Jika ditanya kepada anak-anak kita, makanan apa yang paling tidak digemarinya. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila jawapannya adalah menu sayur-sayuran. Malah kalau boleh mereka mengharapkan janganlah ada terselit walau sehelai sayur sekali pun di dalam pinggan makanan mereka. Masalah ini memang serius! Dan ini pastinya menjadi suatu keresahan di hati kita sebagai seorang ibu yang mahukan anak-anak kita mengambil makanan yang berkhasiat dan menu yang lengkap.
Untuk itu, melalui perkongsian daripada seorang ibu yang berjaya memancing selera anaknya yang mana sebelum ini memang payah untuk disuruh makan sayur, malah boleh bergusti katanya dek kerana memaksa anak makan sayur.
Tetapi luar biasanya kini, semua itu tidak lagi terjadi. Malah ibu ini terasa begitu syahdu bila anak-anaknya sudah pandai meminta pelbagai jenis sayur-sayuran untuk dimakan. Apa sebenarnya yang dilakukan hingga jadi begitu? Ayuh kita baca perkongsiannya.
Antara keresahan utama seorang ibu bila anak-anak ada penyakit picky eater! Susah yang amat makan sayur. Suruh anak makan sayur ibarat mak ajak anak main lawan gusti.
Aduhai. Tak pernah mereka suka bila makan sayur.
Hinggalah suatu hari, abang saya kenalkan sejenis Kewpie Roasted Sesame ni kat saya masa balik rumah mak. Pelik bila tengok dia makan sayur macam makan nasi 2 pinggan.
Masa tu apalagi, kita jakun tengok dia ratah. Lepas tu bari try n mula fall in love dengan kewpie ni.
Ads
Nak jadi cerita, semalam kena cari dinner. Area hotel ni mahal giler. Fast food memang tolak tepi.No choice, saya masuk 7e. Nampak salad ada jual by pack.Rembat sepaket .
Sampai bilik, paksa anak makan.Diorang merajuk nak makan nasi. Saya tahu, ni masa terbaik nak paksa makan sayur time lapar belaka. Paling payah yg sulung, Habib. Langsung taknak. Mak is sedikit kejam, pegang mulut, sumbat sikit dlm mulut. Mula tu nak muntahkan balik. Lepas kunyah, dia senyum. Nak lagi umi!
Ads
Yes!Misi berjaya.
Pagi2 diorang request gi cari kewpie ni kat HeroMarket. Seronoknya bila jumpa, sambar 2 botol. Dalam kepala umi ni, ada dah idea.Ni semua sayur yang diorang pilih sendiri. Sementara tunggu husband habis kursus, makan ni dalam kereta.
Ibu-ibu kalau nak bagi anak makan sayur, Nah! Beli Roasted Sesame ni sekali.Sure berhantu!Seriously!
Saya nangis bila diorang request nak makan sayur.Saya bagi diorang pilih sayur yang diorang nak.Kenapa nangis? Sebab bertahun saya cuba bagi diorang makan sayur Dan itulah kegagalan saya seorang ibu bila diorang taknak sayur. Lagi kejam bila ayat padu makcik bawang,Patutlah anak kurus keding.
Ibu-ibu mesti faham perasaan saya kan?
sumber : Siti Maisarah Saifuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat hasil kreativiti yang diilhamkan oleh Puan Izz dalam menghasilkan langsir dengan modal yang ekonomi, tentunya cukup mengujakan.
Apatah lagi, menurutnya dia tidak mempunyai kepakaran menjahit, namun mampu hasilkan langsir yang cukup sweet sepertinya ini.
Ini perkongsiannya.
Saya ada tengok dalam group eco diorang buat, tapi dorang buat biasa-biasa je saya tengok.. Saya suka olahkan bagi lagi menarik.. kiranya design semua tu dari saya lah..
Reben pun macam dorang buat selapis je.. Saya buat 4 keping.. Campur dengan kening 1/2…
Semua saya beli dekat kedai eco.. 1 barang RM 2.10.. Untuk 1 pintu 4 1/2 keping jadi kos dalam 1 pintu hanya RM10.50.. Saya beli 5 keping alas meja.
Saya jahit tangan sahaja.. Tak pandai guna mesin.. Beli mesin jahit mini pun masih tak pandai guna.
Sekejap je jahit.. Jahit bodo-bodo orang kata. Sehari pun dah boleh siap.. ..
Saya buat langsir ini tahun lepas. Bulan ogos.. Sekarang masih ok.. dan raya memang tak tukar lain.. Guna yang tu je.. Hehe.. Cuma kena basuh je..
Komen suami pula, dia suka sangat. Benda boleh jimat kan.. Sebab tu sekarang ni kalau saya ajak pergi kedai eco.. Dia ikut kan je.. Dia tak tanya nak beli apa.. Dia nak tengok je apa laa isteri dia nak buat pulak.
Idea yang kreatif, itu yang boleh disimpulkan apabila melihat anak patung barbie yang digubah cantik menjadi hantaran dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah didapati.
Idea ini dikongsikan oleh wanita yang hanya dikenali sebagai Eybu AyuHairies menerusi Kelab kaki deco barang eco / mr .diy. Menurut wanita ini lagi, idea tersebut datangnya dari suaminya sendiri yang turut sama-sama membantu menyediakan barang hantaran tersebut.
Hantaran / Hadiah Birthday girl dari barang2 EcO..
“Saya dapat idea buat hntaran anak patung barbie dari kedai eco. Adik lelaki saya nak bertunang. Tapi saya tak tahu nak bagi hantaran apa. Kebetulan lalu area barang2 hantaran.Ada ternampk hantaran anak patung barbie.
“Niat nak beli tapi mahal RM60. Lepas tu suami bagi idea suruh buat sendiri. Jadi kami bajet dalam RM30, pergi ke kedai Eco. Dari situ kami dapat idea, beli bakul kecil, coklat dan anak patung barbie pun ada jual.
“Semua 100% barang Eco. Saya buat hantaran ini dengan mengambil masa sehari je, dalam 2 atau 3jam. Suami saya yang banyak membantu dan kami buat hantaran sama,” ujarnya lagi.
Terima kasih..
Selamat mencuba..😁
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar peranti HUAWEI, siri nova 7 baharu kembali dengan lebih banyak aplikasi dan gaya. Anda boleh mendapatkan segala keperluan gaya hidup dalam satu aplikasi dan ia akan dihantar terus ke hadapan rumah anda. Semuanya hanya melalui Huawei Siri Nova 7 dengan harga serendah RM1,499.
Telefon pintar dari Huawei ini bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Aplikasi yang disediakan HUAWEI ini turut membolehkan pengguna memindahkan kenalan, sistem pesanan ringkas, log panggilan, nota, rakaman, kalendar, foto, muzik, video, dokumen dan aplikasi telefon lama ke telefon pintar HUAWEI baru.
Jadi, tidak perlu lagi risau anda bakal hilang aplikasi kegemaran apabila menukar peranti baru dengan HUAWEI AppGallery dan pemindahan data juga lebih mudah. Ini kerana, selepas diuji, pengguna dapat menggunakan HUAWEI AppGallery pada telefon pintar itu untuk memuat turun semua aplikasi kegemaran.
Malah, terdapat banyak aplikasi untuk diterokai di HUAWEI AppGallery kerana ia memiliki hampir semua termasuklah mencari maklumat, melalui media sosial atau bermain permainan atas talian. Kebanyakan aplikasi disediakan memang untuk digunakan untuk tugas seharian, permainan menyeronokkan dan banyak lagi.
Huawei AppGallery: Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran
Selain dilengkapi dengan HUAWEI AppGallery iaitu aplikasi mudah alih ketiga terbesar, pengguna juga dapat mencari semua aplikasi yang dimahukan menerusi peranti ini.
Bagi anda seorang yang suka membeli-belah, anda boleh memilih untuk tetap berada di rumah tetapi dapat menikmati aktiviti yang digemari dengan selesa. Melalui aplikasi yang terdapat di HUAWEI AppGallery dan Siri HUAWEI nova 7 baru segalanya hanya di hujung jari anda.
Selain itu, terdapat aplikasi lain yang boleh ditemui di HUAWEI AppGallery . Antaranya Whatsapp, facebook dan TikTok. Malah, anda hanya berbelanja menerusi Siri HUAWEI nova 7 dengan melayari platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Caring antara aplikasi e-dagang yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery.
Menerusi HUAWEI siri nova 7 yang baru ini juga, peminat K-Drama boleh menonton cerita menarik melalui Huawei Video, Viu, DimSum yang semuanya boleh diperoleh melalui HUAWEI AppGallery.
Jika anda pengguna HUAWEI, anda tidak perlu risau mengenai keselamatan HUAWEI AppGallery ini kerana ia dianugerahkan CC EAL 5 + terbaik di industri dan sijil keselamatan selain Huawei cloud memberikan 50 GB storan.
Tebus ganjaran
Dengan sistem ganjaran, pengguna diberi lebih HUAWEI Points jika semakin banyak aplikasi dimuat turun. Pengguna boleh menggunakan ID HUAWEI untuk menebus ganjaran dan pek hadiah yang menarik di pusat hadiah HUAWEI AppGallery.
Bagi menghargai pengguna, Huawei menyediakan banyak cabutan bertuah untuk memenangi hadiah menarik sekali gus memastikan mereka mendapat ganjaran semasa menggunakan HUAWEI AppGallery.
Terdapat juga aplikasi lain iaitu HUAWEI Browser, HUAWEI Assistant (pembantu berita dan AI), HUAWEI Cloud, HUAWEI Email, WPS Premium (aplikasi pejabat), MeeTIME (panggilan video), HUAWEI Welink (aplikasi Telecommuting), HUAWEI Readers (aplikasi membaca), HUAWEI Calander, HUAWEI Music, HUAWEI Video.
Terdapat banyak aplikasi lain di AppGallery, tetapi jika anda tidak dapat mencari aplikasi tertentu, jangan risau kerana anda boleh menyelesaikannya dengan memuat turun APK. Anda boleh memuat turun APK secara langsung menggunakan Penyemak Imbas Huawei, atau melalui kedai aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora Store.
Huawei Phone Clone
Tidak kira sama ada anda pengguna iOS atau Android – HUAWEI Phone Clone serasi dengan telefon anda tanpa mengira jenama. Muat turun aplikasi percuma dari Google Play atau Apple Store.
Bukan tu je, pemindahan super cepat, dengan kelajuan 1GB per minit. Foto, video, kenalan, dan fail lain yang anda sayangi akan dipindahkan dengan mudah dan selamat dengan penyulitan rangkaian tanpa wayar yang selamat. Tidak ada sandaran di awan. Tiada cakera keras yang berat.
Anda tidak memerlukan Wi-Fi atau aliran data – Cukup imbas kod QR atau sambungkan hotspot tempatan telefon baru. Sedia untuk dipindahkan.
Huawei Phone Clone adalah penghijrahan data yang sesuai – Aplikasi yang disediakan oleh HUAWEI. Anda dapat memindahkan kenalan, SMS, log panggilan, nota, rakaman, kalendar, foto, muzik, video, dokumen, dan aplikasi telefon lama anda ke telefon pintar Huawei baru.
Maklumat lanjut mengenai Huawei AppGallery, sila layari: https://bit.ly/2Y1Gvek
Selain daripada AppGAllery, berikut merupakan ciri-ciri HUAWEI siri nova7 yang anda mesti mengetahui.
HUAWEI Siri nova 7 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummber Purple. Rekaannya cukup minimal dan sangat ringan. Dengan sokongan pemprosesan Kirin 820 5G, ia disertakan dengan liputan 5G, mutu foto dan kualiti video 4K yang mengkagumkan.
Dilengkapi dengan bateri 4000mAh dan 40W HUAWEI SuperCharge, kita dapat mengecas dengan cepat iaitu 70% dalam masa 30 minit. Dengan teknologi 5G yang ada membuatkan telefon bimbit ini menjadi telefon bimbit 5G paling murah dan mampu milik. Yang paling penting, ia disertakan dengan aplikasi MeeTime yang membolehkan kita mengadakan panggilan video dengan mutu yang berkualiti.
Melalui Huawei Share, pengguna dapat pengalaman dalam perkongsian fail.
Tonton Video di bawah untuk mengetahui lebih tentang Huawei nova 7 Series:
Semua ciri di atas mampu menjadikan HUAWEI nova 7 Series sebagai telefon pintar yang cukup moden, mudah diguna dan menghiburkan anda.
Tunggu apa lagi, jom dapatkan Huawei siri nova 7 dan nikmati pelbagai aplikasi menarik dengan harga yang cukup berpatutan, klik sini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di