Penggunaan baja organik yang digunapakai oleh petani atau peladang yang mengusahakan tanaman dilihat sesuatu usaha yang harus dipuji bagi memastikan penjagaan alam sekitar terpelihara. Bahkan penggunaan baja atau racun organik ini turut dipraktikkan oleh isi rumah yang menanam pokok di halaman rumah sebagai hobi mengisi masa lapang.

Lebih menarik lagi, bila menggunakan baja atau racun organik ini kita dapat mengurangkan kos apabila bahan-bahan yang digunakan mudah diperolehi dengan menggunakan bahan-bahan harian di dapur.

Ini sepertimana apa yang dikongsikan oleh Syamimah Binti Ismail di salah satu group tanaman di media sosial.

Racun organik DIY

Kepada sesiapa yang ada menanam cili, tomato dan terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.

Jadi jom hari ni belajar buat Racun Organik DIY. Hanya gunakan bahan2 dapur je. Dijamin SELAMAT sebab organik. Mudah, murah dan senang dibuat;

Bahan-bahan: 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi, 300ml air

“Dah Lama Guna Resepi Ni, Berkesan Halau Serangga Perosak” – Wanita Ni Kongsi Cara Hasilkan Racun Organik Paling Mudah Buat!

Cara buat :

Langkah 1 : Campurkan bahan-bahan tadi dan kisar.

“Dah Lama Guna Resepi Ni, Berkesan Halau Serangga Perosak” – Wanita Ni Kongsi Cara Hasilkan Racun Organik Paling Mudah Buat!

IKLAN

 

Langkah 2 : Peram bahan yang dikisar tadi selama 24 jam. Tutup dengan kain untuk elak serangga masuk.

“Dah Lama Guna Resepi Ni, Berkesan Halau Serangga Perosak” – Wanita Ni Kongsi Cara Hasilkan Racun Organik Paling Mudah Buat!

 

Langkah 3 : Selepas 24 jam, tapi bahan-bahan tadi dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh ditabur pada tanaman.

“Dah Lama Guna Resepi Ni, Berkesan Halau Serangga Perosak” – Wanita Ni Kongsi Cara Hasilkan Racun Organik Paling Mudah Buat!

 

IKLAN

Langkah 4 : Siap untuk digunakan  dan boleh simpan di dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

“Dah Lama Guna Resepi Ni, Berkesan Halau Serangga Perosak” – Wanita Ni Kongsi Cara Hasilkan Racun Organik Paling Mudah Buat!

Cara Penggunaan: campurkan tiga bahan berikut iaitu 60ml pati ke dalam 1 liter air dan masukkan juga 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh sabun pencuci tangan. Disarankan spray pada lewat petang  pada bahagian bawah daun.

“Dah Lama Guna Resepi Ni, Berkesan Halau Serangga Perosak” – Wanita Ni Kongsi Cara Hasilkan Racun Organik Paling Mudah Buat!

Sedikit tips untuk semburan :-

1. Spray time lewat petang. Dlm pukul 6 petag ke atas. Sebab sifat semulajadi serangga perosak AKTIF pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
2. Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
3. Gunakan nozzle spray yang paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
4. Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
5. Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Alhamdulillah lama dah guna resepi ni. So far memang BERKESAN untuk  menghalau serangga perosak. Yang penting rajin spray.

Sumber : Syamimah Binti Ismail

IKLAN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI