Sejak isu pengasuh dan dera anak ni, saya rasa terpanggil nak share satu perkara yg terjadi pada saya sendiri dan perkongsian dari seorang ustaz yg merubah pandangan saya

Ada satu hari tu, The Amnas tak sihat. Saya ambil cuti utk jaga diorang dua. Time tu bulan puasa, saya pun tengah sarat.

Ya rabbi, nak jadi cerita hari tu lah hari yg dua dua decide tak berapa nak behave. Bangun pagi bocor atas katil, lepastu rebut mainan, tarik rambut sana, gigit sana sini, jerit jerit, taknak pakai baju, conteng sofa conteng dinding.

“Kalau Kakak Buat Salah, Ummi Sabar La”, Ibu Ini Jelaskan Kenapa Perlu Doa Untuk Diri Sendiri

Sampai saya rasa stress sangat sangat sangat. Rasa macam tak percaya kenapa tiba tiba diorang macamni ni. At the same time rasa macam memang Allah nak uji sangat and bagi pahala lebih, lagi lagi bulan Ramadhan kan.

Risau saya akan lebih lebih marahkan diorang, cepat cepat text husband. Just bagitau rasa stress je. Perlukan kata kata semangat dari dia. Sekali lunch hour, husband terus sampai rumah dengan makanan favourite diorang, and terus suapkan makan, settlekan sapa yg nak poopoo etc etc and suruh saya rest. Sempat husband nasihat diorang macam macam suruh behave suruh jaga ummi suruh tolong ummi .

Time tu rasa macam baru tersedar dari lamunan.  Rasa macam, uishh memang emosi perempuan ni mcm ombak eh.  Tetiba jadi monster jadi hilang sabar, jadi hilang segala prinsip parenting or whatsoever ,tetiba boleh pulak jadi yg paling sabar, paling penyayang, paling ceria etc etc

Saya duduk terdiam lepas husband pergi kerja balik.  Duduk muhasabah balik mana hilangnya kesabaran dan kecekalan saya.  Takkan saya nak anak anak saya bayangkan saya seorang ummi yg garang, suka marah and segala yg tak baik kan.

Nak jadi cerita, apa yg buat saya paling terkesan adalah malam tu.  Time dah nak tidur.

Amna macam biasa akan book nak tidur dengan saya. Aleya kat mana mana n dengan siapa pun dia boleh tidur . Tiba tiba Amna panjat katil, duduk tepi saya

” ummi, ermm boleh tak amna nak cakap sikit dengan ummi? ”

Gulpp.

Ayat ni, ayat yg saya akan cakap dgn Amna everytime saya nak slowtalk dengan dia tentang behavior dia.

Tak sangka dia guna sebijik sebijik ayat tu

” Boleh sayang. Amna nak cakap apa? ” saya tanya

” Hurmmm,

” Hurmmm,

” Ummi, ummi memang marah sangat sangat sangat ke kat Amna harini? ”

………………………

IKLAN

Saya sedih.

Amna bulan ni baru genap 4 tahun. Tapi kadang mungkin sebab dia petah sgt bercakap, dia sangat independent, banyak benda boleh buat sendiri, saya terlayan dia macam orang besar, mengharapkan dia faham.

Saya tahu dia terkesan haritu, saya tahu hati dia mungkin sedikit terluka dengan ketidaksabaran saya

Terus saya peluk dan rangkul dia ketat ketat

” Ummi sorry.. ummi sorry Amna, ummi bla bla bla blaa…… ( segan nak cerite )

Amna pun mcm biasa, bila dah dapat explaination, dia pun akan cool dan tenang sikit.

Lepas tu dia sambung cakap lagi

” Ummi, ummi kena sabar tau. Kalau kakak buat salah, ummi sabar la…. ”

Muka dia penuh pengharapan

Aduh, memang insaf sangat rasa malam tu

Huhu. Dan malam tu juga, saya terbaca perkongsian dari seorang ustaz ni tak ingat dah sapa

Yang ni yg saya nak share ni.


DOA BUKAN UNTUK ANAK TETAPI UNTUK IBU JUGA

Katanya, wanita ni darjat dia tinggi.

Bayangkan, doa seorang ibu adalah doa yg paling senang Allah nak makbulkan

Tapi kadang kadang si ibu ni banyak focus doa utk anak anak

Doa nak anak pandai

IKLAN

Doa nak anak soleh solehah

Doa nak anak senang solat

Doa nak anak terpelihara

Doa nak anak jadi hafiz hafizah

Semua tu bagus dan sgt penting

Tapi si ibu selalu terlupa utk berdoa utk DIRINYA SENDIRI

Doa Allah bagi kekuatan mental, physical, emotional dan spiritual bila deal dgn anak

Doa Allah pelihara amarah kita dari dilampiaskan kepada anak anak

Doa Allah pelihara segala tindakan yg tak sepatutnya terhadap anak

Doa Allah jaga percakapan kita dengan anak anak

Doa Allah kurniakan setinggi tinggi kesabaran bila anak tantrum

Doa Allah lembutkan hati untuk sentiasa terima baik buruk anak kita

Doa Allah sentiasa ilhamkan kita perkara yg terbaik untuk kita didik anak anak

IKLAN

Doa doa ni yg selalu para ibu terlepas pandang

Kadang kadang kita rasa atas usaha kita lah anak anak kita behave. Atas ilmu parenting yg kita gali, anak kita terbentuk. Atas kekreatifan kita, anak kita tak tantrum. Atas kerajinan kita sediakan makanan, anak kita bukan jenis picky eater. Betul semua tu, sebab semua benda tanpa usaha adalah sia sia, tapi yg sebenarnya, semua tu asebab sahaja

Semua tu adalah BANTUAN Allah pada kita.

Sebab tu jadi seorang ibu ni penting sgt sgt kekuatan hubungan dengan Allah

Sebab segala yg kita nak yg terbaik,

Allah lah yg akan kabulkan.

Allah lah yg akan tunjukkan jalan.

Allah lah yg akan mudahkan

Kalau kita punya hubungan dengan Allah pun fail, kita time solat pun terkejar2,

solat pun asalkan solat, lepas solat sikit pun taknak spend masa nak betul betul berdoa, terus cabut telekung sambung buat kerja rumah etc etc,

macam mana kita nak kuat untuk teruskan journey mendidik anak kita dengan acuan agama Islam yg sebenar ?

Terus saya rasa macam ditampar tampar!

Semua ibu dalam dunia ni nakkan yg terbaik untuk anaknya.

Tapi tipulah kalau kadang kadang kita tak ‘breakdown’ bila deal dengan anak anak terutama fasa diorang baru nak explore macam macam benda.  Sebab tu jangan pandang remeh bab DOA dan APA yg kita doakan.

We never know dari celah mana Allah nak tolong kita dan kabulkan doa kita

Just….. jangan lupa, DOA ?

” Ya Allah, jangan engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata sekalipun atau kadar masa yang lebih singkat dari itu, ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang Maha Memperkenankan segala permintaan ”

Sumber:Mastura Mohd Ismail

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI