Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak-anak kan. Namun, jangan terlalu manjakan mereka. Ajar anak-anak berdikari untuk kesenangan diri mereka di kemudian hari.
Bagi pelakon cantik manis, Rita Rudaini baru-baru ini berkongsi keinginan anak-anaknya untuk belajar memasak.
Tadi depa mintak suh ajaq masak…so mommy bagi benda senang buat macaroni cheese untuk dinner 🥰…pastu arjuna cakap ‘mommy nanti ajar la adik cuci pinggan’ 🤣…mommy ckp ‘bagi tangan adik kuat dulu nk pegang pinggan berat’ 😅…
Tambah Rita lagi, anak-anak perlu diajar supaya ringan tulang supaya cepat matang dan belajar berdikari. Justeru, tidak timbul istilah ibu bapa menjadi hamba kepada anak-anak kelak.
Kalau sayang anak,dari kecik kena latih depa ringan tulang…nnti depa lebih cepat matang dan independent..lepas tu kita pon bila tua nanti xla penat kan..takkan tua2 pon nk jadi hamba anak dan anak jadi raja.
Kalau kesian dan sayang anak,ajaq depa independent so kalau depa kat mana2 pon depa tak terkapai-kapai..ampa dapat mommy yang wanita besi ni ampa pon kena jadi strong untuk jaga mommy,diri dan family ampa nanti 😘
Ayam goreng bolehlah dianggap sebagai menu paling mudah dan menyelerakan untuk dihidang semasa berbuka puasa. Pun begitu, jika anda ingin mengubah selera selain ayam digoreng dengan perapan garam dan serbuk kunyit semata-mata, apa kata anda mencuba menyediakan Ayam Goreng Serai Thai ini.
Ketika digoreng, baunya memang ‘menggoda’ rasa begitu semerbak beraroma dan membuatkan tidak sabar untuk dijamah usai digoreng.
Jika tak percaya, cubalah sediakan dan bahan-bahan yang digunakan cukup mudah dan rasanya dijamin enak. Selamat mencuba!
AYAM GORENG SERAI THAI
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang². Bila goreng nanti jadi rangup.
2. Tumbuk-tumbuk kasar jew..
3. Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.
4. Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.
5. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last skali.
6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.
7. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ni baunya harum sungguh.
Tadaa.. dah siap. Nak bagi cantik dan nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.. selamat mencuba.
Tak Sangka Nampak Biasa Aje Cara Ni, Rupanya ’15 Adab’ Ni Anak Akan Tiru Bulat-Bulat.
Anak itu cerminan diri ibu bapa. Tanpa kita sedar apa yang kita luahkan dan lakukan setiap hari sebenarnya anak-anak mula membuat pemerhatian dan seterusnya melakukan peniruan.
anak-anak akan melakukan peniruan dalam tempoh pembesarannya. Cakna dengan permasalahan itu dalam sebuah keluarga, dia berkongsi ’15 adab’ yang positif dan negatif ibu bapa biasa lakukan di hadapan anak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1 – Panggil orang Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.
2 – Bercakap Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking. 3 – Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.
4 – Sebut tolong Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.
5 – Ketika makan Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.
6 – Marah orang Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.
7 – Hormat orang tua Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.
8 – Sabar Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.
9 – Mulut laser Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.
10 – Senyum Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.
11 – Ucap terima kasih Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.
12 – Meminta maaf Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.
13 – Mendengar Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.
14 – Toleh Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.
15 – Mengamuk Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati. Bukan salah anak jika dia tak beradab. Wallahu A’lam,
Nak tak nak inilah realitinya, ramai yang susah ketika ini dan masih tertanya-tanya bilakah kita semua akan keluar daripada kemelot pandemik covid-19. Apa yang jelas, dalam kegelisahan melalui hari-hari mendatang ada sebahagiannya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Lantaran itu, setiap antara kita perlu lebih prihatin untuk sama-sama membantu di antara satu sama lain. Ini seperti mana pepatah Melayu ada menyebut, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita pula.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim)
Berkongsi kisah berkenaan tolong-menolong dan mempermudahkan urusan orang lain di laman facebook, seorang guru yang dikenali sebagai Muhammad Yusof berkongsi nukilannya. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk kita semua sama-sama melakukan banyak kebaikan untuk membantu orang disekeliling kita.
Mempermudahkan Urusan Orang
Masa saya tengah angkat beras tadi, ada sorang pak cik datang kat saya. “Banyak lagi ke dik beras?”. Saya ingat dia nak beras. Saya pun bagi dia satu beg beras dan barang dapur. “Eh bukan dik. Pak cik tak nak. Pak cik tengok adik dok angkut beras banyak ni pak ingat nak tolong angkat sekali. Adik ada buat bantuan ya? Pak cik nak bagi duit pak cik tak mampu, tapi kalau tolong adik sikit-sikit ni bolehlah..”.
Allah, Allah pak cik ni buat saya terharu petang tadi.
Dalam masa lockdown ni sebenarnya, kita kena belajar ‘mempermudahkan’ urusan orang lain, macam yang pak cik ni buat.
Kalau kita jadi suami, kita ‘permudahkanlah’ segala urusan isteri dan keluarga kita.
Jika kita jadi isteri, kita usahalah untuk ‘permudahkan’ urusan suami dan anak-anak kita.
Jika kita jadi kakak atau abang, kita ‘permudahkanlah’ urusan adik-adik kita yang mungkin tengah struggle masa pkp ni.
Kalau kita jadi bos, kita ‘permudahkanlah’ urusan pekerja-pekerja bawah kita.
Kalau kita jadi cikgu, kita ‘permudahkanlah’ pdpr anak-anak murid kita.
Kalau kita jadi orang kaya, kita ‘permudahkanlah’ urusan kita untuk bantu orang miskin yang memerlukan.
Kalau kita ada rezeki lebih sikit, kita ‘permudahkanlah’ untuk bantu beli barang-barang kat peniaga tepi jalan atau mana-mana peniaga yang sedang terkesan masa pkp ni.
Kalau kita order food panda atau grab food, kita ‘permudahkanlah’ urusan mereka dan berilah mereka tips sikit.
Kalau kita jadi seorang jiran, kita ‘permudahkanlah’ bantuan kepada jiran-jiran setempat yang memerlukan.
Kalau kita jadi pihak yang berautotiti, kita ‘permudahkanlah’ dan percepatkanlah urusan bantuan kepada yang amat-amat memerlukan sekarang.
Pendek kata, tak kira siapa pun kita, cubalah untuk ‘mempermudahkan’ segala urusan orang lain. Kelak satu masa nanti Tuhan akan ‘mempermudahkan’ urusan kita bila kita sempit, InsyaAllah.
Sebelum saya balik, pak cik tadi datang ketuk pintu kereta saya. ‘Dik, pak cik tak tau nak sedekah apa. Ni pak cik ada air bersih banyak dalam kereta. Adik gunalah buat basuh tangan ke apa ke ye..’
Saya tak terkata apa. Terharu saya. Moga Syurga buatmu pak cik. Ni saya sertakan botol air paip yang pak cik ni bagi kat saya. Nanti ada orang kata saya reka cerita pulak.
Meninjau di ruangan komen, ramai antaranya tersentuh hati membaca kisah yang dikongsikan ini. Bahkan ramai mendoakan agar urusan cikgu ini untuk membantu lebih ramai yang susah dipermudahkan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.