Anak adalah harapan buat ibu bapa. Sudah tentu risau apabila melihat anak tidak mendengar kata.
Bimbang nanti akan menjejaskan kehidupan dan masa depan anak. Jadi sudah tentu ibu bapa akan mencari tips atau petua supaya anak menjadi seorang yang baik dan patuh.
Bagi puan Huda Buyong, mengamalkan doa dan amalam inidapat membantunya menjadikan anaknya seorang yang mendengar kata. Malah, mengakui keberkesanannya amalan itu.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Assalamualaikum semua.. Saya nak kongsikan cara lembutkan hati anak. InsyaAllah dengar kata. Cuba puan amalkan yang no 4 tu.
Ads
Waktu anak buka mata aktif dan kurang dengar kan apa yang ibu bapa ckp atau bagi arahan, hanya waktu dia tidur saja yang dia duk diam . Waktu dia duk diam, time tido lah kita amik peluang bagi pesan kat dia atau cakap-cakap dengan dia
Saya amalkan 2, 3 tahun lepas lagi. Alhamdulillah berkesan pada anak saya. Semua tu kita tawakkal pada Allah. Kita hanya usaha , selepas tu tawakkal la pada Allah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Melihat orang lain yang kita kenali berkahwin untuk membina keluarga bahagia, tidak dinafikan kita juga turut rasa tempias bahagianya.
Ini sepertimana perasaannya beberapa hari lepas kita tumpang gembira dengan pengumuman YB Nurul Izzah berkahwin dan sehari berikutnya pula tular mengatakan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selamat menamatkan zaman dudanya.
Abdul Hamid melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) sepertimana memetik laporan daripada akhbar tempatan.
Difahamkan pegawai polis berkenaan, Deputi Superintenden Fazreena Abdul Karim bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia telah melangsungkan perkahwinan bersama Abdul Hamid pada Sabtu yang lalu.
Menerusi laporan sebuah media tempatan, isterinya dipercayai turut mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp.
Abdul Hamid Bador sebelum ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021 sebelum digantikan dengan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Abdul Hamid yang berusia 64 tahun dilahirkan pada 7 Ogos 1958 telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Gombak, Ketua Cawangan Khas Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perisikan Luar (E3), Bahagian Ancaman Ekstrimis Luar, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dan Pengarah Cawangan Khas sejak Mei 2018.
Setelah sah dua jiwa lelaki dan wanita bernikah, secara automatik mereka digelar suami isteri. Maka di situ juga secara automatiknya si isteri akan berada di bawah tanggungjawab suami.
Siapa yang tidak impikan syurga, betul tak? Bertuah seorang isteri mithali dijanjikan syurga kerana mentaati perintah suami. Nak tahu apa kelebihan seorang isteri mentaati suaminya? Jom tengok perkongsian dari Ustaz Sihabuddin Muhaemin yang di kongsi oleh Ubaidillah Alias di laman Facebook miliknya.
Dalam rumah tangga. Hak suami di atas isterinya mengalahkan hak siapapun setelah hak Allah dan Rasul-Nya, termasuk hak kedua orang tuanya. Mentaatinya dalam perkara yang baik menjadi tanggungjawab yang terpenting seorang isteri kepada suaminya. Gelaran isteri yang mentaati suaminya disebut sebagai Isteri Solehah.
Seorang isteri solehah akan sentiasa menempatkan ketaatannya kepada suami di atas segala-galanya, dan tentu sahaja bukan ketaatan yang dimaksudkan di sini dalam kederhakaan kepada Allah, kerana tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah swt.
Isteri yang solehah akan mentaati suami di manapun, dalam situasi apapun, senang mahupun susah, lapang mahupun sempit, suka ataupun duka. Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami. Allah berfirman;
“Bila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya; Masuklah ke Syurga dari pintu manapun yang engkau suka.” (riwayat Ahmad)
Suami adalah syurga atau neraka bagi seorang isteri. Keredhaan suami menjadi asbab keredhaan Allah. Istri yang tidak diredhai suaminya karena tidak taat dikatakan sebagai wanita yang derhaka dan kufur terhadap nikmat suaminya.
Kenapa wanita banyak masuk neraka? Jawabannya dalam hadits berikut; Ketika selesai Rasulullah saw dari solat kusuf (solat gerhana matahari), baginda saw bersabda menceritakan syurga dan neraka yang diperlihatkan kepada beliau ketika solat;
“Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi majoriti penghuni neraka, ya Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.” Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang isteri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) nescaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’.” (riwayat Bukhari dan Muslim ).
“Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud kepada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajiban isteri.” (riwayat Abi Daud, al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Hak suami bagi seorang isteri berada di atas hak sesiapapun manusia termasuklah hak kedua orang tua. Hak suami bahkan harus didahulukan oleh seorang isteri daripada ibadah-ibadah yang bersifat sunnah.
(3). DILARANG BERPUASA SUNAT DAN MEMBAWA TETAMU LAIN DALAM RUMAH MELAINKAN DENGAN IZIN SUAMINYA*
“Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa sementara suaminya ada di rumah kecuali dengan izinnya. Dan tidak boleh baginya meminta izin di rumahnya kecuali dengan izinnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jabir ra menceritakan dalam haji wada’, Rasulullah saw menyampaikan suatu pesanan dalam khutbahnya;
“Bertaqwalah kepada Allah berhubung hak isteri-isteri kamu. Kamu mengambil mereka dengan amanah dari Allah, dan kamu halal berhubungan dengan mereka kerana Allah halalkan melalui akad. Hak kamu yang menjadi kewajiban mereka, mereka tidak boleh membenarkan lelaki asing masuk ke rumah. Jika mereka melanggarnya, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Sementara mereka turut mempunyai hak agar disediakan makanan dan pakaian dengan cara yang wajar, yang menjadi tanggungjawab kamu.” (riwayat Muslim)
ونقل ابن حجر عن النّوويّ قوله؛ في هذا الحديث إشارة إلى أنّه لا يُفتات على الزّوج بالإذن في بيته إلاّ بإذنه، وهو محمول على ما لا تعلم رضا الزّوج به، أمّا لو علمت رضا الزّوج بذلك فلا حرج عليها
“Ibnu Hajar menukil keterangan dari an-Nawawi mengenai hadis ini, bahawa hadis ini terdapat isyarat di mana isteri tidak boleh memutuskan sendiri dalam memberikan izin masuk rumah, kecuali dengan izin suami. Dan hal ini difahami untuk mengelakkan terjadinya hal yang tidak diketahui oleh isteri tentang apakah suaminya redha ataukah tidak. Namun, jika isteri yakin suaminya redha dengan keputusannya, tidak menjadi masalah baginya.”
Sebagai contoh, tetamu yang tidak perlu izin daripada suami yang terdiri kaum kerabat suami atau isteri. Mereka boleh dipersilakan masuk, selama masih mahram dengan isteri. Tetapi untuk tetamu asing, bukan mahram, atau bahkan tidak termasuk keluarga suami mahupun isteri, sementara suaminya tidak ada di rumah maka isteri tidak boleh mengizinkan tetamu itu masuk sewenang-wenangnya. Jika tetamu itu menyampaikan salam, cukuplah isteri menjawab salamnya dengan wajar tanpa membuka pintu. Jika tetamu itu menyedari ada penghuni di dalamnya, dan dia minta izin masuk, cukuplah bagi isteri menyampaikan bahawa suami tidak di rumah dan tidak boleh diizinkan masuk
(4). DILARANG MENJAUHKAN DIRI DARI TEMPAT TIDUR SUAMINYA.*
Dalam hak berhubungan suami-isteri, jika suami mengajaknya untuk berhubungan, maka isteri tidak boleh menolaknya di atas alasan yang tidak munasabah. Rasulullah saw bersabda;
“Apabila seorang wanita menghindari tempat tidur suaminya pada malam hari, maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi hari”. Dalam suatu riwayat yang lain disebutkan, “Sehingga dia (isteri) kembali (kepada suami).” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
(5). BERBAKTI DI DALAM RUMAHTANGGA SUAMINYA.*
Di antara kewajiban seorang isteri atas suaminya juga adalah, hendaknya seorang isteri benar-benar menjaga amanah suami di rumahnya, baik harta suami dan rahsia-rahsia suaminya, begitu juga bersungguh-sungguh mengurus urusan-urusan rumahtangga suaminya. Rasulullah saw bersabda;
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (maksud), “ayat ini menunjukkan wajibnya seorang isteri taat kepada suami dalam hal berbakti kepadanya, ketika bepergian bersamanya dan lain-lain. Sebagaimana juga hal ini diterangkan dalam sunnah Rasulullah saw.” (Lihat Majmu al-Fatawa 32/260-261)
Berkhidmat kepada suami dengan melayaninya segala keperluan suaminya adalah di antara tugas kewajiban seorang isteri. Bukan sebaliknya, isteri yang malah dilayani oleh suami. Ibnu al-Qayyim berdalilkan ayat di atas, jika suami menjadi pelayan bagi isterinya, dalam memasak, mencuci, mengurus rumah tangga, anak-anak dan lain-lain, maka itu termasuk perbuatan mungkar kerana ia bererti suami sudah tidak lagi menjadi pemimpin. Justeru, kerana tugas-tugas isteri dalam melayani suami-lah, maka Allah pun mewajibkan para suami untuk memberi nafkah kepada isterinya mengikut kemampuan suaminya. (rujuk Zaad al-Ma’aad 5/188-199)
(6). TIDAK BOLEH KELUAR RUMAH DENGAN SUKA HATI MELAINKAN DENGAN IZIN SUAMI*
Seorang isteri juga tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suami. Kerana tempat asal wanita itu adalah di dalam rumah suaminya. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 33;
“Dan hendaklah kamu (wanita-wanita) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (surah al-Ahzab: 33)
Ibnu Katsir berkata (maksudnya), “Ayat ini menunjukkan bahawa wanita tidak boleh keluar rumah kecuali ada keperluan yang mustahak.” (Tafsir al-Quran al-Adzim 6/408)
Dengan demikian, wanita tidak boleh keluar rumah melainkan untuk urusan yang penting atau termasuk membeli keperluan rumah seperti untuk memasak dan lain-lain. Jika bukan urusan tersebut, maka seorang isteri tidak boleh keluar rumah melainkan dengan izin suaminya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan lagi, “Tidak halal bagi seorang wanita keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia keluar rumah tanpa izin suaminya, bererti ia telah berbuat nusyuz (derhaka), bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta layak mendapat hukuman dari suaminya.”
Menurut jumhur fuqaha’ (Maliki, Hanafi, Syafi’e, dan Hanbali), nusyuz itu bererti;
هو خروج الزوجة عن طاعة زوجها
“Bahawa ia (nusyuz) adalah keluarnya seorang isteri dari ketaatan terhadap suaminya.”
Semua ketentuan yang telah Allah tetapkan di atas sama sekali bukan bertujuan untuk membatasi gerak para wanita, merendahkan harkat dan martabatnya, sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh orang-orang kafir tentang ajaran Islam. Semua itu adalah syariat Allah yang sarat dengan hikmah dan pengajaran. Dan hikmah dari melaksanakan dengan tulus ikhlas semua ketetapan Allah di atas adalah berlangsungnya bahtera rumah tangga yang harmoni dan penuh dengan keamanan. Ketaatan isteri kepada suami pun hanya dibatasi dalam perkara-perkara yang baik sahaja, sesuai dengan kemampuan selama ia tidak mengarahkan kepada maksiat.
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (surah al-Tahrim: 6)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nampak biasa-biasa aje, tetapi stres jika dibiarkan akan menyebabkan penghidapnya mengalami tekana perasaan secara mental. Malah boleh mengundang pelbagai penyakit.
Siapa sangka, jika dibiarkan ia akan menyebabkan anda mengalami penyakit salah satunya kencing manis.
Salah satu hormon stress adalah adrenaline, iaitu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar yang betul-betul berada di atas buah pinggang. Kelenjar yang mengeluarkan hormon adrenaline ini dinamakan kelenjar suprarenal.
Ia dinamakan hormon stress kerana ia dikeluarkan di saat kita stress bila berhadapan dengan bahaya. Bila berhadapan dengan bahaya sebagai contoh, harimau, adrenaline dikeluarkan sebagai persediaan tubuh sama ada untuk berlawan dengan haiwan tersebut atau melarikan diri. Sebab itu hormon ini dinamakan sebagai hormon stress yang bertujuan sama ada untuk “lawan atau lari”.
Bersama dengan hormon cortisol (satu lagi hormon stress), adrenaline menghasilkan glukosa dengan banyak dalam tubuh. Tujuan penghasilan glukosa (dikeluarkan dari simpanan) bertujuan untuk menghasilkan tenaga, sama untuk melawan atau melarkan diri.
Ia juga mempercepatkan degupan jantung, meningkatkan tekanan darah, menyebabkan otak sentiasa berjaga dan tubuh mengeluarkan peluh.
Dalam jangka masa yang pendek, ia bagus untuk kita kerana ia mempercepatkan perjalanan darah dan menjadikan otak kita sentiasa aktif.
INI KESAN JIKA TEKANAN TIDAK DIKAWAL
Tetapi jika kita berada dalam keadaan stress yang berpanjangan, ia akan mengundang masalah penyakit kencing manis, penyakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung, lemah saraf dan otak.
Malangnya di zaman moden ini kita mengalami stress yang berpanjangan, tanpa kita sedari. Akhirnya kita mengalami penyakit yang saya sebutkan tadi dan meninggal dunia pada usia yang lebih muda. Kita berperang dengan perasaan sendiri.
Oleh itu kita harus mengelakkan stress dan cara yang terbaik ialah dengan memahami sumber stress dan menukar cara pemikiran kita menghadapi stress.
Kembalilah kepada fitrah kita. Ada masa bekerja dan berehat. Mengadulah kepada Allah agar Allah mempermudahkan urusan kita. Banyak zikir dan salawat ke atas Nabi kita.
Stress tidak akan selesai dengan kita cuba menyelesaikan setiap masalah tanpa pertolongan, bimbingan dan hidayah dariNYA.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.