Semua wanita ingin kelihatan cantik. Ada yang sanggup peruntukkan sejumlah wang untuk ke puisat rawatan setiap bulan.
Kalau dah nama pun wanita mesti nak cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ada yang sanggup beli pelbagai produk dari mahal, sampai yang murah habis di cuba.
Salah satu masalah yang dialami oleh wanita adalah jeragat. Ada ajer produk untuk memudarkan jaragat. Tapi bagi yang nak cuba secara natural boleh cuba petua ini.
Paling sesuai untuk jeragat yang baru nak tumbuh. Ikuti perkongsian ini.
Ads
Petua ni sesuai untuk jeragat yang baru berjinak-jinak nak keluar. Atau pun yang baru sedikit dan kecil.
Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini. Walau bagaimanapun, boleh juga diamalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.
Ads
Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Dah terbukti. Jerawat juga susah naik dan kulit akan bersih serta cerah.
Ads
Caranya: 1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya. 2. Sedikit susu tepung (saya guna everyday/fernleaf/nespray) 3. Campurkan sebati 4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering 5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa
Selamat mencuba!
Petua dari fb Nurul Diyana Kamaludin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain masalah senggugut, Ada sesetengah kaum wanita mengalami masalah haid tidak teratur. Sekali gus menyebabkan ia akan mengganggu hormon di dalam tubuh. Bagi yang mengalami masalah ini apa kata cuba kaedah tradisional ini dengan mengamalkan air jamu.
Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih.
Air jamu ini juga sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. Cara untuk membuatnya juga mudah.
BAHAN-BAHAN:
• 2sm halia
• 2sm kunyit
• 2 batang serai
• 2 helai daun pandan
• 3 cawan air
• Gula batu atau madu *mengikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.
*Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)
*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
KHASIAT:
*Membersihkan rahim selepas haid
*Mengeluarkan angin dalam badan
*Memecahkan lemak di perut
*Mengurangkan masalah bau badan
Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit.
Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.
sumber: VANILLA KISMIS
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seperti yang kita ketahui, rambut merupakan mahkota bagi wanita dan juga lelaki. Sebab itulah ramai yang akan membuat pelbagai style rambut untuk mendapatkan aura yang berbeza.
Tidak kira sama ada yang betudung atau tidak, penjagaan rambut amatlah penting.
Mempunyai rambut yang sihat merupakan satu perkara yang dimahukan semua orang.
Namun, antara masalah berkaitan rambut yang paling kerap berlaku adalah kelemumur, membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berjumpa orang ramai.
Tetapi ada pelbagai petua yang boleh anda lakukan untuk menghilangkannya dengan hanya menggunakan bahan dapur sahaja seperti :
Limau Purut
Menurut seorang individu dikenali sebagai Kak Ya Leha Yusof, masalah kelemumur boleh dihapuskan dengan menggunakan petua daun limau purut sahaja.
Apa yang anda perlukan hanya 10 helai daun yang dikisar bersama air.
Namun jangan biarkan ia terlalu cair.
Jika rajin, boleh juga tumbuk daun limau purut itu dan campurkan ia dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
Selepas menggunakan syampu, ambil pes tadi dan lumurkan di kepala, ratakan ke seluruh kulit dan rambut.
Urut kepala anda supaya pes tadi meresap, biarkan selama dua minit dan bilas sehingga bersih.
InsyaAllah petua ini mampu menghapuskan masalah kelemumur jika diamalkan secara konsisten.
Bunga Cengkih
Satu lagi petua untuk menghilangkan kelemumur yang dikongsi oleh Najwa Qadah adalah dengan menggunakan bunga cengkih.
Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masukkan beberapa bunga cengkih di dalam shampoo dan gunakan ia seperti cucian rambut biasa.
Selain menghilangkan kelumumur, petua dari Arab ini juga dikatakan mampu merawat masalah rambut berminyak dan rambut gugur.
Kalau zaman dulu-dulu, nak cantikkan rambut kita biasanya menggunakan kaedah guna santan dan hampas kelapa untuk merawat dan mencantikkan rambut. Tapi tahu tak limau purut pun banyak khasiatnya dalam mencantikkan rambut. Disebabkan itulah banyak produk di pasaran menggunakan limau purut dalam produk kecantikan mereka.
Walaupun kita sekarang dah moden dan lebih cepat kalau guna produk dipasaran, tapi petua tradisional jangan pula dilupa. Kadang-kadang mencuba petua tradisional ni lebih asli dan hasilnya pun lebih mantap.
Perkongsian Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja.
Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni. “Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.
Cara Membuatnya:
1. Basuh bersih limau purut.
2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.
4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.
Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.
Kelebihan Daun Limau Purut
Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:
1. Hilang Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.
2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.
3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.
3. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.
4. Tambah Selera Makan
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.
Sumber DIY: Ibrisam Wossali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di