Apabila memasak, perkara yang paling utama adalah cara membersihkan makanan. Ia adalah untuk mengelak berlaku keracunan makanan yang boleh memberi komplikasi seperti muntah, cirit-birit, sakit kepala dan demam.
Salah satu makanan yang agak sukar untuk dibersihkan adalah makanan bercengkerang. Memang mencabarannya nak membersihkannya.
Kerang, siput sedut, kepah dan lala adalah antara makanan bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur serta kotoran yang melekat. Makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna mudah dicemari tumbuhan dan hasil laut yang beracun.
Bagi yang bercadangan memasak makana lala, sudah tentunya ada petua untuk membersihkannya. Salah satunya adalah menggunakan cili kering atau cili burung.
Seterusnya ikuti petua wanita ini. Mudah aje.
Ada tak yang macam sis. Kalau nak masak lala,kepah dan spesies lebih kurang dengannya rendam dahulu dengan cili kering@ cili burung. Supaya semua pasir yang melekat kat dalamnya kuar habis.
Petua nak keluarkan pasir
Ads
Cili kering/ cili burung
Air untuk rendam
Bilas, tiga atau empat kali hingga bersih. Kemudian baru masak menu kegemaran seisi keluarga.
Bersahur sebenarnya cukup dengan sajian yang ringkas dan apa yang lebih penting menu yang dipilih perlulah mampu membekalkan tenaga untuk tubuh sepanjang hari.
Umumnya, ibu-ibu akan memasak bagi memastikan hidangan yang disajikan berkhasiat dan segar kepada keluarga tercinta. Pun begitu, ini memerlukan ibu-ibu bangun lebih awal bagi menyediakan persiapan tersebut.
Untuk lebih memudahkan ibu-ibu, apa kata sediakan menu yang istimewa ini tanpa perlu dimasak. Cukup mudah, hanya perlu sediakan sebelum masuk tidur dengan hanya memakan masa 2 minit dan kemudian boleh dinikmati ketika bersahur.
Menariknya menu ini, ia kaya dengan khasiat dan mampu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh anda dan seisi keluarga untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang berpuasa.
Ingin tahu resipinya, di sini telah dikongsikan oleh Tengku Asmadi yang cukup dikenali dengan program dietnya. Begitu juga resipi daripada Mitz Suez ini sesuai untuk dicuba.
Menu sahur ringkas sedap dan mudah 2 minit siap
Ini antara amalan saya bila berpuasa bersahur dengan menu yang ringkas tapi berkhasiat. Resepi pun campak-campak kisar telan, semudah itu anak-anak pun wajib suka.
Bahan-bahan
4 biji kurma bergantung pada jenis dan saiz kurma
Segelas susu segar dalam 200ml
3 sudu oat biasa saya guna rolled oat
1 biji pisang berangan atau pisang emas
Cara buat :
Mudahkan ini 30 saat pun siap. InsyaAllah boleh tahan seharian sebab serat dari kurma oat dan sumber protein dari susu segar.
Ini pula cara Mitz Suez menyediakan overbight oats yang tidak kurang lazat juga nampaknya. Penyediaannya juga cukup ringkas dan mudah. Jom semak.
“overnight oats” ni..sesuai utk yg nak sarapan ringkas, cepat, kenyang dan menyihatkan. Sesuai juga utk bersahur terutama yg nak kurangkan pengambilan nasi/makanan berat semasa bersahur nanti. Raya boleh pakai kebaya pinggang 18 inci”- Mitz Suez
Khidmat dan bakti yang dicurahkan oleh doktor dan jururawat dalam menjaga ahli keluarga kita yang sedang sakit ketika berada di dalam wad memang besar pengorbanannya. Keikhlasan hati mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada semua pesakitnya, jika dilihat sama kasih sayang dan layanannya seperti menjaga ahli keluarga sendiri.
Bersempena Hari Jururawat yang disambut semalam (12 Mei), Doktor ini telah berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati tentang hubungan kasih sayang antara jururawat di hospital tempatnya bertugas dengan anak kecil yang dinamakan Dewi Yusra.
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya agar dapat memberi kesan yang lebih baik untuk kita semua dalam menghargai jasa untuk setiap orang yang ada disekeliling kita lebih-lebih lagi kepada jururawat dan doktor yang banyak berjasa.
Di hospital dulu, antara pesakit yang paling lama kami pernah jaga adalah seorang bayi perempuan bernama Yusra.
Sejak lahir, sehingga umurnya setahun lebih, bayi ini berada dalam NICU kerana kondisinya yang memerlukan bantuan mesin ventilator untuk bernafas. Tugas saya ketika itu adalah untuk menjaga luka lubang ventilasi di kerongkongnya dan di kepala.
Dewi sentiasa dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tak bergerak. Macam sleeping beauty yang sedang tidur. Menanti putera yang tak kunjung tiba, sambil ditemani orang kerdil yang menjaganya tidur.
Kamilah orang-orang kerdil tu. Para doktor dan jururawat.
Ahli keluarga bayi ni pada mulanya kerap datang melawat, namun semakin hari bertambah, semakin jarang, dan sampai satu tahap, hanya datang bila dipanggil oleh pihak hospital.
Maka, tanggungjawab menjaganya jatuh dibahu para jururawat. Jururawatlah yang beri susu melalui tiub di hidungnya. Jururawat yang membersihkan najisnya.
Malah, nama Yusra itu pun mereka yang beri.
Ia nama timangan yang diberi oleh jururawat NICU kepada bayi itu memandangkan tiada nama rasmi yang didaftar untuk bayi ni oleh ahli keluarga. Kerana ni nama timanganlah saya berani gunakan nama ini.
Rutin saya adalah untuk melawat Yusra setiap 2-3 tiga hari sekali untuk menukar balutan luka. Kerap juga ketika saya bertandang ke bilik Yusra, terlihat jururawat sedang bercakap-cakap dengan Yusra. Ada masanya menyanyi untuknya.
“Yusra, birthday Yusra hari ni tau. Bila Yusra nak OK?”
Itu antara dialog yang saya dengar pada salah satu lawatan saya ke NICU. Nadanya tak ubah seperti yang biasanya diucap oleh seorang ibu kepada anaknya yang sakit. Tangannya pula sedang sibuk menukar lampin Yusra.
Di bingkai katil, kelihatan tertampal kad sambutan hari lahir. Buatan tangan dan dipenuhi ucapan hari lahir para jururawat dan petugas NICU yang lain. Syahdu pula lihat situasi tu.
Berbahagi kasih
Menjaga bayi di NICU adalah tugas para jururawat, namun memberi nama yang indah-indah adalah sesuatu yang peribadi, sesuatu yang intim, sesuatu yang insani, yang hanya berlaku jika ada kasih dan sayang di dalam hati.
Sambutan hari lahir Yusra juga bukti Yusra bukan cuma seorang pesakit di NICU pada para jururawat, tetapi seorang kanak-kanak yang selayaknya dirai walaupun sejak lahir hingga umurnya mencecah 365 hari, dia hanya berbaring di dalam katil di NICU.
Seingat saya juga ada mereka belikan baju raya buat Yusra. Warna kuning jika tak silap. Yusra kena pakai pakaian hospital, jadi mereka bentang baju itu diatas dadanya. Seolah-olah Yusra memakainya.
Pulang Bertemu Kekasih Abadi…..
Setelah menumpang kasih selama setahun lebih di NICU, akhirnya tiba masa untuk dia pulang. Kami bersedih, malah pegawai dari jabatan kebajikan sosial perubatan mengalirkan air mata. Yusra pulang menemui kekasih abadi, penciptanya.
Saya harap Yusra menanti ibu-ibunya di pintu syurga dengan senyuman. Itu sahaja yang mampu saya doakan buat para jururawat yang menjadi ibu buat Yusra sepanjang hayatnya di dunia ni.
Terima kasih juga buat semua jururawat yang akan, sedang, dan telah berbakti dengan penuh dedikasi kepada masyarakat. Selagi mana kalian bertugas dengan kasih sayang, selagi itu kami semua akan doakan kebaikan buat kalian.
Salam Ramadan. Selamat Hari Jururawat. Selamat Hari Ibu. Moga diberkati sentiasa olehNya.
Ramai orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lain yang tak kurang pentingnya. Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.
Bagi wanita yang kerap mengalami sakit pada kaki, boleh amalkan petua ini. Terdapat 7 kebaikan merendam kaki di dalam air panas dan garam, tetapi haruslah diingat ianya juga bergantung kepada kesesuaian diri kita juga.
Jika mengalami masalah alahan terhadap air rendaman, silalah hentikannya dengan segera dan dapatkan nasihat dari doktor.
Jom semak 7 kebaikan rendaman kaki dengan garam:
1.Untuk Menghilangkan Bau Pada Kaki
Selepas kita membuka kasut, kadangkala ada bau yang tidak sedap bebas ke udara. Ternyata bau tersebut adalah daripada kaki kita. Keadaan ini sangat mengganggu kehidupan kita, apatah lagi ketika berada di tempat-tempat awam. Orang yang berdekatan dengan kita boleh terganggu dengan bau tersebut. Jika mengalami masalah ini, cubalah untuk merendam kaki denagan air panas dan garam. Ini kerana air garam boleh menghilangkan bakteria yang ada pada kaki.
2. Dapat Mengatasi Masalah Kulit Kaki Pecah-Pecah dan Kasar
Merendam kaki di dalam air panas dicampurkan dengan garam dapat menanggalkan kulit mati dan dapat merawatnya. Untuk kaki pecah-pecah dan kasar, atasilah maslah untuk dengan rendama kaki ini.
3. Dapat Mengatasi Selsema, Demam, dan Batuk
Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki di dalam air panas bercampur garam. ini kerana proses rendaman kaki tersebut membuat tubuh kita menjadilebih segar dan sakit akan berkurangan.
4. Melegakan sakit Kepala
Selain selsema, rendaman kaki dengan air panas dan garam juga bermanfaat untuk rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang kadang kala berlaku kerana perubahan cuaca secara mendadak memang menyekat aktiviti seharian anda, jadi boleh cuba aktiviti ini untuk mengurangkan tekanan pada pembuluh darah disebabkan perubahan cuaca.
5. Untuk Menenangkan Jiwa
Proses rendaman air panas dan garam juga dapat menenangkan jiwa dan memberikan kesegaran pada tubuh kita. Apabila pengaliran darah di kaki menjadi lebih baik, ianya mengurangkan stress pada badan dan minda kita.
6. Perjalanan Darah Menjadi Lancar
Air Panas yang telah dicampurkan dengan garam juga amat bermanfaat untuk memperlancarkan perjalanan darah. Tidak hanya air panas bergaram, tetapi juga air panas biasa.
7. Dapat Menghilangkan Kuman dan Bakteria yang Bersarang di Kaki
Segala kuman dan bakteria penyebab kaki berbau, kaki menjadi kasar akan dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki menggunakan air panas yang dicampurkan dengan garam.
Sumber: Islam Itu Indah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.