Memandangkan banyak berlaku lambakan durian yang telah dijual pada harga murah, inilah masanya buat tempoyak untuk simpanan.
Biasanya kalau ada durian yang kurang elok ramai yang suka buat tempoyak. Namun berbeza dengan cara wanita ini jika nak buat tempoyak. Beliau menggunakan isi durian yang masih elok untuk memastikan tempoyak tahan lama dan tak masam serta berbuih.
Ikuti perkongsian beliau.
Percaya tak kalau akak cakap ade tempoyak yang dibuat tapi dicampur ngn pisang..masa keje kedai mkn dulu tokey akak memang selalu beli tempoyak pisang tu nk jimat kat nye tapi rasa nye kurang sedap macam tempoyak durian saja tu.
Nak buat tempoyak yang sedap guna la durian yang elok jangan guna yang dah pecah-pecah nanti tempoyak nya mudah berair berbuih masam lain macam dan tak tahan lama… Alhamdulillah setakat ni duk buat tempoyak memang tahan lama tak berair tak berbuih dan tak masam sangat masih ade rasa manis-manis durian tu.
Cara penyediaan buat tempoyak
Ads
Isi durian yang dah di buang biji nye. Cili api lagi banyak lagi sedap. Garam scukup nye
1. Tumbuk cili api tak lumat sangat pun pe lepas tu masukkan ke dalam isi durian dan msukkan garam secukup nye gaul rata bagi betul-betul sebati 2. Boleh rasa klau x cukup garam boleh tambah lps tu masukkn dlm tabung, botol atau bekas yg sesuai dn masukkn dlm peti dn peram sehingga nmpk dh naik blh la nk mkn 3 Boleh juga peram kt luar satu hari lps tu baru masuk peti ais 4. Jangan isi penuh sangat dalam tabung @ botol nanti tak ada ruang untuk dia naik itu yang kadang boleh meletup sebab dah penuh sangat. 5. Tempoyak yang guna isi durian yang elok dan cukup garam nye In Shaa ALLAH tahan lama dan tak cepat rosak.
Bagi yang gemar makan berlauk ayam tentu tercari-cari resipi lain untuk menu harian. Tentu bosan asyik-asyik masakan yang sama jer.
Apa kata jom cuba resepi ayam masak rose. Rasanya masam-masam manis pasti sedap. Menariknya resipi ini di kongsi seorang pengguna Facebook, Mariana Abd Majid yang didapati dari tukang masak kenduri sendiri.
Apa kata cuba resipi ni, tentu ada rahsia untuk jadi lebih sedap, maklumlah tukang masak yang bagi resipi. Jom cuba buat!
RESIPI AYAM MASAK ROSE
Bahan-bahan:
Ayam
4 sekawan
Serai 2batang (diketuk)
Daun pandan 2helai (disimpul)
Cili kering (direbus dahulu)*
Carrot (sebatang )*
Tomato(sebiji)*
Bawang besar 3 biji*
Bawang putih5 @6 ulas*
Halia (hiris)*
Serbuk kas kas
Serbuk badam (badam biji tu kisar halus)
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
Susu cair (setengah tin)
Susu pekat (1camca)
Tomato pure
Daun bawang
Daun sup
Garam kasar
Gula
Perasa (jika suka)
Cara penyediaan:
Basuh bersih ayam. Gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kisar halus bahan bertanda (*).
Tumis bawang besar yang dihiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan sehingga sedikit layu.
Masukkan pula bahan kisar yang pertama dulu (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sekejap.
Kemudian masukkan pula bahan kisar yang kedua (cili kering, carrot, tomato). Tumis sehingga pecah minyak.
Bila dah pecah minyak, masukkan pula serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas kas (satukan semua bahan ini dan jadikan pes).
Masukkan susu cair setengah tin, 1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa.
Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak. Tutup api, tabur daun bawang dan daun sup. Siap!
Selamat mencuba!
Nak selera tak hari ini? Apa kata masak ‘mushroom soup’. Rasanya yang pekat dan sedap pasti menjadi kegemaran ramai. Bukan aje kanak-kanak bahkan orang dewasa pun suka hidangan ini.
Rasanya memang sedap dihirup panas-panas atau di cicah dengan roti bawang putih garing. Nak puas makan, jimat serta berbaloi bila buat sendiri sup cendawan ni di rumah. Rasanya lebih sedap berbanding guna pes segera dalam tin .
Jika asyik beli mushroom soup di dalam tin apa kata buat sendiri , pasti elak kandungan pengawet yang tinggi dalam tin.
Jom buat!
RESEPI CREAMY MUSHROOMS SOUP TANPA GUNA SUP CENDAWAN DALAM TIN Tahu tak canned Mushrooms soup tu tak sihat? Tinggi garam & banyak pengawet. Memandangkan Ibu saya tak sihat, memang ibu tak lalu makan & tak tahan pedas langsung, kesian Ibu. Jadi saya masakkan untuk Ibu Mushrooms Soup yang senang berkhasiat tapi mudah sangat! Abah pun berselera kemain makan. Kat bawah saya sertakan resepi, korang boleh buat bagi anak-anak makan.
BAHAN-BAHAN :
Dania sarankan korang guna pure butter, barulah mengaum bau wangi dia semerbak harummm.Dania gunakan Anchor Butter Murah & sedap. Sebanyak mana terpulang korang la, mcm Dania suke lebih sikit… Angkat selera bile bau butter tu. -Butter saya pakai anchor & Olive oil.
Resepi ni dimasak semasa Ibu saya ade dan sedap sangat dia makan, Saya masak ni pada tarikh posting di post & sekarang 2/12/2019 Ibu saya telah pun kembali kepada penciptanya, Sedekahkan Al-Fatihah kepada Ibu saya Monaliza Binti Majidah.
Siapa yang tak nak kaya. Tiada masalah kewangan dan dapat membeli apa sahaja yang diidamkan. Bak kata orang, harta turun keturunan pun tak habis.
Tapi untuk menjadi kaya ini, tentu ada caranya agar dapat mengurus kewangan dengan bijak. Bukannya bersikap boros.
Nak tahu caranya, ikuti tips yang disediakan oleh Thomas C. Corley, di mana beliau telah menggunakan masa beliau untuk belajar dari orang-orang kaya berkenaan dengan cara mereka menggunakan duit mereka yang banyak dengan bijak.
Mana tahu, dengan strategi boleh buat kita semua kaya-raya seperti mereka. InsyaAllah!
1. Ada Tabiat Merekod Setiap Duit Yang Mereka Guna
Ini sikap yang tak ramai orang ada. Kita boleh perhatikan sikap ini setiap hari dengan amat mudah.
Bila beli barang di kedai, berapa ramai yang ambil resit?
Kalau ambil pun, berapa ramai yang simpan? Atau resit itu akhirnya masuk ke dalam tong sampah?
Kalau nak jadi kaya, kita boleh mulakan dengan menanam sikap ambil tahu.
Kaji setiap pergerakan duit kita setiap bulan. Sama ada di bank atau penggunaan kad kredit.
Dari sini, kita akan perasan banyak benda yang kita bayar, tapi tak berapa penting untuk kita guna.
Contohnya seperti yuran keahlian kelab (seperti gym atau lain-lain), langganan, atau caj rahsia untuk setiap servis yang kita sedang gunakan.
2. Audit Perbelanjaan Mereka Secara Berkala
Kos perbelanjaan kerap berubah dari semasa ke semasa.
Contohnya, kos untuk bayar takaful. Ia akan meningkat atau menurun dalam satu jangka masa tertentu.
Mula kaji bayaran yang kita buat untuk perkara ini. Pilih kadar takaful yang terendah untuk rumah, kereta, dan nyawa.
Periksa bayaran untuk takaful kesihatan. Mungkin kita masih bayar perkara yang tak sepatutnya. Contohnya, takaful untuk anak-anak kita yang sudah bekerja, atau mereka sudah mula bayar takaful untuk diri sendiri, atau lain-lain.
Sama juga dengan kos seperti servis Internet atau Astro. Kaji perkara ini dan dapatkan kos yang terendah untuk servis-servis ini.
Jika perlu, boleh potong langganan ini untuk elakkan pembaziran (Info tambahan: Orang kaya jarang tengok TV).
Kita juga boleh cari dan kaji pelan telefon bimbit yang terbaik. Servis ini sentiasa bersaing dan kerap ubah pelan mereka untuk menangi hati pelanggan.
3. Beli Kereta Terpakai Yang Berkualiti
Kereta baru akan hilang nilai selepas beberapa saat ia beredar dari kedai. Ini perkara yang tak dapat kita elak.
Kita boleh hindarkan perkara ini dengan membeli kereta terpakai. 44% orang kaya suka beli kereta terpakai yang berkualiti. Ini berdasarkan daripada kajian yang Thomas buat.
Kita boleh gunakan tip ini: Mereka akan beli kereta yang tak gunakan banyak mileage. Kita cuma perlu sediakan kos untuk selenggara kereta terpakai ini (tukar tayar, minyak hitam, dan sebagainya).
Walau apa pun, ia masih berbaloi dan masih murah berbanding beli kereta baru.
4. Mereka Hargai Setiap Kupon Diskaun
Terkejut? Kajian Thomas selama 5 tahun telah membuktikan perkara ini. Ini adalah tabiat yang jimatkan penggunaan duit yang amat berkesan. 30% orang kaya akan gunakan kupon untuk beli makanan harian mereka.
Ini jelas menunjukkan mereka amat berhati-hati semasa berbelanja (dan ini tak bermakna mereka tak ada duit). Kenapa kena bayar lebih untuk makanan atau lain-lain benda, jika ada kupon diskaun yang boleh diguna?
Tak guna lebih 30% daripada gaji mereka untuk bayar kos rumah. Ramai yang sukar nak percaya perkara ini, tapi ia adalah hakikat yang terpaksa mereka telan.
Bukan semua orang kaya akan pilih untuk duduk di rumah banglo atau istana.
Kajian Thomas membuktikan bahawa 64% lebih suka duduk di rumah yang sederhana, asalkan ia selesa dan boleh tampung bilangan ahli keluarga mereka.
6. Ada Tabiat Tawar-Menawar
Ramai yang lebih rela bayar lebih untuk barangan yang dibeli. Ini adalah tabiat orang miskin.
“Padahal, kita boleh sahaja tawar-menawar untuk dapatkan harga yang lebih murah,” jelas Thomas.
Orang yang ada tabiat ini boleh jadi kaya dengan mudah. Tawar-menawar adalah tabiat orang kaya yang boleh kita amalkan selalu (tapi tengok tempat. Takkan kat supermarket seperti MYDIN atau TESCO nak tawar-menawar juga?)
7. Mereka Tak Gunakan Kad Kredit Yang Tak Ada Kelebihan
Ada banyak program kad kredit yang beri kelebihan kepada pelanggan mereka.
Biasanya, program ini akan berikan ganjaran berupa point.
Point ini boleh ditukar kepada produk percuma atau lain-lain, bergantung kepada tawaran dari pihak bank.
Sebagai contoh, American Express berikan sehingga 88% pulangan untuk setiap perbelanjaan yang menggunakan kad kredit ini. Contoh lain seperti Barnes and Noble. Point yang dikumpul boleh ditukar kepada kad hadiah (gift card) secara percuma, 100% tanpa sebarang caj tambahan.
8. Ada Objektif Yang Jelas Kenapa Mereka Simpan Duit
Mereka ada satu jenis tabiat, iaitu simpan duit dalam pelbagai jenis akaun atau lain-lain bank.
Untuk ini, mereka biasanya akan asingkan duit dalam satu jumlah yang besar.
Kemudian, mereka akan bahagikan sesebuah jumlah ke dalam setiap akaun yang ada.
Sebagai contoh, katakan kita mampu asingkan 10% daripada pendapatan kita setiap bulan.
Kita boleh ambil 5% dan simpan sebagai duit persaraan kita, 2% untuk perbelanjaan, 1.5% sebagai persediaan untuk sebarang kecemasan, dan lebihan 1.5% untuk modal pusingan bisnes (ini hanya sekadar contoh sahaja).
9. Mereka Simpan Duit Secara Automatik
Kata kunci untuk perkara ini adalah: Perlaksanaan.
Kita boleh setkan agar setiap jumlah tertentu disalurkan terus ke setiap akaun secara automatik. Jumlah ini akan ditolak daripada pendapatan (gaji) bersih kita setiap bulan.
Dengan cara ini, kita tak perlu simpan duit secara manual.
Ia juga memaksa kita untuk berbelanja dengan cermat, sebab kita simpan duit dahulu dan belanja baki duit yang tinggal.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...