiri. Tidak kurang ramai ingin tahu proses untuk lakukan perhantaran durian yang dilakukan oleh ibu Nur Amirah. Semuanya dijelaskan olehnya di ruangan komen dan semoga ianya memberi manfaat untuk semua.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi dia yang menentukan segalanya.
Kegembiraan bergelar ibu dan ayah hanya seketika bila mana isteri tersayang pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan, arwah tidak sempat menatap wajah si kecil.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh saudara Izrul Mat Taib apabila isteri tersayang tidak sempat melihat anak sulung mereka membesar kerana di jemput Ilahi selepas 40 hari melahirkan.
Allahyarhamah Norehan Zainal dikatakan meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi darah beku di jantung tanpa melihat anak mereka, Annur Ayesha.
Baru-baru ini (8 September ), pasangan ini sepatutnya menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat kali kedua.
Namun, mereka hanya mampu merancang, biarpun tidak dapat menyambut bersama isteri tersayang, saudara Izrul membawa anak kecil mereka ke pusara arwah isterinya.
Hari ni ulang tahun perkahwinan kita syggg yg ke 2thun..sdih xdpt smbut ngan awk tahun lpas pon kita smbut biase2 je awk ckp xpe tahun dpn kita smbut bertiga meriah skit sbb ade ank tapi tahun ni kita smbut at sni je cme alam kita berbeza…
Kadang hati ni rasa redha kdg x sy sygggg awk sngt2 trbyang2 awk ade lagi ngan sy…da lame nk mlwat awk tapi hari ni sy ambk cti nk bwak ayesha jmpe awk sbb hari ni ulang tahun perkahwinan kita…..
kdg sy rasa down sngt2 tapi hdup prlu dtruskan hrap awk damai la dsana dan smga awk dtmpatkn dklngan org beriman smga suatu hari nnt kita dpt berkumpul kluarga kcik kita nnt d syurga……
Sy ngan ayesha syggg awk sngt2….awk sntiase dhati sy love u sygggg
#8-9-18
#8-9-2020
#ulangtahunperkahwinanke2
#sytetapsygggawk
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...