Bila bercerita tentang bab memasak ini, percayalah semua antara kita ada kepakaran masing-masing dalam menyediakan hidangan untuk keluarga. Salah satunya mesti ada yang cukup mahir dalam buat resipi berasaskan sambal. Pun begitu, tidak dinafikan menumis sambal bukanlah mudah. Ada caranya yang tertentu dan jika silap gaya sambal yang ditumis boleh hangit atau pun tidak dimasak sempurna.
Perasan tak, biasanya bila kita lihat resipi sambal, ‘kata kunci’ yang digunakan untuk menumis cili adalah tumis hingga pecah minyak. Jadi apa petua dan petanda bahawa sambal yang kita tumis itu telah pecah minyak atau sebaliknya? Jom kita semak kaedahnya.
Tip Menumis Cili
1. Minyak perlu banyak
Pastikan minyak yang digunakan tidak terlalu sedikit. Ini bertujuan untuk pastikan cili yang ditumis dapat dimasak dengan sempurna, iaitu sehingga pecah minyak. Jika sedikit minyak yang digunakan, cili tidak dapat ditumis dalam masa yang lama dan cili akan cepat hangus.
Ads
2. Api sederhana
Ketika menumis, gunakan api sederhana dan bukannya api besar. Cara ini akan menjadikan sambal masak dengan lebih sempurna berbanding api besar yang akan menyebabkan sambal lebih mudah menjadi hangit.
3. Kacau selalu
Ads
Saat menumis, sambal hendaklah dikacau selalu untuk pastikan cili ditumis masak sekata.
4. Garam
Ads
Jangan lupa masukkan garam ketika menumis tumisan agar rasanya sebati ketika dimasak dan dikatakan garam juga dapat menggaringkan cili yang ditumis menjadi lebih sempurna.
Tanda Telah Pecah Minyak
1. Tumisan cili berwarna agak gelap.
2. Minyak tumisan terlihat memercik-mercik di dalam kuali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bercakap tentang pemanis mulut waktu raya, mesti dodol yang pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda wajik juga merupakan salah satu menu raya yang digemari ramai. Wajik juga mempunyai tekstur yang sedikit kenyal dan rasanya yang manis dan berlemak.
Tak susah pun nak buat wajik ni, hanya ikut sahaja cara yang dikongsikan oleh Seri Ibrahim ini. Katanya ini resipi asli daripada ibunya dan sedikit berbeza dengan wajik yang biasa.
“Wajik pulut ni resipi tradisi dari bonda saya. Guna gula melaka asli. Untuk makluman, wajik ni jenis pulut keras ye.
“Kalau kita makan pulut dia keras rangup dan tak kembang. Kita orang melaka memang tak suka makan wajik kembang,” tulisnya.
Wajik Pulut Gula Melaka
Bahan-Bahan:
Beras pulut 1kg
Gula melaka asli 900gm (gula melaka asli boleh beli kat melaka. Guna gula melaka fake confirm tak jadi. Seriously)
Gula pasir tebu / gula merah 3 sudu
Gula pasir 1 cawan..
Santan 1kg (guna santan asli ye.. tak mau santan kotak.. Nanti kurang aslinya)
Daun pandan 2 helai
Cara-Cara:
Rendam beras pulut sehingga kembang dalam 2-3 jam bolehla.
Lepastu kukus pulut sehingga masak. Jangan lama sangat nanti wajik kembang.
Lepastu sejukkan pulut dan buang bahagian tepi yang kembang tu. Tak mahu masukkan pulut yg kembang.
Kemudian masukkan santan, gula melaka, gula merah dan gula pasir ke dalam kuali.
Masukkan sekali daun pandan. Siatkan daun pandan dan simpulkan. Kacau sehingga pekat dan buih membuak (mak saya guna istilah sehingga air gula dah tangkap betuk).
Keluarkan daun pandan, kemudian masukkan pulut tadi. Kacau sehingga pekat dan beras pulut bertukar jd keputihan. Kena kacau je dgn api perlahan sbb takut hangit..
Bila dah masak, keluarkan wajik dan letak dalam bekas yang dialas daun pisang yang sudah dilayur. Tujuan dia untuk menaikkan lagi aroma dia.
Kalau nak tahan lama org kata kacau sehingga naik gula.
Biasanya bubur lambuk sering dihidangkan ketika bulan Ramadhan. Namun jika datang teringin tak salah pun jika nak buat untuk hidangan seisi keluarga.
Ada pelbagai cara untuk buat bubur lambuk jadi sedap. Nak tahu cara nak masak hidangan yang popular ketika bulan puasa ni. Jom lihat resipi ni. Memang mudah dan confirm jadi!
Resepi Bubur Lambuk
Bahan
2 mug beras ( rendam dlm 20min). Daging ( 1/2 kg…campur yg berlemak). Rempah sup ( 1 bungkus kecil), Santan (.250 ml), Lada hitam 3 sb. Bwg merah 3 biji. Bwg putih 8 ulas. Halia 2 jari. Kentang, Lobak merah, Daun sup dan bawang goreng.
Cara penyediaan:
Blend bwg2 & halia…tumis sehingga bwg agak garing. Masukkan rempah sup….tumis sehingga rempah masak. Masukkan daging…gaul sebati & masukkan beras. Goreng beras seketika…masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut. Masukkan santan & garam.. Lada hitam serbuk masukkan juga. Masukkan kentang & lobak merah.. Bila sayur dah lembut…tabur daun sup & bwg goreng…Sesuaikan rasanya.. Bubur Lambuk siap.
Pilihan:
*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga. *bubur lambuk amat popular di bulan ramadhan… *yang penting…berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak simpan makanan dalam peti dengan harapan nak makan kemudian, tetapi bila nak makan ehhh dah basi rupanya! Rasanya macam dah simpan elok-elok, tapi kenapa cepat basi eh?
Punca makanan basi adalah akibat pertumbuhan mikroorganisme seperti ragi, kulat dan bakteria yang akan membiak dan mengubah warna, tesktur, bau serta rasa sajian.
Setiap jenis makanan dan minuman mempunyai daya tahan yang berbeza bergantung kepada jenisnya juga. Ada yang boleh tahan lama atau cepat basi dan perlu dimakan dengan segera.
Dalam kes yang tertentu, wujud antara lain faktor yang akan jadi punca makanan basi lebih cepat!
Apa faktor sajian basi dengan lebih cepat?
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, ada faktor makanan basi dengan lebih cepat yang lain:
#1. Cara menyimpan yang ternyata salah
Punca utama makanan basi dengan lebih cepat adalah individu yang tidak tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul. Ia adalah perkara yang paling penting.
Anda perlu kenal makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana. Dalam pada itu juga, jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas.
Antara tip penting lain dalam cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul adalah anda perlu mengasingkan makanan mengikut jenis seperti daging, buah atau sayur.
#2. Tempoh menyimpan yang terlalu lama
Selain daripada cara, tempoh menyimpan juga adalah sangat penting. Anda mungkin perlu untuk mengehadkan berapa lama ia boleh disimpan untuk dimakan sebelum ia menjadi basi.
Contohnya, anda mungkin boleh simpan sajian nasi dengan lauk dan ulam di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Sila peka dengan waktu ia disimpan dan diambil.
Jika makanan itu telah basi, maka segera buang daripada simpanan anda agar ia tidak pula akan menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan di tempat sama dengannya.
#3. Menyimpan makanan yang panas dan bertutup
Satu kesilapan yang orang kita selalu buat adalah menyimpan makanan ketika ia masih panas dan bertutup. Sebenarnya, ia hanya akan buat wap air terperangkap.
Akibatnya, ragi, kulat atau bakteria akan dapat habitat yang sangat sesuai untuk tinggal yakni lembap dan hangat. Jadi, sila hindari daripada melakukan kesilapan ini untuk elak makanan menjadi basi.
#4. Paparan cahaya yang berlebihan
Siapa yang sangka bahawa paparan cahaya berlebihan daripada matahari atau lampu juga boleh jadi punca sajian basi dengan lebih cepat angkara proses photodegradation.
Meskipun lebih biasa berlaku pada bahan bukan makanan seperti hiasan atau lukisan, makanan juga ada risiko untuk mengalaminya lantas merosakkan ia dengan lebih cepat.
Disebabkan itu juga, logik peti ais adalah ia akan gelap apabila ditutup dan hanya terang apabila dibuka. Jadi, sila elak makanan anda daripada terkena paparan daripada cahaya.
#5. Suhu peti ais yang kurang sejuk
Tempat paling popular untuk menyimpan makanan adalah di dalam peti ais dengan alasan ia akan memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan buat ia lambat basi.
Ya, ia mungkin benar jika suhunya berada pada kadar 4 darjah selsius ke bawah. Namun, jika ia lebih tinggi daripada itu, maka mikrorganisme masih mampu untuk membiak.
Pun begitu, suhu ini mungkin berbeza bergantung jenis makanan. Contohnya, hanya sumber daging yang perlu untuk disejukbekukan dan bukannya sayur serta buah segar.
Cara menyimpan makanan agar ia tidak basi?
Sebenarnya, ia tidak begitu sukar dan anda hanya perlu elak daripada melakukan 5 perkara penting di atas ini. Apa yang paling utama, semak label pada makanan untuk tahu cara tepat penyimpanannya.
Konklusinya, anda masih boleh menyimpan makanan dan minuman untuk diambil pada waktu akan datang. Cuma, anda kena tahu cara, tempoh, tempat dan suhu yang tepat.
Sumber: Hello Doktor
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di