Tak boleh nak bayangkan, sepatutnya hari diijab kabul dengan pasangan menjadi hari paling bahagia dan diingati menjadi duka apabila ibu tersayang pergi di hari yang sama.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita ini bernama Ika yang kisahnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili, baru sahaja setengah jam bergelar isteri terpaksa menerima hakikat ibu tersayang pergi meninggalkan mereka semua.
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.
Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Ads
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.
Ads
Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.
Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan momen yang dikongsikan kerana ada diantara mereka pernah mengalami nasib yang sama. Malah, mereka juga turut mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Linda Hashim nekad nak berpisah dengan Beego, “Anak-anak terutama yang sulung tahu kami nak bercerai. Pelakon Linda Hashim mendedahkan anak sulungnya, Jelita Clarissa yang berusia 11 tahun sedia maklum dia dan suami, Beego kini dalam proses perceraian.
Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41, berkata, puterinya itu memahami keadaan rumah tangga kedua-dua orang tuanya sejak mereka berpisah buat kali pertama sekitar 2023.
“Anak-anak tahu, terutama yang sulung (Jelita Clarissa) kerana saya menyedari hal itu sejak perpisahan kami yang pertama.
“Dia ada bagi semangat kepada saya untuk lalui semula situasi sama. Mereka (anak) sumber kekuatan kepada saya,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.
Mengenai penjagaan tiga permata hati, Linda berkata, buat masa ini kesemua anak di bawah jagaannya namun tiada halangan Beego berjumpa zuriat mereka.
“Peluang untuk dia jumpa anak-anak, tetap ada. Dia (Beego) pun ada jumpa saya pun ada. Saya tiada halangan (Beego jumpa anak). Memang anak-anak dengan saya sepanjang masa.
“Bila dia datang nak jumpa anak, saya tak pernah halang,” katanya.
Menurut pelakon filem Syaitan Munafik itu, Beego juga ada membuat permohonan maaf kepadanya yang boleh dikatakan sebagai proses memujuk.
Hari ini, Linda ditemani peguamnya, Nurul Fadzilah Kamaluddin hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi untuk mengikuti sebutan kes pertama perceraian dengan Beego.
Manakala pelakon Beego masih mahu menyelamatkan rumah tangga kerana masih menyayangi isterinya, Linda Hashim selain berharap menemui jalan damai antara mereka.
Menurut Beego, kes perceraian mendapat perhatian umum bukan perkara yang baik untuk mana-mana pihak ketika ini.
“Saya mahu selamatkan rumah tangga ini kerana masih sayangkan dia dan anak-anak. Kalau boleh tak mahu ada sebarang perkara negatif wujud dalam keluarga kami.
“Mungkin ini kesempatan yang perlu saya ambil untuk memastikan semua kemelut ini dan hubungan kami berdua kembali pulih.
“Saya cuba memujuk dan meminta ruang serta peluang untuk pulihkan rumah tangga kami. Doakan yang baik-baik untuk saya, Linda dan anak-anak,” katanya.
Dalam masa sama, bintang filem Gila-gila Pengantin Remaja itu memberitahu, hubungannya dengan Linda berantakan dan isterinya sudah tidak pulang ke rumah kelamin sejak Oktober lalu.
“Sebenarnya memang terkejut dapat berita ini tentang isteri fail perceraian sebab saya tidak menerima sebarang notis dari mahkamah.
“Memang betul kenyataan isteri bahawa wujud pertelingkahan antara kami sebelum ini dan tidak sebumbung sejak Oktober lalu.
“Linda juga keluar rumah dengan anak-anak dan beri masa untuk dia bertenang tetapi sudah empat bulan dia tak pulang ke rumah,” jelasnya yang sudah berusaha untuk memujuk isterinya.
Beego juga mendakwa Linda tidak menjawab sebarang bentuk komunikasi antara mereka berdua, namun bersyukur masih boleh berhubung dengan anak-anak.
“Saya masih menetap di rumah kelamin seorang diri. Sebenarnya Linda juga memutuskan segala bentuk komunikasi dengan saya.
“Jadi, bila nampak berita hari ini, memang terkejut, ditambah pula sekarang saya berada di Labuan. Dia juga sepatutnya ada di sini atas urusan kerja,” katanya lagi.
Untuk info, pasangan ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka rujuk semula pada 9 April 2023. Mereka juga pernah bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali memberikan suaminya peluang.
Linda dan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Menderita sebagai pesakit covid-19 selama 21 hari, bukanlah suatu pengalaman yang boleh dilupakan begitu sahaja. Ia ibarat detik hitam dalam hidup, apatah lagi bila mana seisi keluarga turut dijangkiti. Terasa begitu berat untuk ditanggung.
Inilah yang berlaku dalam hidup lelaki ini yang berkongsi cerita mengenai detik memilukan dan menyedihkan yang dilalui oleh dirinya dan keluarga di laman Tik Tok. Bila mana memandangkan dua orang anaknya yang masih kecil turut disahkan positif Covid-19, ramai tersentuh hati.
Pun begitu, syukur Alhamdulillah selepas anak-anak dan isterinya menjalani kuarantin dan raatan di hospital, akhirnya dibenarkan pulang.
Namun keadaan kesihatan pemilik akaun Tiktok @Ubaidullahjaafar ada menceritakan tentang paru-parunya hampir tersumbat dan hampir untuk ditidurkan di Unit Rawatan Rapi kesan daripada Covid-19.
Berkongsi perasaannya ketika itu, dia menangis memohon dengan Allah agar diberi kesembuhan dan terus berdoa dengan penih pengharapan.
Akhirnya selepas 21 hari terlantar di hospital, dia dibenarkan keluar wad. Pun begitu masih perlu membuat rawatan susulan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Walaupun demikian, dia tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk terus hidup dan menyifatkan ia seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu berada di wad.
Selain tu, dia turut berkongsi beberapa simptom yang dialaminya sebelum disahkan positif Covid-19.
Dalam pada masa yang sama, dia menyeru kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan dengan melakukan ujian swab sekiranya mengalami simptom seperti demam yang tidak kebah hampir seminggu, batuk yang teruk dan kesukaran untuk bernafas.
Katanya lagi, Covid-19 ini memberi kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka. Dia juga menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri, lagi-lagi individu yang berisiko seperti pesakit kronik, warga emas dan ibu mengandung.
Bulan ramadan bulan yang mulia, bulan yang di mana umat Islam berlumba-lumba mengejar pahala dengan melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah dan solat terawih.
Bagi yang mampu sempurnakan ibadah tanpa ada sebarang masalah, alhamdulillah. Tapi bagi yang ada tanggungjawab lain, misalnya menjaga anak-anak yang masih kecil, jangan rasa rendah diri dan kecewa kerana tidak mampu membahagikan masa kerana sekecil-kecil perkara yang anda lakukan, Dia Maha Mengetahui dan mencatat segala amalan yang dibuat.
Seperti perkongsian oleh Hajar Akma Mohd Rawi ini, semoga memberi inspirasi buat semua.
“Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak”
Sejak jadi ibu, tak pernah lagi solat terawih kat masjid.
Semalam rasa frustrated sangat. Tengah solat, si Aman dok depan konon nak jadi imam. Husna tengah bising dok main playdoh. Dengar satu-satu okay dia cakap apa. Hanaa’ tengah memanjat.
Baru bukak Al Quran, ada yang berak, ada yang nak air, nak susu.
Nak tunggu Encik Suami selesai solat, masa tu mesti dah mengantuk dan sibuk nak siapkan makanan sahur.
I was like, come on, Ramadan sekali je setahun. Tahun depan belum tentu jumpa Ramadan lagi. Bagi la can nak beribadah dengan khusyuk dan tenang. Masa tu memang sedih dan frust.
Tapi bila tengok muka anak-anak, well I guess my ladang pahala is different now. Mungkin Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya sempat solat sunat 2 rakaat ketika malam, disempurnakan dengan ikhlasnya dia menyediakan sahur buat keluarga.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya semuka sahaja Quran sempat dibaca, Allah lipat gandakan pahalanya kerana nak baca semuka tu pun struggle.
It’s okay dear moms. You’re not alone. Allah Maha Kaya. Allah Maha Tahu.
Betulkan niat, ikhlaskan hati. Peringatan utamanya untuk diri sendiri 😊 With ❤, Ibu triple H. #SHAMR
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.