Berkat usaha gigih dan tidak putus asa, akhirnya wanita tabah ini mengecap bahagia bila mana berjaya memiliki kedai sendiri. Hidayah yang merupakan balu kepada pelawak terkenal, Abam sebelum ini berniaga cempedak goreng d tepi jalan sahaja. Namun sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai membolehkan ibu kepada seorang cahaya mata ini berjaya memiliki kedai sendiri.
Menurut Hidayah, kedai tersebut diperoleh hasil titik peluhnya berniaga cempedak goreng dan usaha itu telah direalisasikan oleh abangnya apabila membantu mendapatkan kedai daripada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Alhamdulillah syukur pada Allah, hari jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan Cempedak goreng dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini. Terima kasih abg dayah @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support dayah.. terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat pada 02/08/2020.. Alhamdulillah syukur.. #kitabaikramaisayang #comingsoonopeningshop #KedaiHidayahAbam Hal tersebut telah dimaklumkan sediri Hidayah menerusi Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur diatas khabar gembira tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dari warganet, rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Hidayah dalam bisnes tersebut.
Ads
mr.muhamadfaizul Alhamdllh,moga rezeki buat dayah dan hamzah bertrusan dan tbah serta sabar disaat apa yang jadi,moga hati tabah buat dayah
masjid_onemillionviewTahniah hidayah. Yang baik2 untuk dayah hamzah dan keluarga dayah 🤗🙂🙂 in sha Allah. Aamiin
ctrosidah77 masya Allah,, doa Dayah di makbulkan Allah kerana ujian2 yg perlu dayah hadapi selepas kepergian suami.. stay Strong, Allah sentiasa sayang hambanya yg ingat padanya
malaikat_maut83Alhamdullillah… rezeki hamzah n dayah…. dayah jgn risau.. we will always be with you n hamzah….
fairuznorazmanAlhamdulillah. Kalau dah rezeki dayah tak kemana kan.
arameera_Amiin..Kita support awak dayah..awak boleh.. superwoman😍
iedahamzah91Alhamdulillah , semoga @hidayah_abam kuat demi anakmu dan dikurniakan rezeki yg melimpah ruah. Semoga Allah melindungi kamu sekeluarga ❤️
Pelakon Azah Aziz yang kini menetap di Montreal, Kanada berkongsi cara menitipkan ucapan raya buat para peminatnya.
Itulah yang dimuatnaik menerusi satu video di Instagram. Di dalamnya kelihatan tiga orang anak lelakinya Aaron, Ryan dan Justin memberikan salam dan ucapan.
Azah atau nama sebenarnya, pemilik nama sebenar Norazah Aziz, 48, menjelaskan, tahun ini mereka cuba berkongsi foto mengenakan persalinan raya apabila menganjurkan rumah terbuka.
“Ucapan Selamat Hari Raya from my boys, Aaron, Ryan and Justin. Tahun ni tak de baju melayu semua dah tak muat dan first raya Justin sekolah, yang lagi dua busy.
“Hubby pun buzy kerja, so sebab tu tak de gambar raya tahun ni, nanti kita buat open house will try to get everyone together for raya pictures.
“Hahh, sorang cakap selamat hari raya, sorang cakap assalamualaikum lakk, ok tak pe Sambut jangan tak sambut okay,” tulis Azah dikapsyennya.
Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Rasa berbaloi penat apabila dapat merasai hasil sendiri.
Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama. Lepas ni tak perlu lagi nak beli atau merungut harga sayur semakin mahal. Tanam sendiri lebih baik, Selain menjimatkan, ia juga dapat membantu anda menjaga kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia seperti mana sayur di luar sana.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Pernah suatu ketika dulu berat badannya mencecah hingga 70kg dan sering kali juga ditegur oleh suami tentang perubahan berat badannya itu. Tidak mahu terus dibebani dengan masalah berat badan, dia nekad untuk lakukan sesuatu.
Ketahui apa tindakan yang membolehkan wanita ini mendapat berat badan ideal dalam tempoh 3 bulan dan ini perkongsiannya.
Berat badan Saya pernah mencecah 70KG dan berjaya turun sehingga 51KG dalam masa 3 bulan sahaja. Sesuai dengan ketinggian saya 160cm. Saya diet untuk memudahkan urusan saya untuk solat dan memudahkan pergerakan seharian.
Start 1 Januari 2019 hingga Mac, saya buat diet atkins +IF* tak ambil air manis, tak ambil nasi, dan tak bersenam pun sebab gaya hidup saya memang aktif dan minum air kosong sehari 3 liter, target 5 liter. Akhirnya saya puas hati dengan berat badan yang saya miliki kini.
Selain itu, mengimbas kembali perkara yang memotivasikan dirinya untuk menurunkan berat badan, ini jawabnya.
“Sebenarnya saya nak mencari semangat baru dalam diri sebab saya akan tamat sebagai Pegawai Tadbir Kontrak di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Mac 2019. So saya start diet Januari 2019, kiranya takde la saya rasa down bila keje takde kalau diri cantik.
Sebelum ini suami pernah berkali-kali nasihat kepada saya supaya jaga badan sebab dia tak pernah melihat saya obes. Jadi suami menyokong penuh untuk melihat saya berubah ke arah yang lebih sihat.
Sejujurnya suami pun tak sangka saya nekad untuk kuruskan badan sebab sebelum ni dia dah asingkan baju-baju zaman saya kurus dan berikan kepada mereka yang memerlukan dan ada juga yang telah dijadikan kain buruk.
Tapi bila saya sudah berjaya kurus saya sering juga complain kata dekat suami yang saya takda baju dan dia belikan banyak baju baru. Ada hikmah juga tu kan, alhamdulillah.
Mengalihkan soalan dalam bab pemakanan untuk seisi keluarga, adakah mungkin turut terkesan dengan rutin diet hariannya, ini pula perkongsiannya.
Rutin pemakanan famili tak berubah sebab saya baru ada anak seorang yang masih kecil dan saya tinggal berasingan dengan suami atas faktor kerja. Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah tips untuk konsisten apabila berat badan ideal telah dicapai.
Seperti mana saya, selepas bangun tidur saya minum air kosong segelas, dont skip breakfast , makan nasi sekali sehari pada waktu siang, minum air 8 gelas sehari & dan make sure last makan 3 jam sebelum tidur. InsyaAllah tak kan gemuk.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.