Melihat orang lain yang kita kenali berkahwin untuk membina keluarga bahagia, tidak dinafikan kita juga turut rasa tempias bahagianya.
Ini sepertimana perasaannya beberapa hari lepas kita tumpang gembira dengan pengumuman YB Nurul Izzah berkahwin dan sehari berikutnya pula tular mengatakan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selamat menamatkan zaman dudanya.
Abdul Hamid melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) sepertimana memetik laporan daripada akhbar tempatan.
Difahamkan pegawai polis berkenaan, Deputi Superintenden Fazreena Abdul Karim bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia telah melangsungkan perkahwinan bersama Abdul Hamid pada Sabtu yang lalu.
Ads
Menerusi laporan sebuah media tempatan, isterinya dipercayai turut mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp.
Abdul Hamid Bador sebelum ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021 sebelum digantikan dengan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Abdul Hamid yang berusia 64 tahun dilahirkan pada 7 Ogos 1958 telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.
Ads
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Gombak, Ketua Cawangan Khas Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perisikan Luar (E3), Bahagian Ancaman Ekstrimis Luar, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dan Pengarah Cawangan Khas sejak Mei 2018.
Anak alami Sindrom Apert, ibu tak mengalah dengan takdir, “Dia pernah tanya mengapa berbeza dengan kanak-kanak Lain.” Sindrom Apert adalah satu gangguan genetik yang jarang berlaku yang dicirikan oleh kecacatan tengkorak dan wajah, serta jari tangan dan kaki yang bercantum.
Sindrom ini disebabkan oleh mutasi pada gen FGFR2 (fibroblast growth factor receptor 2) yang mempengaruhi perkembangan tulang.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, pengguna akaun Sophia Hann atau Sofia berkongsi kisahnya membesarkan anak lelaki bongsunya, Ahnaf Aydeen, 7 yang mengalami Sindrom Apert.
Membesarkan anak menghidap Sindrom Apert bukan sesuatu yang mudah, tetapi perkara tersebut tidak mematahkan semangat membesarkan cahaya mata istimewa itu.
Menurut wanita yang berasal dari Batu Pahat, Johor tersebut, walaupun anak bongsunya menghidap penyakit jarang jumpa, namun dia tidak pernah mengalah dengan takdir, sebaliknya berusaha memberi didikan sehingga kanak-kanak itu mampu membesar seperti orang lain.
“Dulu dia pernah tanya saya mengapa dia berbeza dengan kanak-kanak lain?
FIZIKAL MEMANG LAIN KERANA JARI KAKI BERCANTUM, JARI TANGAN TAK BOLEH BENGKOK TETAPI SAYA SELALU TANAMKAN DALAM DIRI AHNAF BAHAWA DIA BUKAN PELIK TAPI UNIK.
“Sejak dari itu saya nampak dia semakin selesa untuk sesuaikan diri. Perwatakan dia pun ceria dan cikgu di sekolah juga puji Ahnaf.
Walaupun dia ada kekurangan untuk menulis atau melukis sebab keadaan jari yang susah nak bengkok tapi dia boleh buat. Cuma ambil masa sikit.
“Melihat semangat dia untuk teruskan hidup itulah penguat untuk saya besarkan dia,” katanya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia tidak menghadapi kesukaran membesarkan anak istimewa tersebut, tetapi yang paling mencabar ialah melihat Ahnaf menjalani beberapa pembedahan melibatkan bahagian tempurung kepala dan tangan.
Tambahnya, kedua-dua pembedahan itu mengambil masa yang lama selain perlu menjalani pelbagai rawatan susulan di hospital.
Ujarnya, meskipun perlu mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur, tetapi semua pengorbanan itu dibuat bagi memastikan kanak-kanak istimewa tersebut membesar dengan baik dan menjadi insan berguna kepada masyarakat.
“SEBELUM INI DIA ADA JALANI PEMBEDAHAN DI BAHAGIAN STRUKTUR TEMPURUNG KEPALA DAN IA MENGAMBIL MASA LAPAN JAM.
Pembedahan tangan pun ambil masa lima jam. Kita kena kuat masa itu sebab nak jaga sampai sembuh.
“Sejujurnya Ahnaf ini anak yang senang nak jaga dan dengar cakap. Cuma cabaran kami ialah dari segi perubatan dan kesihatan dia sahaja,” katanya.
INFO TENTANG SINDROM APERT:
*Ciri-ciri utama sindrom Apert termasuk bentuk tengkorak yang tidak normal, yang dikenali sebagai kraniosinostosis, di mana tulang tengkorak bercantum terlalu awal, menyebabkan tengkorak tumbuh dengan bentuk yang tidak biasa.
*Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini juga mungkin mempunyai masalah perkembangan kognitif, masalah pendengaran, dan kecacatan pada jari tangan dan kaki (sindaktili), di mana jari-jari bercantum atau melekat antara satu sama lain.
*Rawatan untuk sindrom Apert biasanya melibatkan pembedahan untuk membetulkan kecacatan tengkorak dan jari, serta terapi lain untuk membantu dengan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.
*Walaupun sindrom ini tidak boleh disembuhkan sepenuhnya, rawatan yang tepat dapat membantu memperbaiki kualiti hidup individu yang terjejas.
Berita gembira buat Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan ahlinya boleh membuat semakan status permohonan pengeluaran khas maksimum RM10,000 bermula 9 April ini.
KWSP menyatakan bahawa pencarum tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios atau cawangan bagi membuat semakan berkenaan.
“Ahli boleh membuat semakan sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui portal pengeluaran khas ini.
Hanya tiga golongan ini saja yang layak
Tentu ada bertanya kenapa perlu buat semakan? Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
1. Golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
2.Golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.
3. Golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.
Menerusi infografik yang dimuatnaik di Facebook KWSP pada 29 Mac lalu, pembayaran Pengeluaran Khas secara ‘single payment’ akan dibuat mulai 20 April 2022.
Terdahulu, KWSP mengumumkan permohonan simpanan pengeluaran khas maksimum sebanyak RM10,000 dibuka bermula 1 April hingga 30 April ini.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir. Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil #BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasih sayang adalah pengikat utama kebahagiaan keluarga. Dengan kasih sayang yang mencukupi setiap pasangan yang berumah tangga dan dikurniakan anak pasti menikmati rasa bahagia.
Sebagai umat Islam, kita wajib berusaha memohon pada Allah SWT agar dikurniakan rasa cinta dan kasih sayang kepada pasangan dan anak-anak.
Penceramah terkenal Ustazah Asma’ Harun telah berkongsi doa pengasih yang boleh diamalkan supaya disayangi oleh pasangan dan anak-anak.
Doa tersebut juga boleh dibacakan kepada anak supaya dalam hati mereka ada rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW (hanya menukar bacaan pada nama).
Doa yang boleh dibaca untuk anak-anak supaya dalam hati mereka ada rasa cinta dan sayang kepada ibu bapa:
1. Mulakan dengan zikir dahulu nama-nama Allah SWT, Ya Rahim (Yang Maha Pengasih) Ya Wadud (Yang Maha Menyintai).
2. Kemudian pegang dada anak kita (untuk anak yang sudah besar tak perlu pegang dada pun boleh, hanya baca doa dan sebut namanya).
3. Baca doa pengasih.
Maksudnya: Ya Allah jadikan diriku/kami yang dicintai pada hati-hati (nama anak) dengan rahmat mu wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kalau kita nak anak-anak mempunyai rasa sayang dan cinta kepada Allah dan Rasulullah, cuma perlu tukar pada ayat doa “Ya Allah jadikanlah Allah/Rasullulah itu dicintai di dalam hati (nama anak) dengan rahmat mu wahai Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”
Begitu juga jika mahu dibacakan doa tersebut kepada pasangan, hanya perlu tukar kepada nama pasangan sahaja.
Kita mahu suami dan anak-anak mencintai dan menyayangi kita dengan rahmat Allah SWT.
Selain dari itu, Ustazah Asma’ turut berkongsi doa Nabi SAW kepada Ibn Abbas yang turut ibu bapa boleh amalkan kepada anak-anak.
Maksudnya: Ya Allah berikanlah kefakihan dalam agama dan berikanlah kebijaksanaan dan berikanlah kefahaman dalam ilmu takwil al-Quran.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun Channel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.