Bulan puasa ni ramai ibu-ibu yang mengambil kesempatan untuk mengurangkan berat badan. Ya..inilah kesempatannya nak menghadkan makanan. Maklumlah nak berdiet setiap hari bukan senang, jadi puasa adalah jalan terbaik. Bolehlah ambil kesempatan sekali.
Pemakanan yang tepat sememangnya adalah kunci kepada rahsia cantik. Namun tersalah memilih makanan dan amalan makanan yang kurang sihat di bulan puasa ni juga memberi kesan pada tubuh.
Perut leper juga kena ada petuanya supaya wanita sentiasa nampak cantik tanpa perut menggelebeh. Selain mengawal jumlah makanan yang diambil, wanita juga kena ada cara untuk memastikan bukan hanya perut leper tetapi paling penting sihat luar dan dalaman mereka.
Apa yang harus dilakukan untuk pastikan perut leper dan cantik ini? Selepas setiap kali makan, terutama di bulan puasa ni, janganlah sesekali lakukan perkara ini. Ada baiknya untuk anda mengikuti cara ini. Tak percaya kenalah cuba terlebih dahulu.
Ads
Jangan Minum Teh
Daun-daunan teh sebenarnya mengandungi asid tertentu. Kandungan asid ini mengakibatkan protein yang terkandung dalam makanan yang dimakan menjadi keras. Akibatnya, protein sukar untuk dicernakan dan ini akan melambatkan proses penghadaman. Ini pastinya mengganggu tubuh lebih sihat, begitu juga dengan perut.
Jangan Mandi
Apabila mandi, suhu badan akan terus meningkat dan ini membuatkan darah dihantar lebih sedikit kepada seluruh permukaan kulit. Ini juga akan mengganggu metabolisme tubuh sekaligus sistem pencernaan. Jadi berikan masa untuk makanan dihadam sebaiknya kemudian barulah mandi.
Ads
Ads
Elak Makan Buah
Menurut pakar motivasi, buah disarankan sebagai ‘appertiser’ atau pembuka hidangan, iaitu permulaan sebelum menjamah makanan berat. Menikmati buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Anda masih boleh menjamah buah, hanya selepas 2 jam makanan berat diambil.
Lambatkan Minum
Ketika berbuka, cuma untuk tidak minum air terlebih dahulu. Minum sejumlah air selepas makan memang baik untuk kesihatan namun amalan Nabi kita dengan melambatkan sedikit pengambilan air ada benarnya. Ini bagi membolehkan makanan dihadam dengan sebaiknya sebelum air dengan jumlah yang banyak diambil. Yang pasti perut kekal cantik dan tidak buncit. Pastikan hanya air kosong sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika dahulu pengusaha ladang dikaitkan dengan orang tua, jarang kedengaran anak muda yang ingin menceburi bidang ini.
Ayu Damit atau dulu dikenali sebagai Ayu One In Million antara pengusaha muda yang kini sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang pertanian.
Penyanyi terkenal dengan lagu Hanya Di Mercu ini meneroka bidang baru sebagai pengusaha cili padi apabila membuka ladang di Pangsun, Batu 22, Hulu Langat, Selangor.
Cili padi berasaskan fertigasi
Setelah dua tahun Ayu dan suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin, 31, mengusahakan ladang milik mereka berkeluasan 1.4 hektar ini, ternyata membuahkan hasil yang lumayan.
Sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, ternyata satu pilihan yang bijak kerana menampakkan usahanya semakin berbaloi.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.
Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.
“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya yang pernah menanam nanas dan kelapa sebelum ini namun disebabkan banjir semuanya musnah.
Hasil lumayan
Menurut Ayu lagi, mereka memperoleh hasil cili sebanyak 80 hingga 100 kilogram sehari. Ada kalanya boleh mencecah sebanyak 436 kilo gram sehari. Semua hasil di bawah Ayu Damit Agro Farm ini dijual kepada para peniaga di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Harga di kebun bagi cili padi sekarang adalah sekitar RM12 sekilogram manakala di pasar antara RM16 dan RM17 sekilogram. Alhamdulillah, setelah dua tahun mengusahakan ladang cili padi, hasilnya sangat membanggakan kami sekeluarga. Terima kasih kepada suami yang berusaha gigih dan 100 peratus adalah hasil usahanya manakala saya hanya membantu sahaja.
Mengakui tidak mudah baginya untuk terjun ke dunia pertanian yang baharu dikenalinya, namun setiap ujian yang wujud ditempuh bersama suami dengan sabar dan yakin satu hari nanti ia akan membuahkan hasil lumayan.
“Menyanyi pun ada cabarannya. Undangan nyanyian ada pasang surutnya, malah adakala langsung tiada. Bila ada lagu baharu, kena turun promosi. Ia bukan satu kerja mudah.
“Begitu juga dengan bisnes ini, kami bermula dari bawah, Kami kutip ilmu mengenai penanaman. Ia sukar kerana kami bermula dengan kosong. Pernah alami kegagalan sebelum ini tapi kami tak putus asa. Alhamdulillah kini selain cili padi, kami juga mengusahakan timun dan juga terung.
“Disebabkan ia senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan, itulah yang membuatkan suami memilih untuk menanam cili padi,” jelas Ayu lagi yang turut mengembangkan bisnes tersebut dengan menghasilkan cili jeruk pula yang diberi nama Cili Jeruk Homemade by YUGI, singkatan nama Ayu dan suaminya.
“Cili jeruk misalnya memang ada pasaran sendiri. Jadi saya dan suami mengeluarkan cili padi jeruk kerana ia penambah selera dalam apa jua hidangan makanan. Cili jeruk ini mudah dibawa dan tidak mudah pecah atau rosak. Ramai pelanggan saya beli jeruk ini untuk bekalan mereka ke luar negara,” tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata iaitu Nasrul Haikal, 9, Sharifah Alya Aryana, 6, dan Syed Aqif Najmi, 4.
Mahu kembangkan bisnes
Memiliki dua pekerja tetap, Ayu dan suami juga turut mengupah penduduk Orang Asli di kawasan itu ketika musim menuai dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka menambah pendapatan.
“Apabila tiba musim menuai kami akan upah penduduk Orang Asli di kawasan itu untuk memetik cili. Kebiasaannya kami akan mengupah 10 ke 15 pekerja tambahan dan mereka akan mengutip cili tiga kali dalam masa seminggu ketika musim menuai, selain menabur baja dan menyembur racun serangga perosak.
“Sebenarnya kami sedang merancang mencari tanah kosong bagi memperluaskan lagi kawasan tanaman cili berserta sayur-sayuran dan buah-buahan. Macam sekarang ada 16,000 pokok cili pun tidak cukup untuk memenuhi permintaan pasaran dan kami melihat ia mempunyai potensi besar. “Insya-Allah jika diberi rezeki memang kami ingin kembangkan lagi kebun kami.
Tak kisah digelar ‘Ayu Cili Padi’
Biarpun ada yang menggelarnya Ayu Cili Padi, namun anak kelahiran Sabah ini tidak sedikit pun terasa hati.
“Ada juga orang panggil saya ‘Ayu Cili Padi’ tetapi saya tidak kisah pun kerana memang benar saya mengusahakan kebun cili padi. Walaupun bergelar artis, itu tidak bermakna saya tidak boleh menceburi bidang lain. Malah apa saya lakukan ini kerana minat dan masa depan keluarga.
“Alhamdulillah kami mula nampak hasilnya apabila permintaan daripada pemborong sangat tinggi, malah sampai ada yang datang sendiri ke kebun untuk beli cili.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada kejayaan yang datang bergolek di depan mata andai tidak disusuli dengan usaha gigih. Bagi pasangan ini, kehidupan mereka mula berubah bila mana suami yang sihat tiba-tiba jatuh sakit.
Menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pemberian sumbangan baitumal dalam menyara lima anak. Enggan duduk menanti bantuan, isterinya yang bernama Titin mengambil keputusan untuk bekerja dengan menjual susu.
Kisah pasangan Titin dan Syafizan ini dimuatnaik oleh Azmi Zainal menerusi laman facebooknya. Menurut Azmi, kisah ini dikongsikan oleh Sakinah Lee yang membantu pasangan ini sehingga berjaya.
Kesusahan membuatkan pasangan ini bangkit dan berjaya. Cukup berinspirasi kisah ini.
Hilang punca pendapatan
Titin dan syafizan mengharungi cabaran kehidupan apabila syafizan seorang usahawan oil & gas tiba2 jatuh sakit dan hilang upaya setahun yang lepas. Kehidupan keluarga ini bertukar 180 darjah. Suaminya perlukan rawatan dan bekalan susu khusus melalui tiub… mereka hilang punca pendapatan.
Mereka hanya bergantung dari pemberian keluarga dan juga baitul mal untuk menyara anak seramai 5 orang. bagi keluarga ini duit bantuan baitul mal itu ibarat macam mendapat seketul emas setiap bulan. Titin tidak boleh bekerja kerana syafizan harus di bantu untuk bergerak.
Tak punya modal
Sakinah di pertemukan dengan pasangan ini apabila ada sahabat mohon sumbangan untuk mereka. Bermula dari situ lah juga Titin di latih oleh sakinah menjadi HD. Titin dan syafizan tak punya modal… sakinah buat event bersama mereka d sekolah2 dan keuntungannya dijadikan modal buat Titin. Syafizan tidak mahu tewas… di dalam kesukaran itu beliau tetap berdegil untuk turun berjualan bersama.
Anak2 ini sedar kesusahan ibu bapa mereka, anak2 ini tidak meminta malah anak2 ini juga turut sama membantu dengan menjual d sekolah pada rakan2 dan untungnya dijadikan duit belanja sekolah mereka. “Cik hari ni kita makan kenduri cik”… itulah kata2 anak2 ini pada sakinah bila ibu mereka membelikan mereka nasi goreng pattaya sekembalinya dari berniaga. Bagi anak2 ini nasi goreng pattaya itu begitu enak ibarat makan kenduri.
Bangkit semula
Kini jualan titin dan syafizan telah meningkat. Dalam kesusahan itu mereka boleh jual 1 pallet susu uht seminggu. bulan ini sahaja beliau boleh dapat untung kasar hampir RM 2000 ringgit. Jadikan lah cabaran Titin dan syafizan ini sebagai pendorong kita untuk belajar erti kehidupan, cabaran, ketahanan, kesetiaan, semangat untuk bangkit semula. Titin punya sejuta alasan untuk gagal, syafizan juga begitu…tetapi mereka sedar… alasan tidak dapat membantu mereka.?sakinah ?Titin… SELAMAT HARI WANITA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu-ibu peminat cheese, pernah tak nak belajar buat sendiri. Cari cara yang mudah je dengan bahan simple tapi hasilnya superb.
Jom admin kongsikan cara hasilkan cheese homemade dari Eyda Sukiman. Guna tiga bahan di dapur je dah dapat cheese yang sedap. Jom cuba!
Kita kembali kepada topik daily as housewife lah ya. Fikir banyak2 tak jadi apa juga, sebaliknya kita berusaha lebih gigih untuk jadi hamba Allah yg semakin hari semakin dekat padaNya. Tak perlu tunggu kiamat, sedangkan kematian pun setiap hari dekat dengan kita
Harini Kekda 1st time buat Cheese homemade. Namanya Cottage Cheese. Asal terbuat cheese ni sebab semalam suami ada beli fresh milk sebotol.
Pagini buka, try minum eh rasa masam, rosak. Membazir sangat rasa. Lepastu duk teringat pernah tengok channel Food Network sebelum ni, kalau ada susu rosak, jangan buang, sebalik boleh buat something more delicious, iaitu Cheese.
Maka harini, terjadilah Cheese buatan sendiri Alhamdulillah. Mudah sahaja caranya. Tak rumit.
Kekda share dibawah resepinya okay.
Antara yg diperlukan adalah :
1) Fresh Milk / Susu Full Cream (tak semestinya yg basi / rosak, yg fresh pun boleh)
2) Cuka Makan 2 Sudu (Kekda guna jenama Tamin)
3) Kain Penapis (Kekda guna kain lampin anak je ) atau korang beli kain tapis cheese di kedai Daiso ada kot.
4) Garam
CARA – CARA
———————
1) Masak susu didalam periuk, panaskan sehingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes Kekda ni, dah susu rosak, takmau membazir so Kekda buat jadi cheese .
2) Bila susu dah mula nampak mendidih, berketul sikit, tambahkan 2 sudu makan Cuka . Cuka ni yg akan menjadikan ketulan susu tu kepada ketulan cheese, which is fungsinya memisahkan dari air susu kepada ketulan keju. In case korang xde cuka, perah Lemon pun boleh kalau Kekda tak silaplah.
3) Lepas dah taruk cuka tu, kacau-kacau sekejap kasi yg ketulan tu terapung belah atas. Time ni korang dapat tengok, belah bawah air, atas ketulan keju. So dah jadiklah tu. Then matikan api.
4) Ambil kain tapis / penapis, (kekda guna kain lampin anak, makesure bersih okey) then curahkan semua yg dalam periuk tadi, diatas kain tapis tersebut. Kain tersebut makesure dibentangkan diatas tapis besi / apa2 jenis bekas sejat .
5) Kemudian korang bolehla nak perah air tu keluar sampai betul2 kering. Means cheese tu elok duk bergumpal comel dan bukan dalam keadaan pecah2 macam mula2 tadi.
6) Rendam dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2jam. Tapi Kekda xrendam pun, kekda bubuh sesiap garam dalam susu tu tadi. Okeylah sedang2 elok masinnya. Btw korang nak rendam tu jgn rendam cheese semata, rendam je sekali kain tapis tu sebab lepastu senang korang nak perah balik, buang air lebihan garam tu.
7) Dah siap ! Bolehlaaaa nak makan cheese tu. Orang english/omputih pnggil, COTTAGE CHEESE. Orang melayu Kekda tak tau apa nama pnggil dia. Rasa dia ? Sedap, macam korang rasa cream cheese Tatura tu kan, ha lebih kurang mcmtu rasanya. Enak + lemak. Memang fresh gituuu.
Cheese ni ikut sukalah nak makan dengan apa. Roti boleh, buat macam ala2 bauguet tu kan. Lepastu nak buat sandwich pun boleh. Nak letak atas Pizza boleh jugak kot, sebab rasa lemak2 tu. Janji blh makan
So selamat mencuba gais ! Kekda duk rasa2 ni kang habis macamtu ja . Sedapppppp Jangan lupa try okay.
Edit tambahan :
– Cara simpanan boleh simpan didalam peti macam biasa. Tahap ketahanan Kekda xpasti tp kalau based apa yg Kekda tahu seminggu boleh tahan lagi.
– Rasa dia sedap, lemak2 krim. Kalau ikutkan rancangan tv Kekda tgk tu, cheese ni boleh guna untuk topping atas pizza, untuk kek pun boleh, untuk cheesekut pun boleh (kekda sendiri buat) sebab rasa/taste dia sebijik mcm cream cheese Tatura tu.
– Selain dari tu boleh buat as topping salad, letak dalam sandwich.
– Utk effect tarik mcm Mozarella kekda xpasti . Tapi rasanya lebih kepada utk masakan.
– Juga boleh digunakan untuk masak/letak dalam kari. Sedap katanya lemak2.
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.