Adat orang perempuan, suka nampak lawa.
Tapi nak dapatkan sekeping gambar yang dia puas hati tu bukan senang!
100 keping gambar sama belum tentu dia upload lagi.
Jadi kalau nak jimat masa kena la study sikit pose yang dia suka.
Dua benda je sebenarnya orang perempuan suka tengok dekat gambar mereka.
Nak nampak tinggi dan kurus!
Nak dapatkan gambar macam tu tak susah pun.
Kena la guide beliau sikit sebelum snap.
” ok baby ke kiri sikit bagi center, kaki lurus ke depan sikit, angkat dagu sikit, toleh kiri kanan belakang depan, 3,2,1 cisss!”
Jangan angkat camera main tekan je kang jadi gambar tak lawa pulak buang masa.
Ads
Ok dah dapat gambar yang beliau suka.
Masalah timbul bila semua gambar cantik!
Nak pilih gambar 1 je dari pagi bawa ke malam.
Jadi ikut pengalaman saya akan delete je senyap-senyap biar tinggal 2-3 keping gambar sebelum dia tengok.
Kejap je dia boleh pilih kompem!
Ads
Bila dia dah pilih satu gambar yang paling cun.
Soalan biasa akan keluar,
” baby, gambar ni ok tak?”.
Kat sini kita tak boleh jawab “ok je”.
Terlalu simple dan terlalu jantan.
Ini bakal merosakkan mood mereka.
Jawapan perlu disertakan dengan huraian.
” ok ni darling, lighting on point, tudung nampak tajam baju nampak flowy, bulu mata lentik, nampak kurus nampak tinggi dan sebagainya “.
Macam ni baru mereka seronok dengar!
Tak ada apa yang sukar bila kita senang berkomunikasi dengan isteri.
Ambil sedikit masa buat mereka rasa dihargai.
Senang hati isteri dilayan macam puteri.
Sentiasa jadikan mereka yang pertama di hati.
Bersabarlah melayan isteri kita,
Mereka pembawa bahagia.
Pikatlah hati mereka,
Walau sampai hari tua.
Mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Dalam hal ini, pesanan daripada pakar motivasi terkenal Datuk Prof Dr Muhaya dalam mendidik anak-anak boleh kita abadikan panduan bersama.
1. Kirimkan bacaan Al Fatihah
Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.
Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Doa & pandang wajah anak
Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3.Solat hajat di sisi anak
Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.
4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.
5. Peluk dan cium anak selalu
Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak
Maafkan anak setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.
7. Jaga tutur kata & minta Maaf
Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim
Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9.Tekankan kemuliaan peribadi
Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.
10. Berdoa ketika membasuh beras
Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.
Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.
11. Ucap kata-kata positif
Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila bergelar isteri dan ibu pastinya pelbagai tanggung jawab yang perlu dilakukan tanpa mengira masa. Lebih-lebih lagi apabila bergelar suri rumah sepenuh masa. Segala hal rumah tangga baik anak mahupun suami menjadi keutamaan.
Perkongsian isteri pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia mengenai rutin hariannya mendapat perhatian peminatnya. Lebih-lebih lagi apabila isteri kesayangan Datuk Fizz Fairuz ini bercerita momen sebelum mereka berkahwin.
Menurut Almy, suaminya itu tidak gemar dengan wanita yang mahu bersama dengannya setiap masa. Namun kini semuanya sudah berubah selepas memiliki anak perempuan.
Apa yang melucukan, anak kedua pasangan ini yang bernama Nur Afrina Aurora, 3, cukup manja dan sentiasa mahu bersama ayahnya.
“Dulu masa zaman bercinta, dia (Fizz) paling tak suka, paling benci gf (girlfriend) dia asyik berkepit, atau call 24 jam.
“Nak jadikan cerita tu laa kan, sekarang anak dia yang nombor 2 ni, suka sangat berkepit dengan dia 24 jam, tidur berkepit, pergi toilet ikut, makan ikut mana saja mesti ada dengan papa dia, naik rimas mama.
“Nak dapat anak yang kaki berkepit dengan dia padan muka.. Tak suka sangat kan dulu, sekarang hambikkkklkk (terimalah) yang lagi aku hangin si papa dia buat macam tak ada masalah anak beranak dok bergaduh depan dia,” tulisnya.
Almy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik foto gelagat anaknya yang duduk bersama Fizz.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 tahun.
Isu pengguguran kandungan bukan perkara yang boleh dipandang ringan, apatah lagi apabila ia melibatkan janin yang disahkan mengalami kecacatan serius.
Bagi pasangan suami isteri, berita seperti ini pastinya bukan mudah untuk diterima. Ada yang terkejut, sedih, keliru dan buntu memikirkan keputusan terbaik yang perlu dibuat. Dalam keadaan penuh emosi, ibu ayah juga perlu memahami hukum syarak, nasihat perubatan serta kedudukan undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan.
Ramai yang beranggapan pengguguran kandungan adalah haram secara mutlak dan tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan. Namun dalam Islam, hukum menggugurkan kandungan cacat mempunyai perincian tertentu, khususnya apabila melibatkan usia kandungan, tahap kecacatan janin serta risiko terhadap nyawa atau kesihatan ibu.
Menurut penjelasan berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, hukum menggugurkan kandungan bergantung kepada usia kandungan tersebut.
Sekiranya kandungan telah mencapai usia 120 hari atau empat bulan, pengguguran adalah haram kerana pada ketika itu janin dianggap telah ditiupkan roh. Pengecualian hanya diberikan sekiranya kehamilan tersebut benar-benar mengancam nyawa ibu.
Ini bermakna, selepas tempoh 120 hari, pengguguran tidak boleh dilakukan hanya atas alasan janin mengalami kecacatan, melainkan wujud keadaan darurat yang melibatkan keselamatan nyawa ibu.
Bagi kandungan yang belum mencapai usia 120 hari pula, pengguguran boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu. Antaranya apabila janin disahkan mengalami kecacatan serius atau penyakit berat yang boleh membahayakan nyawa atau kesihatan ibu.
Namun begitu, keputusan ini tidak boleh dibuat hanya berdasarkan andaian, rasa takut atau kebimbangan semata-mata. Ia perlu disahkan oleh pakar perubatan yang berautoriti, selepas pemeriksaan dan penilaian terperinci dilakukan.
Dalam keadaan begini, pasangan disarankan mendapatkan pandangan doktor pakar bagi mengetahui tahap sebenar kecacatan janin, risiko terhadap ibu serta kemungkinan rawatan yang boleh diberikan selepas bayi dilahirkan.
Islam sangat memelihara nyawa. Sebab itu, pengguguran kandungan tidak boleh dibuat sesuka hati atau atas alasan yang tidak kukuh.
Setiap kes perlu dinilai secara berasingan kerana keadaan ibu, usia kandungan dan tahap kecacatan janin mungkin berbeza antara satu individu dengan individu lain. Apa yang penting, keputusan yang dibuat mestilah berpandukan nasihat perubatan dan hukum syarak.
Selain mendapatkan pandangan doktor, pasangan juga digalakkan merujuk kepada pihak berautoriti agama seperti pejabat mufti atau alim ulama yang dipercayai. Ini penting supaya keputusan yang dibuat tidak bercanggah dengan tuntutan agama.
Dari sudut undang-undang Malaysia pula, pengguguran kandungan tertakluk kepada Seksyen 312 Kanun Keseksaan. Secara umum, perbuatan menyebabkan keguguran adalah satu kesalahan.
Bagaimanapun, pengecualian diberikan dalam keadaan tertentu sekiranya ia dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar yang berpandangan dengan suci hati bahawa meneruskan kehamilan boleh mendatangkan risiko kepada nyawa wanita tersebut atau memberi kesan kepada kesihatan fizikal atau mentalnya.
Bagi ibu ayah yang diuji dengan berita janin mengalami kecacatan serius, perasaan sedih dan buntu itu sangat difahami. Namun, jangan membuat keputusan seorang diri atau secara tergesa-gesa.
Berbincanglah dengan pasangan, dapatkan penjelasan doktor pakar dan rujuk pihak agama yang berautoriti. Dalam masa sama, banyakkan berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk, ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Kesimpulannya, hukum menggugurkan kandungan cacat dalam Islam bergantung kepada usia kandungan, tahap kecacatan janin, risiko terhadap ibu serta penilaian pakar perubatan. Selepas 120 hari, hukum asalnya adalah haram kecuali bagi menyelamatkan nyawa ibu.
Apa pun keputusan yang dibuat, pastikan ia tidak diputuskan secara terburu-buru, sebaliknya melalui pertimbangan yang teliti, berilmu dan berpandukan syarak.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.