Dunia ini adalah pentas ujian buat kita semua. Sama ada buat orang yang kaya mahupun yang miskin, tetap ada dengan ujiannya atau masalahnya yang tersendiri.
Pun begitu, yakinlah walau apa-apa pun ujian yang menimpa jika dihadapi dengan tenang dan positif, masalah yang awalnya terasa berat dan terbenan ada membawa kebaikan. Ini kerana Allah sentiasa ada untuk membantu hamba-hambanya.
Berkongsi suatu kisah daripada seorang wanita ini yang pernah melalui cabaran hebat apabila perniagaan yang diusahakan mengalami kejatuhan dan ianya bukan mudah.
Pelbagai usaha dilakukan, namun akhirnya menemui jalan buntu hinggalah dia terdengar tazkirah berkaitan Power Of Surah At-Taubah.
“POWER OF SURAH AT TAUBAH AYAT 128-129”
Assalammualaikum semua Saira Nak share Testimoni Peribadi Tentang
Surah At Taubah 128-129 yang saira dan suami amalkan sejak kejatuhan bisnes beberapa tahun lepas..
Ads
Bila kata tentang kejatuhan bisnes pastinya ramai di sini yang pernah kejatuhan bisnes , buat marketing business keluar modal puluh-puluh ribu malah ada yang ratusan ribu, pernah ditipu dan sebagainya.
Pada masa kebuntuan pastinya kita pon rasa letih mencari-mencari , bertanya-tanya pelbagai jenis bantuan . Dengan family, kawan-kawan semua kita tanyakan untuk meminjam dan mengadu kesah hal kita ni.
Ada suatu hari dalam kebuntuan , terdengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew tentang ilmu yang disampaikan iaitu bacalah Surah At Taubah 128-129 sekurang-kurangnya 7x sehari.
Ads
Allahuakbar Kata Ustaz , :-
1. Jika dia seorang yang lemah ,maka akan menjadi kuat
2. Jika Dia seorang yang hina, maka akan menjadi mulia
3. Jika Dia seorang kalah , akan segera mendapat pertolongan
4. Jika Dia Seorang yang berkesempitan , maka akan segera mendapat kelapangan
5.Jika Dia Seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6.Jika Dia dalam kesusahan ,maka akan diberikan kesenangan
Subhanallah Subhanallah Subhanallah, Waktu itu memang saira teruskan amalan ini tanpa henti .
Setelah amalan ini berterusan hinggalah perasan yang satu persatu urusan dipermudahkan, pelbagai jalan keluar untuk setiap persoalan (masalah) serta segala amanah-amanah mula dapat diselesaikan . Rezeki nasuk mencurah-curah tanpa putus .. subhanallah
Ads
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar !
Syukur Kehadrat Ilahi atas semua anugerah, pertolongan & kenikmatan yang diberi olehNYA.
Biasanya kalau buat biskut atau kek, mesti orang cadangkan gunakan tepung ros tapi bila ada yang mencari tepung ros di pasaran menyebabkan ada pula yang terkeliru. Ini memandangkan rupanya ada dua jenis tepung yang menggunakan ros sebagai logo. Jadi mana satu sebenarnya ye yang dimaksudkan dengan tepung ros untuk membuat biskut atau kek yang sering disarankan oleh otai dalam bidang pastri dan bakeri.
Menjawab persoalan itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Zuraini Alias II yang juga dikenali dikalangan peminat pastri dan bakeri di media sosial. Ini perkongsiannya.
Tepung Gandum Cap Ros vs Tepung Red Rose
Hai gaisss
Korang jangan keliru ye antara kuntum bunga ros tu. Satu tepung gandum cap ros
Satu lagi tepung red rose.
Tepung Red Rose
Tepung red rose tu biasanya kat bakery tak jual jenama ros tu. Kebanyakan yang di jual ialah packet sekilo repack by bakery packaging tetapi kat label ada tulis tepung red rose
Tepung red rose ni korang adalah tepung khas utk membuat biskut yang mana biskut korang akan menjadi lebih ringan dan rangup. Harga sekitar RM3 ke RM3.20 sekilo
Tepung Cap Ros
Manakala tepung cap rose tu pulak tepung serbaguna sama taraf dengan tepung gandum lain lain. Contoh tepung cap sauh, kunci, bakers choce , faeza dan lain lain
Harga sekitar tak sampai RM2. Tepung gandum cap ros beratnye 850gm sepeket ye.
Cuma kzu prefer guna tepung gandum cap sauh dan bakers choice untuk kek dan biskut
Tepung cap kunci untuk karipap
Tepung cap rose ramai juga yang guna untuk biskut
Tepung cap cempaka untuk apam senyum merekah
Tepung high protein untuk donut
Hok ni nti story lain
Tepung biskut red rose bergantung pada resepi yng guna ye
Kesimpulannye gaisss
Semua tepung gandum boleh je korang guna untuk apa apa resepi. Ikut kesukaan jenama masing masing ye. Harap dapat membantu ye. Selamat membaking ye.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Orang arab panggil khitan, orang melayu pula sebut khatan atau sunat, orang-orang tua sebut ‘masuk jawi’.
Ramai yang tak tahu, sunat meng’khatan’kan bayi pada hari ke-7.
Ye, selain daripada aqiqah, mencukur rambut, dan memberi nama, berkhatan juga antara sunnah baginda SAW pada hari ke-7 kelahiran.
Bayi sesuai dikhatan sejurus selepas lahir sampailah pada usia 4 bulan. Selepas dari tu, agak susah untuk dikhatankan, sebab baby dah mula pandai meniarap.
Sayangnya, ramai yang tak tahu atau terlepas pandang pada sunnah berkhatan ini. Menjadi adat juga orang melayu mengkhatankan anak lelaki mereka apabila sudah lewat usia kanak-kanak.
Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)
Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata,
“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)
Dari Abu Ja’far ra berkata,
“Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)
Alhamdulillah, Taqi & Zaki kami sunatkan waktu mereka 3 bulan.
Bagi kami dah agak lewat. Tapi bagi sesetengah orang mereka tanya, kenapa terlampau awal?
Antara sebab ramai yang memilih untuk melewatkan khatan anak:
1. Tak tahu khatan antara sunnah hari ke-7 dan sebaiknya disegerakan.
2. Kesian dan risau, takut baby sakit.
3. Tak sampai hati nak lihat proses khatan dan tengok baby nangis.
4. Nak anak-anak rasa pengalaman kena sunat.
Khatan itu sunnah. Maka ia adalah tuntuan agama. Islam tidak zalim, malah Islam itu agama rahmah.
Jadi, tak usah fikir tentang ‘kasihan baby’, takut baby sakit dan sebagainya. Sebab Islam tidak akan menzalimi umatnya. Sedangkan pada haiwan juga Islam ajarkan sifat rahmah, inikan pula pada bayi. Jadi sudah tentu ada rahmah apabila kita mengkhatankan anak ketika bayi.
Antara kelebihan khatan sewaktu bayi:
1. Bayi kurang rasa sakit, sebab kulit bayi masih lembut. bayi banyak tidur. Macam kita juga, kalau kita tidur, semua sakit terasa hilang.
2. Luka bayi cepat sembuh, seawal 5-7 hari.
3. Bayi tidak perlu berpantang. Mak ayah pun tak perlu penat jaga makanan pantang anak. Sebab makanannya hanya susu semata.
4. Bayi tidak disekat pergerakkannya. Sebab kerja bayi memang terbaring dan tidur je.
5. Bayi takkan rasa takut. Sebab bayi masih belum ada perasaan takut. Berbeza dengan kanak-kanak, mereka sudah kenal erti takut.
6. Mak ayah tak perlu penat pujuk anak supaya mereka setuju untuk berkhatan. Sebab baby memang sedia ada serah diri untuk dikhatankan.
7. Bayi yang dah khatan dapat elak dari penyakit kencing buta. Sebahagian kanak-kanak yang belum sunat akan terkena penyakit kencing buta. Maka, akhirnya doktor sarankan supaya segera dikhatankan.
8. Mak ayah juga tak penat untuk jaga bayi lepas khatan. Sebab penjagaannya sangat mudah.
Bukankah ini semua bukti sunnah itu rahmah? Memudahkan urusan bayi dan memudahkan urusan ibubapa.
Kalau mak atau ayah yang takut, mungkin boleh usaha untuk tak tengok waktu proses khatan. Biarkan nenda bayi atau pakcik dia yang temankan. Jangan sebab kekurangan kita, sunnah itu terpaksa dilewatkan.
Kalau pengalaman sunat yang dicari,
Hmmm, banyak lagi pengalaman lain yang anak tu boleh cari. Paling tidak, boleh rekod proses khatan tu pakai handphone. Nanti dah besar, tunjuk semula pada anak tu.
Sudah tiba, adat itu ditukar kepada sunnah.
Jangan sebab mengikut adat kita meninggalkan sunnah.
Sunnah itu lebih utama.
Tak rugi sunat anak awal.
Malah sebenarnya, besar nanti mereka akan sangat bersyukur sebab mak ayah dorang pilih untuk sunatkan mereka awal.
Berapa ramai juga ibuayah menyesal tak sudah sebab tak sunatkan anak dorang siap-siap waktu kecil dulu.
Kalau ada yang dah terlepas, tak mengapa. Teruskan cari waktu yang sesuai untuk sunat anak kalian. insyaAllah dipermudahkan 🙂
Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).
Jom, ikut sunnah 🙂
Alhamdulillah, proses khatan Taqi & Zaki dulu semuanya dipermudahkan. Saya juga tak berjaga lebih, hidup seperti hari-hari biasa. Hari ke-3 khatan kami dah pergi holiday kat Terengganu.. hehe..
Kami khatankan dengan Dr. Khairuddin di Klinik Taqwa, Ipoh. Dr Khairuddin sangat berpengalaman. Kerjanya sangat teliti dan kemas.
Kos cuma Rm140 termasuk ubat. Rasanya agak murah berbanding kebanyakkan tempat biasa. Kalau kat area KL Selangor, kami survey-survey harga lebih kurang Rm250-400. Tu yang kami buat dekat Ipoh je, jimat! Hehe..
Waktu tengah khatankan baby, Dr. Khairuddin tunjukkan ‘tahi palat’ yang ada di bahagian dalam penis Taqi & Zaki, Doktor pun cakap,
“Tengoklah, tahi palat baby pun dah banyak macam ni, bayangkan kalau budak umur 12 tahun tak sunat lagi. Banyak mana dah terkumpul dalam tu”.
Ini secebis pengalaman kami. Kami pun tak mampu ikut sunnah untuk khatan Taqi & Zaki pada hari ke-7 disebabkan urusan kesihatan dan pelbagai. Maka kami hanya mampu mengikut sunnah untuk bersegera mengkhatankan mereka.
Islam itu sangat indah. Pasti punya banyak hikmah disebalik sunnah berkhatan ketika bayi.
Anak kita juga nampak semakin macho & handsome bila dah sunat
Wallahua’lam..
Nur Shazareen
Mama kepada 2 hero macho & seorang heroin ayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat, “Eh? Berapa lama eh boleh tahan botol susu ni? Takkanlah selama-lamanya pula?”
Mahal macam mana pun botol susu, tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut dan terlalu berkira untuk membeli botol susu anak demi kesihatan mereka.
Adalah bahaya menggunakan botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak.
Jangka Hayat Botol Susu
Jika botol susu mempunyai Bisfenol A (BPA), jangka hayat penggunaannya hanya sekitar 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang jenis BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang.
Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.
Kesan BPA Terhadap Kesihatan & Bayi
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.
Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:
1. Baligh awal
2. Kanser payudara
3. Kanser prostat
4. Penyakit jantung
5. Obesiti
6. Kencing manis
7. Boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon.
Botol susu perlu ditukar segera sekiranya:
Kesan calar pada botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.
Sterilizer
Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan.
Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.
Warna botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol.
Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.
Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan.
Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu semua. Buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang.
Sumber: Maya Darwish
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.