Kepada yang suka makan kedai mamak tentu suka makan ayam gorengnya. Memang menjilat jari. Makan pula ketika masih panas aje bersama kuah kari mamak memang superb!
Malah tidak dinafikan, harga makanan menu ini agak mahal, tetapi ia tetap ada peminatnya. Malah anak-anak pun suka rasa ayam mamak ni.
Kepada penggemar ayam mamak, apa kata cuba resipi ayam goreng mamak ni.
Memang sedap dan rangup.
Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih
Ads
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Ads
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
Ads
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
Tak dinafikan para ibu memang sentiasa cari menu yang mudah tapi sedap untuk dimakan bersama keluarga. Makanan mudah tak buat ibu runsing.
Ikan merah masak cuka antara menu yang nampak sahaja simple tetapi sekali makan memang bertambah. Tak perlu bimbang, hanya ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ini.
Ikan Merah Masak Cuka
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:I
– kan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam, bilaskan dan lumurkan bersama garam dan kunyit untuk mengoreng ikan.
Setiap kali raya, hidangan yang wajib ada di atas meja pastinya rendang kan, selain serunding dan gulai.
Lagi bagus bila mana itu adalah air tangan ibu kita yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun. Memandangkan tahun ini ada yang tak berpeluang pulang beraya di kampung, mahu tak mahu kenalah sediakan sendiri hidangan untuk pagi raya seisi keluarga
Senang sahaja, ini kami kongsikan resipi rendang ayam dengan cara memasak bagi anda yang sukakan rendang jenis berkuah. Cukup mudah, pertama kali buat pun dah menjadi. Nak tahu caranya, jom cuba resipi daripada Lieza Hashim ni. Selamat mencuba! Done merendang untuk makan2 esok…
Esok bangun panaskan.. bawa office..
makan ramai2..
Siapa suka rendang yang berkuah macam ni..️ Letak daun kunyit+ daun limau potong halus2..
puas makan rasanya.. anak2 abis diaorg cicah dgn roti, cekodok dan lain2.. #kongsirezekibersama EDIT*
Biasa saya campak2 je.. tp utk memudahkan sesiapa yg minta secara detail..
selamat mencuba *Resepi Rendang Ayam* (Untuk 2 ekor ayam)
Bahan :
2 ekor ayam
Gula melaka 1 ketul ( gula pasir pun blh ikut citarasa msg2)
3.Santan pekat 500ml
4.Asam keping, garam, perisa
5.kerisik
6.Daun kunyit+ daun limau ( hiris halus) Bahan-bahan : (kisar)
1.Bawang putih *20 ulas*
2. Bawang merah *30 biji*
3. Kunyit hidup *3 ketul sedang*
4. Halia *2 ketul sedang (agak2 je ya)*
5. Lengkuas *1 ketul ( dalam 2 1/3 inci)*
6. Cili padi 1 genggam *(ikut nak pedas mana)*
7.Cili kisar *1 senduk*
8. Serai *10 batang*
CARA -CARANYA:
1. Ayam matikan air dahulu
Masak atas kuali balik2kan hingga separuh masak. 2. Tumis bawang putih,bawang merah, masukkan cili kisar, dalam beberapa minit masukkan halia, kunyit, lengkuas, cili padi dan serai.. masak sehingga pecah minyak. Terus masukkan gula melaka, garam, asam keping dan sedikit perisa. 3. Masukkan ayam, dalam bebapa minit masukkan santan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik dah agak pekat masuk hirisan daun kunyit+ daun limau. Dah siappp
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masih mood berhari raya selagi namanya masih bulan Syawal. Mungkin ada yang merancang mengadakan jamuan potluck raya di tempat kerja namun masih buntu tentang menu yang ingin dibawa.
Apa kata sediakan sahaja menu yang ringkas ini dan dijamin digemari ramai.
CAKE OREO CHEESE GUNA 3 BAHAN JE
bahan-bahan:
biskut oreo ( 2 paket yang panjang tu )
200ml (anggaran 1 kotak kecik ) susu dutch lady coklat ( susu pun boleh )
cheddar ( kalau nak )
cara buat :
1. Blend hancur oreo sekali dengan krim biskut oreo tu.
2. Masuk kan susu coklat sikit demi sikit
3. Masukkan dalam bekas
4. Kukus 20 minit, tunggu sejuk , terbalik kanp arutkan cheddar dan letak coklat chip
DAN SIAP kurang 30 minit dan bajet rm10 je ( tanpa cheese )
Perghhh serius sedap . lembut gila aku tengok dok viral bubuh coklat cair tapi aku rasa macam manis sangat.
Jadi aku tukar dengan cheddar , dia ngam-ngam rasa tak manis sangat , lemak-lemak gitu.
selamat mencuba
p/s : untuk cake gambar ni aku guna dua bungkus oreo
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...