Orang arab panggil khitan, orang melayu pula sebut khatan atau sunat, orang-orang tua sebut ‘masuk jawi’.
Ramai yang tak tahu, sunat meng’khatan’kan bayi pada hari ke-7.
Ye, selain daripada aqiqah, mencukur rambut, dan memberi nama, berkhatan juga antara sunnah baginda SAW pada hari ke-7 kelahiran.
Gambar hiasan.
Bayi sesuai dikhatan sejurus selepas lahir sampailah pada usia 4 bulan. Selepas dari tu, agak susah untuk dikhatankan, sebab baby dah mula pandai meniarap.
Sayangnya, ramai yang tak tahu atau terlepas pandang pada sunnah berkhatan ini. Menjadi adat juga orang melayu mengkhatankan anak lelaki mereka apabila sudah lewat usia kanak-kanak. Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)
Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata,
“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)
Dari Abu Ja’far ra berkata,
“Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)
Alhamdulillah, Taqi & Zaki kami sunatkan waktu mereka 3 bulan.
Bagi kami dah agak lewat. Tapi bagi sesetengah orang mereka tanya, kenapa terlampau awal?
Gambar hiasan
Antara sebab ramai yang memilih untuk melewatkan khatan anak:
1. Tak tahu khatan antara sunnah hari ke-7 dan sebaiknya disegerakan.
2. Kesian dan risau, takut baby sakit.
3. Tak sampai hati nak lihat proses khatan dan tengok baby nangis.
4. Nak anak-anak rasa pengalaman kena sunat.
Khatan itu sunnah. Maka ia adalah tuntuan agama. Islam tidak zalim, malah Islam itu agama rahmah.
Jadi, tak usah fikir tentang ‘kasihan baby’, takut baby sakit dan sebagainya. Sebab Islam tidak akan menzalimi umatnya. Sedangkan pada haiwan juga Islam ajarkan sifat rahmah, inikan pula pada bayi. Jadi sudah tentu ada rahmah apabila kita mengkhatankan anak ketika bayi.
Ads
Gambar hiasan
Antara kelebihan khatan sewaktu bayi:
1. Bayi kurang rasa sakit, sebab kulit bayi masih lembut. bayi banyak tidur. Macam kita juga, kalau kita tidur, semua sakit terasa hilang.
2. Luka bayi cepat sembuh, seawal 5-7 hari.
3. Bayi tidak perlu berpantang. Mak ayah pun tak perlu penat jaga makanan pantang anak. Sebab makanannya hanya susu semata.
4. Bayi tidak disekat pergerakkannya. Sebab kerja bayi memang terbaring dan tidur je.
5. Bayi takkan rasa takut. Sebab bayi masih belum ada perasaan takut. Berbeza dengan kanak-kanak, mereka sudah kenal erti takut.
6. Mak ayah tak perlu penat pujuk anak supaya mereka setuju untuk berkhatan. Sebab baby memang sedia ada serah diri untuk dikhatankan.
7. Bayi yang dah khatan dapat elak dari penyakit kencing buta. Sebahagian kanak-kanak yang belum sunat akan terkena penyakit kencing buta. Maka, akhirnya doktor sarankan supaya segera dikhatankan.
Ads
8. Mak ayah juga tak penat untuk jaga bayi lepas khatan. Sebab penjagaannya sangat mudah.
Bukankah ini semua bukti sunnah itu rahmah? Memudahkan urusan bayi dan memudahkan urusan ibubapa.
Kalau mak atau ayah yang takut, mungkin boleh usaha untuk tak tengok waktu proses khatan. Biarkan nenda bayi atau pakcik dia yang temankan. Jangan sebab kekurangan kita, sunnah itu terpaksa dilewatkan.
Kalau pengalaman sunat yang dicari,
Hmmm, banyak lagi pengalaman lain yang anak tu boleh cari. Paling tidak, boleh rekod proses khatan tu pakai handphone. Nanti dah besar, tunjuk semula pada anak tu.
Sudah tiba, adat itu ditukar kepada sunnah.
Jangan sebab mengikut adat kita meninggalkan sunnah.
Sunnah itu lebih utama.
Tak rugi sunat anak awal.
Malah sebenarnya, besar nanti mereka akan sangat bersyukur sebab mak ayah dorang pilih untuk sunatkan mereka awal.
Berapa ramai juga ibuayah menyesal tak sudah sebab tak sunatkan anak dorang siap-siap waktu kecil dulu.
Kalau ada yang dah terlepas, tak mengapa. Teruskan cari waktu yang sesuai untuk sunat anak kalian. insyaAllah dipermudahkan 🙂
Ads
Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).
Jom, ikut sunnah 🙂
Alhamdulillah, proses khatan Taqi & Zaki dulu semuanya dipermudahkan. Saya juga tak berjaga lebih, hidup seperti hari-hari biasa. Hari ke-3 khatan kami dah pergi holiday kat Terengganu.. hehe..
Kami khatankan dengan Dr. Khairuddin di Klinik Taqwa, Ipoh. Dr Khairuddin sangat berpengalaman. Kerjanya sangat teliti dan kemas.
Kos cuma Rm140 termasuk ubat. Rasanya agak murah berbanding kebanyakkan tempat biasa. Kalau kat area KL Selangor, kami survey-survey harga lebih kurang Rm250-400. Tu yang kami buat dekat Ipoh je, jimat! Hehe..
Waktu tengah khatankan baby, Dr. Khairuddin tunjukkan ‘tahi palat’ yang ada di bahagian dalam penis Taqi & Zaki, Doktor pun cakap,
“Tengoklah, tahi palat baby pun dah banyak macam ni, bayangkan kalau budak umur 12 tahun tak sunat lagi. Banyak mana dah terkumpul dalam tu”.
Ini secebis pengalaman kami. Kami pun tak mampu ikut sunnah untuk khatan Taqi & Zaki pada hari ke-7 disebabkan urusan kesihatan dan pelbagai. Maka kami hanya mampu mengikut sunnah untuk bersegera mengkhatankan mereka.
Islam itu sangat indah. Pasti punya banyak hikmah disebalik sunnah berkhatan ketika bayi.
Anak kita juga nampak semakin macho & handsome bila dah sunat
Wallahua’lam..
Nur Shazareen
Mama kepada 2 hero macho & seorang heroin ayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat kebahagiaan pasangan suami isteri dalam rumah tangga orang lain pastinya buat kita rasa tumpang bahagia. Bagi yang tak kahwin, hati membuak-buak rasa nak kahwin. Yang sudah berkahwin pula rasa nak bertanya, apakah tip bahagia yang dimiliki mereka. Hebat.
Tapi hati kita tak sama. Jika kita melihat ketenangan dan kebahagian orang lain adalah kebahagiaan dalam diri kita tetapi ada hati-hati lain yang tidak suka, benci malah sakit hati melihat rumah tangga orang lain bahagia.
Inilah yang dikongsikan oleh pendidik ini, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang berkongsi dua cerita rumah tangga, insan paling dekat dengannya. Jangan kita pernah sangka bahawa perkara ini takkan pernah berlaku dalam kehidupan kita. Berhati-hatilah.
Gambar hiasan.
Aku tak faham dengan manusia yang cukup dengkikan hidup orang lain ni. Kenapa nak dengki? Apa yang mereka dapat bila dengki?
Puaskah porak perandakan hidup orang lain. Bahagiakah melihat hidup orang lain musnah angkara fitnah kita? Seolahnya tak pernah fikir tentang dosa dan pahala. Seolahnya tiada syurga dan neraka. Seolahnya begitu bagi mereka.
Tinggi mana taraf kedengkian dan fitnah manusia kau pernah lihat? Atau pernah rasa, mungkin? Malam ini aku nak berkongsi dua kisah fitnah paling dahsyat pernah aku tahu yang melanda kawan-kawan aku.
Kisah pertama, seorang kawan baik aku. Dia baru sahaja kahwin masa tu. Masih belum dapat mencari rumah untuk tinggal bersama. Maka isterinya masih tinggal di rumah bujang bersama kawan-kawan, dan dia pun sama juga. Tinggal serumah dengan kawan-kawan bujang.
Rupanya, ada seorang di antara kawan-kawan dia ini dengki sangat melihat kawan tu dah kahwin. Entah kenapa dia dengki dan dendam sangat, aku pun tak tahu.
Sebelum itu hubungan mereka elok sahaja, sebaik kawan tu kahwin baru nampak jelas kedengkiannya.
Nak kata gay, mustahil. Kawan aku tu confirm straight.
Kau tahu apa si pendengki ni buat?
Masa kawan aku tidur, dia pergi curi telefon Nokia Butterfly kawan aku tu. Masa tu Nokia Butterfly ni tengah top la kiranya.
Senyap-senyap dia hantar mesej kat bini kawan tu. Kau tahu apa dia tulis?
“Abang ceraikan awak dengan talak tiga.”
Tak ke gila dengki sampai tahap tu. Bini kawan ni baca mesej terus menangis macam nak gila. Mana tak nya, baru sahaja kahwin beberapa bulan dah kena cerai talak tiga.
Dipendekkan cerita, terbongkarlah perbuatan pendengki ini. Sujud kat kaki terus si pendengki bila kawan aku nak belasah. Hanya kerana dengki, hampir hancur rumah tangga orang.
Gambar hiasan.
Aduh, baru satu cerita dah panjang berjela. Dem! Ah, lantakkan. Aku janji nak tulis dua cerita. Yang rajin baca, teruskan ya!
Minggu lepas, aku tulis pasal fitnah ini. Seorang sahabat lama terus pm aku dan bercerita. Ini kisah dia :
“Assalamualaikum shbt…
Ambe nak respon pasal post fitnah terhadap rumahtangga.
Hujung tahun lepas, ambe telah difitnah oleh seorang guru yang satu sekolah dengan isteri ambe. Fitnah yang dibuat berbunyi begini..” aku sebenarnya lama dah nak bagitahu kamu, tapi aku kesian sebab kamu dalam pantang. Aku jumpa suami kamu check in hotel dengan seorang perempuan dan mesti mereka berzina di sana.”
Si isteri tanpa usul periksa terus membawa anak-anak melarikan diri. Ambe ketika itu sedang mengikuti majlis ilmu di masjid. Apabila pulang daripada masjid, ambe dapati tiada orang dirumah. Ambe cuba tel isteri tapi xdapat. Ambe ingatkan isteri bawa anak2 pergi jalan2 shopping mall. Bila malam tiba, isteri dan anak2 masih xbalik. selepas solat maghrib,ambe terus pergi ke rumah mertua. Rupa2 nya anak dan isteri berada di sana. Isteri tidak lagi mahu berjumpa dan bercakap sepatah. Dipendekkan cerita, seminggu selepas itu, ada peguam menelefon ambe utk proceed perceraian. Ambe hadir ke mahkamah dengan harapan Allah selamatkan rumahtangga hamba. Sebelum ke mahkamah, ambe ada telefon kenalan jemaah yg juga bekas timbalan mufti, mohon didoakan dan solat hajat untuk rumahtangga ambe.
Alhamdulillah…Allah tunjukkan jalan keluar. Satu laporan polis telah ambe buat kerana melalui history call (bill hp) yg sampai kerumah tepat pada masanya mengandungi no telefon yang diragui dengan durasi masa sejam lebih. Melalui siasatan polis, pemilik kepada no berkenaan telah “memfitnah” ambe.
Pemilik no misteri itu telah dipanggil polis. Rupa-rupanya dialah dalang yang menyebarkan fitnah. Dia memohon maaf dan merayu supaya tidak membawa kes ke mahkamah. Dengan izin Allah, isteri pulang kerumah tanpa diduga dan memohon maaf kerana mempercayai fitnah yg di lemparkan kepada ambe. Syukur Alhamdulillah…sampai ke hari ni, ambe masih x proceed kes ke mahkamah.
Betapa dahsyatnya fitnah dan betapa Allah tu berkuasa membersihkan fitnah daripada ambe.????..Allah jualah sebaik2 penyelamat.”
Kau baca dan hadamlah sendiri. Betapa busuknya hati sang pendengki, dan betapa besarnya kerosakan akibat fitnah ini.
Kepada mereka yang suka menabur fitnah, insaflah segera. Hidup ini tidak lama. Semua apa yang kita reka dan fitnah itu akan dinilai seadil-adilnya.
Menjadi pendengki itu seronoknya hanya sementara. Seronok sekejap bila lihat orang yang kita dengki jatuh. Itu sahaja.
Sebaik mereka bangkit, mereka akan bangkit dengan lebih gagah dan semangat lagi. Dan kau, terus begitu membawa hati yang busuk penuh kedengkian.
Satu masa, pasti Tuhan membalas segalanya.
Semoga kita semua dijauhi dengan mereka yang bersikap iri, dengki dan suka memfitnah ini. Amin.
#MFS
– Dua kisah di suatu malam –
Kredit: Mohd Fadli Salleh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah mencapai hingga 65kg berat badannya, membuatkan wanita ini tekad untuk berbuat sesuatu agar kembali langsing. Jujur dikatakan, bagi seorang wanita yang telah mempunyai beberapa orang anak, bukan mudah untuk mendapatkan kembali berat badan seperti anak dara. Jadi andai dapat diturunkan beberapa kg sekali pun, sudah memberi rasa kepuasan dan semangat untuk terus berusaha mendapatkan berat badan ideal.
Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian ibu ini yang berjaya menurunkan 8kg agar turut menyuntuk inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana untuk turut sama mengambil langkah mengawal berat badan.
Meh nadia bagi tips turunkan berat. Ni cara saya. Jadi siapa nak cuba boleh. Tak mau cuba jangan bunyi banyak. Untuk siapa yang belum berjaya kuruskan badan wajib cuba. Tapi kena BETUL – BETUL nak buat tau.
Nak slim kena ada usaha. Kalau dah suka dengan bentuk badan sekarang tak perlu jaga makan tau.Nak kurus kena ada tindakan. Macam haritu memang nadia nekad betul. Tapi kurangkan benda manis ni memang bagus la. Untuk kesihatan jugak bila dah kurus ni. Cantik dapat, sihat pun ye jugak.
Biasa korang keluar makan minum air manis dan beraiskan? Nadia cut terus! Kat luar minum air suam je ok. Kat rumah memang la minum air suam. ( Ada la cheat day tapi memang jarang )
Tips kurus
1. Cut terus air manis.
Banyakkan minum air suam. Kat kedai minum air suam. Meja lain minum air manis pelbagai rasa. Meja kitaorang paling sihat ?
2. Kurangkan nasi.
Lebihkan lauk dan sayur. Jangan tambah nasi.
3. Tak payah makan kek, coklat dan lain – lain buat sementara waktu ( dah la kek dan choc memang benda fav )
Ada jugak nadia makan tapi sila la kurangkan. Macam dulu kerap makan. Asal pergi 7e ambil coklat. Bila anak dan suami shopping kat 7e, nadia tak ambil apa- apa.
4. Lepas tu beli la penimbang. Sentiasa timbang. Awak akan bersemangat nak turunkan berat lagi bila angka tu mengecil.
5. Sila konsisten. Nadia bukan turun dalam masa sebulan tau. Berbulan ni baru 8kg. Dia kena ada usaha berterusan sampai nampak hasil. Lama lama banyak la berat tu turun.
6. Jaga makan je memang boleh kurus. Tanpa pil kurus. Nadia memang tak ambil pil kurus ye!
7. Ada yang tanya ada exercise tak? Tak beria pun. Takda kelas zumba dll. Jalan jalan kat tempat jogging je. Tu pun jarang sangat. Sebab batasan anak kecik. Jalan pun dukung dia.
Jadi marilah kita sihat dan slim. Jangan biarkan badan membesar tau.
Syukur pada Allah! Itulah perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh pelakon, Jasmin Hamid yang kini semakin beransur baik selepas disahkan oleh doktor cyst yang alaminya sebelum ini bukanlah kanser rahim.
Bahkan Jasmin menarik nafas lega bila dimaklumkan ketumbuhan yang terdapat di dalam rahimnya itu juga kini semakin mengecil.
“Saya mahu berkongsi dengan semua mengenai keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini.
“Doktor maklum saya bebas kanser rahim. Doktor juga beritahu cyst pada bahagian sebelah kiri pun sudah hilang manakala sebelah kanan pun sudah mula mengecut.
“Doktor beritahu mungkin saya tak perlu buat pembedahan buang ketumbuhan itu,” katanya yang teramat bersyukur atas doa semua.
Tambah Jasmin lagi, keadaannya kini juga semakin baik dan menunjukkan peningkatan.
“Doktor beritahu kesihatan saya makin pulih, saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab gembira apabila bebas dari kanser rahim.
“Alhamdulillah ini semua dengan izin dan rahmat Allah serta berkat doa keluarga, rakan-rakan yang sayangkan saya, ” ujarnya lagi.
Pun begitu kata ibu cantik manis ini, dia masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan cyst pada bahagian kanan rahimnya tidak kembali membesar.
Terdahulu, Jasmin dikejarkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU) selepas mengalami serangan jantung dan mengalami pendarahan pada rahim.
Perkongsian penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membangunkan sebuah ladang seluas empat ekar khas bagi mengusahakan produk sambal tempoyak daun kayu.