Dalam melayari alam rumah tangga kena ada ‘give and take’.Jika suami yang memahami kosep perkahwinan yang sebenar pasti tahu pemberian nafkah yang sebenarnya. Tidak hairanlah jika ada antara suami yang banyak duit nanti tidak pernah lekat di tangan.

Ada sahaja keperluan yang tidak mencukupi. Sebab tu nak rezeki murah jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.
“Kalau Kita Tahan Nafkah Isteri, Rezeki Kita Juga Akan Tertahan.” Lelaki Ni Dedah Apa Yang Berlaku Bila Tak Kedekut Dengan Isteri!Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Perkongsian dari saudara Akhtar Syamir cukup menarik untuk bacaan kita bersama. Biarpun nilai yang diberi kepada isteri tak banyak, namun berkat dan itulah yang membolehkan rezeki semakin bertambah.
“Kalau Kita Tahan Nafkah Isteri, Rezeki Kita Juga Akan Tertahan.” Lelaki Ni Dedah Apa Yang Berlaku Bila Tak Kedekut Dengan Isteri!“Baby, ada 2 ringgit tak? Nak bayar ikan pekasam nanti, RM12 je. Sayang order dengan kawan.” Tanya isteri saya Nora Azni semalam.
“Ambil dalam dompet I”, jawab saya ringkas.
“Eh, ade duit 5 ringgit la.”
“Ambillah, memang I tukarkan kat mamak pagi tadi, I tahu U kumpul duit 5 ringgit”
“Tapi I kumpul duit RM20 jugak”
“Ambillah, ade sekeping tu, simpan elok-elok”
“2 ringgit ni I ambil jugak tau, nak bayar ikan pekasam”
“Ye, ambillah. Rasa macam kena rompak dah ni. Hahahaha..”
Itulah yang berlaku semalam. Dalam hati saya bersyukur kerana dapat beri isteri saya simpan.
Sejak PKP bermula dan kerajaan umumkan dapat penangguhan bayaran ansuran rumah dan kereta, saya mula bahagikan 3 duit gaji saya.

“Kalau Kita Tahan Nafkah Isteri, Rezeki Kita Juga Akan Tertahan.” Lelaki Ni Dedah Apa Yang Berlaku Bila Tak Kedekut Dengan Isteri!Asalnya saya rancang untuk fokus pada bayar balik hutang jahat seperti hutang kad kredit. Tetapi saya ambil keputusan untuk bahagi 3.

1 bahagian untuk bayar hutang jahat.
1 bahagian untuk kegunaan saya, bayar bil dan keperluan rumah.
1 bahagian lagi untuk isteri.

Bila buat macam ni, bukan sahaja isteri saya yang rasa seronok, tapi saya yang rasa lagi seronok. Hidup saya rasa lebih gembira, rezeki alhamdulillah semakin ada. Hati saya pun lebih tenang.
Lepas tu saya perasan dia ada simpan duit RM5 dari awal tahun lagi. Sengaja saya tukarkan RM5 bila ada kesempatan semasa keluar kerja atau pulang dari kerja. Selalu saya yang akan ingatkan supaya ambil RM5 dalam dompet.
“Kalau Kita Tahan Nafkah Isteri, Rezeki Kita Juga Akan Tertahan.” Lelaki Ni Dedah Apa Yang Berlaku Bila Tak Kedekut Dengan Isteri!
Selepas itu saya buat pula simpanan GOAL guna maybank2u.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158135561045490&id=633435489
Sasaran saya ialah RM550 dalam masa 6 bulan lagi. Saya nak belikan dia emas untuk dia pakai dan simpan. Ini tak campur simpanan RM5 dan RM20 dia lagi.
Saya perasan. Semakin banyak saya beri padanya, semakin banyak saya dilimpahi rezeki.
Sekarang, setiap kali keluar ke kedai, saya akan sengaja bayar dengan duit besar supaya ada kebarangkalian akan dapat RM5.
Janganlah kedekut dengan isteri. Percayalah, didalam rezeki kita, ada rezeki isteri juga. Kalau kita menahan-nahan nafkah isteri, rezeki kita juga akan tertahan-tahan.

“Kalau Kita Tahan Nafkah Isteri, Rezeki Kita Juga Akan Tertahan.” Lelaki Ni Dedah Apa Yang Berlaku Bila Tak Kedekut Dengan Isteri!Ramai yang ingat, nafkah isteri itu hanya menyediakan makan dan tempat tinggal sahaja. Salah tu. Itu adalah tanggungjawab. Nafkah ini ialah duit untuk menjadi hak multak isteri. Terpulang kepada dia nak buat apa. Jangan pula kita dah beri dan mengharapkan dia beli barang dapur dengan duit itu pula. Salah jugak tu.

Semoga dapat mencetus idea dan merungkai kekeliruan. Siapa geng simpan RM5?
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
http://t.me/broohsemfans
BroOhsem

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI