
Hukum hakam ini tidak boleh dibuat main. Itulah sebabnya kita haruslah mempunyai asas dalam perkara-perkara berkaitan agar nanti tidak melanggar hukum lebih-lebih lagi melibatkan makanan. Ianya akan menjadi darah daging kita nanti.
Hukum berkaitan pemakanan, apa yang halal dan apa yang tidak halal pada pandangan syarak merupakan antara perkara agama yang sangat penting dan menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk mengetahuinya.
Menerusi perkongsian Muharrik Daie, beliau telah berkongsi pengalaman ke sebuah restoran. Di situ beliau mendapati pekerja restoran tidak mencuci daging dan ayam dengan betul untuk masakan tengah harinya.
Perkara itu telah menyebabkan bangkitnya isu mengenai makanan bernajis.
Menurut lelaki ini, pekerja di restoran tersebut tidak membasuh daging, ayam dan ikan mengikut hukum yang ditetapkan oleh agama Islam.
Sepatutnya bilasan terakhir itu kena lalukan air dari paip atau cucurkan air dari atas daging tersebut.
Tak boleh kocak-kocak bilas dalam besen macam itu sahaja kerana air yang bercampur darah itu tadi jadi najis dan dikira air mutannajis dalam besen itu sebab tak cukup dua kolah.
“Akak cuci daging, ayam dan ikan tu tak ikut hukum. Sepatutnya bilasan terakhir tu akak kena lalukan air dari paip atau akak cucurkan air dari atas daging tu tadi. Tak boleh kocak kocak bilas dalam besen macam tu saja sebabnya air yang bercampur darah itu tadi jadi najis dan dikira air mutannajis dalam besen itu sebab tak cukup dua kolah,” jelasnya.
Tokey ajar macam tulah encik. Akak ikut sahajalah.” Ujar kakak itu lagi.
Kata Muharrik, disebabkan itu beliau jarang makan di kedai makan kerana takut termakan najis. Kalau kita tahu cara cuci yang tak betul, haram kita makan makanan tersebut sebab dihukum najis.
Sebab itu ulama kata, kalau nak berniaga pun kena mengaji ilmu fardhu ain. Kena ajar pembantu kedai dan pekerja kedai akan fardhu ain.
Kalau tidak sampai mati kita bagi orang makan najis. Bayangkan kalau tak mengaji fardhu ain. Sebab itu jangan pandai nak kahwin dan poligami sahaja tetapi ilmu agama fardhu ain pun kelaut. Hati-hatilah.
Semoga dengan penjelasan ini, sama-sama kita peka mengenai hukum yang telah ditetapkan agama agar tidak melanggarnya lagi.
Semoga Bermanfaat!
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jumpa Telur Katak Dalam Bungkusan Nasi Lemak! Dah Habis Makan Baru Perasan

Bayangkan sedang perut tengah lapar, apa yang terhidang di depan mata pasti akan di makan tanpa toleh kiri dan kanan.
Lebih berselera lagi jika itu adalah makanan kegemaran kita.
Tapi apabila mata tiba-tiba tertangkap sesuatu yang kurang menyenangkan, pasti akan terputus terus selera makan itu.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila menyedari kehadiran sesuatu seperti ‘telur katak, di dalam bungkusan nasi lemak yang sedang dijamah.
Lebih menjijikan lagi, telur katak tersebut dijumpai dalam kuantiti yang banyak dan hanya disedari selepas dia menghabiskan makanannya itu.
[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi Tiktok itu, menunjukkan beberapa biji telur barsaiz kecil seperti biji sagu yang elok tersusun pada daun pisang yang digunakan untuk membalut nasi lemak tersebut.
“My mom kata itu telur katak tapi my partner nak sedapkan hati, dia cakap itu biji selasih. Saya tak mahu lagi makan nasi lemak bungkus daun pisang,” katanya dalam perkongsian di dalam video berkenaan.
Bercerita mengenai tindakan selanjutnya yang dibuat.
Wanita berkenaan berkata, dia telah tangkap gambar telur tersebut dan menghantar kepada ibunya untuk mendapatkan kesahihah.
“Ibu saya cakap itu telur katak! Saya macam… biar betul?
“Kemudian gambar yang saya tangkap itu saya bagi dekat kaunter.”
Pekerja restoran yang berada di kaunter ketika itu juga turut sama terkejut apabila melihat gambar telur katak yang dirakamkan.
“Dia macam terkejut dan siap istighfar. Dia tanya sama ada saya mahukan apa-apa sebagai ganti rugi. Saya cakaplah nak refund. Tapi dia kata tak boleh, maksud dia kena ganti dengan makanan yang lain.”
“Saya tentulah tak nak makanan daripada restoran itu lagi. Tapi tal apalah, saya cakap nak sandwich telur.”
Jelas wanita berkenaan, dia tiada niat untuk memburukkan restoran berkenaan yang terletak di ibu kota. Sekadar ini menekankan aspek kebersihan yang sepatutnya dititikberatkan oleh setiap premis makanan.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ramai Yang Tak Tahu Waktu Afdhal Bersedekah, Baca Perkongsian Dari Ustazah Asma’ Harun

Sedekah adalah amalan yang mulia. Kata orang, tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada yang menerima.
Selain daripada menghapuskan dosa, kebaikan sedekah dengan ikhlas juga akan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T. Ini kerana dengan setiap amalan baik Allah akan memberikan ganjaran atas setiap amalan itu.
Antara kelebihan sedekah yang utama ialah, ia dapat menghindarkan diri dari sifat bakhil. Amalan sedekah ini bukan sahaja dapat membantu kita di akhirat nanti, malah terdapat banyak kelebihan sedekah yang ramai tidak tahu.
Sebagaimana perkongsian ilmu dari Ustazah Asma’ Harun, setiap daripada kita dikurniakan pelbagai bentuk nikmat dan rezeki yang berbeza dari Maha Pencipta. Maka, jalan untuk memanfaatkan rezeki juga berlainan. Justeru itu, mari ikuti 8 waktu yang afdhal atau terbaik untuk bersedekah seperti dikongsikan di bawah.
Alhamdulillah rasa sangat bersyukur kerana orang Malaysia dikenali dengan identitinya yang sopan santun, peramah dan pemurah. Kagum melihat ada yang suka menolong peniaga tepi jalan, orang susah yang memerlukan, ahli keluarga yang kesusahan dan banyak lagi, subhanAllah.
Sungguh beruntung orang yang suka bersedekah, kerana ia merupakan amalan yang boleh menyelamatkan kita daripada api neraka.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Daripada Mu’az bin Jabal r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang boleh memasukkannya ke dalam syurga dan menjauhkannya dari neraka.
Lalu Rasulullah SAW bersabda:
لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ البَيْتَ ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ: الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ
Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah.
Kemudian Baginda bersabda lagi:
“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” (HR Tirmizi, hadis )
Maka saya ingin kongsikan 8 waktu terbaik untuk kita sedekah, mudah-mudahan pahala yang kita perolehi berlipat kali ganda dan memadamkan dosa-dosa kita, insyaAllah.
8 WAKTU TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH
1. PADA WAKTU PAGI
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah Saw bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Maksudnya: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya ALLAH! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
2. SAAT SIHAT
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلُ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَان
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu pun hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
3. SAAT INGIN DIMURAHKAN REZEKI
Firman Allah SWT:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya (261). Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita (262).” (Surah al-Baqarah: 261-262)
4. SAAT RISAU MISKIN
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلُ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَان
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu pun hartamu pasti akan menjadi milik warismu.” (HR Bukhari, hadis sahih)
5. SAAT MASIH HIDUP DI DUNIA AGAR TIDAK MENYESAL KELAK
وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَـٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ قَرِيبٍۢ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
Maksudnya: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munafiqun: 10)
6. PADA BULAN ZULHIJJAH IAITU 10 HARI TERAWAL BULAN TERSEBUT
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”
Baginda bersabda:
“Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR al-Bukhari, hadis sahih)
7. PADA BULAN RAMADHAN
a) Daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata:
سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah Ramadan, beliau menjawab, “Bulan Sya’ban untuk memuliakan Ramadan, ” Beliau ditanya lagi, lalu sedekah apa yang paling utama? Beliau menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan.” (HR Tirmizi, hadis dhaif)
b) Daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah manusia yang paling dermawan dan Baginda akan terlihat lebih dermawan pada bulan Ramadan; ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya setiap malam pada bulan Ramadan dan mengajarkan Al-Quran.” Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril a.s., lebih dermawan dalam hal kebaikan daripada angin yang berembus.” (HR an-Nasa’i, hadis sahih)
8. PADA HARI JUMAAT
Ibnu Qayyim Al-Jawziyah menyatakan:
Maksudnya: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.” (Kitab Zad Al-Ma’ad)
SEDEKAH BUKAN DENGAN WANG SAHAJA, IA ADA DALAM PELBAGAI BENTUK & CARA
SubhanAllah, Allahu Akbar.
Setiap daripada kita dikurniakan bentuk nikmat dan rezeki yang berbeza-beza daripada Allah SWT. Maka, jalan untuk memanfaatkan rezeki itu juga berlainan. Sedekah bukan hanya melalui wang ringgit sahaja, tetapi berzikir, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran juga merupakan bentuk-bentuk sedekah.
Rasulullah SAW bersabda:
كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَةٌ
Maksudnya: “Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana jika tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Berusaha dengan tangannya, sehingga dia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.” Mereka bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Tolong orang yang sangat memerlukan bantuan.” Mereka bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?”
Baginda bersabda:
“Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau menyuruh melakukan yang ma’ruf.” Sahabat bertanya, “Bagaimana jika dia tidak mampu?” Baginda bersabda: “Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Allahu Akbar, betapa besar dan pentingnya ibadah sedekah sehingga Rasulullah SAW tidak memberi kelonggaran kepada para sahabat yang tidak mampu melakukannya, sebaliknya Baginda terus melorongkan mereka kepada laluan-laluan yang membolehkan mereka mendapat pahala sedekah.
Semoga sedekah ini menjadi budaya yang terus subur dalam kalangan kita lalu menjadi asbab kita dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus melalui pintu sedekah, Allahumma amiin.
Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Sudah Seminggu Ditinggalkan Di Pusat Jagaan, Warga Emas Ini Masih Berharap Dapat Beraya Bersama Keluarga

Benarlah kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak tak mungkin dapat jaga seorang ibu atau ayah.
Jika dulu, pusat penjagaan warga emas akan menempatkan individu yang tiada waris tetapi kini boleh dikatakan warga emas yang dimasukkan ke situ adalah yang dihantar sendiri oleh anak-anak dek kerana tidak sanggup menjaga mereka.
Memang tidak dinafikan, menjaga orang tua memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah ada kalanya, seperti menjaga budak kecil yang suka merengek namun adalah tidak wajar untuk mengabaikan insan yang banyak berjasa dan berkorban untuk membesarkan kita ini di sisa usia sebegitu.
Sewaktu kunjungan beberapa orang artis yang menziarahi warga emas yang ditempatkan di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih Selangor, sempat mereka menemubual beberapa penghuni di situ.
Setiap penghuni ada cerita tersendiri. Ada yang redha ditinggalkan disitu, ada yang memendam duka dan ada juga yang memilih untuk memendam segala rasa.
Namun ada sesuatu yang mencuri perhatian dan meruntum jiwa, apabila ditanya kepada seorang warga emas lelaki yang baru sahaja seminggu berada di situ, “ Ada rindu sesiapa?”
@safwannazri7 Please la jaga MAK AYAH kita elok2😭😭 Sayu sangat2 bila kita tengok keadaan depa mcmni, depa semua oranh yang ditinggalkan keluarga, family yg dah malas nak jaga, family yang biaq diorang ni kat hospital, sebabtu diorang smua kat sini ! Allahu Soo harini Aku dengan team @kai_kaklong @nafidzrazak dan @kumpulan_megaklinik_zahran Pergi melawat pusat jagaan mahmudah aku happy sangat2 sbb dapat bagi diorang semua BAJU RAYA SET Sekali Sampin utk diorang BERAYA Tahun ni ! P/s : Btw pakcik yg menangis tu baru seminggu masuk sini😭😭 #PusatJagaanMahmudahMalaysia #MegaklinikZahran ♬ original sound – Safwan Nazri
Lantas pakcik tua itu terus menangis tanpa sebarang kata. Dari gerak gerinya sudah cukup untuk menggambarkan kedukaan dihatinya.
Menurut pegawai yang bertugas disini, pakcik tersebut baru seminggu tinggal di sana dan masih berharap dapat balik raya dengan keluarga.
Sewaktu semua pelawat mahu pulang, sekali lagi pakcik tersebut menitiskan air mata seakan berat untuk melepaskan.
Menjengah di ruangan komen. ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas di sana. Malah ada yang menitipkan pesanan agar yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka sebaiknya kerana merekalah insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita sedari kecil dulu.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
@pusatjagaanmahmudah Penghuni terbaru… semalam semasa openday ramai yang menitiskan air mata 🥺🥺🥺🥺 #pusatjagaanmahmudahmalaysia #charity #adikberadikthemelvin #syatilaamelvin ♬ Tak Kan Hilang – 🌻🌈
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club