Anak itu anugerah terindah buat suami isteri. Bagi penyanyi, Noh Salleh , jika tidak dikurniakan zuriat, dia masih bersyukur atas nikmat yang Allah berikan dalam rumah tangganya yang dibina bersama Mizz Nina.
Berkongsi cerita di laman instagramnya, vokalis kumpulan Hujan itu yakin nikmat untuk dianugerahkan rezeki cahaya mata adalah keputusan Allah.
Ads
Foto saya dan @officialmizznina ketika di atas kapal menuju ke bahagian Asia negara Turkey 2 hari lepas. الحمد لله kami masih sihat menjalani misi #wintermissioncsm ini. Walaupun pelbagai ujian mendatang, tapi yg penting amanah kita semua untuk sampai ke mereka yang memerlukan ..
“Pastu baru realise, ni rupa2nya jenis trip honeymoon kami suami istri sekarang. Lock down 2 minggu berkepit sama2 buat charity keliling dunia. Apa lagi nikmat dunia yang Tuhan tak bagi lagi? Kalau nak cerita soal anak, itu keputusan Allah.
Ads
‘Tapi kalau dah memang bukan takdir untuk kami menikmatnya, kami still bersyukur.. yang penting 2 perkara,give back and be happy. Eh, 3. Give back, be happy and rock and roll !,” Tulis Noh Hujan di laman instagramnya.
Malam tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang ulama besar dunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang berusia 96 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Doha, Qatar selepas hidup dalam buangan susulan tindakan tentera menumbangkan kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai beliau namun tidak cukup mengenali secara dekat. Untuk itu, mari kita selami dengan lebih mendalam mengenai perjalanan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi di bawah ini.
Latar belakang Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi atau nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di sebuah perkampungan iaitu Desa Shafat at-Turab, Mahallah al Kubra, Gharbiah di Mesir.
Difahamkan, bapanya telah meninggal dunia sewaktu beliau masih berumur sekitar 2 tahun. Oleh itu, beliau telah dijaga oleh ibu, bapa saudara dan datuknya.
Sewaktu berada di sekolah menengah (peringkat thanawi) ibunya difahamkan telah meninggal dunia.
Sejarah Pendidikan
Sejak kecil lagi, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi terkenal dengan kepintarannya apabila sentiasa mendapat tempat pertama kecuali pada peperiksaan akhir di sekolah menengah. Beliau juga mendapat tempat kedua di seluruh Mesir dengan perbezaan setengah markah daripada individu tempat pertama.
Menginjak dewasa, beliau telah melanjutkan pengajian di Institut Pembahasan dan Pengkajian Arab Tinggi dan meraih sijil Diploma Tinggi Bahasa dan Sastera Arab.
Kecintaan beliau dalam ilmu tidak berhenti disitu apabila beliau terus melangkah ke menara gading dengan memilih Universiti Al- Azhar sebagai destinasi yang seterusnya meskipun dirinya menerima tawaran di Dar al-Ulum, Kaherah. Di Universiti itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin.
Pada tahun 1973, beliau telah meraih gelaran doktor setelah menamatkan pengajiannya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Jawatan yang pernah disandang
Kecerdasan minda beliau tidak perlu dipertikaikan lagi. Bukan sahaja dalam aspek pendidikan, beliau turut aktif dalam program berbentuk kepimpinan dan menyandang pelbagai jawatan.
Ciri-ciri kepimpinan beliau terserlah apabila menyandang jawatan pada pelbagai peringkat seperti Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar dan Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961.
Selain itu, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi turut menjawat jawatan penting seperti menjadi Presiden Al-Ittihad al-Alami li-Ulama’ Muslimin iaitu Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan banyak lagi.
Guru-guru Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Cintanya dalam berjihad di medan ilmu sangat mendalam. Perkara ini sangat jelas apabila beliau banyak berdamping dengan guru-guru yang terkenal.
Antara guru yang pernah beliau menuntut ilmu termasuklah Syeikh Hamid Abu Zuwail, Syeikh Ali Khalil, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Syeikh Hasan al-Banna, Ustaz al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Daffar, Syeikh AL-Munafi dan banyak lagi.
Karya Penulisan
Kenali Latar Belakang Sheikh Yusuf Al-QaradawiGambar: Egypt Student Information
Al-Qaradawi banyak berbakti dalam bidang penulisan dan sering menyampaikan dakwah serta membentangkan kertas kerja pada peringkat kebangsaan mahupun global.
Penglibatan dalam penghasilan karya yang berkualiti tinggi oleh beliau menjadi sumber rujukan kepada para ulama.
Difahamkan, beliau telah menghasilkan hampir seratus buah buku dalam bidang keilmuan Islam terutamanya dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.
Karya-karya yang dikarang oleh beliau sangat diminati oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan lagi, buku-buku tersebut merupakan cetusan ideanya dalam membawa wawasan perjuangan dan ideologi Sheikh Yusuf Al-Qaradawi secara terperinci.
Beliau sering mengupas karya ilmiah dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, Ekonomi Islam, Pemahaman al-Qur’an dan al-Hadith dan bidang Tauhid. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau termasuklah Fiqh al-Zakat 2 jilid, Fatawa Mu’asarah 2 jilid, Haqiqat al-Tawhid dan banyak lagi.
Kecemerlangan dan pengaruh yang ditonjolkan oleh Al-Qaradawi telah membuatkan beliau menerima pengiktirafan ulama dunia yang diberikan oleh para gurunya.
Projek mencantikkan rumah, selain sekadar dibersihkan daripada habuk dan disusun atur semula kedudukan perabot agar selesa meraikan tetamu. Ada satu perkara yang dari dulu hingga kini, memang kita biasa akan buat bila tibanya musim perayaan. Lain tidak bukan, mestilah mengecat rumah. Maklumlah bila rumah dicat semula, barulah nampak lebih berseri-seri rumah yang dihuni.
Contohnya seperti rumah ini, tuan rumah memilih cat warna merah jambu yang digabungkan dengan warna putih sebagai tema raya kali ini. Terbukti, hasilnya memang luar biasa!
Bercerita lanjut tentang rumah kayu berwarna merah jambu yang viral di media sosial, ini perkongsian lanjut daripada anaknya.
Okey tak warna cat macamni? Code colour : Taupe pink 10YR 50/101 NIPPON, White on white 30GY 88/014 NIPPON.
Mak saya suka sangat bunga-bunga..Rumah kampung je. Tapi nyaman sangat. Kg halaman tercinta saya ni di Bukit Pulau Melaka.
Ni lah tuan rumah (emak). Lagi sorang tuan rumah(ayah saya) tak suka bergambar. Jadi tak ada gambarnya.. Doakan ye sahabat semua moga mak ayah saya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur mereka.
Rumah ini sudah berusia 45 tahun, ikutkan mak ayah nak warna lain, tapi saya bagi cadangan untuk warna ni. Mak ayah mula-mula risau juga sebab takut tak masuk dengan rumah papan kan.
Tapi saya yakin kan mereka, warna ni cukup cantik kalau dicatkan dirumah ni. Jadi mereka setuju. Ayah cuma pilih nak ada campuran putih. Jadi terjadi la rumah pink+putih.
Bercerita tentang kenangan masa cat rumah bila nak dekat raya memang tak kan saya lupakan. Indah sangat. Bergurau senda dengan adik beradik dan mak ayah. Sambil berkongsi pendapat untuk mencantikkan lagi rumah mak ayah. Masa tu lah dapat eratkan lagi silaturrahim sebab semua saling bantu membantu.
Menariknya juga tentang rumah keluarga ini, siapa sangka pernah jadi lokasi shooting.
Seingat saya sudah 3 kali dah rumah kami dijadikan lokasi shooting. Tapi kami dah lupa cerita apa. Dah bertahun lamanya. Yang paling last sekali 5 tahun yang lepas.
Sekarang tinggal mak dan ayah sahaja dirumah tu. Sebab anak-anak semua dah bekerja luar. Kalau hari cuti, kami akan berkumpul sekeluarga bersama.
Mak saya sayangkan sangat rumah ni. Memang dia sentiasa pesan pada kami adik beradik, jika ada kerosakan perbaiki lah. Jangan dirobohkan. Inilah kenangan yang tinggal nanti. Lagi satu sebab rumah peninggalan atok kami. Hasil titik peluh atok yang bina rumah tu. Jadi memang banyak kenangan di situ.
Kasih ibu membawa ke Syurga mendorong pelakon Lufya Omar untuk bertindak pantas untuk menyelamatkan anak perempuannya iaitu Laana Haura daripada cubaan menculik.
Menceritakan detik cemas menerusi Instagram miliknya, Lufya atau Lufya Syeikh Omar memberitahu pada petang Ahad lalu didatangi oleh lelaki yang tidak dikenali ketika di taman permainan Kota Damansara.
Demi memastikan keselamatan anaknya, dirinya telah dipukul di bahagian wajah dan badan.
Mujur mempunyai ilmu mempertahankan diri, dia mampu bertindak melawan dan menyelamatkan anaknya.
Meluahkan rasa syukur diri dan anaknya selamat dan memohon para peminatnya mendokan kesembuhan dan keselamatan buat diri dan anaknya.
“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 petang hingga 5 petang.”
Cedera Pada Wajah Dan Badan
Katanya lagi, lelaki berkenaan memukulnya di kepala dan badan menggunakan kayu. Perilaku lelaki yang tidak kenali itu mengakibatnya mengalami kecederaan di bahagian wajah dan badan.
Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecerderaan pada wajah dan badan saya. Alhamdulillah anak selamat dan fya pun selamat. Im a fighter!
Terpanggil nak share sesuatu yang penting untuk kita semua. Apa yang fya nak sampaikan kat sini demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita ni wanita yang lemah kita kene ada ilmu mempertahankan diri.
Ikutkan orang yang menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga fya dapat melawan dan menyelamatkan anak fya. Syukur Alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert.
Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya
Rakan Artis Dan Peminat Titip Doa
Melihat foto kecederaan yang dialami oleh pelakon berkenaan rata-rata rakan artis dan peminat meluahkan rasa terkejut. Ramai yang menitipkan doa buat pelakon dan anaknya semoga cepat sembuh.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.