Berkenalan sejak 20 tahun lalu ketika dibangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ajak menerusi laman instagramnya sebelum ini.
Biarpun bergelar selebriti, namun Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang.
Ads
Tidak hairanlah, sesekali dia memuat naik gambar bersama isterinya Afifah dengan kapsyen yang cukup sweet. Terbaru, Ajak memuat naik satu video yang memaparkan dia memeluk isterinya dengan kapsyen:
Ads
Ads
“Suami kalau perlu kekuatan, peluk je isteri…Insyaallah..tak percaya cuba peluk..tapi bini koranglah..bukan bini aku,” tulis Ajak Shiro.
arezuha1402 assalam abg @ajakshiro, ni yg di katakan aura isteri…majunya sorg suami kerana adanya isteri dibelakangnya…suami isteri saling memerlukan…setiap ujian yg diturunkan الله adalah utk menaikkan darjat kita sebagai hambaNya…majulah shiro dlm MLM ??
Setiap kali anak batuk atau demam , pasti ibu orang yang paling tak senang duduk. Nak-nak lagi kalau anak-anak jenis yang sakit lambat nak sembuh. Kadang kala memakan masa berminggu-minggu.
Kerana itu, ibu sangat alert dan mengawal pemakanan anak-anak terutama makanan junk food seperti gula-gula dan sebagainya. Nak nak lagi anak jenis yang sukar untuk makan ubat. Puas dipujuk dengan pelbagai cara, ada sahaja alasan dan karenah mereka yang tidak mahu makan ubat.
Untuk ibu-ibu yang ada masalah ini, apa kata buat sendiri candy atau gula-gula untuk anak-anak. Istimewanya candy ini bukan sahaja selamat dimakan malah ia membantu melegakan batuk atau sakit tekak yang dialami anak-anak.
Namun, candy ini bukanlah ubat dan anak-anak tetap perlu mendapatkan rawatan doktor jika batuk berterusan dan tidak baik. Candy ini adalah sebagai rawatan alternatif.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri, jom tengok perkongsian dari AJ Idris ini.
Ini bukanlah ramuan ubat batuk, cuma sebagai alternatif untuk mengurangkan / melegakan sakit tekak dan batuk ringan. Kena juga jumpa doktor, tau.
Bahan-bahan
Sebiji lemon, ambil jus,
1 sudu kecil serbuk halia,
3 sudu kecil gula perang (dalam gambar sesudu je buat contoh). Boleh gantikan dengan gula putih kalau suka.
Malang tidak berbau, siapa menyangkan hentakan kepala yang berlaku tiba-tiba bertukar jadi ngeri bila berlaku pendarahan tanpa sedar. Inilah yang berlaku kepada ayah pelakon, Hanis Zalikha.
Menerusi Instagramnya, Hanis berkongsi kisah ayahnya yang terpaksa menjalani pembedahan segera malah hampir hilang keupayaan bercakap selepas jatuh dan terhentak kepala.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut menasihatkan wargamaya agar sentiasa pekat dan membuat pemeriksaan jika mengalami hal yang sama seperti ayahnya.
“Kalau anyone you know jatuh kepala terhentak, luaran memang takde apa tapi dalaman maybe boleh jadi pendarahan perlahan. Sejurus dari terjatuh, bila check X-Ray dan CT scan tak ada apa-apa, semua clear saja, tapi bila 2-3 minggu kemudian boleh bertukar jadi mimpi ngeri sebab darah dah membanjiri sebahagian besar otak anda.
“My dad realised something was wrong hampir sebulan lepas jatuh, tiba-tiba dia tak dapat gerakkan kaki kanannya. Macam lagging. Sebab dia jatuh terhentak dahi kiri, bila anggota belah kanan yang terjejas, we knew it must be the brain.
“I ambil dia dan tanya dia tentang trip to Acheh baru-baru ni, he said “Bila Daddy pergi Acheh?”. Ya Allah this very man, is my dad, someone who was very sharp and opinionated, tiba-tiba sangat blur dan slow, jawab sepatah-sepatah,” kongsi Hanis.
Tambahnya lagi, ayahnya juga menjadi sedikit pelupa malah hilang memorinya dek kerana adanya darah yang memenuhi otaknya selepas terjatuh.
Pun begitu Hanis lega bila mana dia bertindak pantas dan menyedari lebih awal keadaan ayahnya.
“So I spent the whole day uruskan dia, berunding dengan dua pakar dan seorang pakar bedah saraf dan akhirnya dimasukkan ke hopsital pada sebelah malam untuk persediaan pembedahan keesokan harinya, he told the family “Daddy tadi drive sendiri datang sini”. My heart sank, I was frantic with worry — takutnya lagi lambat ni lagi banyak memori dia hilang.
“The brain surgery went well atas izin Allah, thank you to everyone involved. Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma, sebab otak dah compressed terlalu banyak darah.
“I jot this here as a reminder for all of us to always jangan tangguh-tangguh kalau hati dah tergerak.
“Daddy masih tak ingat I bawak dia pi hospital hari tu. Nasib baik kita selfie,” kongsinya lagi.
Memang benar, jangan buat main-main doa seorang ibu. Doa ibu tiada hijab dan mustajab! Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia. Pernah bacakan, bahawa doa ibu setanding dengan doa Nabi untuk umatnya iaitu membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah.
Semoga perkongsian pesanan daripada Ustaz Dr. Kamilin Jamilin menjadi panduan bersama untuk membentuk keluarga mawadah dalam membesarkan anak-anak.
Andainya dengan tawfiq Allah saya memiliki sekelumit kejayaan, maka wanita mulia ini adalah rahsia dan kunci segalanya. Saya tidak pernah khuatir dengan sebarang ujian dan dugaan hidup andainya saya mempunyai doa wanita ini yang saya bersangka baik termasuk dalam golongan yang Allah mustajabkan doanya.
Wanita ini tidak pernah lupa untuk mendoakan saya berpuluh-puluh minit lamanya, bersungguh-sungguh meminta setiap hari, setiap waktu solat fardu dan sunatnya.
Wanita ini akan berpuasa setiap hari musim peperiksaan saya sejak saya kecil lagi demi mendoakan kejayaan buat diri yang penuh kelemahan ini.
Saya terasa kuat dan tenang dengan doanya.
Saya tidaklah cerdik, apatah lagi rajin untuk menggapai kejayaan. Namun saya tidak pernah risaukan kegagalan kerana sentiasa ditemani doanya.
Andai saya ditanya rakan pada malam peperiksaan: “Kenapa nampak macam relaks je esok nak periksa?”, saya akan menjawab: “Apa nak risau, saya ada doa mak yang Allah pasti makbulkan” penuh keyakinan.
Bukan pelajar pintar
Ya, wanita yang menjadi rahsia kejayaan ini ialah insan teristimewa bergelar ibu yang telah berkorban segalanya melalui pelbagai keperitan hidup demi kebahagiaan anak-anaknya. Walaupun pelbagai “luka” dan air mata yang telah beliau titiskan akibat masalah serta sikap saya ketika remaja dahulu yang sering menggurisnya, namun wanita yang saya panggil sebagai “mak” ini tidak pernah berputus asa dari doa dan bimbingan.
Dari pelajar benak yang mendapat 5 markah Quran, hingga memiliki anak-anak didik tahfiz Darul Siddir yang luar biasa kerana doa “mak”.
Dari seorang anak “moody” panas baran yang mensia-siakan 6 tahun persekolahannya dengan kegagalan, hingga menempuhi cabaran menuntut ilmu 10 tahun di luar negara kerana doa “mak”.
Dari seorang pembenci ilmu agama, menjadi pencintanya kerana doa “mak”.
Dari seorang yang bercita-cita memartabat bangunan pencakar langit, kepada impian memartabat sunnah Rasul kerana doa “mak”.
Ketika “mak” mengetahui saya akan diviva, dialah yang lebih cemas dan panik dari saya. Saya ditegur dan dibebel kerana kelihatan lebih sibuk dengan kuliah dan “travel” ke negara jiran beberapa hari sebelum viva. Tapi saya hanya menjawab padanya sambil tersenyum: “Apa nak risau, kan ada doa mak?”.
Saya katakan padanya: “Mak doakan lulus pun jadilah”. “Mak” menjawab: “Mak doakan lulus dengan cemerlang tanpa pembetulan”. Saya membidas: “Mak, mustahillah boleh lulus viva Ph.D tanpa pembetulan! Dahlah tebal”. Ujarnya”: “Mak tetap jugak nak doakan”.
Alhamdulillah kuasa Allah, semua urusan dipermudahkan. Dari urusan penulisan tesis dengan pelbagai kesibukan yang melanda, hingga dipercepatkan urusan viva. Malah dikurniakan penyemak-penyemak hebat yang bermurah hati menutup banyak keaiban diri, menganugerahkan kecemerlangan yang tidak layak dimiliki.
Namun jika doa seorang ibu telah dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa, siapakah lagi yang mampu menghalangnya??
Bagi yang masih memiliki “rahsia” ini, hargailah ia dan janganlah lupa memanfaatkannya selagi kita dan dia masih bernyawa. Kelak apabila dia sudah tiada, segala penyesalan sudah tiada guna. Barangkali kejayaan juga “terbang” entah ke mana.
___________________________________
Dalam pada itu, admin sertakan kisah dizaman Rasulullah mengenai kehebatan doa seorang ibu. Moga kita muhasabah diri dalam membesarkan anak-anak.
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat – pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.
Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: “Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!”
Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: “Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?”
Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.
Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.
Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: “Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur.”
Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan ‘bunga desa’ yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.
Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: “Di mana bayi itu”
Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: “Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa.”
Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: “Wahai bayi, siapakah bapamu?”
Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: “Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini.”
Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menlak dan meminta pondok seperti asalnya.
Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.
Banyak iktibar daripada kisah Juraij.
* Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
* Doa ibu sangat mustajab – sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
* Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
* Ibu haru ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
* Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung – maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
* Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.
Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: “Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.”
Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...